Anda di halaman 1dari 13

KERTAS KERJA

PROGRAM KEMASYARAKATAN DAN KESUKARELAWAN


2013

TARIKH
14 DISEMBER 2013
HARI
SABTU

LOKASI
KAMPUNG ORANG ASLI BATU 12 GOMBAK SELANGOR

ANJURAN
PERSATUAN MAHASISWA
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN (PMFSSK)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
LOVE IS SHARING AND CARING

KERTAS KERJA
PROGRAM KEMASYARAKATAN DAN KESUKARELAWAN 2013
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI SAINS SOSIAL & KEMANUSIAAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1.0 PENDAHULUAN
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Sebagai salah satu badan kepimpinan mahasiswa dalam Fakulti Sains Sosial &
Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, berbesar hati ingin menganjurkan Program
Kemasyarakatan dan kesukarelawaan 2013. Program ini dianjurkan bertujuan untuk memberi
ruang yang luas kepada mahasiswa untuk mendekati masyarakat. Program ini juga dianjurkan
adalah untuk membentuk kemahiran-kemahiran kesukarelaan, kepimpinan dan melatih
mahasiswa/i untuk berfikir secara kritis dan mampu menjana idea yang kreatif dan matang.
Program ini juga dilaksanakan untuk memberi pendedahan awal kepada para mahasiswa/i
mengenai alam luar kampus, dan budaya pendidikan serta sebagai praktikal kerja
kemasyarakatan yang tidak boleh ditinggalkan oleh pelajar kampus/universiti. Disamping itu,
program ini adalah berbentuk kepimpinan, kesukarelaan, kebajikan, kerohanian, kekeluargaaan,
kebudayaan, hal ehwal kewanitaan, dan bersifat akademik, melalui pembelajaran sepanjang
hayat.
Tujuan utama kertas kerja ini adalah untuk memohon pertimbangan dan kelulusan bantuan
kewangan dari Jabatan Perkhidmatan Pelajar, Universiti Kebangsaan Malaysia, untuk
menjayakan Program Kemasyarakatan dan Kesukarelawan 2013, Persatuan Mahasiswa Fakulti
Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

2.0 PENGENALAN / LATAR BELAKANG


2.1
Menyedari betapa pentingnya program berteraskan pemantapan akademik dan
pembentukan sahsiah diri dijalankan secara berterusan khususnya kepada para pelajar, Fakulti
Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM telah mengambil satu inisiatif untuk melaksanakan satu
program iaitu Program Kemasyarakatan dan Kesukarelawaan 2013 yang merupakan salah satu
program yang diadakan bertujuan memasyarakatkan mahasiswa/i di hati rakyat serta
mewujudkan suasana dan tuntutan mahasiswa untuk turun padang bersama-sama dengan
masyarakat Malaysia yang pelbagai bangsa dan agama khususnya masyarakat peribumi bagi
tujuan melihat budaya, cara hidup dan seterusnya memberi sumbangan dan kesedaran kepada
penduduk di sana terutamanya bagi masyarakat Islam.

3.0

MATLAMAT
Penganjuran Program Kemasyarakatan dan kesukarelawaan
2013 ini adalah
bertujuan untuk memberi kesedaran dan rasa motivasi kepada mahasiswa/i tentang
kepentingan silaturrahim, persaudaraan, kesukarelaan, pembelajaran secara amali,
kebertanggungjawaban dan kebajikan kepada masyarakat umum serta memupuk budaya
kepentingan menuntut ilmu dalam kalangan masyarakat setempat dan warga Malaysia
dan luar negara yang turut tidak akan ketinggalan menjadi sasaran kami.

4.0 OBJEKTIF
4.1 Menanam rasa tanggungjawab dan kesukarelaan untuk memberikan khidmat soial,
motivasi dan juga kesedaran kepada masyarakat daripada pelbagai lapisan sosial
sebagai satu langkah kearah memupuk semangat cintakan ilmu dan juga kesedaran
sosial dalam kalangan mahasiswa
4.2 Menjalinkan silaturrahim sesama pelajar dan melatih kemahiran berkomuniti
mahasiswa dan mengaplikasikannya dalam situasi komuniti yang sebenar
4.3 Membentuk sahsiah, keperibadian dan nilai positif yang unggul dalam diri pelajar
daripada sudut kerohanian, jasmani, mental, kepimpinan, kemasyarakatan,
kesukarelaan, hal ehwal wanita, kebudayaan dan kesenian yang perlu dipelihara
4.4 Meningkatkan kemahiran insaniah, dinamis dan sikap prihatin untuk membentuk
kepimpinan diri di dunia kemasyarakatan dalam kalangan mahasiswa
4.5 Melahirkan mahasiswa serba boleh dan mampu menjana peluang memberi bantuan
kepada masyarakat apabila sudah berada di alam pekerjaan kelak. Tidaklah hanya
berada dalam situasi yang sunyi di alam kampus ini
4.6 Meningkatkan kemahiran berkomunikasi mahasiswa dalam menyampaikan idea
secara lisan dan bertulis, berunding ke arah mencapai keputusan dan sebagainya

5.0

TEMA
LOVE IS SHARING AND CARING

6.0

ANJURAN
Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,
Universiti Kebangsaan Malaysia

7.0

TEMPAT, TARIKH & PENGANGKUTAN

Program dicadangkan untuk diadakan di:


8.1 : Tempat program
8.2 : Tarikh
8.3 : Pengangkutan

8.0

: Kampung Orang Asli Batu 12 Gombak, Selangor.


: 14 Disember 2013
: Bas Universiti Kebangsaan Malaysia

PUBLISITI
Program ini akan dihebahkan dengan menggunakan beberapa medium publisiti yang akan
ditempatkan di sekitar Universiti Kebangsaan Malaysia seperti:

9.0

Akhbar Sinar Harian & Utusan Malaysia


Radio Malaysia Kelantan
Banner
Bunting
Majalah
Papan Digital UKM

CADANGAN PERASMI

Perasmi Pembukaan : YBhg. Prof. Dr. Hazita Azman (Dekan FSSK, UKM)

10.0

PENGLIBATAN AHLI PROGRAM


32 Orang Mahasiswa/I Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan
Malaysia & 8 Orang Tenaga Akademik dan Staff Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,
Universiti Kebangsaan Malaysia

11.0

STRUKTUR ORGANISASI
Sila Rujuk Lampiran A

12.0

ATURCARA PROGRAM
Sila Rujuk Lampiran B

13.0

ANGGARAN BELANJAWAN
Sila Rujuk Lampiran C.

14.0

KEMAHIRAN INSANIAH PESERTA


Sila Rujuk Lampiran D.

15.0

PEJABAT URUSAN
Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan surat menyurat, sila
hubungi:
HASRILAH BINTI HASNAN,
Ketua Pengarah,
Program Kemasyarakatan dan Kesukarelawan 2013,
Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan
Tel. Bimbit : 012- 2808271
E-mail
: hasrilah72@gmail.com

16.0

PENUTUP
Demi menggapai objektif dan matlamat yang diharapkan, pihak penganjur amat berharap
agar Jabatan Perkhidmatan Pelajar, Universiti Kebangsaan Malaysia, dapat meluluskan
permohonan bantuan kewangan sepertimana yang dipohon demi kelancaran dan kejayaan
program ini. Segala jasa baik dan sokongan yang diberikan amatlah dihargai dan
didahului dengan ucapan terima kasih.
MAHASISWA INOVATIF PEMANGKIN KECEMERLANGAN VARSITI
LOVE IS SHARING AND CARING

LAMPIRAN A
STRUKTUR ORGANISASI
PROGRAM KEMASYARAKATAN DAN KESUKARELAWAN 2013
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

PENAUNG
YBhg. Prof. Tan Sri Dato' Seri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin
(Naib Canselor, UKM)

PENASIHAT
YBhg. Prof Ir. Dato Dr. Othman A. Karim
(Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UKM)

PENYELARAS
YBhg. Tuan Haji Musa Zainal Abidin Othman
(Timbalan Pendaftar, Jabatan Pembangunan Pelajar, UKM)

PENASIHAT PERSATUAN
YBhg. Prof. Madya Dr. Tg. Nor Rizan binti Tg. Mohd Maasum

KETUA PENGARAH
Hasrilah binti Hasnan (A 146539)

TIMB. KETUA PENGARAH I


Nursyakila binti Muzammir (A 146693)

SETIAUSAHA
Nur Afiqah binti Mohd Rafe (A145192)

BENDAHARI
Nur Nadia binti Mohamed (A 145404)

SEKRETERIAT
Pengarah Pemasaran & Publisiti : Nurulafizah bt Isham (A 145385)
Timbalan Pengarah Pemasaran &Publisiti: Nur Ezati binti
Razali(A145205),Umi Afiqah binti Abu Bakar (A 145334)
Pengarah Program : Nurul Zuraini binti Mohd Shahri (A 139963)
Timbalan Pengarah Program: Mohd Hafizee bin Rahman (A145239)

Pengarah Disiplin : Nor Salbiah binti Mohd Safiai (145510)

Pengarah Perhubungan & Keselamatan : Leng Weng Hong(145022)

Pengarah Tugas-tugas Khas : Nur Ain Syafiqah binti Mohd Musleh (A 145121)

Pengarah Cenderamata & Sijil : Nor Hazwani binti Mohd Nadzir (A145415)
Timb.Pengarah Cenderamata & Sijil; Nurfatin Izatti binti Mat Repin(A145110)

Pengarah Logistik & Pengangkutan : Nur Anis Tasira binti Razali (A145425)
Timbalan Pengarah Logistik & Pengangkutan: Wan Auni Sabihah binti Wan
Mustapha(A145388).

Pengarah Protokol : Siti Nur Izzaty binti Salit (A145317).


Timbalan Pngarah Protokol ; Nor tiqah binti Mat Saat (A145199)

Pengarah Jamuan & Kebajikan : Nur Hayani Adlina binti Abdur Rahim (A145270)
Timbalan Jamuan & Kebajikan : Haslinda binti Sahman (A145099)
Wan Noor Shamimi Binti Wan Azhar ( A145163 )
Pengarah Teknikal & ICT : Fatin Nabila Adlina binti Zailani ( A145069)
Timbalan Pengarah Teknikal & ICT: Hazrilfadila bin Hussin (A145299)

Pengarah Multimedia & Penerbitan : Huda Madihah binti Japril (A 145466)


Timbalan Pengarah Multimedia dan Penerbitan: Siti Salina binti Masdey (A 145172)

LAMPIRAN B
ATURCARA PROGRAM
PROGRAM KEMASYARAKATAN DAN KESUKARELAWAN 2013
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

14 DISEMBER 2013 / SABTU *

Waktu

Program

8.00 a.m

Ketibaan mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia

8.30 a.m

Ucapan PerasmianYBhg. Prof. Dr. Hazita Azman (Dekan FSSK, UKM)

8.45 a.m

Sarapan pagi

9.15 a.m

Khidmat komuniti, membersihkan sekitar perkampungan, menceriakan


kawasan kemudahan awam seperti tandas awam dan balai raya.

10.00 a.m

Sukan Rakyat Tiup belon.


- Ice breaking.
- Mewarna.
- Demo cuci tangan dan penjagaan kesihatan.

12.00 p.m

Makan tengahari

1.15 p.m

Solat

2.30 p.m

- Ucapan penutupan majlis dan penyampaian cenderamata.


a) Mewarna
b) Demo cuci tangan.

4.00 p.m

Bersurai

* Tertakluk kepada perubahan

LAMPIRAN C
ANGGARAN BELANJAWAN PROGRAM
PROGRAM KEMASYARAKATAN DAN KESUKARELAWAN 2013

PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN


UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
BIL
1.

PERKARA

PENDAPATAN

BARANGAN KESIHATAN
- Handrub
- Ubatan Kesihatan

TAJAAN
PHARMANIAGA
( RM 1500)

2.

PAKAIAN URUSETIA
40 orang (40 x RM 15 )

3.

PERBELANJAAN

IM4U
(RM 600)

PERCUMA
(RM 1500)

RM 600

JAMUAN FASILITATOR & VIP


-

40 orang ( RM 10 x 40 orang )
Perasmi ( RM 15 x 1 orang )
VIP ( RM 15 x 10 orang )

- TAJAAN
PHAMANIAGA
- E-LI LILY

RM 400
RM 15
RM 150

COMPANY
- JABATAN
ORANG ASLI
(RM 565)
4.

PENGANGKUTAN

(
- PERCUMA

PERCUMA

Banner ( RM 150

- TAJAAN

RM 450

x 3) Flyer ( RM

PHAMANIAGA

RM 50

100 x 0.50 )

- E-LI LILY

PERCUMA

Akhbar Utusan Malaysia dan Sinar

COMPANY

Bas UKM ( RM 100 x 1 hari)


5.

PUBLISITI

(RM 500)
6.

RENCAM
Alat tulis ( RM 10 x 50
orang ) Cat ( RM 100 x
2 tin )

7.

JUMLAH KESELURUHAN

- KAMAL
BOKSTORE,
JLN. PAHANG

RM 500
RM 200

(RM 700)

RM 2.900.00

RM 2, 900.00

LAMPIRAN D
KEMAHIRAN INSANIAH PESERTA
PROGRAM KEMASYARAKATAN DAN KESUKARELAWAN 2013

PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN


UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Penganjuran adalah berasaskan 8 Hasil Pembelajaran Pogram berasaskan Kontrak Pembelajaran
(Learning Contract) seperti berikut :
1.Kemahiran Sosial dan Kebertanggungjawaban (HPP1) : Sifat memastikan setiap perkara
dan setiap tugas yang dilakukan mencapai tahap yang terbaik. Sikap sambillewa dan acuh tak
acuh tidak boleh wujud dalam masyarakat yang berdaya maju.

2.Kemahiran Komunikasi (HPP2) : Sebagai rakyat sebuah negara yang berhasrat mencapai
status negara maju, rakyat Malaysia perlu dikenali dengan budayaketepatan, termasuklah
menepati waktu dan mengutamakan kecekapan dalammelaksanakan semua tugas dan kewajipan.

3.Kemahiran Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat (HPP3) :


Sesebuah negara hanya akan benar-benar maju dan berjaya apabila rakyatnya memiliki ilmu
pengetahuan yang tinggi. Budaya ilmu ialah kecenderungan untuk sentiasa memburu
pengetahuan yang terkini dan kesediaan untuk menimba ilmu sepanjang hayat.

4.Kemahiran Membina Nilai, Sikap, Etika dan Profesionalisme (HPP4) : Rakyat Malaysia
perlu memiliki integriti yang tinggi dalam melaksanakan sebarang tugas dan tanggungjawab agar
bangsa dan negara sentiasa disegani dan dihormati oleh semuapihak. Integriti merangkumi sifatsifat amanah, bersih dan cekap dalam melakukansebarang tugas dan melaksanakan
tanggungjawab.

5.Kemahiran Pemikiran Kritikal, Penyelesaian Masalah dan Pendekatan Saintifik (HPP5):


Ketabahan dalam mengharungi masalah dan cabaran yang mendatang. Rakyat Malaysia

seharusnya bersifat tidak mudah mengaku kalah, sebaliknya perlu memiliki keyakinan
diri yang tinggi serta semangat juang yang kental dalam apa jua bidang yang diceburi.

6.Kemahiran Kepimpinan dan Kerja Berpasukan (HPP6) : Kesetiaan sepenuhnya


kepada negara Malaysia dan kesediaan untuk berbakti dan berkorban demi negarayang
tercinta.

7.Kemahiran

Pengurusan

dan

Keusahawanan

(HPP7):

Ialah

cara

berhadapan dengan sebarang masalah dengan penuh berhemah dan teliti agar tidak
berlakuperkara-perkara yang menyinggung hati dan perasaan mana-mana pihak yang
lain.

8.Kemahiran Kreatif dan Inovatif (HPP8) : Adalah kesediaan kita sebagai rakyat
Malaysia untuk mencuba perkara baru dan berinovasi dalam apa jua lapangan yangkita
ceburi. Rakyat Malaysia perlu dikenali sebagai individu-individu yang mampumenjadi
pemimpin dalam bidang masing-masing. Kita mesti berani berubah untukkebaikan,
berani mencari penyelesaian baru dalam menangani masalah dan sentiasabersedia untuk
menjadi perintis dalam setiap bidang yang diterokai.

Anda mungkin juga menyukai