Anda di halaman 1dari 4

Acara : Perkhemahan Gabungan Unit Beruniform Sekolah-Sekolah Daerah

Kuala Penyu

Masa : 26 hingga 28 Oktober 2018 (3 Hari 2 malam)

Tempat : SK Batu Linting, Kuala Penyu, Sabah

1.0 PENGENALAN

Perkhemahan gabungan Unit Beruniform merupakan aktiviti pasukan badan beruniform


yang diadakan untuk semua pasukan unit beruniform sekolah-sekolah daerah Kuala Penyu. Di
antara unit-unit ini adalah Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Kuala Penyu, Kadet
Remaja Sekolah, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, Pandu Puteri, Kadet Polis, Puteri
Islam dan lain-lainnya.

Selari dengan perkembangan semasa yang semakin mencabar ini, kecemerlangan


seseorang pelajar tidak hanya bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata bahkan
para pelajar juga perlu memiliki ciri-ciri kepimpinan yang mantap, berketrampilan, pekerti yang
mulia, dan berkebolehan menyesuaikan diri dengan era globalisasi.

Ciri-ciri ini penting untuk dimiliki oleh setiap ahli pasukan bagi merealisasikan Falsafah
Pendidikan Negara. Semoga cita-cita dan hasrat murni ini akan difahami dan dihayati
sepanjang perkhemahan ini. Di samping itu, semua peserta perkhemahan perlu sentiasa
menjunjung nilai permuafakatan dalam melaksanakan setiap aktiviti yang dijalankan bagi
mencapai kejayaan yang cemerlang, seperti kata pepatah ‘bulat air kerana pembentung, bulat
manusia kerana muafakat’.

2.0 MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan kepimpinan dan disiplin
yang perlu ada dalam setiap pelajar. Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta
menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Pelbagai aktiviti disusun dalam program ini
agar sifat kepimpinan dalam diri peserta dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam
menempuh cabaran yang mendatang. Program ini juga diselitkan dengan aktiviti kerohanian
untuk membina keyakinan diri dan mengukuhkan rohani agar dapat membentuk modal insan
yang seimbang selaras dengan pembangunan negara yang mampan.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi peluang kepada pelajar merasai pengalaman dalam menyertai program
kepimpinan.

1
3.2 Membentuk pelajar yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam
setiap situasi.
3.3 Melatih para pelajar untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dan
menghargai alam sekitar.
3.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang
disediakan.
3.5 Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea yang bernas
semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.
3.6 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap
mementingkan diri sendiri.
3.7 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial.

4.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN

4.1 Jawatankuasa Pengelola Program

Penaung : Tuan Haji Muhid Misrin


Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Penyu

Pengerusi : En. Abdul Rahman Taib


Pegawai Pembangunan Kemanusiaan PPD Kuala Penyu

Naib Pengerusi : En. Malih


Penyelia Ko-Kurikulum PPD Kuala Penyu

Setiausaha : En. Azlan Mohd Zainal Harbir Abdullah


SK Janang

Bendahari : Pn. Rozana Rozlee


Smk Pekan Kuala Penyu

AJK : Semua PK Kokum sekolah

4.2 Jawatankuasa Pelaksana

Kem Komandan : Ridwan Sik Abdullah (SK Batu Linting)


Tim.Kem Komandan : Jimmy Chong (SMK St Peter Bundu)
J/K Sambutan : Sk Pekan/Sk St. Augustine

2
Juruacara : Smk Menumbok/Sk Kekapor
J/K Peralatan/Teknik : Sk Kilugus/ Sk Sangkabok
Jurugambar : Sk St Stephen Kiaru/Sk
J/K Pengurus Peserta : SJKC Chung Hwa/ Sk Menunggang
J/K Hadiah Dan Sijil : Sk St Peter Bundu/ Sk Menumpang
J/K Persiapan Majlis : Smk St Peter Bundu/ Sk Tanjung Aru
J/K Aktiviti : Smk Pekan Kuala Penyu/Sk Pekan Menumbok/
J/K Kesihatan : Sk Melikai/ SJKC Pui Hwa
J/K Kerohanian : Sk Lambidan/ Sk Batu Linting
J/K Makanan : Sk Berangkok/ Sk Sinapokan
J/K Kebersihan : Sk Palu-Palu/ Sk Janang
J/K Keselamatan : Sk Mansud/Sk Tempurong

5.0 PERBELANJAAN

Bil Perkara Harga Jumlah


01 Banner RM 40.00 1 RM 40.00

02 Button badge program RM 2.00 130 RM 260.00

02 Peralatan RM 100.00 1 RM 100.00

03 Makan/Minum RM 600.00 130 orang RM 600.00


JUMLAH RM
1000.00

6.0 SASARAN

Seramai 100 orang pelajar disasarkan menyertai aktiviti ini dengan setiap sekolah
rendah dikehendaki menghantar 3 orang wakil dan sekolah menengah 5 orang wakil setiap
sekolah.

7.0 TENTATIF

TARIKH PERKARA TINDAKAN


01 NOVEMBER 2012
(khamis)

3
0600 Bertolak dari sekolah masing- Guru-guru sekolah masing-
masing ke pejabat pelajaran masing
daerah Kuala Penyu
Pendaftaran Ahli-ahli jawatankuasa bertugs
Taklimat aktiviti mengikut bidangkuasa
Ice breaking masing-masing
Aktiviti berpangkalan
Rehat/makan tengahari/solat
Aktiviti berpengkalan
Minum petang/hemat diri/
solat /makan
Malam kebudayaan
Minum malam/tidur

2 NOVEMBER 2012
(Jumaat)
0530 Solat/Persiapan Diri Ahli-ahli jawatankuasa bertugs
Senamrobik mengikut bidangkuasa
Sarapan masing-masing
Aktiviti Berpangkalan
Makan Tengahari/Rehat
Majlis Penutupan Jemputan diuruskan oleh
pihak PPD Kuala Penyu
1200 Bersurai Semua yang terlibat

8.0 PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.
Semoga segala ilmu dan pelajaran yang kami sampaikan di dalam aktiviti perkhemahan
bersepadu ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka demi untuk melahirkan
generasi Y hari ini adalah ‘Generasi Pemangkin Masa Hadapan Negara’.

Tandatangan :
Disediakan Oleh : Azlan Mohd Zainal Harbir
Tarikh : 14 September 2012

Anda mungkin juga menyukai