Anda di halaman 1dari 8

KERTAS CADANGAN

Nama Program :

Perkhemahan Ujian Lencana Maju & Ujian Lencana Jaya Unit Pengakap Muda
Tarikh :
17 hingga 19 Mei 2013 (Jumaat,Sabtu,Ahad)

Lokasi :
Taman Rekreasi Gunung Datuk, Kg Batang Nyamor, Daerah Rembau, 71350 Kota,Negeri Sembilan

Anjuran : Pasukan Pengakap Kumpulan 9 Kajang

1.0

PENDAHULUAN Modul perkhemahan diadakan selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran

Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penglibatan aktif murid-murid dalam bidang kokurikulum. Seseorang pelajar itu wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti perkhemahan ini bakal diaplikasikan apabila menempuhi alam kedewasaan kelak.

2.0

MATLAMAT Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan kepimpinan

dan disiplin yang perlu ada dalam setiap ahli Pengakap. Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Pelbagai aktiviti disusun dalam program ini agar sifat kepimpinan dalam diri peserta dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam menempuh cabaran yang mendatang. Program ini juga diselitkan dengan aktiviti kerohanian untuk membina keyakinan diri dan mengukuhkan rohani agar dapat membentuk modal insan yang seimbang selaras dengan pembangunan negara yang mampan serta dapat menyumbang kepada kemajuan negara kelak.

3.0

OBJEKTIF 3.1 Memberi pendedahan dan pengalaman kendiri yang lebih bermakna kepada ahli-ahli Pengakap berkaitan skim latihan Pengakap Muda dan Pengakap Remaja. 3.2 Mendekatkan diri ahli-ahli Pengakap dengan fenomena pembelajaran alam ( di luar bilik darjah ) melalui aktiviti ekspedisi pendakian Gunung Datuk. 3.3 Membina dan mengukuhkan lagi semangat bekerjasama, tolong menolong dan sukarelawan melalui sistem berpatrol.

3.4 Meluaskan lagi hubungan persaudaraan dalam dunia pengakap melalui jalinan kerjasama dengan ahli-ahli Pengakap sekolah lain. 4.0 SASARAN 4.1 Ahli-ahli Pengaakap Muda yang telah berdaftar dengan Persekutuan Pengakap Malaysia. 4.2 Ahli-ahli Pengakap Muda yang telah memiliki Lencana Usaha. 4.3 Ahli-ahli Pengakap Muda yang telah memiliki Lencana Usaha dan Lencana Maju.

5.0

BUTIRAN PROGRAM Nama program : Perkhemahan Ujian Lencana Maju dan Lencana Jaya. Tarikh/Hari : 17 - 19 Mei 2013 (Jumaat hingga Ahad) / 3 hari 2 malam. Masa : 2.30 ptg (17 Mei,Jumaat) Bertolak dari SMK SAAS,Kajang 01.00 ptg (19 Mei, Ahad ) Bertolak dari Kem ke SMK SAAS. Lokasi : Hutan Lipur dan Rekreasi Gunung Datuk, Kg Batang Nyamor, Daerah Rembau, 71350 Kota, Negeri Sembilan.

6.0

ANJURAN Pasukan Pengakap Kumpulan 9 Kajang, SMK Sultan Abdul Aziz Shah dengan kerjasama pasukan Penolong Pemimpin, Pasukan Pengakap Kumpulan 13 Kajang.

7.0

AHLI JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi

: Pn Hjh Maziyah binti Haji Hassan Pengetua ( Kuasa Penganjur ) : En Mohd Fauzi bin Abu Bakar ( PK ) : Pn Rosmawati binti Kamarudin ( PK HEM ) : Pn Wan Norma binti Wan Pi ( PK Kokurikulum )

Naib Pengerusi Naib Pengerusi II Naib Pengerusi III

AJK PELAKSANA Ketua Operasi Guru Pemimpin : Pn Roslina binti Johar ( Pemimpin Kumpulan ) : En Afindi bin Bakar ( Pen. Pemimpin PR ) : Cik Saidatul Erni bt Saiful Bahari ( Pen.Pemimpin PM ) : Muhammad Aliff bin Kamal Affandi Muhammad Hafiz Farhan bin Johari Muhammad Fazidin bin Zainal Abidin : Akmal Farhan bin Mohd Esa ( PR 2011 )dan Farid Acmal bin A.Hamid ( PR 2012 ) : Noor Wajihah bt Khalid ( CPR 2013 ) : Suhaila bt Mohd Isa ( CPR 2013 )

Penolong Pemimpin Kumpulan 13 Kajang Unit Kebajikan,Kecemasan & Keselamatan

Kuartermaster Masakan Kuartermaster Peralatan Unit Fotografi & Dokumentasi

: Sastri Norzani bt Alizar ( PR 2012 )dan Ain Syafiqah bt Abd Wahid ( CPR 2013 ) : Muhamad Aiman Syahmi bin Mohamad Shah ( 3B ) : Najwa Aqila binti Mohd Nazlee ( 2A ) : Ketua Patrol dan Penolong Ketua Patrol

Ketua Kumpulan Pen Ketua Kumpulan Ahli Jawatankuasa

8.0

KAEDAH PELAKSANAAN PROGRAM

Pengisian aktiviti adalah berpandukan Modul Skim Latihan Pengakap Muda yang diterbitkan oleh Pasukan Latihan Negara, Persekutuan Pengakap Malaysia, Mac 2010. Perkhemahan diadakan selama tiga hari dua malam secara teori dan praktikal ilmu dan kemahiran kepengakapan. 9.0 PENYATA KEWANGAN Pendapatan 1.Sumbangan peserta : (RM65.00 x 42 org) RM Perbelanjaan Katering ala kampong ; 5X makan = RM25.00/seorg x 42 org Tapak perkhemahan ; (RM3.00 x 12 tapak x 2 mlm) Sewa Penggunaan Dewan Sistem PA Sewa Kanopi Khemah (4 org)=RM5/set x 11 set Elektrik Penggunaan air = (RM1.00 x 42 org) Yuran pendakian=(RM5.00 x 42 org) Jurupandu pendakian = >50 org Aktiviti menorah getah ; (RM2.00/seorg x 42 org Air mineral = (RM7.00 x 5 katon) Air minuman tenaga= RM12.00 x 5katon Roti = (70 sen x 150 bungkus) Masakan rimba (ubi kayu,ikan) RM 1050.00

2730.00 72.00 150.00 70.00 200.00 55.00 20.00 42.00 210.00 180.00 84.00 35.00 60.00 105.00 100.00

Sijil Lencana Maju & Jaya Lencana Maju & Jaya Dokumentasi program JUMLAH 2730.00 JUMLAH

21.00 176.00 100.00 2730.00

10.

PENUTUP Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan

berkesan. Semoga segala ilmu dan pelajaran yang kami sampaikan di dalam aktiviti perkhemahan ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka demi untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Justeru itu, kerjasama daripada semua pihak amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan Oleh, . (ROSLINA BT JOHAR) Pemimpin Kumpulan Pasukan Pengakap 9 PPM Kajang

Disemak Oleh, . ( )

Disahkan Oleh, . ( )

LAMPIRAN 1 : Peralatan Individu 1. 2. 3. 4. 5. 6. Uniform Pengakap LENGKAP Tali Pengakap, Buku Log dan Alat Tulis Baju Riadhah 3 Hari 2 Malam Mestin, Lilin Askar Khemah Wajib dibawa Sendiri (1 Khemah 5 Orang) Surah Yassin, Kain Solat

7. Sejadah, Tikar (Sebagai Alas Sejadah dan Tilam Khemah) 8. Alatan Mandi (Seluar Mandi, Gayung, Sabun, Tuala, Ubat Gigi, Berus Gigi) 9. Kasut Kawat, Kasut Lasak / Kotor, Selipar 10. Alatan Tidur (Bantal, Selimut, dan Sleeping Bag (jika ada) 11. Baju Sukan Sekolah, Seluar Sukan 12. Ubat-Ubatan (jika perlu) 11. Ubat Nyamuk / Belerang (jika perlu) 12. Plastik Basahan 14. Pinggan Plastik, Gelas Plastik, Sudu (sendirian berhad) LAMPIRAN II : Jadual Makan/Minum sepanjang 3 hari 2 malam JUMAAT SABTU ( 17/5 ) ( 18/5 ) SARAPAN ( Kem Sediakan )
BERGERAK DARI SMK SAAS MENUJU KE GUNUNG DATUK, REMBAU, N9 MINUM PAGI ( Patrol )

AHAD ( 19/5 ) SARAPAN ( Patrol ) MASAKAN RIMBA ( Patrol )

MAKAN TENGAHARI Sepanjang XPDC & di atas Gng Datuk ( Sekolah Sediakan Roti 2 bungkus + air mineral ) Makanan Tambahan yg dibawa sendiri dialualukan spt air tin, sandwich, air mineral botol besar, coklat dll

MAKAN TENGAHARI ( Kem Sediakan )

MINUM PETANG ( Patrol ) MAKAN MALAM ( Kem Sediakan )

MINUM PETANG ( Kem Sediakan ) BERSURAI

MAKAN MALAM ( Kem Sediakan )

Lampiran III : Tentatif Program Hari Pertama (Jumaat/ 24 Mei 2013) 5.00 ptg : 6.00 ptg : Sampai, Sesi Taklimat, Bina Khemah Persediaan Minum Petang /Solat Asar Berjemaah Aktiviti (1) Latihan Asas Perbarisan/ Latihan Kawat Tongkat

6.30 ptg : 9.00 mlm: 11.00 mlm:

Makan Malam/ Persiapan Diri / Solat Maghrib & Isyak Berjemaah / Bacaan Mathurat/Yasin Aktiviti (2) Latihan Kemahiran Simpulan & Ikatan (Sistem Pangkalan) Yanammullail

Hari Kedua (Sabtu/ 25 Mei 2013) 6.00 pg : 7.00 pg : 7.30 pg : 8.00 pg : 4.30 ptg : 6.30 ptg : 9.00 mlm : 11.00 mlm : Persiapan Diri/Solat Subuh Berjemaah/Tazkirah Aktiviti (3) Senaman : Malaysia Cergas Sarapan Pagi Aktiviti (4) Mendaki Gunung Datuk Minum Petang/Solat Asar Berjemaah/Laporan Buku Log Makan Malam/Solat Maghrib & Isyak Berjemaah/Bacaan Mathurat/Yasin Aktiviti (5) Persembahan Malam Seni Budaya Budak-budak Pengakap Yanammullail

Hari Ketiga (Ahad/ 26 Mei 2013) 6.00 pg : 7.00 pg : 7.30 pg : 8.30 pg : Khidmat Diri / Solat Subuh/ Tazkirah Aktiviti (6) Latihan Asas Perbarisan/ Latihan Kawat Tongkat Sarapan Pagi Aktiviti (7) Masakan Rimba Aktiviti (8) Knotting Board Aktiviti (9) Satu Model Projek Perintis Makan Tengahari Aktiviti (8) Khidmat Masyarakat Bertolak Balik ke SMK SAAS, Kajang

11.00 pg 11.30 ptg : 12.30 ptg :

Anda mungkin juga menyukai