Anda di halaman 1dari 6

SJK(T) LADANG MARY

45600 BESTARI JAYA, SELANGOR

LAPORAN KEJOHANAN
LARI MERENTAS DESA
PERINGKAT SEKOLAH

ANJURAN
UNIT KOKURIKULUM
SJK(T) LADANG MARY

TAHUN 2022
(13.05.2022)
LAPORAN PROGRAM KEJOHANAN LARI MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH
SJK(T) LADANG MARY TAHUN 2022

1.0 TAJUK PROGRAM


 Kejohanan Lari Merentas Desa

2.0 TEMPOH PELAKSANAAN


 Tarikh : 13.05.2022

3.0 TEMPAT
 SJK(T) Ladang Mary

4.0 OBJEKTIF
 Memenuhi takwim sekolah untuk mengadakan acara merentas desa  sebagai
acara tahunan.
 Membina kecergasan fizikal dan mental melalui aktiviti sukan bagi  membentuk 
individu yang cergas.
 Memupuk semangat  kerjasama dikalangan warga SJK(T) Ladang Mary
dalam  mengendalikan acara yang memerlukan kerjasama semua pihak
untuk  menjayakannya.
 Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan  serta semangat berjuang
dalam  kalangan murid-murid dan PIBG.

5.0 AJK PELAKSANA


Pengerusi : En. M. Subramanian (Guru Besar)
Timbalan Pengerusi : Pn. K. Shankeetha (Penolong Kanan Kokurikulum)
Naib Pengerusi 1 : Pn. S. Mohana (Penolong Kanan Kurikulum)
Naib Pengerusi 2 : Pn. S. Thirumangai (Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid)
Setiausaha Sukan : Cik. S. Leshainie
Penyelaras Merentas Desa : Cik. R. Kalaimathi
Pn. S. Thirumangai
Penyelaras Olahraga : En.S. Athavan

6.0 AKTIVITI PELAKSANAAN


MASA TENTATIF
7.15 pagi Pendaftaran kehadiran oleh guru-guru kelas di
Tapak Perhimpunan
7.20 pagi Senaman/ warm up/ Stretching

7.30 pagi Pergerakan Pegawai-pegawai Check Point,


Pasukan Keselamatan dan Kawalan Lalu Lintas
serta Pasukan Kecemasan ke check point
masing-masing.

7.45 pagi Acara dimulakan dan dilepaskan mengikut


Kategori.

8.00 pagi Acara Sukaneka


9.00 pagi Kesemua peserta Kategori A dijangka tiba
9.10 pagi Cooling Down / Minuman
9.30 pagi Majlis Penyampaian Hadiah
10.10 pagi Rehat
10.30 pagu PdPc diteruskan

7.0 KUMPULAN SASARAN


 Semua warga SJK(T) Ladang Mary

8.0 IMPAK
 Mendapat kerjasama daripada AJK Pelaksana untuk menjayakan Program
Kejohanan Lari Merentas Desa 2022.
 Dapat membina kecergasan fizikal dan mental melalui aktiviti sukan
bagi  membentuk  individu yang cergas.
 Dapat memupuk semangat  kerjasama dikalangan warga SJK(T) Ladang
Mary dalam  mengendalikan acara yang memerlukan kerjasama semua pihak
untuk  menjayakannya.
9.0 LAPORAN
Unit Kokurikulum telah mengadakan Kejohanan Lari Merentas Desa
peringkat sekolah dengan jayanya pada 13 Mei 2022. Program ini berjalan
dengan lancar sebagaimana yang telah dirancangkan dengan kerjasama
daripada semua ahli jawatankuasa yang telah dilantik.

Kejohanan Lari Merentas Desa dimulakan dengan senaman pagi.


Aktiviti ini telah dikendalikan oleh murid-murid tahun 6. Selepas senaman
pagi, guru-guru telah bergerak ke check point masing-masing. Pasukan
keselamatan yang terdiri daripada ibu bapa dan ahli ksib juga telah bergerak
ke check point lalu lintas yang telah ditetapkan. Acara kejohanan lari
merentas desa telah dimulakan dan dilepaskan mengikut kategori. Kategori
perempuan A dilepaskan dahulu mengikuti kategori lelaki A. Pelepasan ini
telah dilakukan oleh Tuan Guru Besar.

Seterusnya, acara sukaneka telah diadakan bagi murid-murid tahap 1.


Acara ini telah dikendalikan oleh guru-guru. Pelbagai acara diadakan seperti
menyusun tin, membawa bola, berlari mengikut kon dan sebagainya. Semua
guru dan murid telah melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti tersebut dengan
penuh semangat. Pertandingan – pertandingan yang diadakan telah dihakimi
oleh para guru.

Selepas semua peserta kategori A tiba ke sekolah, murid-murid telah


melakukan senaman ‘cooling down’. Kejohanan lari merentas desa diakhiri
dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Kesimpulannya,
kejohanan lari merentas desa pada tahun ini berjaya mencapai matlamatnya
dan banyak memberi pengetahuan tentang kepentingan senaman dan sukan
Semoga program ini dapat diteruskan pada setiap tahun dengan aktiviti-
aktiviti yang lebih menarik serta menyeronokkan.
10.0 PENUTUP

Program ini adalah titik permulaan kepada penghayatan keperluan


aktiviti fizikal dalam kalangan murid. Semoga dengan adanya program
seumpama ini dapat memberi kesedaran kepada pelajar untuk menjaga
kesihatan diri dalam kalangan warga sekolah serta melahirkan pelajar yang
menitikberatkan kesihatan dan kecergasan.

11.0 LAMPIRAN
Gambar Kejohanan Lari Merentas Desa 2022
Disediakan oleh: Disemak oleh:

…………………………………………… …………………………………..
CIK. R. KALAIMATHI PN. K. SHANKEETHA
Penyelaras Kejohanan Lari Merentas Desa PK Kokurikulum
SJK (T) Ladang Mary SJK (T) Ladang Mary

Disahkan oleh:

………………………………………
EN.M.SUBRAMANIAN
Guru Besar
SJK (T) Ladang Mary

Anda mungkin juga menyukai