Anda di halaman 1dari 5

Kertas Kerja Projek Ternakan Itik Daging

Disediakan oleh: MOHD OMAR BIN YAACOB K/P: 770425-03-6705 KG. BUKIT BUDU LATA REK 18000 KUALA KRAI KELANTAN

1. PENDAHULUAN Kertas kerja ini bertujuan memohon bantuan pinjaman bagi menjalankan projek ternakan itik daging dalam kandang atau kawasan berpagar di KG. Bukit Budu Lata Rek. Anggaran pinjaman yang diperlukan adalah RM20,000.00 bagi membeli baka induk, membina kolam, membina bangsal dan pagar kawasan. 2. LATAR BELAKANG PROJEK Perusahaan menternak itik daging ini dijalankan sendiri secara persendirian dengan dibantu oleh isteri. Projek ini sedang berjalan secara kecil-kecilan di belakang rumah dengan jumlah induk sebanyak 100 ekor dengan modal pusingan sebanyak RM2000. 3. KEPERLUAN KEWANGAN Modal asal yang diperuntukkan bagi menjalankan projek ini sebanyak RM2000 tidak mencukupi bagi membesarkan perusahaan ini. Oleh itu modal tambahan sangat diperlukan iaitu sebanyak RM20,000.00 untuk membeli keperluan sebagaimana berikut:3.1 3.2 3.3 3.4 3.4 Membina 2 bangsal / kandang(10 x 20) Membina kolam dan paip air (20 x 20) Membeli baka induk (600 ekor x RM4.50) Membina pagar zink (40m x 40m) Makanan dan ubat-ubatan RM 4,500.00 RM 1,500.00 RM 2,700.00 RM 4,000.00 RM 7,300.00 RM20,000.00

4. ANGGARAN PENDAPATAN 4.1 Empat bulan pertama 600 ekor 1800kg 4.2 x x 3kg (seekor) RM7/sekilo = 1800kg = RM12,600.00

Empat bulan kedua 600 ekor 1800kg x x 3kg (seekor) RM7/sekilo = 1800kg = RM12,600.00

4.3

Empat bulan ketiga 600 ekor 1800kg x x 3kg (seekor) RM7/sekilo = 1800kg = RM12,600.00

Anggaran pendapatan setahun adalah RM37,800.00

5. PELAKSANAAN PROJEK 5.1 Cara menternak

Pemeliharaan itik daging dilakukan di dalam kawasan lot dusun yang berpagar dalam keluasan 1600 meter persegi dan dibina sebuah kolam simen seluas 400 kaki persegi. Dengan menggunakan sistem paip PVC, air kolam akan ditukarganti setiap hari untuk menjaga kebersihan air dan kesihatan itik. 6. PENGALAMAN Projek ternakan itik daging ini telah dimulakan oleh kami pada tahun 2010 dengan permulaan induk 100 ekor. Hasil jualan itik daging yang diperolehi sehari ialah 9kg (tiga ekor). Disebabkan projek ini dijalankan dibelakang rumah, maka projek ini tidak dapat dikembangkan kerana tempat yang sempit dan tidak bersesuaian. 7. PEMASARAN Dianggarkan dalam masa 4 bulan itik daging akan mencapai berat 3kg. Harga pasaran pula bagi setiap 3kg adalah RM7. Buat masa sekarang pasaran kami hanya terhad disekitar Lata Rek dan Laloh sahaja. Ini kerana kekurangan bekalan yang ada. Sekiranya projek ini mendapat sokongan dari pihak tuan serta meluluskan permohonan pinjaman yang diperlukan kami bercita-cita untuk meluaskan pasarannya. Sehubungan itu kami juga bercadang untuk menjadi pembekal anakanak itik daging kepada penternak-penternak yang lain setelah adanya mesin pengeraman telur. 8. KEPERLUAN PEKERJA Buat masa ini kerja-kerja dibantu sepenuhnya oleh isteri, tenaga kerja masih mencukupi dan dijalankan secara sendiri. InsyaAllah sekiranya projek ini berjaya maka dengan sendirinya keperluan pekerja diperlukan dan dengan ini secara tidak langsung dapat membantu orang kampung melakukan pekerjaan. 9. PENUTUP Projek ini akan beroleh hasil pulangan yang lumayan sekiranya mendapat bantuan dan modal serta sokongan dari KESEDAR dan Bank Pertanian. Secara keseluruhannya rancangan untuk memohon bantuan adalah sebagai modal untuk penyediaan kawasan ternakan yang lebih luas dan lebih baik supaya kerja-kerja dapat dilaksanakan tanpa sebarang masalah atau gangguan persekitaran.

PENYATA UNTUNG RUGI BAGI TAHUN PERTAMA TAHUN 2012 PENJUALAN DAGING 5400KG RM 37,800.00

PERBELANJAAN UNTUK SETAHUN I. II. III. IV. Penyediaan tempat / kawasan Beli anak / baka 1800 ekor Belian makanan Belian ubat-ubatan : RM 10,000.00 : RM 8,100.00 : RM 7,000.00 : RM 500.00 RM 25,600.00

PENDAPATAN I. II. Hasil daging Perbelanjaan pengurusan Baki : RM 37,800.00 : RM 25,600.00 : RM 12,200.00

LEHA BT BESAR, KG. Bukit Budu Lata Rek, 18000 Kuala Krai, KELANTAN.

23/06/2011

Kepada, Tuan Pengurus Operasi, Pejabat Operasi KESEDAR, Chuchuh Puteri, 18000 Kuala Krai, KELANTAN. Tuan, KEBENARAN MENDUDUKI DAN MENGGUNAKAN TANAH LOT DUSUN NO. LOT 1669 MUKIM MANJOR Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Adalah dimaklumkan saya adalah pemilik bagi tanah yang tersebut di atas dengan ini memberi kebenaran kepada anak saya iaitu Mohd Omar Bin Yaacob, No. K/P: 770425-036705 untuk tujuan menjalankan Projek Ternakan Itik Daging tanpa sebarang tempoh masa. Sekian terima kasih.

Saya yang benar,

______________ (LEHA BT BESAR) No. K/P :

Anda mungkin juga menyukai