Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

A MACHANG BUBUK
14020 BUKIT MERTAJAM NO.TEL : 04-5521467
NO.FAKS : 04-5521457

PULAU PINANG
TERAPI MOTOR KASAR
PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

TARIKH : 6 SEPTEMBER 2018


HARI : KHAMIS
TEMPAT : ESCAPE, TELUK BAHANG
KUMPULAN : PELAJAR KELAS PENDIDIKAN KHAS INTERGRASI
SASARAN (BERMASALAH PEMBELAJARAN)

1. PENGENALAN
Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran, SMK Machang Bubuk, Bukit
Mertajam, terdiri daripada murid-murid istimewa dari pelbagai kategori seperti Sindrom
Down, Slow Learner, Autisma, Masalah penglihatan, ADHD, Disleksia, Celebral Palsy dan
lain-lain lagi. Sehubungan itu, pihak sekolah terutamanya Program Pendidikan Khas SMK
Machang Bubuk sentiasa berusaha mengadakan aktiviti luar P&P atau lawatan sambil
belajar dan terapi(boling, renang dan fizikal) bagi memenuhi program persekolahan . Aktiviti
seperti ini amat perlu untuk murid-murid ini bagi memperkembangkan diri mereka dalam
aspek jasmani, rohani, dan intelek disamping dapat memupuk perasaan bangga dan lebih
dihargai walaupun mengalami kekurangan. Aktiviti dan lokasi yang dirancang adalah
bertetapan dengan kehendak Falsafah Pendidikan Khas dan sukatan pelajaran yang dipilih.
Justeru itu, untuk menjayakan program -program seperti ini,kerjasama dan sokongan dari
semua pihak amatlah diharapkan.

2. MATLAMAT
Meningkatkan rangsangan otot kasar, koordinasi badan dan otak ke tahap yang lebih baik.

3. OBJEKTIF
1. Memenuhi keperluan individu yang mempunyai pelbagai tahap keupayaan ke arah
kehidupan yang lebih bermakna selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan
Khas.
2. Memberi peluang kepada murid-murid istimewa berkomunikasi dengan masyarakat
sekeliling dan persekitaran.
3. Melahirkan perasaan yakin dan mewujudkan perasaan gembira pada murid-murid

1
istimewa.
4. Murid –murid dapat didedahkan dengan persekitaran dunia luar supaya mereka
dapat menyesuaikan dalam apa jua keadaan.
5. Memupuk perasan bangga dan rasa dihargai dikalangan murid-murid istimewa
walaupun mengalami kekurangan.
6. Intervensi motor kasar ini juga bertujuan mendapatkan kaedah rawatan susulan agar
murid boleh mengawal serta menguatkan otot-otot motor kasar mereka.
7. Murid-murid dapat memperbaiki kawalan keseimbangan koordinasi badan mereka.
8. Murid-murid dapat menyeimbangi keperluan intelektual dan rohani.

4. KONSEP AKTIVITI MOTOR KASAR


Seperti yang diketahui, ESCAPE menyediakan aktiviti-aktiviti luar yang melibatkan
penggunaan fizikal secara keseluruhan. Aktiviti-aktiviti yang disediakan adalah seperti Flying
Fox, Merentas Halangan, Wall Climbing, Spider Web dan pelbagai lagi aktiviti.

Aktiviti-aktiviti seperti ini didapati sesuai untuk perkembangan fizikal, pergerakan


motor kasar dan motor halus serta mental murid-murid berkeperluan khas di mana segala
otot-otot dan otak mereka dapat dirangsang. Otot-otot dipaksa untuk bekerja bagi
menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut.

Aktiviti fizikal ini juga membolehkan murid untuk memperbaiki keseimbangan


koordinasi badan dan juga otak. Setiap lakuan yang dijalankan memerlukan murid untuk
menggerakkan tangan dan juga kaki. Mata digunakan untuk mentaksir halangan yang
ditempuhi dan menganggar jarak setiap halangan. Keseimbangan badan dapat diperbaiki
dengan mengikuti aktiviti merentas halangan tergantung. Keadaan aktiviti ditempat tinggi
membolehkan murid mengawal diri bagi mengelakkan diri daripada jatuh. Aktiviti seperti ini
juga boleh mengurangkan rasa gayat murid.

Terdapat ramai murid OKU yang kurang melakukan aktiviti fizikal di rumah. Aktiviti
terapi fizikal seperti ini dapat meransang sendi-sendi, meningkatkan katahanan otot dan
jantung serta melancarkan lagi peredaran darah bagi murid-murid yang kurang aktif.

5. PANDUAN KESELAMATAN
Sebelum menjayakan aktiviti fizikal untuk murid-murid PPKI ini, faktor yang paling penting
dan perlu diambil kira adalah faktor keselamatan. Kita melihat faktor keselamatan ini dalam
sudut ketidakupayaan fizikal dan tahap ketidakupayaan intelektual murid-murid tersebut.

2
i. Ketidakupayaan Fizikal
Setiap aktiviti yang dilakukan dikawal selia oleh jurulatih berpengalaman. Segala
panduan dan arahan akan diberikan oleh jurulatih terlebih dahulu. Peralatan
keselamatan juga akan digunakan sepanjang aktiviti ini dijalankan.

Terdapat beberapa tahap kesukaran aktiviti yang disediakan. Tahap kesukaran


setiap murid mungkin berbeza mengikut keupayaan murid. Murid yang kurang
berkeupayaan akan mengikuti aktiviti yang lebih mudah manakala murid yang berupaya
akan menjalankan aktiviti yang lebih sukar.

ii. Ketidakupayaan Intelektual


Ketidakupayaan intelek juga dialami oleh murid PPKI di mana tahap tumpuan yang
singkat menyebabkan maklumat yang diberi tidak dapat disimpan dengan sempurna.
Oleh itu, penjelasan guru perlulah ringkas dan tepat.

Ada murid-murid PPKI yang kurang persepsi kemahiran motor dan persepsi
mengenai jarak dan ketinggian. Maka persepsi yang tepat dan betul perlu disampaikan
kepada mereka.

6. SASARAN PESERTA
PESERTA BILANGAN
MURID-MURID KELAS KHAS 60 ORANG
GURU PENGIRING & PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PPM) 20 ORANG
JUMLAH 80 ORANG

7. ANGGARAN PERBELANJAAN
PERKARA HARGA JUMLAH BAYARAN
PENGANGKUTAN (BAS) RM 600.00 PM 600.00 X 2 BUAH RM 1,200.00
MAKAN / MINUM RM 5.00 RM 5.00 X 60 ORANG RM 300.00
JUMLAH RM 1,500.00

8. SUMBER KEWANGAN
DARIPADA PERKARA JUMLAH x SESI JUMLAH
LPBT BAS RM 200.00 X 2 SESI RM 1,200.00
RM 5.00 X 60
ELEKTIF MAKANAN / MINUMAN ORANG RM 300.00
JUMLAH RM 1,500.00

3
9. TENTIATIF
 7.30 am - Sarapan pagi
 8.00 am - Bertolak dari SMKMB ke ESCAPE, Teluk Bahang
 10.00 am - Aktiviti bermula
 12.30 pm - Makan tengahari
 1.00 pm - Aktiviti disambung
 3.00 pm - Perjalanan pulang
 4.30 pm - Dijangka tiba di sekolah

10. AJK PENGURUSAN


Penasih : En. Mohd Nazri Bin Bahari (Pengetua)
Pen. Penasihat I : Pn. Nor Adawiyah Bt. Khosin (PK Pendidikan Khas)
Pen. Penasihat II : Pn. Surainie Bt. Basir (PK Pentadbiran)
: Pn. Zahida Bt. Musa (PK HEM)
: Pn. Zunianah Bt Deris (PK Kokurikulum)
Setiausaha Program : En. Muhammad Safwan B. Alias
Bendahari : Cik Nur Salihah Bt Mohd Yusoff

10.1 AJK Makanan & Minuman


1. Pn. Radziah Bt. Muhd. Rejab
2. Pn. Norashikin Bt. Ramli

10.2 Jurugambar
1. Pn. Nurul Kaizura Bt. Zainuabidin
2. Cik Nur Azilah Bt. Ismail

10.3 AJK Dokumentasi & Laporan


1. Pn. Sarah Hani Bt. Ahmad Termizi
2. Cik Soon Ming Yen

10.4 AJK Pengangkutan


1. Siti Hajar Bt. Shukeri
2. Pn. Nur Atikah Bt. Abu Bakar

10.5 AJK Kawalan Pelajar / Displin / Keselamatan

4
Semua guru & PPM
11. NAMA SETIAUSAHA PROGRAM.
Nama : Muhammad Safwan Bin Alias
No KP : 870321-01-5633
No HP : 019-3663436
Alamat : 305, Lorong Jati 1C/1, Taman Jati, 09000 Kulim, Kedah

12. MAKLUMAT PUSAT AKTIVITI


Alamat : ESCAPE, 828, Jalan Teluk Bahang, 11050, Pulau Pinang
No Tel : 04-8811106

13. HARAPAN
Dengan adanya program seperti ini, diharapkan dapat mewujudkan sifat saling bekerjasama
dan bertanggungjawab antara semua pihak yang terlibat. Semoga program ini juga
berupaya memberi pengalaman dan pendedahan luar yang berkaitan dengan pelajaran
yang diajar.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

........................................................... .................................................
(MUHAMMAD SAFWAN BIN ALIAS) (NOR ADAWIYAH BINTI KHOSIN)
Setiausaha Program Terapi Air, Penolong Kanan Pendidikan Khas,
SMK Machang Bubuk, Program Pendidikan Khas Intergrasi
14020 Bukit Mertajam. SMK Machang Bubuk,
14020 Bukit Mertajam.

Disahkan oleh :

.................................................
(NOOR MAZWIN BINTI IDRIS)
Pengetua,
SMK Machang Bubuk,

5
14020 Bukit Mertajam

6
PROGRAM PEMDIDIKAM KHAS INTEGRASI ( PPKI)
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MACHANG
BUBUK
14020 BUKIT MERTAJAM
PULAU PINANG

KERTAS KERJA
TERAPI MOTOR KASAR 2018

TARIKH: 6 SEPTEMBER 2018


TEMPAT: ESCAPE, TELUK BAHANG
PULAU PINANG

Anda mungkin juga menyukai