Anda di halaman 1dari 11

KERTAS KERJA

Permohonan Pinjaman Dalam Pelaksanaan

PROJEK TERNAKAN LEMBU


TENUSU

Disediakan oleh

CHANDRAN A/L SUGUMARAN


No. Tel: 0132586523

Projek Lembu Tenusu- GEETZ ENTERPRISE


KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN

2.0 TUJUAN KERTAS CADANGAN

3.0 OBJEKTIF

4.0 LATAR BELAKANG INDUSTRI PENTERNAKAN LEMBU DI MALAYSIA

5.0 LATARBELAKANG PEMOHON

6.0 LATAR BELAKANG PENTERNAKAN LEMBU FEEDLOT

7.0 PEMASARAN

8.0 PEMILIHAN TERNAKAN

9.0 PENGURUSAN

10.0 LOKASI

11.0 SENARAI PEMBEKAL

12.0 PASARAN

13.0 MANFAAT KEPADA KERAJAAN

14.0 PENUTUP

Projek Lembu Tenusu- GEETZ ENTERPRISE


1.0 PENGENALAN

Projek Ternakan Lembu Tenusu di Malaysia dengan kerjasama dan bantuan pinjaman
dari pihak Bank merupakan pemangkin kepada usaha kerajaan dalam melahirkan ramai
usahawan khususnya. Permintaan yang kian meningkat terhadap produk berasaskan
tenusu memberikan impak yang besar dalam industri ternak kerana permintaan bekalan
susu segar tempatan dan tenusu amat tinggi. Data dari Kementerian Pertanian dan Asas
Tani Malaysia menunjukkan hampir 90% dari keperluan tenusu negara adalah dari
sumber import, membuktikan peluang perniagaan yang amat tinggi. Segala syarat yang
dikenakan oleh pihak Bank di Malaysia kepada individu atau syarikat yang berminat
dalam program ini telahpun dipenuhi. Pihak pemohon yakin dengan kemampuan pihak
Bank yang memberikan dana berupa pinjaman dan Jabatan Haiwan Negeri dalam
memberi bimbingan dan tunjuk ajar tentang cara pengurusan ternakan lembu dimana
hasilnya akan dapat menjana pendapatan di samping memenuhi keperluan Negara.

2.0 TUJUAN KERTAS CADANGAN

Kertas kerja ini dihasilkan bertujuan untuk memohon pembiayaan dari pihak Bank
Pertanian Malaysia untuk memperkembangkan pendapatan individu dan seterusnya
KDNK Negara.

3.0 OBJEKTIF

Matlamat projek ini akan merangkumi beberapa perkara. Antaranya ialah:

a) Meningkatkan penggeluaran pertanian negeri dan negara

b) Memberi konitmen yang jitu pada program-program ‘halal food hub’

c) Menggeluarkan tenusu serta alternatif pemakanan yang sihat.

d) Menambah bilangan pengusaha tempatan dan sekaligus menggurangkan


penggantungan produk tenusu luar negera.

4.0 LATAR BELAKANG INDUSTRI PENTERNAKAN LEMBU DI MALAYSIA

Pada tahun 2005, Jabatan pertanian haiwan telah melaksanakan pelbagai projek untuk
meningkatkan penggeluaran produk tenusu tempatan.. Seiring dengan itu, pengeluaran
produk industri haliran asas ternakan terus diperkukuhkan dan dipertingkatkan dari segi
kualiti dan status halal untuk menembusi potensi pasaran eksport khususnya ke negara-
negara Islam. Industri ini dijangka berkembang pesat seiring dengan Polisi Pertanian

Projek Lembu Tenusu- GEETZ ENTERPRISE


Negara ke 3 (National Agriculture Policy 3 – NAP 3), keutamaan adalah dalam produksi
daging lembu dan tenusu. Antara lain adalah :

- Import bahan makanan negara .


- Import bahan berasaskan tenusu Lembu Semasa

- Memenuhi permintaan domestic dengan pengeluaran domestic.

5.0 LATAR BELAKANG PEMOHON

5.1 LATAR BELAKANG

Nama : Chandran A/L Sugumaran

Alamat Rumah /Pejabat : 42A, Jalan Ria 2, Taman Ria 2, 43950 Sungai Pelek,

Alamat Ladang : 211, Kampong Tanjung Mas,, Batu Dua,43900 Sepang.

No. Telefon ; 0132586523

5.3 PENGURUSAN SYARIKAT

Segala urusan diusahakan oleh :

Nama syarikat: GEETZ ENTERPRISE

Projek Lembu Tenusu- GEETZ ENTERPRISE


6.0 LATAR BELAKANG PENTERNAKAN LEMBU TENUSU DAN FEEDLOT

Penternakan lembu tenusu merupakan pekerjaan turun temurun keluarga kami. Kami
mempunyai kandang lembu yang kami usahakan secara kecil- kecilan. Kami juga
membekalkan susu kepada jabatan haiwan daerah sepang dan juga kedai-kedai di sekitar
pekan Sepang.Akan Tetapi kami tidak dapat memenuhi permintaan Sekarang. Oleh itu
kami ingin memperkembangkan skop penternakan lembu kami dan ingin usahakan secara
komersial.

7. PEMASARAN

Pihak kami telah membuat kajian berkaitan pemasaran di mana pemasaran susu lembu
merupakan salah satu sumber aktiviti penting yang mendatangkan hasil yang lumayan
jika diusahakan secara komersial . permintaan yang tinggi terhadap susu lembu
membuatkan harga jualan susu lembu meningkat secara mendadak. menentukan dan
merancang strategi pemasaran hasil bantuan pihak Jabatan Haiwan Negeri Selangor.
Skop pemasaran kami adalah sekitar Bandar baru salak tinggi, sepang. Sungai Pelek dan
Lukut.

7.1 Jenis-jenis Pemasaran

i. Jualan susu lembu ke kedai – kedai sekitar Bandar,


ii. Jualan susu lembu secara mewujudkan pusat sehenti.
iii. Jualan secara pukal kepada jabatan haiwan
iv. Jualan secara pukal kepada syarikat swasta
v. Jualan bahan- bahan berasaskan tenusu seperti dadih, sapid an sebagainya

Oleh kerana pihak syarikat kami merupakan penternak secara kecil kecilan, kami tidak
dapat memenuhi permintaan susu lembu.

8.0 PEMILIHAN TERNAKAN

8.1 Asas Pemilihan

Pihak kami mensasarkan pemilihan ternakan untuk tenusu perlu berasaskan kepada
keperluan pasaran. Faktor-faktor yang mempengaruhi termasuklah:

i. Permintaan dan keperluan pasaran


ii. Penetapan tenusu awal
iii. Peningkatan susu lembu
iv. Baka

Projek Lembu Tenusu- GEETZ ENTERPRISE


8.2 Baka dan Jantina

Pihak kami, setelah berbincang dengan pembekal baka lembu tenusu yang boleh
mengadaptasi cuaca tempatan dan mempunyai ciri-ciri tenusu yang berkualiti dan
tumbesaran yang baik, kami memilik baka jenis kacukan..

8.4 Kesihatan

Pihak syarikat dengan kerjasama Jabatan Haiwan Negeri akan menentukan kesihatan
lembu dari masa kesemasa.semasa pemilihan baka lembu juga, pihak kami akan
mendapatkan nasihat pihak jabatan haiwan yang akan menentukan sumber atau
gerompok ternakan yang sihat dan disahkan bebas dari jangkitan penyakit oleh Jabatan
Haiwan Negeri.

Perkara-perkara berikut akan diambil perhatian utama:

i. Memastikan lembu telah disahkan bebas dari penyakit kuku dan mulut serta
penyakit hawar berdarah dan telah diberi suntikan vaksinasi pencegahan penyakit
tersebut.
ii.
Memastikan lembu adalah bebas dari jangkitan kutu dan cacing serta telah diberi
rawatan ubat kutu dan cacing.
iii.
Memastikan lembu adalah sempurna anggotanya dan tidak cacat serta tidak bantut
dari segi pertumbuhan badan.

Pihak syarikat akan memastikan sumber ladang atau gelompok ternakan dari mana lembu
diperolehi perlu dipastikan mempunyai sijil perakuan bebas penyakit dari Jabatan Haiwan
Negeri.

9. PENGURUSAN

Pihak kami percaya bahawa pengurusan yang cekap dan sistematik adalah asas penting
bagi menjamin kesihatan dan hasil tenusu harian yang maksimum, oleh itu pihak kami
ingin menjalankan kawalan kos operasi yang minimum serta keuntungan yang optimum.

Pengurusan syarikat merangka strategi dengan merangkumi aktiviti-aktiviti berikut:

i. Menentukan bilangan pekerja diperlukan tertakluk kepada bilangan lembu, saiz dan
jenis operasi memerah susu yang diusahakan. Kadar pekerja yang cekap dan
optimum berbanding bilangan lembu dan jenis operasi adalah seperti berikut:

Projek Lembu Tenusu- GEETZ ENTERPRISE


a. Operasi secara manual = 1 orang pekerja untuk 4 ekor
b. Operasi feedlot secara mekanikal = 1 orang pekerja untuk 8 ekor

ii. Jadual bertugas atau jadual kerja harian perlu disediakan untuk kemudahan rujukan
pekerja supaya penyelenggaraan operasi dan pengurusan harian lebih mudah dan
cekap.

9.2 Pengurusan Ternakan

Dalam memastikan lembu berada dalam keadaan baik, pihak syarikat akan memastikan
semua lembu tenusu akan dimandikan sekurang-kurangnya dua kali sehari iaitu sebelum
proses pemerahan susu dijalankan.. Tindakan ini didapati membantu (feed intake) yang
menentukan peningkatan berat badan harian dan memaksimumkan perolehan susu..

Pemerhatian dan pemeriksaan secara rawak akan dilakukan dari masa kesemasa bagi
mempastikan keselesaan, kesihatan, pemakanan dan prestasi peningkatan berat badan
ternakan.

9.3 Pengurusan Kandang

Pihak syarikat akan memastikan kandang ternakan akan diselia dengan sempurna
termasuk penjagaan kebersihan harian, penyelenggaraan peralatan dan kemudahan
pembersihan. Kandang akan dibersihkan sekurang-kurangnya satu kali sehari, sebaik-
baiknya disebelah pagi. Kandang yang kotor dan dipenuhi najis akan memudahkan
jangkitan penyakit kepada lembu tenusu dalam kurungan seperti penyakit pernafasan
dan radang paru-paru, kembong atau direa dan masalah kuku dan juga penyakit
kecutan putting susu.

9.4 Pengurusan Pemakanan

Pengurusan pemakanan lembu tenusu yang diusahakan syarikat menentukan keuntungan


atau kerugian. Dalam hal ini pihak syarikat akan memastikan lembu tenusu ini perlu
diberi makanan antara 5-7 kg seekor sehari pada peringkat permulaan pemeliharaan
(sehingga bunting.), 12-15 kg seekor sehari pada peringkat mengeluarkan tenusu.
Bagaimanapun, kiraan kadar pemberian makanan adalah juga tertakluk kepada jenis
makanan , seperti 100% PKC sahaja atau campuran PKC dan rumput atau lain-lain jenis
bahan hasilan pertanian.

Jadual pemberian makanan perlu tetap, iaitu 2 kali sehari. Pemberian makanan pertama
akan dilakukan seawal pagi, antara jam 7 pagi dan selewatnya jam 9 pagi. Pemberian
makanan kedua pula adalah selepas 6 jam berikutnya, iaitu antara jam 1 petang dan
selewatnya-lewatnya jam 3 petang. Lembu tenusu akan disediakan garam jilatan

Projek Lembu Tenusu- GEETZ ENTERPRISE


(mineral block) yang mencukupi sepanjang masa sebagai bekalan tambahan keperluan
mineral. Bekalan air minuman yang bersih dan mencukupi perlu sentiasa tersedia.

9.5 Pengurusan Kenderaan

Kenderaan seperti lori yang sesuai untuk mengangkut ternakan, makanan dan peralatan
ladang akan diselenggara dengan baik. Pihak syarikat bercadang membeli sebuah lori
minimum 3 tan untuk tujuan tersebut.

9.6 Pengurusan Rekod

Pihak syarikat akan memastikan pengurusan rekod dilakukan dengan tersusun. Ianya
penting untuk makanan yang dimakan, kos pemakanan, kos ubat-ubatan, kos
penyelenggaraan dan kos operasi lembu tenusu berbanding keuntungan-kerugian.

Pihak syarikat akan memastikan rekod-rekod berikut dicatit dan disimpan :

i. Rekod pembelian lembu 'feeder'


ii Rekod pemberian makanan harian
iii Rekod peningkatan berat badan harian
iv Rekod kesihatan dan kematian
v Rekod pemasaran/jualan tenusu
v Rekod pemasaran/jualan lembu jantan
vi Rekod personel
vii Rekod kewangan

10. LOKASI

Pihak syarikat telah menyewa tanah seluas 2.5 hektar untuk tujuan ini iaitu di 211,
Kampong Tanjung Mas,, Batu Dua,43900 Sepang. Tanah ini dipajak dari En.
Mohammad Hussain Bin Ismail selama 20 tahun.( Surat Perjanjian disertakan) Pemilihan
tapak projek feedlot dan tenusu ini mengambil kira beberapa faktor seperti topografi,
jenis tanah, kemudahan bekalan air dan elektrik, kesediaan sumber makanan ternakan,
sumber bekalan ternakan, sistem pengangkutan, pasaran dan pembuangan najis.

Lokasi ladang/projek feedlot ini terletak lebih 1 km radius daripada kawasan


kediaman/perumahan dan perindustrian serta tidak terlalu hampir dengan sungai atau
sistem tali air. Ini bagi mengelakkan limpahan apabila berlaku banjir atau hujan
lebat. Sekeliling kawasan ladang feedlot akan dipagar (pagar perimeter) dan disulami
dengan pokok-pokok tanaman /buahan. Pihak kami memilih tanah ini kerana tuan tanah

Projek Lembu Tenusu- GEETZ ENTERPRISE


pernah mengusakan tanah berkenaan untuk pemeliharaan lembu tenusu. Tuan Tamah
telah tua dan tidak dapat meneruskan penternakan. Oleh itu kami sewa terus dari beliau.

11. SENARAI Rujukan

1.Pihak Vatinar Sepang

12. PASARAN

12.1 Jenis Industri dan Perkembangan

Jenis industri ialah industri penternakan tenusu dan pembekalan makanan segar iaitu
daging lembu dan produk-produk sampingan.

12.2 Pengguna Utama Produk dan Perkhidmatan

Pengguna utama produk kami ialah syarikat dan individu di bidang makanan dan
pengedaran bahan makanan, termasuk restoran, kedai makan, pasar tani, pasar besar dan
pasaraya, Jabatan vetinar Sepang.

12.3 Saiz Permintaan

Keperluan atau permintaan susu tenusu yang kami perlukan sekarang adalah lebih kurang
1000 liter sehari. Akan tetapi pihak kami hanya dapat sediakan 40-50 liter susu tenusu
sehari

12.4 Senarai Pelanggan

i) Pasaraya & pasar borong di Selangor/Kuala Lumpur/N.Sembilan


(Carrefour/ Giant/ Tesco dan lain-lain)
ii) Hotel
iii) Kuil – kuil sekitar daerah sepang, Nilai dan lukut
iv) Pembekal susu dari Klang dan Kuala kumpur

13. MANFAAT KEPADA KERAJAAN

13.1 Faedah kepada Negara

Projek Lembu Tenusu- GEETZ ENTERPRISE


a) Mewujudkan peluang pekerjaan baru termasuk kepada golongan siswazah yang
masih menganggur.
b) Meningkatkan pendapatan rakyat khususnya golongan penternak, melalui skim
contract farming dan buy-back program.
c) Mewujudkan peluang perniagaan baru di bidang berkaitan industri penternakan
lembu dan hasil nilai-tambahnya, seperti industri kosmetik, makanan dan lain-lain.
d) Merealisasikan hasrat dan wawasan kerajaan menjadikan negara kita sebagai
pengeluar bahan makanan halal khusus untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.
e) Membantu menjadikan industri pertanian (penternakan) sebagai salah satu sector
utama dalam pertumbuhan ekonomi negara.

13.2 Faedah Tambahan “ Multiplier Effect ”

a) Aktiviti hiliran (down-stream activities)


- industri teknologi makanan seperti susu segar, industry aiskrim, sosage, satay,
burger dan cheese,
- industri kosmetik seperti pencuci muka, losyen, sabun dan lain-lain
b) Transformasi industri
- Penternakan tradisional kepada penternakan berasakan teknologi
- Penternakan berteknologi kepada teknologi perubatan seperti ubat-ubatan
(pharmaceutical) insulin dan tisu badan

14. PENUTUP

Adalah menjadi hasrat pemohon untuk membangun, memaju dan memperkasakan lagi
industri penternakan lembu ini dengan bantuan dan pembiayaan, sokongan dan kerjasama
dari semua pihak khususnya Bank Pertanian dan Jabatan Haiwan Negeri.

Projek Lembu Tenusu- GEETZ ENTERPRISE


JUMLAH PINJAMAN

Pemohon bercadang untuk membuat pinjaman dengan pihak Bank Pertanian Malaysia
berjumlah RM 300,000.00 atau mana yang sesuai sebagai modal kerja.

Perbelanjaan Modal RM

I. Modal
1. Kos Kerja Tanah - 30,000.00

II. Pembangunan
1. Kandang Lembu - 45,000.00
2. Control yard & Ramp - 10,000.00
3. Setor Makanan - 10,000.00
4. Tangki Air & Paip - 14,000.00
5. Pemagaran kawasan - 10,000.00
6. Kolam Kumbahan - 5,000.00
8. Peralatan Makanan Lembu - 6,000.00
9. Pembelian Lembu Tenusu (10) - 86,000.00
10. Gaji 3 Pekerja - 3,000.00
11. lori - 30,000.00
12. Ubat-ubatan - 10,000.00
13. Rumput (tanam) - 3,000.00
14. Bangsal - 20,000.00
16. Utiliti - 10,000.00
17. Mesin Pemerah Susu (2 Unit) - 8,000.00

JUMLAH - 300,000.00

Projek Lembu Tenusu- GEETZ ENTERPRISE

Anda mungkin juga menyukai