Anda di halaman 1dari 5

SJK TAMIL CANTUMAN CHAAH

JBD7074

KERTAS KERJA
SUKANEKA DAN HARI KELUARGA
TAHUN 2022

TARIKH : 13 NOVEMBER 2022


HARI : AHAD
MASA : 8.00 PAGI
ANJURAN : PRASEKOLAH DAN PPKI,
SJKT CANTUMAN CHAAH
SUKANEKA DAN HARI KELUARGA PRASEKOLAH DAN PPKI 2022
SJK TAMIL CANTUMAN CHAAH

1.0 PENDAHULUAN

SJK Tamil Cantuman Chaah akan menganjurkan sukaneka dan hari keluarga
tahunan 2022. Kejohanan ini dianggap sebagai acara yang penting bagi aktiviti
kokurikulum bagi prasekolah dan tahap satu. Ia menjadi satu medan kepada para murid
memperlihatkan kekuatan mental dan fizikal dalam pelbagai acara larian dan kumpulan
yang dipertandingkan. Pengelolaan sesuatu sukaneka dan hari keluarga tahunan melibatkan
pelbagai aspek teknikal yang amat penting terutama berkaitan pengurusan sumber manusia.
Beberapa ahli jawatankuasa dibentuk untuk menyedia, merancang, memantau dan
melaksanakan tugas-tugas tertentu berkaitan dengan pengelolaan sesuatu kejohanan.
Aktiviti dijalankan mengikut kategori yang telah ditetapkan. Aktiviti ini berjalan dengan
lancar sehingga pihak sekolah dapat mengenal pasti beberapa murid yang yang mempunyai
bakat dalam acara yang disertai mereka. Hal ini penting untuk memastikan mutu
keunggulan Negara dalam bidang sukan pada masa hadapan dipandang tinggi oleh negara-
negara sejagat.

2.0 OBJEKTIF

Diharapkan melalui aktiviti-aktiviti yang disusun untuk pelajar ini dapat:

2.1 Melahirkan pelajar yang aktif dan berpotensi dalam bidang kokurikulum.

2.2 Memberi peluang kepada pelajar untuk mengembangkan bakat mereka ke tahap

yang lebih optimum.

2.3 Menghargai pelajar-pelajar yang cemerlang dalam bidang kokurikum.

2.4 Memastikan sasaran pencapaian cemerlang dalam bidang kokurikulum.

2.5 Meningkatkan motivasi dan keyakinan diri serta dapat memperkukuhkan azam dan
semangat kesukanan tanpa mengabaikan sahsiah diri.
2.6 Melahirkan modal insan yang baik dengan nilai murni.
2.7 Membangunkan tenaga kerja bersepadu di kalangaan warga pendidik dan masyarakat
dalam membentuk generasi berilmu dan berakhlak.
3.0 JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : Pn.M.Givarani
Pengerusi : Pn.S.Nilavani
Naib Pengerusi 1 : Pn.S.Chandrika
Naib Pengerusi 2 : Pn.P.Lecthumy
Setiausaha : Pn.V.Shobana
Bendahari : Pn.N.Kalaivany
AJK : Pn.M.Kavitha
Pn.Norsyikin Binti Mohd Lutfi
Pn. Farawahida Bind Dzulkepli
En.R.Puvendran

4.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Persiapan astaka : Pn Farawahida, En.Puvendran, Pn Fadelina


Buku Program & Kad jemputan : Pn. Kalaivany
Dokumentasi : Pn. Shobana
Persembahan murid : Pn Kalaivany
Pengacara majlis : Pn.Subasiny
Makanan murid : Pn.M.Kavitha, Pn.Norsyikin
Hadiah / Cenderamata : Pn.Norsyikin, Pn Fadelina
Aktiviti/ Peralatan : En.Puvendran, Cik. Thurga
PA sistem/ surat-menyurat : En Puvendran, En Haritharan
Jurugambar : En Gunasegaran
Kecemasan : Pn Shobana
Kawalan murid : Semua guru
Kebersihan : Pekerja sekolah

5. 0 SASARAN
Murid kelas Prasekolah dan Pendidikan Khas.

6.0 JANGKAMASA
13 November 2022 (Ahad) – 8.00 pagi hingga 11.30 pagi.
7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara JUMLAH

1. Makanan dan minuman murid

Sarapan

Mihun Goreng + Milo

47 murid x RM 2.00 RM 94.00

Makanan tengahhari

Nasi minyak, sambal ayam, telur rebus, acar

timun nenas, buah dan air kotak

47 murid x RM 12 RM 564.00

Hamper makanan

47 murid x RM 15.00 RM 705.00

JUMLAH RM 1363.00

Sumber Kewangan : RM 1363.00 (Peruntukan Bantuan Makanan Prasekolah)

8.0 ACARA YANG DIPERTANDINGKAN

Bil Kategori Acara


1. Prasekolah Dan PPKI - Permainan Memancing Ikan
- Permainan Membawa Bola Dalam Pinggan
- Permainan Jalan Dalam Guni
- Permainan Jalan Membawa Bola
2. Ibu Bapa Dan Guru - Permainan Minum Air Mineral
- Permainan Kupas Epal
- Permainan Belon
9.0 PENUTUP

Semoga Sukaneka dan Hari Keluarga 2022 yang akan dilaksanakan ini dapat memberi
manfaat dan meningkatkan pencapaian kokurikulum SJK Tamil Cantuman Chaah. Adalah
diharapkan juga agar semua murid yang terlibat dapat bersama-sama membina kerjasama
sepasukan untuk mencapai apa jua misi yang dirancangkan. Murid dapat memupuk
semangat kesukanan yang tinggi. Semangat kesukanan tersebut harus diterapkan oleh para
murid dalam meningkatkan prestasi akademik mereka. Moga segala usaha dan bakti yang
ditaburkan dapat mengharumkan lagi nama SJK Tamil Cantuman Chaah seterusnya
melahirkan insan cemerlang dan terbilang. 

Disediakan oleh, Disemak oleh,

__________________________________ ______________________________
(SHOBANA A/P S VIJAYA KUMAR) (NILAVANI A/P SAMYVELU)
SETIAUSAHA PROGRAM, PENOLONG KANAN KURIKULUM,
SJK TAMIL CANTUMAN CHAAH SJK TAMIL CANTUMAN CHAAH

Disahkan oleh,

_______________________________
(GIVARANI A/P MUNIANDY)
GURU BESAR,
SJK TAMIL CANTUMAN CHAAH

Anda mungkin juga menyukai