Anda di halaman 1dari 20

KERTAS KERJA

CADANGAN PROJEK
TERNAKAN AYAM
KAMPUNG KACUK
SECARA KOMERSIL
Disediakan oleh :

NOOR ISKHANDAR AGRO INDUSTRIES

No 51 , Taman Highland Park

35000 Tapah

Perak
RINGKASAN EXECUTIVE

Penternakan ayam kampong kacuk tidak pernah diberi perhatian dan dianggap tidak

menguntungkan khususnya oleh penduduk luar bandar. Permasalahan yang sering

menjadi kerisauan dan igauan ngeri di kalangan penternak tradisional adalah seperti

ayam sering sakit , kurus dan mati secara tiba-tiba. Pemilihan sistem reban dan
kaedah perternakan yang salah, juga merupakan salah satu halangan dan cabaran
yang sering mengagalkan para penternak hingga ada yang mengalami kerugian yang
cukup besar. Pengurusan reban yang lemah seperti kebersihan reban ayam yang kotor
dan banyak najis, sistem pemakanan yang kurang sesuai akan memberi kesan yang
tidak sihat pada ayam kampong.

Sistem induk dan penetasan tidak diberi perhatian.Vaksin dan vitamin tidak

diberikan.Mereka tidak tahu bantuan yang ada. Mereka tiada sistem pemasaran dan

rangkaian perniagaan.

Sebenarnya penduduk luar bandar tidak mendapat peluang menimba ilmu, tiada
mentor, tiada sistem, tiada tindakan dan tiada impian untuk menjadikan ayam kampung
produk yang luar biasa.

Alhamdulillah, setelah saya memjalani latihan ternakan ayam di Nuralis Agro Farm,
saya mendapat pendedahan dan teknik penternakan yang betul dan berkesan. Saya
yakin dengan system biosekuriti dan system membuat reban yang diajar mampu
menghasilkan ternakan yang hidup sihat.

Sistem penjagaan ayam yang terbaik dari guru saya akan saya amalkan. Saya yakin
dan pasti semua ayam saya akan mencapai berat dalam masa yang telah ditetepkan.
System permakanan yang berkualiti dan murah telah saya pelajari.

Pendedahan dan pengalaman tentang penyakit penyakit ayam dan cara mencegah dan
merewat telah dikongsi semasa latihan.

Teknik penyembelihan dan memproses ayam telah saya lalui dan saya bertambah yakin
untuk menghasilkan produk ayam yang halal dan bersih.Teknik pembungkusan dan
pemasaran telah dikongsi semasa kursus tersebut.
1. PENGENALAN

Sektor penternakan merupakan salah satu daripada cabang-cabang pertanian selain


tanaman makanan asas, buah-buahan, perikanan dan juga akuakultur.Semua cabang
dalam tersenarai dalam bidang pertanian ini secara umumnya banyak menyumbang
kepada asas pembentukan ekonomi Malaysia di dalam era selepas merdeka dengan
peningkatan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

Perubahan drastik kerajaan kearah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara


pengeluar makanan halal utama di dunia serta pelaksanaan terhadap jaminan sekuriti
makanan dalam negara, menggalakkan lebih pengeluar makanan dalam negara yang
berasaskan ternakan memaksimumkan pengeluaran mereka. Selaras dengan itu,
berkembanglah usahawan-usahawan kecil dan sederhana yang memulakan ‘langkah
pertama’ untuk menjalankan apa jua bentuk perniagaan di samping meningkatkan
kemahiran dan taraf hidup khususnya bagi mereka yang berpendapatan rendah.

Bidang pertanian khususnya penternakan tidak tertumpu kepada golongan petani


sahaja tambahan pula bidang ini tidak menghadkan kepada sesiapa pun untuk terus
menerokanya.Sekadar meminati bidang penternakan sahaja tidak mencukupi tetapi
hendaklah merealisasikannya dengan tindakan selanjutnya sehingga tercapainya
matlamat pengusaha untuk mendapatkan keuntungan dan menyahut seruan
kerajaan.Maka dengan itu, kami memilih bidang ini sebagai matlamat perniagaan kami
kerana bidang ini dilihat berdasarkan pengalaman kebanyakan usahawan, mempunyai
potensi yang tinggi untuk meningkatkan taraf hidup di samping dapat menjalankan
perniagaan sendiri.

Untuk mendalami bidang ini dengan lebih terperinci dan mencapai matlamat
perniagaan, para usahawan atau penternak haruslah mempunyai pengetahuan asas
dalam bidang yang mereka ceburi. Tanpa pengetahuan asas, segala perjalanan proses
penternakan akan menemui jalan buntu lantaran mengundang risiko kerugian yang
besar dan ini adalah amat buruk dan patut dielakkan. Atas dasar inilah banyak institusi-
institusi dan pusat-pusat latihan ditubuhkan untuk memberi pendedahan kepada bakal
penternak mengenai kaedah, proses dan sebagainya tentang penternakan. Setiap
usahawan ternakan haruslah memikirkan cara untuk memaksimumkan keuntungan
mereka di samping menjaga kebajikan sosial kerana peranan mereka dalam sektor
pengeluaran makanan amat besar terutamanya sumbangannya kepada negara.
2. TUJUAN.

Tujuan Kertas Rancangan Perniagaan dikemukakan kepada Yayasan Tekun Nasional


ialah untuk mendapat pembiayaan sebanyak RM50,000.00 ( Lima Puluh Ribu Sahaja)
untuk membuat reban dan memulakan operasi menternak ayam kampung sebanyak
3,000 ekor.

Jenis :Projek Ladang Ternakan Ayam Kampung


Jumlah Kos : RM 75,000.00
Modal Sendiri : RM 25,000.00
Pinjaman : RM 50,000.00
Cadangan Bayaran Balik : Bulanan
Cadangan Bank :
Bentuk Sandaran : Tiada

3. LATAR BELAKANG PERNIAGAAN


NOOR ISKHANDAR AGRO INDUSTRIES

NOOR ISKHANDAR AGRO INDUSTRIES ditubuhkan pada 17 Disember 2015.


Penubuhan syarikat ini adalah berasaskan kepada penternakan ayam kampong kacuk
secara komersil yang mempunyai permintaan tinggi di pasaran tempatan . Walaupun
syarikat NOOR ISKHANDAR AGRO INDUSTRIES masih lagi baru dan masih dalam
proses memperkukuhkan kedudukannya sebagai sebuah syarikat yang mantap , kami
telah merancang akan melebarkan sayap perniagaan ini ke peringkat yang lebih tinggi
supaya dikenali umum.

NOOR ISKHANDAR AGRO INDUSTRIES merupakan syarikat perkongsian yang akan


beroperasi LOT 182, jalan Pahang , Batu 3 Tapah Perak. Tanah ini dipunyai oleh salah
seorang pengarah syarikat seluas 3 ekar.

Secara umumnya, Pengarah syarikat ini telah lama menternak ayam secara kecil-
kecilan.Ayam dijual secara hidup kepada penduduk setempat, pasar malam, kedai
runcit dan kepada beberapa pemborong.

Pengalaman ini sangat berguna untuk menternak ayam dalam skala yang lebih
besar.Keuntungan adalah sedikit kerana jumlah ayam yang sedikit.

Pada masa ini ramai penternakan ayam kampong dilakukan secara sampingan dan
kecil-kecilan. Ini kerana ramai yang menganggap penternakan ini susah untuk
mencapai ke tahap komersil. Kebanyakan penternakan ayam kampung
mengamalkan cara penternakan yang tradisional. Sudah sampai masanya syarikat
kami membuat secara sepenuh masa dan secara komersial jika mendapat bantuan dari
pihak yang berkenaan.

BUTIR-BUTIR SYARIKAT
Nama Syarikat : NOOR ISKHANDAR AGRO INDUSTRIES
Alamat Pejabat :.
Alamat Ladang :.
No Telefon : 03-88612899
No Pendaftaran Perniagaan : 1006025-W
Jenis Perniagaan : Menternak dan Menjual Ayam Kampung.
Tarikh Daftar Perniagaan : 17 Disember 2015

VISI SYARIKAT.
Menjadi syarikat penternakan ayam kampung yang berjaya dengan mengeluarkan
100,000 ekor ayam setiap bulan dalam masa 5 tahun.

MISI SYARIKAT.
• Ingin menembusi pasaran tempatan dan luar negara dalam tempoh 5
tahun akan datang.

• Menghasilkan jenama sendiri produk sejukbeku.

• Ingin menjadi sebuah organisasi yang membantu ramai penternak lain


untuk berjaya dengan memperkenalkan ladang kontrak.

• Membuka kilang menghasilkan makanan ternakan.


OBJEKTIF SYARIKAT.
• Menjadi pembekal utama ayam kampong sejukbeku .

• Menjadi pusat penyelidikan ayam kampung.

• Membekalkan anak ayam kampung .

• Membekalkan telur ayam kampung .

5. LATAR BELAKANG PENGUSAHA.

BUTIR-BUTIR PERIBADI

Nama : Dr Noor Iskhandar Mahmud

No Kad Pengenalan : 710112-05-5011

Alamat Tetap :xxxxxxxxxxxxxxx

Umur : 45 tahun

Taraf Perkahwinan : Berkahwin

Taraf Pendidikan : 1)

Agama : Islam

Pengalaman :5 Tahun Pengalaman Dalam Penternakan


ayam.

Pekerjaan Sekarang :Usahawan Ayam Kampung

Kursus Yang Telah Dihadiri:


1. Kursus Pengurusan Penternakan Ayam 2011
2. Kursus dan Latihan Teknikal Mardi 2013
3. Kursus Usahawan Ternakan Ruminan & Unggas 2013

No Telefon : 03-88612899
No Faks : 03-88884166

6. RANCANGAN PENTADBIRAN.

CARTA ORGANISASI.

Pada peringkat permulaan, Pengusaha akan melakukan semua tugas di carta


organisasi syarikat NOOR ISKHANDAR AGRO INDUSTRIES
JAWATAN DAN HURAIAN TUGAS
Setelah beroperasi dan mendapat pulangan, saya menjangkakan akan melantik
pengurus, pegawai pemasaran dan pekerja am. Ada beberapa calon yang boleh saya
lantik seperti berikut:

PENGURUS

Nama : Zamri Bin Khalid


No. Kad Pengenalan : 830101116003
Umur : 31 Tahun
Kelulusan : Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan
Pengalaman : 5 Tahun Dalam Pengurusan Ladang
Pernah berkerja sebagai Pegawai Pertanian.

PEKERJA AM

Nama : Abdullah Bin Roslan


No. Kad Pengenalan : 851224035555
Umur : 29 Tahun
Kelulusan : Sijil Kemahiran Veterinar

PEGAWAI PEMASARAN
Nama : Aliza bte Abdullah
No. Kad Pengenalan : 851224034444
Umur : 25 Tahun
Kelulusan : Diploma in Marketing

JAWATAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB


Pengurus Mengurus operasi ladang
Mengurus hal-hal kewangan
Berurusan dengan pihak integrator dan
pegawai Jabatan Perkhidmatan Haiwan
Membantu pekerja am
Pekerja Am Persediaan sebelum kemasukan anak
ayam
Pemantauan anak ayam
Memberi makanan mengikut umur ayam
Memberi Vaksin/Vitamin/Antibiotik
Pengasingan ayam takai/bantut
Tangkapan ayam untuk jualan
Pembersihan dan cuci hama dari reban
Persediaan untuk pusingan seterusnya

Pegawai Pemasaran Membuat promosi


Mencari pembeli ayam
Menjual ayam
Merekod belian setiap hari
Merekod jualan setiap hari
Logo dan branding.
Membuat perjanjian dan usahasama.
Mencapai target jualan.

7. RANCANGAN OPERASI.
PELAN SUSUN ATUR

Buat lakaran susun atur ladang yang akan dibena. Pagar, Pintu, Pejabat, Rumah
pekerja, Reban.Tempat pelupusan ayam sakit/mati dll.

REBAN TERNAKAN.
Kami akan membina reban ayam seperti yang dicadangkan oleh Kementerian
Pertanian dan Industri Asas Tani. Reban ini juga berdasarkan kursus yang telah kami
jalani sebelum ini.

Reban 30 kaki lebar dan 100 kaki panjang boleh menempatkan 3,000 ekor ayam
kampung. Ruang lantai adalah 1.0 kaki persegi bagisetiap ekor ayam.

Peralatan makanan dan minuman ternakan adalah menggunakan teknologi moden


dengan sepenuhnya.

Bumbung dibuat dari zink dengan lebihan 3 kaki untuk memastikan air hujan tidak
memasuki reban. Kami memastikan pengudaraan yang cukup agar ayam sentiasa
mendapat udara yang segar.

Lantai daripada tanah liat yang ditinggikan sebanyak satu kaki.

JADUAL PERLAKSANAAN

Perkara Jan Feb Mac April Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis
Meratakan tanah
Pagar
Reban
Anak Ayam
Jual Ayam
LOKASI TERNAKAN.
Lokasi yang dipilih merupakan tanah sendiri di Lot 182, Jalan Pahang Batu 3, 35000
Tapah Perak. Keluasan kawasan ialah 3 ekar dan terletak di kawasan ladang kelapa
Sawit.Tanah terletak di hujung kampung dengan lebih dari 500 meter dari kawasan
perumahan.Kawasan ini mempunyai kemudahan asas seperti jalan tar, air bersih,
elektrik serta telefon. Suasana dalam ladang kelapa sawit juga menyumbang kepada
faktor suhu yang tidak terlalu panas bagi keselesaan ternakan.

JENIS TERNAKAN.
Ayam yang akan diternak adalah ayam kampung (kacuk). Bekalan anak ayam adalah
mencukupi dan mudah didapati dari pembekal .

MAKANAN TERNAKAN.
Anak ayam akan diberi makan dedak permulaan dari jenama GOLD COIN sehingga
berumur 30 hari.

Selepas itu, ayam akan diberi makan campuran dedak 50% dan jagung halus 50%
sehingga berumur 60 hari. Ayam akan di pasarkan pada umur 60 hari dan boleh
mencapai berat 1.2-1.5 kg.
VAKSIN TERNAKAN.
Ayam akan diberi vaksin untuk mencegah penyakit seperti yang disaran oleh Jabatan
Perkhidmatan Veterinar. Ubat cacing dan antiobiotik akan diberi seperti yang
dicadangkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

UMUR
AKTIVITI KETERANGAN
(HARI)
1 MULTIVITAMIN+ANTISTRESS (VP-1000) MINUM
2 MULTIVITAMIN+ANTISTRESS (VP-1000) MINUM
- VAKSIN NDIB B1 - TITIS MATA/SPRAY (PAGI)
3
- MULTIVITAMIN+ANTISTRESS (VP-1000) - MINUM (T.HARI-PETANG)
4 MULTIVITAMIN+ANTISTRESS (VP-1000) MINUM
5 MULTIVITAMIN+ANTISTRESS (VP-1000) MINUM
- EM - MINUM (PAGI)
6-9
- MULTIVITAMIN PENGGEMUK (PON-PON) - MINUM (PETANG)
10 MULTIVITAMIN+ANTISTRESS (VP-1000) MINUM
11 MULTIVITAMIN+ANTISTRESS (VP-1000) MINUM
- VAKSIN POX - INJECT KULIT KEPAK (PAGI)
12
- MULTIVITAMIN+ANTISTRESS (VP-1000) - MINUM (T.HARI-PETANG)
13 MULTIVITAMIN+ANTISTRESS (VP-1000) MINUM
14 MULTIVITAMIN+ANTISTRESS (VP-1000) MINUM
- EM - MINUM (PAGI)
15
- MULTIVITAMIN PENGGEMUK (PON-PON) - MINUM (PETANG)
16 MULTIVITAMIN+ANTISTRESS (VP-1000) MINUM
17 MULTIVITAMIN+ANTISTRESS (VP-1000) MINUM
- VAKSIN GUMBORO - MINUM (PAGI)
18
- MULTIVITAMIN+ANTISTRESS (VP-1000) - MINUM (T.HARI-PETANG)
19 MULTIVITAMIN+ANTISTRESS (VP-1000) MINUM
20 MULTIVITAMIN+ANTISTRESS (VP-1000) MINUM
- EM - MINUM (PAGI)
21-36
- MULTIVITAMIN PENGGEMUK (PON-PON) - MINUM (PETANG)
37 MULTIVITAMIN+ANTISTRESS (VP-1000) MINUM
38 MULTIVITAMIN+ANTISTRESS (VP-1000) MINUM
- VAKSIN NDIB LASOTA - MINUM (PAGI)
39
- MULTIVITAMIN+ANTISTRESS (VP-1000) - MINUM (T.HARI-PETANG)
40 MULTIVITAMIN+ANTISTRESS (VP-1000) MINUM
41 MULTIVITAMIN+ANTISTRESS (VP-1000) MINUM
- EM - MINUM (PAGI)
42-70
- MULTIVITAMIN PENGGEMUK (PON-PON) - MINUM (PETANG)

terhadap permintaan daging ayam masih lagi luas berdasarkan kepada permintaan
semasa terhadap daging tersebut.
Permintaan yang tinggi bukan sahaja daripada restoran Makanan segera tetapi juga
pengusaha makanan yang lain seperti kantin sekolah, restoran mamak, pemborong,
peniaga pasar tani dan pasar malam.

Ini tidak termasuk lagi apabila permintaan meningkat secara mendadak apabila tiba
musim perayaan.

Dengan kewujudan Halal Hub Center di Malaysia, pasaran ayam daging keluaran
Malaysia menjadi semakin luas.Ini ditambah dengan usaha kerajaan Malaysia yang
menekankan kepada pembasmian penyakit ayam telah meningkatkan kepercayaan
pengimpot negara-negara luar untuk mengimport daging ayam dari negara ini.

Ayam boleh dipasarkan dalam beberapa cara:

 JUALAN AYAM HIDUP.

PEMBORONG akan mengambil semua ayam hidup di ladang yang sudah


mencapai berat tertentu.

 AYAM DIPROSES.

Ayam di proses dan dibersihkan. Ayam akan diedarkan ke pasar malam, kedai
runcit, restoran, sekolah dan asrama asrama.

 AYAM SEJUKBEKU DENGAN JENAMA SENDIRI.

Ayam yang telah dibersihkan akan di bungkus dan di simpan di sistem sejuk
beku. Ia akan dipasarkan di kedai kedai frozen disekitar bandar terdekat.

 PRODUK AYAM HILIRAN.

Ayam akan diproses dan dijadikan burger, sate, nugget, salai dan sebagainya.
ANALISIS SWOT SYARIKAT
Analisis Kelebihan, Kelemahan, Peluang dan Halangan Komoditi Ayam Kampung

Kelebihan Kelemahan

 Ayam kampung mempunyai harga yang tinggi  Promosi belum meluas.


di pasaran.  Penjualan berlainan gred.
 Pasaran yang masih luas boleh diterokai  Penternakan secara kecilan.
 Ayam kampung ini boleh dibiakkan atau  Sistem pengurusan yang kurang
diternak sepanjang tahun. efisien
 Dagingnya pejal, manis dan berprotein tinggi.  Harga ayam pedaging lebih murah
 Ayam kampung juga boleh dipelihara secara  Tidak mempunyai logo HALAL
bebas.
 Berbagai sumber makanan tambahan boleh
diberikan dan dijadikan makanan ayam.
 Kurang penyakit berbanding ayam komersial
 Modal permulaan yang rendah berbanding
ayam pedaging.

Peluang Halangan/ancaman

 Membesarkan pengeluaran ladang.  Kekurangan modal


 Integrasi penternakan.
 Persaingan pengeluar produk yang
 Mengeksploitasi aktiviti hiliran ayam sama
kampung.
 Sumber bekalan anak ayam yang
 Menjanakan sistem peredaran dan
terhad
pemasaran yang sempurna.
1. Tidak
2.
3.
4. Bersaing
5.

8. RANCANGAN PENGURUSAN KEWANGAN.


AKAUN KEWANGAN DAN UNJURAN.
PROJEK 3,000 EKOR AYAM

MODAL SENDIRI : RM25,000.00

PINJAMAN YANG DIPOHON:

 MODAL REBAN = RM 25,000.00

 MODAL OPERASI = RM25,000.00

 JUMLAH PINJAMAN YANG DIPOHON = RM50,000.00

KOS MODAL REBAN, INFRASTRUKTUR & PEMASARAN 3,000 EKOR AYAM


Kos (RM)
Reban 25,000.00
Kapasiti
(3,000 ekor ayam x 30’ x 100’)

Infrastruktur 10,000.00
( Jalan, Pagar, Perparitan dll)
Infrastruktur dan kemudahan ternakan
1.Feedar makanan bawah 20 unit x Rm25 500.00
2.Feedar makanan gantung 20 unit x Rm25 500.00
3.Feedar air manual 20 unit x Rm20 400.00
4.Auto Feedar (water) 20 unit x Rm30 600.00
5.Tray makanan 10 unit x Rm20 200.00
6.Papan lingkaran 10 unit x Rm60 600.00
7.Inkubator 2 unit x Rm3500 7,000.00

Jumlah Infrastruktur dan kemudahan ternakan 9,800.00

Kos Pemasaran & Promosi


(Signboard, Website, Flyers dll) 5,000.00
Jumlah keseluruhan 49,800.00
PENYATA UNTUNG RUGI 3 BULAN BAGI 3,000 EKOR AYAM
UNJURAN UNTUNG RUGI 5 TAHUN BAGI 3,000 EKOR AYAM

DETAIL TAHUN 1 TAHUN 2 TAHUN 3 TAHUN 4 TAHUN 5

KOS OPERASI
ANAK AYAM 24,000.00 24,000.00 24,000.00 24,000.00 24,000.00
6000 X 4
MAKANAN 72,000.00 72,000.00 72,000.00 72,000.00 72,000.00
AYAM
18,000 X 4
VAKSIN 2,400.00 2,400.00 2,400.00 2,400.00 2,400.00
600 X 4
UTILITI 1,800.00 1,800.00 1,800.00 1,800.00 1,800.00
JUMLAH KOS 100,200.00 100,200.00 100,200.00 100,200.00 100,200.00
KASAR

JUALAN KASAR 159,600.00 159,600.00 159,600.00 159,600.00 159,600.00


39,900 X 4

UNTUNG/RUGI 59,400.00 59,400.00 59,400.00 59,400.00 59,400.00

GAJI BULANAN
59,400/12 4,950.00 4,950.00 4,950.00 4,950.00 4,950.00
JUSTIFIKASI PINJAMAN

Industri penternakan ayam kampung merupakan salah satu bidang perniagaan yang
boleh memberi keuntungan yang tinggi memandangkan permintaan terhadap ayam
kampung yang sentiasa meningkat.

Penternakan ayam kampung mempunyai potensi yang sangat meluas.Selain itu boleh
menjana pendapatan bulanan yang lumayan seterunya berpotensi menjadi
usahawan.Adalah menjadi harapan supaya projek ini diberi perhatian dan
pembiayaansecukupnya dari pihak bank memandangkan projek yang akan diusahakan
inilebih menjurus kepada pengeluaran bahan makanan selaras dengan Dasar Pertanian
Negara justeru dapat mengurangkan impot dari luar negara.

Berdasarkan kepada perancangan dan unjuran pendapatan yang telahdibentangkan,


syarikat ini amat berkeyakinan bahawa perniagaan yang diceburiadalah satu
perniagaan yang menguntungkan dan dapat membawa pulanganyang lumayan.

Unjuran-unjuran yang dibuat untuk tahun pertama operasi selepas


mendapatpembiayaan adalah konservatif kerana mengambil kira faktor perniagaan
yangmasih di peringkat awal pemasaran untuk dibekalkan kepada pelanggan.

Syarikat ini telah membuat kajian dan perancangan yang sistematik bagimembolehkan
perniagaan ini berdaya maju dan mampu berkembang denganlebih pesat di masa
hadapan.

10. DOKUMEN SOKONGAN


• Salinan Kad Pengenalan
• Salinan geran tanah / surat sewaan
• Surat Perjanjian sewa tanah
• Gambar-gambar tapak
• Sijil pendaftaran syarikat
• Penyata kewangan syarikat
• Surat sebutharga dari kontraktor bina reban
• Sebutharga kontraktor pembekal peralatan/mesin
• Surat sokongan pihak tertentu
• Salinan permit lessen dari Jabatan Perkhidmatan VeterinarDaerah(JPVD)
• Sijil-sijil kursus
• Lain-lain dokumen

11.KESIMPULAN.
Adalah diharapkan semoga permohonan ini mendapat pertimbangan sewajarnyadan
seterusnya diluluskan daripada pihak TEKUN

Anda mungkin juga menyukai