Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

PROJEK
KEMANUSIAAN WARMTH 4 SYRIA
Pelarian di Aleppo, Homs dan Damascus
DESIMBER 2016

Pertubuhan
Himpunan Lepasan
Institusi Pendidikan
Malaysia

Kerjasama

Al Saraa Foundation,
Turki
For Humanitaran
Relief

PEJABAT PENTADBIRAN HALUAN PUSAT


A-03-1, Medan Pusat Bandar 5,
Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan,
Tel: +6 03 8926 8892 Faks: +6 03 8926 6892
Laman web: www.haluan.org.my
Email: baharudin.suri@haluan.org.my (Dr Baharudin Suri)

1
1.0 PENDAHULUAN

Krisis kemanusiaan di Syria bagaikan tiada tanda hentinya, dan dunia tidak harus terus membiarkan
rakyat Syria ditindas dan dizalimi oleh regim Bashar al-Assad bersama sekutunya Russia dan Iran. Semua
pihak, tanpa mengira kaum dan agama harus bangkit bagi menyatakan tentangan kepada Bashar Assad
dan memberi sokongan kepada perjuangan rakyat Syria yang inginkan kebebasan hidup di bumi
kelahiran mereka sendiri.

Rejim Bashar AlAssad masih lagi meneruskan agenda kekejamannya terhadap rakyat awam di seluruh
Syria. Sudah 6 tahun berlalu. Kini angka kematian sudah melebihi 460 ribu orang, ratusan ribu pula orang
awam yang cedera dan ratusan ribu lagi mengalami pelbagai seksaan sebagai tahanan di dalam penjara.
Manakala pada masa yang sama, menurut UNCHR lebih 12 juta rakyat Syria yang menjadi pelarian untuk
menyelamatkan diri di dalam Syria dan juga di sempadan Jordan, Lubnan dan Turki.

Desakan demi desakan oleh dunia melalui PBB yang ingin mengemukakan pelan genjatan senjata dan
perdamaian, namum regim Bashar bukan sahaja tidak mengendahkan jeritan dunia, malah terus
membuat penafian demi penafian serta meneruskan pembunuhan kejam keatas rakyatnya yang tidak
berdosa. Rejim Bashar al-Assad yang kejam terus menggunakan kekerasan ke atas rakyatnya seperti
penggunaan kereta kebal, senjata-senjata berat, senjata kimia dan memusnahkan bangunan-bangunan
termasuk rumah dan juga masjid.

SERANGAN KEJAM terkini terhadap penduduk di bandar Aleppo(Halab), Homs dan juga dipinggiran
Damsyik atraua Damasucu, Syria. Dan musim sejuk yang bermula dari November dan berakhir bulan Mac
setiap tahun adalah waktu yang paling getir dihadapi oleh setiap pelarian Syria. Kanak-kanak dan orang
tua adalah pelarian yang amat perlukan bantuan alat pemanas, selimut, pakaian sejuk disamping
makanan dan rawatan ubat yang asasi.

Sebagai umat Islam dimana jua berada, fakta kerakusan regim Assad dan sekutu-sekutunya yg telah
meratah kehormatan saudara2 kita di Aleppo dan bandar-bandar lain dengan pengeboman kejam wajib
di kecam oleh seluruh masyarakat antarabangsa.

HALUAN, melalui Biro Misi Kemanusiaan yang prihatin dalam isu kekejaman di Syria sejak 2012 dengan
penyaluran pelbagai bantuan di kem2 pelarian di Turki, Jordan mahupun didalam Syria sekali lagi merayu
dan mengajak masyarakat Malaysia terus prihatin dan menyertai bantuan kecemasan ini.

2
2.0 NAMA PROJEK

MISI KEMANUSIAAN WARMTH 4 SYRIA

PROJEK ini menyasarkan kepada Agihan Pakaian Sejuk, Pek Makanan Asasi, Bantuan Duit
Poket Keluarga, Bantuan rawatan Perubatan kepada keluarga-keluarga Pelarian Syria yang
terputus akses dari keperluan asasi di sekitar Aleppo, Homs dan Damsyik, SYRIA.

Juga kepada anak-anak yatim Syria yang kehilangan ibubapa dan tempat kediaman. Kos untuk
setiap bulan penyaraan kediaman anak yatim ialah RM 25,000.00

Sasaran bantuan musim sejuk kepada keperluan lebih dari 500 keluarga dengan bantuan
sebanyak RM200 setiap keluarga yang mana ada 5-6 ahli.

3.0 ANJURAN

Biro Misi Kemanusiaan (BMK) HALUAN MALAYSIA


Dengan kerjasama
i. Al Sarraa Foundation, sebuah NGO kemanusiaan berpengkalan di Turki dan Syria.
ii. Penyumbang Dana dan Masyarakat Malaysia

4.0 OBJEKTIF

4.1 Mendapatkan SUMBANGAN DANA dari masyarakat terutamanya badan-badan


Korporat, Pusat Pungutan Zakat Negeri, Pusat Perniagaan, dan Ahli-ahli Perniagaan
Perseorangan, melalui kempen berterusan serta media massa dan social.

4.2 Meneruskan PENGHANTARAN pasukan NGO kemanusiaan untuk mengagihkan


bantuan makanan asasi, perubatan dan lain-lain keperluan asas di kawasan-
kawasan kediaman awam di Aleppo, Homs dan Damsyik.

5.0 AGENSI YANG TERLIBAT

Nama Tugas
HALUAN MALAYSIA BIRO MISI KEMANUSIAAN
Menjadi penggerak kepada misi kemanusiaan pelarian Syria
Sebagai koodinator dalam PENERUSAN misi kemanusiaan
pelarian Syria.

Al Sarraa Foundation, Sebuah NGO Kemanusiaan yang melaksanakan aktibiti kebajikan


Turki dan kemanusiaan untuk pelarian-pelarian khasnya di Labenon
dan .dalam Syria
PENYUMBANG Penyumbang Dana terdiri dari masyarakat umum badan-badan
DANA Koporat, Pusat Pungutan Zakat dan Ahli-ahli perniagaan

3
6.0 TEMPOH PERLAKSANAAN

Desimber 2016 dan Januari 2017

7.0 LAPANGAN TUGAS di KEM PELARIAN UTARA SYRIA

7.1 Premis

Kediaman awam, kem pelarian dan penempatan sementara pelarian di pelbagai kawasan di
Bandar Aleppo, Homd dan Pinggiran Damsyik serta kawasan berhampiran.

7.2 Operasi atau Tugasan

a. Mengagihkan pakaian musim sejuk, pek makanan asasi dan bantuan wang poket
dikalangan keluarga pelarían terpilih di kem pelarían.
b. Bantuan ubatan untuk rawatan kesihatan di dalam kompleks klinik dan Hospital lapangan
di Kem Pelarian

7.3 Keperluan Tenaga Sukarelawan/Misi

Misi ini akan diaksanakan dengan bantuan tenaga sukarelawan dari AlSarraa Foundation
yang beroperasi ditempat tersebut.

8.0 IMPLIKASI KEAWANGAN

KOS PEMBIYAAN BANTUAN

Bil. Jenis Bantuan Tempat Kem Pelarian Jumlah

1. Bantuan Pembiyaan untuk pakaian Aleppo, Homs dan 100,000.00


sejuk, pek makanan, duit poket Damsyik dan
keluarga dan rawatan kesihatan @ sekitarnya
RM200/keluarga
2. Pinggiran Damsyik 50,000.00
Pembiyaan rumah anak yatim selama
2 bulan

JUMLAH 150,000.00

JUMLAH KESELURUHAN BANTUAN HALUAN Malaysia = RM150,000.00

Atau dalam tukaran USD =

4
9.0 PENUTUP

Semoga amanah dalam melaksanakan program ini mendapat sokongan, dokongan dan nasihat
semua pihak agar objektif yang digariskan tercapai. Kepada Allah S.W.T. kita memohon agar
ditunjukkan jalan agar amalan kita sentiasa dirahmati dan diberkati-Nya. Marilah kita berdoa
agar Allah S.W.T. menganugerahkan kita dengan kebaikan di atas usaha yang kecil ini dalam
menyampaikan dan menyedarkan umat Islam di Malaysia dalam mengambil peduli perihal
saudara seakidah di seluruh dunia.

Adalah harapan HALUAN agar orang ramai dan pihak-pihak dermawan dapat membantu
perlaksanaan projek ini dalam mencari keredhaan Allah dan kesejahteraan manusia.

Disediakan oleh,
Biro Misi Kemanusiaan

Dr. Baharudin Bin Suri


Ketua,
Biro Misi Kemanusiaan
23hb November 2016

Diluluskan Oleh,

________________________

Timbalan Presiden / NP 2 HALUAN

Anda mungkin juga menyukai