Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SETIA WANGSA

27200 KUALA LIPIS,


PAHANG DARUL MAKMUR

KERTAS KERJA

FOOD BANK
SeWSeS

ANJURAN BERSAMA

UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING

UNIT KEBAJIKAN

UNIT BINA INSAN

PRONIKA ( PROGRAM NILAI & KAREKTOR)

WARGA SMK SETIA WANGSA


KERTAS CADANGAN
FOOD BANK
SeWSeS

YBrs. Tuan Pengetua,

2.0 PENGENALAN/LATAR BELAKANG PROGRAM

Program Food Bank SeWSeS merupakan program kebajikan yang dijalankan anjuran Unit
Bimbingan Dan Kaunseling, Unit Kebajikan dan Unit Bina Insan sekolah. Aktiviti kebajikan
dalam bentuk sumbangan barang makanan daripada murid, guru -guru, ibu bapa dan NGO.
Program ini juga dikenali sebagai PRONIKA yang akan menjadi amalan dan budaya kepada
seluruh warga SMK Setia Wangsa.Pihak sekolah berusaha mewujudkan inisiatif Food Bank
khusus sebagia wahana untuk membantu keluarga murid yang kurang berkemampuan kerana
terdapat sesetengah pelajar yang tidak membawa wang belanja ke sekolah.  Sebelum ini,
program ini didedahkan di surau, di masjid dan pusat komuniti tetapi kita juga ingin menerapkan
nilai kasih sayang dan amalan bersedekah dalam diri warga sekolah SMK Setia Wangsa. Food
Bank tersebut akan dipenuhi dengan makanan keperluan asas dan juga makanan kering seperti
air kotak, roti dan lain-lain bagi membantu, murid yang tidak membawa bekal dan wang ke
sekolah untuk mengambilnya. Selain itu, sumbangan berbentuk alat tulis, pakaian dan lain-lain
juga amat digalakkan. Food Bank ini akan diletakkan di satu sudut untuk memberi ruang kepada
murid yang betul-betul susah tidak mengira kaum sama ada India, Cina dan Melayu.  Program
ini diadakan bagi memupuk semangat kekeluargaan dan kasih sayang sesama insan seperti yang
disarankan dalam Program Amalan Guru Penyayang.

.
3.0 OBJEKTIF

3.1 Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling bantu -


membantu antara pelbagai budaya di sekolah.

3.2 Mengamalkan budaya penyayang guru yang peka dan empati dengan murid –
murid walaupun berlainan agama dan bangsa.

3.3 Menggalakkan amalan bersedekah dan suka membantu dalam kalangan


warga

4.0 KUMPULAN SASARAN

Pelajar Tingkatan 1 hingga 5 yang kurang berkemampuan


5.0 PRONIKA ( PENERAPAN NILAI & KAREKTOR)

1. Tahu – warga sekolah tahu masalah dan peka dengan persekitaran


2. Sedar – semua ada kesedaran bahawa ada orang susah dan perlu dibantu
3. Amalan – terapkan nilai bersedekah walaupun sedikit dan nilai kasih sayang
4. Budaya – jadikan amalan sedekah setiap hari kepada semua warga sekolah

6.0 BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM

5.1 September hingga Mac 2023 sepanjang sesi persekolahan

5.2     Modus Operandi


           
1.     Menyediakan rak menempatkan barang -barang makanan untuk diambil oleh murid
2.     Mengadakan promosi yang berterusan
3.     Menyediakan tabung sumbangan di meja pengawal keselamatan
4.     Mengadakan tatacara pengambilan barang sumbangan dari rak tersebut
5.     Mewujudkan pasukan petugas murid PRS yang mengawasi rak tersebut
6.     Menerapkan amalan bersedekah setiap hari walaupun sedikit dalam kalangan warga
sekolah
 
5.3 Tatacara Murid Mengambil Barangan
 
1.     Dibenarkan mengambil barangan sumbangan pada waktu rehat/balik sekolah
2.     Murid mengisi ruang di dalam buku log barangan yang diambil oleh murid
 
5.4 Tatacara Menyumbang Tunai atau Barangan Oleh Warga Sekolah

1. Segala sumbangan atau dana yang disumbang oleh murid, guru, staf atau pihak luar
diserahkan pada AJK Kumpul Dana/Barang
2. Semua AJK boleh membeli barang keperluan dari hasil sumbangan tersebut dan
diletakkan di rak Food Bank
3. Memastikan pelajar yang betul-betul layak untuk mengambilnya sambil dipantau oleh
PRS
7.0 JAWATANKUASA KERJA

Penasihat : Hj Shaharin Bin Abdullah (Pengetua)


Pengerusi 1 : Pn Siti Fatimah Bt Abdullah (PK HEM)
Pengerusi 2 : En Badrul Hisham Bin Noh (PK Pentadbiran )
Naib Pengerusi : Pn Amalia Aida Bt Kamaludin (PK KoKurikulum)
Setiausaha : Pn Marlesa Bt Abdul Malikarimallah (Guru Bimbingan &
Kaunseling)
Penyelaras : En Izani Bin Ismail

AJK KUMPUL DANA/BRG TUGAS


1. Pn Noorela bt Samat - Mengumpul barang dan dana dari
2. Pn Norhafizah Bt Abd Rashid murid, guru, ibu bapa dan NGO
3. Pn Rahayu Bt Kamil - Membekalkan makanan @ apa-apa
4. Pn Masniyati Bt Ibrahim sumbangan melalui kutipan
AJK PROMOSI
1. Pn Marlesa Bt Ab Malik - Menyediakan kertas kerja dan
2. Pn Syarifah Bt Mohd Nor 6.         surat menyurat yang berkaitan
3. YM Tg Mohd Insani Bin Tg 7.      - Menjalankan promosi mingguan
Anera 8.      - Menyediakan dokumentasi tahunan
9.   

8.0 IMPLIKASI KEWANGAN

  ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Harga Sumber

1 Gula 5 kilo Rm 3 x 5 = Rm 15 PCG Kaunseling


Susu 10 tin Rm 3 x 10= Rm 30
Biskut 10 plastik Rm 5 x 10 = Rm 50 RM 200
Air kotak 3 bundle Rm 25 x 3 bundle = Rm 75
Roti 30 bun Rm 1 x 30 = Rm 30

2 Sumbangan keperluan Sumbangan ikhlas Sumbangan guru,


asas orang perseorangan dan
NGO
 
9.0 PENUTUP

Semoga program ini memberi impak yang besar kepada pelajar yang kurang
berkemampuan untuk terus datang ke sekolah dengan tidak memikirkan segala kekurangan yang
ada serta merasa diri mereka diambil berat oleh orang sekeliling dalam mewujudkan budaya
penyayang dan sekolahku sejahtera.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

............................................................. .......................................................................

(MARLESA BT ABD MALIKARIMALLAH (SITI FATIMAH BT ABDULLAH )

Guru Bimbingan dan Kaunseling Penolong Kanan KOKU


SMK Setia Wangsa SMK Setia Wangsa
KERTAS CADANGAN
FOOD BANK
SMK SETIA WANGSA

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan FOOD BANK


SMK SETIA WANGSA

Atau

Tidak Meluluskan Kertas Cadangan FOOD BANK


SMK SETIA WANGSA

Ulasan :

______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

SHAHARIN BIN ABDULLAH


Pengetua
SMK Setia Wangsa
Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai