Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA TAHUNAN

SMK METHODIST (ACS), KLANG

TARIKH
27 FEBRUARI 2016

TEMPAT
TREK MERENTAS DESA SMK METHODIST (ACS), KLANG

ANJURAN
UNIT KOKURIKULUM
SMK METHODIST (ACS), KLANG

KERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA TAHUNAN


SMK METHODIST (ACS), KLANG 2016

0
1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan bertujuan untuk mendapatkan kelulusan dan


peruntukan kewangan daripada pihak sekolah bagi melaksanakan kejohanan ini.

2.0 MATLAMAT

Kejohanan ini dicadangkan untuk dilaksanakan bagi memberi peluang kepada semua
pelajar melibatkan diri dalam acara merentas desa.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memupuk semangat integrasi kaum dalam kalangan pelajar di sekolah ini
melalui acara merentas desa.
3.2 Menyemai sifat kepimpinan dan tanggungjawab kepada para pelajar sekolah
ini.
3.3 Menanamkan semangat kesukanan yang tinggi dalam kalangan pelajar.
3.4 Mencerdaskan minda melalui kecergasan fizikal melalui acara yang
dipertandingkan dalam kejohanan.
3.5 Menggunakan kejohanan ini sebagai wadah mencungkil bakat-bakat baru
untuk persediaan ke kejohanan merentas desa peringkat daerah, negeri dan
kebangsaan.

4.0 LATAR BELAKANG

Kejohanan ini dirancang khusus untuk semua pelajar di sekolah ini bergiat
aktif dalam acara merentas desa. Memandangkan kejohanan merentas desa telah
menjadi satu aktiviti yang wajib dilaksanakan setiap tahun , maka segala
perancangan berkaitan yang bermula daripada mengenal trek dan latihan setiap
rumah sukan sehinggalah tiba hari kejohanan sebenar mesti dijalankan. Dengan ini,
objektif kejohanan ini akan dapat dicapai dengan lebih berkesan.

5.0 RASIONAL

Kejohanan Merentas Desa merupakan program tahunan yang mesti


dilaksanakan di semua sekolah di Malaysia setiap tahun seperti yang dinyatakan
dalam surat pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia. Di dalam kejohanan ini,
kecergasan fizikal diberi penekanan untuk membentuk perkembangan intelek atau
kecerdasan fikiran, emosi dan rohani. Pelaksanaannya bertepatan dan bersesuaian
dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mengambil kira
perkembangan aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Di peringkat sekolah, kejohanan merentas desa ini menjadi arena untuk
pelajar menonjolkan bakat mereka untuk persediaan ke peringkat daerah, negeri dan
kebangsaan. Pelaksanaannya dimulakan sejak awal bulan Januari setiap tahun dan
berakhir pada hujung bulan Januari. Unit kokurikulum setiap sekolah di Malaysia
diberi tanggungjawab untuk melaksanakan kejohanan ini dan setiap perancangan
yang berkaitan dengannya mesti dinyatakan mengikut urutan serta terperinci dalam
takwim tahunan sekolah.

6.0 STRATEGI PELAKSANAAN

6.1 Mesyuarat Rumah Sukan Kali Pertama

1
Tarikh : 12 Januari 2016 (Selasa)
Masa : 7.30 hingga 8.45 pagi Sesi Pagi
: 6.00 hingga 6.30 petang Sesi Petang

6.2 Latihan Merentas Desa

Tarikh : 23 Februari 2016 (Selasa) - Mengenal Trek


Masa : 8.00 10.00 pagi Sesi Petang
3.00 5.00 petang Sesi Pagi

Tarikh : 25 Februari 2016 (Khamis) - Latihan


Masa : 8.00 10.00 pagi Sesi Petang
3.00 5.00 petang Sesi Pagi

6.3 Kejohanan Merentas Desa Tahunan

Tarikh : 27 Februari 2016 (Sabtu)

6.4 Sasaran : Semua murid SMK Methodist (ACS), Klang


: Bilangan murid - 1300 orang

6.6 Program Tentatif


ATURCARA

7.20 pagi : Loceng dibunyikan dan perhimpunan pertama


: Guru tingkatan mengambil kedatangan pelajar
7.50 pagi : Pengadil-pengadil ke check-point masing-masing
8.00 pagi : Peronda membuat rondaan
8.15 pagi : Pelajar dilepaskan (setelah peronda mengesahkan semua
pengadil berada di check-point) mengikut urutan berikut :

1. Tingkatan 1
2. Tingkatan 2
3. Tingkatan 3
4. Tingkatan 6P
5. Tingkatan 6L
6. Tingkatan 4
7. Tingkatan 5

11.00 pagi : Loceng dibunyikan dan perhimpunan kedua


: Penyampaian hadiah
12.30 tgh : Bersurai

7.0 ANGGARAN

Bi Perbelanjaan Jumlah
l
1 Plastik ( untuk nombor peserta ) x 5 bungkus RM 200.00
2 Getah RM 50.00
3 Medal ( Ting 1 - 4 : 1-20) RM 480.00
4 Makan & Minuman Pelajar Yang Bertugas RM 120.00
5 Air minuman berperisa (RM 50 x 6 tong) RM 300.00
2
JUMLAH RM 1150.00

8.0 PERBELANJAAN

Pelbagai Sukan Sekolah : RM 2461.00

9.0 PENUTUP
Kelulusan peruntukan bagi program ini diharapkan dapat membina kesinambungan
semangat kesukanan dalam kalangan murid-murid sekolah ini di samping menyemai
semangat perpaduan melalui acara merentas desa. Akhirnya, matlamat melahirkan
insan yang seimbang dari segala aspek akan dapat dicapai.

Disediakan Oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

NIK MOHD AKRAM B ROSLI NARASIMMHANATHAN A/L


Pen. Setiausaha Sukan K. RANGANATHAN
SURINDER SINGH GPK Kokurikulum
Setiausaha Sukan

Diluluskan oleh,

CHAY KIN SIONG


Pengetua

Anda mungkin juga menyukai