Anda di halaman 1dari 11

1.

0 PENGENALAN

Permainan sukaneka adalah sesuatu aktiviti yang dilakukan oleh kebiasaannya kanak-kanak untuk

bermain, berseronok dan mengisi masa lapang. Permainan sukaneka mempunyai peranan yang penting dalam

Pendidikan fizikal bagi murid-murid prasekolah. Walaupun objektif jangka pendek adalah menghiburkan

para peserta, permainan sukaneka banyak memberi sumbangan yang baik terhadap perkembangan para

peserta. Menerusi permainan sukaneka, para peserta dapat membina sifat jasmani dan sosial seperti yang

diingini. Kepantasan, daya tenaga, ketangkasan, kemahiran dan game sense adalah beberapa contoh sifat

jasmani yang diperlukan. Selain itu, permainan sukaneka juga dapat memberikan pengalaman dan

pengetahuan kepada penganjur dalam pengelolaan sesuatu pertandingan seperti ini.

2.0 MATLAMAT

Matlamat sukaneka ini diadakan adalah untuk memupuk semangat kerjasama, persefahaman dan

interaksi yang sihat di kalangan peserta. Selain itu, aktiviti permainan sukaneka yang dijalankan dapat

membentuk sikap dan amalan positif di kalangan peserta dengan menunjukkan disiplin yang tinggi. Di

samping itu, sukaneka ini juga secara tidak langsung dapat menjadikan kanak-kanak tersebut aktif dan

seronok menjalankan aktiviti yang menarik dan produktif.

3.0 OBJEKTIF

1. Memupuk keyakinan dan sikap tidak berputus asa dalam diri para peserta

2. Mengeratkan lagi silaturrahim di kalangan peserta.

3. Membentuk peserta agar sentiasa bersikap positif.

4. Memberi peluang kepada peserta dalam menunjukkan bakat masing masing.

5. Memberi kebebasan kepada guru pelatih untuk mencorakkan idea melalui aktiviti-

aktiviti sukaneka yang dijalankan.


6. Melahirkan nilai-nilai murni dalam diri seperti bekerjasama, rajin dan

bertanggungjawab.

7. Menambahkan nilai pengetahuan dan pengalaman guru pelatih dalam penghasilan kertas

kerja.

8. Memberi peluang kepada kanak-kanak mempelajari, mengaplikasi, memperoleh pengalaman dan

memperkembang kemahiran, pengetahuan dan nilai yang terdapat dalam aktiviti sukaneka yang

dijalankan.

4.0 TARIKH DAN MASA

Tarikh : 23 Mei 2017

Hari : Selasa

Masa : 8.00 – 11.00 pagi

6.0 TEMPAT

Padang Sk Pekan Pitas 2

7.0 KUMPULAN SASARAN

100 orang murid prasekolah

8.0 JAWATANKUASA INDUK


Pengerusi : En. Harun Bin Durabi (Guru Besar SKPP2)

Naib pengerusi : Pn. Dayang Asnah Binti Damit (GPK Kurikulum)

En. Che Zaki bin Che Ibrahim (GPK Hal ehwal murid)

En. Awang Bin Saabat(GPK Ko-kurikulum)

Setiausaha : Cik Nurfarah Binti Janudi

Naib setiausaha : Pn. Suhaidah Binti Bejan

Bendahari : Pn. Suani Masandong

AHLI JAWATANKUASA: Pn. Latifah Binti Mohd Alwi


Pn Solehah Binti Ismail
Pn Anita Binti Aspal
Pn. Asniah Binti Mdsaid
Pn. Rusiah Binti Jalaludin

9.0 ACARA SUKANEKA

9.1 ACARA BERKUMPULAN

1. Acara mengisi air dalam botol menggunakan span

2. Acara menjunjung pundi kacang

3. Acara bawa bola ping pong dalam sudu

4. Acara bowling padang

5. Acara larian berganti 4x 50meter.

9.2 ACARA INDIVIDU

1. Acara larian 50meter

2. Rebut gula-gula
10.1 Pembahagian kumpulan

Rumah merah : 5 orang

Rumah biru : 5 orang

Rumah kuning : 5 orang

Rumah hijau : 5 orang

Rumah Ungu : 5 orang

10.2 Senarai Alatan

Alatan Kuantiti
Air 2 baldi
Baldi 2
Botol mineral 50biji
Bola 5 biji
Gelung rotan 10 gelung
Skitel 15
Pinggan 4 biji
Gula-gula 40 biji
Bola ping pong 5
Sudu plastik 25
Pundi kacang 5
Span 5
Batton 5
Gula-gula dan coklat 40bungkus
Riben 1 gulung
healer 2

SUMBER PERUNTUKKAN : Peruntukkan ko-kurikulum prasekolah


10.3 Anggaran Perbelanjaan

Bil Perkara Kuantiti Harga Seunit Jumlah Harga


(RM) RM
1 Hadiah
Acara kumpulan – johan 25 10.00 250.00
- Naib johan 25 5.00 125.00
2. Hadiah
Acara individu
Johan 5 10.00 50
Naib johan 5 8.00 40
Ketiga 5 7.00 35

4. Peralatan sukaneka 200.00 200.00

5 Makan dan minum 100 2.00 200


6 Jumlah 700.00
keseluruhan

Disediakan oleh: Disemak oleh:

………………………… …………………………………

(Puan Suhaidah Binti Bejan (Puan Dayang Asnah Binti Damit)

Naib Setiausaha sukaneka. GPK KOKURIKULUM

Sekolah Kebangsaan Pekan Pitas 2 Sekolah Kebangsaan pekan pitas 2

Disahkan oleh:

…………………………..

( En Harun Bin Durabi)

Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan Pekan Pitas 2

10.0 RUMUSAN

Diharap agar aktiviti sukaneka yang dijalankan dapat memberi sesuatu yang baru kepada para

peserta. Selain itu, para pelajar juga diharapkan dapat melaksanakan setiap aktiviti untuk mencapai

matlamat permainan sukaneka ini dengan sempurna supaya mendapat input yang berguna kelak. Sukaneka
dapat membentuk kemahiran-kemahiran asas dalam permainan dan sukan. Selain itu, ia juga dapat

membentuk diri para peserta menjadi seorang yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan

intelek. Sebagai bakal guru pula, apa yang penting, melalui pengelolaan sukaneka ini, kami dapat belajar

mengenai pengurusan, pengelolaan dan perlaksanaan aktiviti di sekolah nanti. Pengalaman yang ditimba ini

sedikit sebanyak dapat memudahkan tanggungjawab kami apabila bergelar guru kelak. Selain itu,

permainan ini juga dapat memberi kepuasan serta keseronokkan kepada para peserta. Mereka dapat

meredakan tekanan belajar di samping meningkatkan keyakinan mereka terhadap kemampuan dan

keupayaan masing-masing.

Lampiran 1

KUMPULAN A

BIL NAMA PESERTA

1.

2.

3.

4.

5.

KUMPULAN B

BIL NAMA PESERTA

1.

2.

3.
4.

5.

Lampiran 2

BORANG PEMARKAHAN

NAMA KUMPULAN : ……………………………………………..

NAMA PESERTA MASA MARKAH


Tarikh : ………………. …………………… ……………………..

(Pencatat) (Pengadil)

KEPUTUSAN RASMI

TEMPAT KUMPULAN MASA MARKAH


KESELURUHAN
TENTATIF PROGRAM

7 :30 Pagi : Kehadiran guru, murid-murid dan ibu bapa

7:45 Pagi : Senaman aerobik

8:00 Pagi : Acara pertama (berkumpulan)

1. Acara mengisi air dalam botol menggunakan span


2. Acara menjunjung pundi kacang

3. Acara bawa bola ping pong dalam sudu

4. Acara bowling padang

5. Acara larian berganti 5 x 10 meter.

: Acara kedua (individu)

1. Acara larian 50meter

10:00 Pagi : Acara sukaneka ibu bapa

1. Lari ikat kaki dan pecahkan belon

: Acara terbuka murid

1. Rebut gula-gula dan coklat

11:00 Pagi : Majlis penutup

1. Penyampaian hadiah

2. Nyanyian lagu kebangsaan

3. Jamuan makan

4. Majlis bersurai

SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN PITAS 2


PETI POS 12, 89100

PITAS, SABAH

KERTAS KERJA

SUKANEKA PRASEKOLAH 2017

Pada:

23 MEI 2017

Tempat:

PADANG SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN PITAS 2

Anda mungkin juga menyukai