Anda di halaman 1dari 7

KEJOHANAN MINI OLAHRAGA DAN SUKANEKA PRASEKOLAH

SK SG SALLEH 2019

1.0 PENGENALAN

Permainan sukaneka adalah sesuatu aktiviti yang dilakukan oleh kebiasaannya

kanak-kanak untuk bermain, berseronok dan mengisi masa lapang. Permainan

sukaneka mempunyai peranan yang penting dalam Pendidikan fizikal bagi murid-

murid prasekolah. Walaupun objektif jangka pendek adalah menghiburkan para

peserta, permainan sukaneka banyak memberi sumbangan yang baik terhadap

perkembangan para peserta. Menerusi permainan sukaneka, para peserta dapat

membina sifat jasmani dan sosial seperti yang diingini. Kepantasan, daya tenaga,

ketangkasan, kemahiran dan game sense adalah beberapa contoh sifat jasmani

yang diperlukan. Selain itu, permainan sukaneka juga dapat memberikan

pengalaman dan pengetahuan kepada penganjur dalam pengelolaan sesuatu

pertandingan seperti ini.

1.0 MATLAMAT

Matlamat sukaneka ini diadakan adalah untuk memupuk semangat kerjasama,

persefahaman dan interaksi yang sihat di kalangan peserta. Selain itu, aktiviti

permainan sukaneka yang dijalankan dapat membentuk sikap dan amalan positif di

kalangan peserta dengan menunjukkan disiplin yang tinggi. Di samping itu,

sukaneka ini juga secara tidak langsung dapat menjadikan kanak-kanak tersebut

aktif dan seronok menjalankan aktiviti yang menarik dan produktif


3.0 OBJEKTIF

1. Memupuk keyakinan dan sikap tidak berputus asa dalam diri para peserta

= 2. Mengeratkan lagi silaturrahim di kalangan peserta.

3. Membentuk peserta agar sentiasa bersikap positif.

4. Memberi peluang kepada peserta dalam menunjukkan bakat masing masing.

5. Memberi kebebasan kepada guru pelatih untuk mencorakkan idea melalui

aktivitiaktiviti sukaneka yang dijalankan.

6. Melahirkan nilai-nilai murni dalam diri seperti bekerjasama, rajin dan

bertanggungjawab.

7. Menambahkan nilai pengetahuan dan pengalaman guru pelatih dalam

penghasilan kertas kerja.

8. Memberi peluang kepada kanak-kanak mempelajari, mengaplikasi, memperoleh

pengalaman dan memperkembang kemahiran, pengetahuan dan nilai yang terdapat

dalam aktiviti sukaneka yang dijalankan

4.0 TARIKH DAN MASA

PERKARA BUTIRAN
Tarikh 28 Februari 2019
Hari Ahad
Masa 8.30-12.00 Tengahari
Tempat Padang SK Dato Haji Zainuddin
7.0 KUMPULAN SASARAN

36 orang murid prasekolah SK Sungai Salleh

8.0 JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : En. Ramli bin Mohamad Saad (Guru Besar SKSS)

Naib pengerusi : En. Hashim Bin Osman (GPK Kurikulum)

(ii) Pn.Holijah Bin Abd Rahman (GPK Hal ehwal murid)

(iii) En. Abdul Manaf (GPK Ko-kurikulum)

Setiausaha : Pn. Anis Sakinah Bin Ahmad

Naib setiausaha : En. Shah Rizuan Bin Che Dan

Bendahari : Latifah Binti Shaari

AHLI JAWATANKUASA:

Pn. Hasni Binti Mat Isa

Pn. Nor’in Binti Abdul hamid

En.Zulhilmi Bin Aziz

9.0 ACARA SUKANEKA

9.1 ACARA BERKUMPULAN

1. Acara mengisi air dalam botol menggunakan span

4. Acara membawa bola ping pong mengunakan sudu

9.2 ACARA INDIVIDU


1. Acara Meniup Belon

2. Acara muzikal chair

9.3 ACARA KOMUNITI

1. Aneka aktiviti

9.4 ACARA IBU BAPA

1. Ikat kaki Tiga

2. Muzikal Chair

10.1 PEMBAHAGIAN KUMPULAN

Kumpulan A : 10 orang

Kumpulan B : 10 orang

Kumpulan C : 10 orang

Kumpulan D : 10 orang

10.2SENARAI ALATAN
Alatan Kuantiti
Air 2 baldi
Baldi 2
Botol mineral 4
Bola Lantun 3 biji
Gelung rotan 8 gelung
Skitel 15
Walking Joy 3
Gula-gula 40 biji
Speaker 1
Belon 50 bij
Span 6
Kerusi 12 buah
Riben 1 gulung
Healer 2

10.3 SUMBER PERUNTUKKAN :

Peruntukkan ko-kurikulum prasekolah

10.4 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Kuantiti Harga Seunit Jumlah Harga

(RM) (RM)
1 Makan Pagi Peserta 80 2.50 200
2 Minum Pagi Ibu Bapa dan 60 2.50 150
Guru
3 Makan Tengahari Peserta 80 4.50 360
4 Makan tengahari Ibu Bapa 60 4.50 270

dan Guru
5 Peralatan Sukaneka 1 270 270
6 Jumlah 1250

10.0 RUMUSAN

Diharap agar aktiviti sukaneka yang dijalankan dapat memberi sesuatu yang baru

kepada para peserta. Selain itu, para pelajar juga diharapkan dapat melaksanakan

setiap aktiviti untuk mencapai matlamat permainan sukaneka ini dengan sempurna

supaya mendapat input yang berguna kelak. Sukaneka dapat membentuk

kemahiran-kemahiran asas dalam permainan dan sukan. Selain itu, ia juga dapat

membentuk diri para peserta menjadi seorang yang seimbang dari aspek jasmani,

emosi, rohani dan intelek. Sebagai bakal guru pula, apa yang penting, melalui

pengelolaan sukaneka ini, kami dapat belajar mengenai pengurusan, pengelolaan

dan perlaksanaan aktiviti di sekolah nanti. Pengalaman yang ditimba ini sedikit

sebanyak dapat memudahkan tanggungjawab kami apabila bergelar guru kelak.

Selain itu, permainan ini juga dapat memberi kepuasan serta keseronokkan kepada

para peserta. Mereka dapat meredakan tekanan belajar di samping meningkatkan

keyakinan mereka terhadap kemampuan dan keupayaan masing-masing

Disediakan oleh: Disemak oleh:

………………………… …………………………………
(PN. ANIS SAKINAH BINTI AHMAD (EN. ABDUL MANAF BIN JAAFAR)

Setiausaha Sukaneka GPK Kokorikulum SK Sungai Salleh

Disahkan oleh:

…………………………..

(EN. RAMLI BIN MOHAMAD SAAD)

Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan Sungai Salleh.

Anda mungkin juga menyukai