Anda di halaman 1dari 23

Agro Preneur Muda

1.0 TUJUAN KERTAS PROJEK


Tujuan Kertas Rancangan Perniagaan ini adalah bagi memohon
bantuan Geran “In Kind Contribution” (IKC) dibawah Program
Pembangunan Agropreneur Muda, Kementerian Pertanian Dan Industri Asas
Tani (MOA) bagi membiayai sebahagian kos permulaan projek. Juga sebagai
gambaran prestasi dan analisis sokongan daya maju projek fertigasi yang
sedang dijalankan.

Disamping itu, projek ini juga bertujuan:-

i. Menyahut seruan kerajaan bagi memajukan bidang pertanian.


ii. Melahirkan Usahawan Muda Tani yang mampu bersaing didalam era
globalisasi.
iii. Menjadikan bidang pertanian sebagai sumber pendapatan utama dan
bukan bersifat sampingan.
iv. Menghasilkan sayur-sayuran dalam kuantiti yang banyak bagi
memenuhi permintaan pasaran tempatan.
v. Membekalkan sayur-sayuran yang berkualiti dan segar.
vi. Memastikan hasil sayur-sayuran mencukupi tanpa perlu mengimpot
dari luar Negara.

2.0 LATAR BELAKANG PROJEK/ PERNIAGAAN


2.1. Pengenalan Projek
i) Lokasi Projek;

- Lokasi yang sedang beroperasi sekarang adalah di Kaki Bukit Larut


dengan keluasan 1 ekar yang diusahakan secara sewa pajak selama
setahun, dengan kuantiti sebanyak 3,000 polibag(6,000 pokok).

- Tapak projek seterusnya yang akan dilaksanakan terletak di Kampung


Boyan, Taiping, Perak. Ianya terletak lebik kurang 1km dari Bandar
Taiping. Jenis tanah di tapak ini adalah jenis tanah liat berpasir.

ii) Keluasan Lokasi;

Luas fizikal adalah 2.0 hektar dan keluasan bertanam seluas 0.8 hektar
bagi mencapai objektif projek iaitu untuk menjana pendapatan melebihi
RM 5,000.00 sebulan.

Rancangan Perniagaan: Tanaman Cili Fertigasi - 1-


Agro Preneur Muda

iii) Pemilikan;

*Tanah ini dimiliki secara pajakan dari Majlis Agama Islam Negeri
Perak(MAIP) iaitu RM 68.34 sebulan(RM820.00/tahun) selama tiga(3)
tahun.Rujukan Surat tawaran sewaan dari Majlis Agama Islam
Perak dilampiran.

iv) Kemudahan & Kesesuaian;

Kedudukan tanah ini amat bersesuaian dangan bidang pertanian dan


mempunyai kemudahan saliran air yang baik. Lokasi tanaman ini
sangat stategik kerana bersebelahan dengan jalan kampong dan ini
memudahkan pengangkutan apabila hendak mengeluarkan hasil.

2.2 Latar Belakang Pengusaha


Maklumat Diri Usahawan;

Nama : Shahruolzaman Bin Kamarudeen


No. Kad Pengenalan: 791004-08-5683
Umur : 37 Tahun
Jantina : Lelaki
Alamat Tetap : 275 Lorong 6,Kg.Boyan, 34000 Taiping, Perak
No.Tel : 011-26441336
Taraf Perkhawinan : Bujang
Pekerjaan sekarang : Petani

Rancangan Perniagaan: Tanaman Cili Fertigasi - 2-


Agro Preneur Muda

3.0 RANCANGAN PENGURUSAN


Untuk melaksanakan projek tanaman cili fertigasi ini, pengurusan perlulah
dilakukan secara teratur dan sistematik. Langkah-langkah Pengurusan Projek
adalah seperti berikut:

i. Penyediaan biji benih

ii. Semaian anak benih

iii. Membuat larutan stok

iv. Penyediaan beg tanaman

v. Penanaman

vi. Pembajaan

vii. Pengurusan sistem pengairan

viii. Kawalan serangga perosak

ix. Penyelenggaraan tanaman

x. Penuaian

xi. Pengendali lepas tuai.

3.1 Penyediaan Biji Benih

Gunakan biji benih yang tulen dan berkualiti.Pastikan biji benih yang
digunakan bebas dari serangan penyakit dan tiada kesan serangan serangga.
Gunakan benih yang peratus percambahanya tidak kurang dari 90%.

3.2 Semaian Anak Benih

Peat moss adalah medium yang paling baik untuk dijadikan medium
percambahan. Masukan biji benih yang telah dirawat dengan racun kulat ke
dalam lubang-lubang tray. Siram biji benih dengan air bersih menggunakan
pengembur bagi memastikan biji benih basah dan dapat bercambah.

Rancangan Perniagaan: Tanaman Cili Fertigasi - 3-


Agro Preneur Muda

3.3 Membuat Larutan Stok

Larutan stok disediakan dengan kepekatan 100x ganda daripada yang


diperlukan oleh pokok. Kalsium Nitrat, Ca(NO3)2 mestilah disediakan secara
berasingan daripada sebatian yang mengandungi PO4 dan SO4 untuk
mengelakkan berlakunya tindakbalas kimia dan terjadinya pemendekan.

3.4 Penyediaan Beg Tanaman

Ukuran polibag tanaman yang biasa digunakan ialah 30cm panjang dan 45cm
lebar. Sebanyak 2 - 2.5 kg cocopeat lembap diperlukan setiap polibag tanaman
dan kerja ini dilakukan pada hari sebelum menanam.

3.5 Penanaman

Anak benih yang berumur 10-16 hari selepas cambah sedia diubah ke atas
polybag yang berisi cocopeat. Pada peringkat ini anak pokok ketinggian 10-
12cm. Dawai pengantung ini biasanya direntang kemas sama ada memanjang
atau melintangi struktur pelindung tanaman mengikut pergerakan matahari.
Dawai ini mestilah cukup tinggi (2.5cm) untuk mewujudkan pengudaraan yang
baik.

Pastikan bahawa system pengairan titis berfungsi dengan baik dan penitis telah
dicucuk ke pangkal pokok agar anak-anak pokok yang di tanam mendapat
larutan baja setiap kali pam dihidupkan.

3.6 Pembajaan

Fertigasi menggunakan baja khusus yang bermutu tinggi yang dikenali


sebagai ʻGlasshouse Gradeʼ. Baja-baja yang digunakan mengandungi unsur-
unsur atau nutrient makro dan mikro. Sebanyak 14 unsur dalam bentuk sebatian
(Nutrien, Phosphorus, kalium, kalsium, sulfut, magnesium, mangan, ferum,
kuprum, zink, boron, ammonium, molybdenum dan nutrium) diperlukan sebagai
asas bagi mendapatkan satu formulasi baja yang lengkap untuk pertumbuhan
pokok yang baik. (unsur lain seperti oksigen, hydrogen dan karbon) diperolehi
daripada udara.

Rancangan Perniagaan: Tanaman Cili Fertigasi - 4-


Agro Preneur Muda

Terdapat 2 formulasi baja yang sering digunakan iaitu;

i. Larutan Wyne dan

ii. Cooper.

i. Larutan Wyne:-

SET A SET B

Kalsium Nitrat Kalium Nitrat


Mono Kalium Fosfat
Magnesium Sulfat
Ferum ETDA
Mangan Sulfat
Kuprum Sulfat
Zink Sulfat
Asid Borik
Natrium Molibdat

ii. Larutan Cooper

SET A SET B

Kalsium Nitrat 1. Kalium Nitrat


Ferum 2. Mono Kalium Fosfat
3. Magnesium Sulfat
4. Mangan Sulfat
5. Kuprum Sulfat
6. Zink Sulfat
7. Asid Borik
8. Natrium Molibdat

Rancangan Perniagaan: Tanaman Cili Fertigasi - 5-


Agro Preneur Muda

 Formulasi baja tersebut kemudianya dilarutkan mengikut kuantiti/ kadar


yang diperlukan oleh tanaman.

Kadar Baja Fertigasi Bagi Tanaman Cili

Bagi bancuhan larutan 100 liter air :

BAJA KADAR(GRAM)

SET A: 11300

i. Kalsium Nitrat 164

ii. Ferum ETDA

SET B: 11100

1750
i. Kalium Nitrat
ii. Mono Kalium Fosfat 5640

iii. Magnesium Sulfat 15.4


iv. Mangan Sulfat
v. Kuprum Sulfat 0.78
vi. Zink Sulfat
vii. Asid Borik 2.2

viii. Natrium Molibdat


30

0.18

Rancangan Perniagaan: Tanaman Cili Fertigasi - 6-


Agro Preneur Muda

3.7 Pengurusan Sistem Pengairan

Pembekalan larutan baja dilakukan mengikut masa yang ditetapkam bantuan


alat pengatur masa(timer). Kekerapan dan tempoh masa setiap penitisan
bergantung pada jenis tanaman dan peringkat umur tanaman.

Tempoh masa penitisan tidak terlalu panjang bagi menghalang pembaziran


larutan baja.Dalam tempoh penitisan yang panjang. Jumlah larutan baja yang
diberikan kan melebihi kemampuan bagi cocopeat untuk menyerap dan menyimpan.
Penitisan selama 5-6 minit bagi setiap 2 jam adalah memadai untuk tanaman yang
ditanam di tanah rendah. Dalam tempoh ini ,tiap-tiap pokok menerima lebih kurang
100-150ml larutan baja. Sistem pengairan titis memang mudah tersumbat akibat
timbunan garam galian dan juga lumut. Pokok perlu diperiksa setiap hari untuk
mengesan mana-mana perintis yang tersumbat.

Pemeriksaan yang cekap boleh dilakukan antara 10 pagi sehingga 11 pagi


.Pemeriksaan diwaktu petang mungkin terlalu lewat untuk memulih mana-mana
pokok yang telah layu akibat tidak mendapat larutan baja. Apabila perintis
tersumbat, pokok akan layu dan kebiasaanya pokok layu bermula dari daun muda
atau pucuk.Cabut penitis dari tiub dan bersihkan.

Penggunaan pelapis lazimnya boleh mengurangkan masalah ini.


Walaubagaimanapun perlu diingat bahawa penapis mestilah sentiasa bersih dari
semasa ke semasa untuk menjamin keberkesanannya. Kejadian penimbunan sisa
garam galian di dalam medium tanaman sering berlaku dikawasan tanah rendah
tropika. Untuk mengelakkan kejadian ini, medium tanaman disyorkan supaya dibilas
dengan air bersih setiap kali sebelum pengisian semula tangki larutan baja
dilakukan.

3.8 Kawalan Serangga Perosak Dan Penyakit

i. Kawalan serangga perosak

Oleh kerana sistem fertigasi ini tidak menggunakan struktur berjaring kawalan
serangga, maka kawalan perosak perlu dilakukan untuk menangani serangga-
serangga pada tanaman mengikut pengesyoran seperti didalam jadual dibawah.
Serangga yang biasa menyerang pokok cili adalah seperti dilampiran.

Rujuk Lampiran- 1

Rancangan Perniagaan: Tanaman Cili Fertigasi - 7-


Agro Preneur Muda

ii. Kawalan Penyakit ;

Kawalan penyakit adalah kawalan elemen yang paling utama dalam penanaman
cili kerana cili bersifat amat sensetif dan mudah terkena serangan penyakit.

Walaupun kaedah penanaman menggunakan system fertigasi yang bebas tanah


untuk mengelakan soil borne pathogentetapi ia mudah dijangkiti dari tanah di
persekitaran tapak projek. Penyakit yang biasa menyerang tanaman cili adalah
seperti dilampiran.

Rujuk Lampiran- 2

3.9 Penyelenggaraan tanaman;

Penyelenggaraan tanaman adalah kerja-kerja yang dilaksanakan sepanjang


masa proses penanaman cili fertigasi. Kerja-kerja ini dijadualkan secara teratur
mengikut perkembangan tanaman. Berikut adalah kerja-kerja penyelenggaraan
tanaman yang perlu dilakukan seperti dilampiran.

Rujuk Lampiran- 3

3.10 Penuaian

Cili boleh dipetik 60-70 hari selepas menanam dimana buah akan masak 30-
35 hari selepas berbunga. Buah yang masak akan bewarna merah dan biasanya
akan dipungut secara manual setiap 2 hari sekali. Tempoh pengeluan hasil adalah
3-6 bulan. Hasil cili bergantung kepada jenis kultiver yang ditanam.

Peringkat yang sesuai untuk memungut hasil cili untuk kegunaan segar ialah bila
buah bewarna hijau tua kemerahan, manakala bagi cili untuk diproses atau cili
kering ,peringkat sesuai untuk dipetik apabila berwarna merah semuanya. Cili dipetik
dengan tangan bersama tangkainya sekali. Sebaik kerja-kerja mengutip hasil
dilakukan awal pagi atau lewat petang ketika suhu rendah.

Rancangan Perniagaan: Tanaman Cili Fertigasi - 8-


Agro Preneur Muda

3.11 Pengendalian Lepas Tuai

Selepas memetik, operasi pengendali lepas tuai cili dilakukan termasuklah


pemilihan pembersihan pengeringan, penggredan, dan pembungkusan Disamping
itu, operasi tambahan yang mungkin perlu dilakukan adalah penghijauan dan
perawatan air panas.

i. Penyahijauan;

Penyahijauan dilakukan pada cili yang cukup matang dengan cara


mendedahkan kepada gas asetilina (500bpi) selama 24 jam pada suhu 20-
25˚C pada kelembapan realitif di antara 80-95%. Cara ini akan
menghasilkan warna merah yang seragam.

ii. Penggredan;

Pengredan cili di lakukan secara subjektif berdasarkan warna, saiz, tahap


kesegaran, tahap kecederaan mekanikal, dan serangga penyakit atau
perosak.

iii. Pembungkusan;

Bagi pembungkusan pukal bahan yang kukuh seperti bakul plastik yang
muatannya tidak melebihi 20kg boleh digunakan. Sementara bagi
pembungkusan runcit, bahan pembungkus seperti beg polistesin adalah
sesuai.

iv. Penyimpanan;

Pra penyejukan dengan udara dingin pada suhu 10˚C boleh menurunkan
suhu asal cili ke suhu penyimpanan dalam masa 1.5-2.5 jam. Cili segar
dapat menyimpan selama 3-6 minggu pada suhu 5˚-8˚C dengan
kelembapan relatif 90-95%.

Rancangan Perniagaan: Tanaman Cili Fertigasi - 9-


Agro Preneur Muda

4.0 RANCANGAN PEMASARAN/ STRATEGI PERMASARAN

4.1 Strategi:

Beberapa strategi boleh dirangka untuk meningkatkan dayasaing tanaman cili


bagi pasaran tempatan dan eksport.

i. Strategi Produk

Bekalan yang berterusan menjadi faktor penting dalam permasaran cili


domestik dan antarabangsa. Bagi merialisasikan matlamat pemasaran,
strategi produk perlu berkualiti, menitik beratkan kepada pembungkusan
penggredan dan perlebelan.

ii. Strategi Harga

Bagi pasaran domestik, harga hendaklah mampu bersaing dengan produk-


produk import seperti negara jiran. Contohnya, kekdudukan harga cili
Thailand lebih rendah dipasaran. Maka bagi menyaingi harga tersebut, kita
terpaksa menurunkan harga di passaran tempatan. Bagi pasaran eksport,
strategi harga perlulah mengambil kira pasaran ʻnice marketʼ yang bercirikan
produk yang unik, berkualiti tinggi, dan pembungkusan yang menarik.

iii. Strategi Promosi

Pendekatan promosi yang lebih aggresif dan berkesan perlu dilaksanakan di


dalam dan diluar negara. Kempen galakan memakan sayur-sayuran tempatan
dan produk pertanian tempatan hendaklah diprogram secara berjadual
sepanjang tahun.

iv. Strategi Pengeredan

Sistem pengeredan yang cekap amat penting bagi memastikan semua hasil
pertanian dapat dipasarkan secara meluas. Oleh itu kaedah mengurangakan
kadar kerosakan selepas tuai dari segi pemprosesan, pengeredan,
pembungkusan, dan penyimpanan perlu ditingkatkan.

Rancangan Perniagaan: Tanaman Cili Fertigasi - 10-


Agro Preneur Muda

4.2. Strategi-Strategi Sokongan Pemasaran:

i. Rangkaian permasaran pemborong dan peruncitan perlu diperbanyakan.


Sistem komisyen perlu ditukarkan kepada system yang lebih telus seperti
system lelongan. Perlaksanaan ini boleh dipraktikan melalui rangkaian
pemasaran FAMA seperti penubuhan Terminal Makanan Negara(TEMAN)
dan pasar borong baru yang telah diprogramkan dalam Rancangan Malaysia
Ke-8.

ii. Rangkaian jualan terus seperti pasar tani perlu diperbanyakan bagi
membolehkan pengguna mendapatkan produk.

iii. Pemasaran sayuran segar cili misalnya dikuasai oleh satu terma disebabkan
cili mudah rosak dan kecekapan barangan tiba dipasaran. Perlindungan yang
rapi dan sesuai perlu dipraktikan bergantung kepada jenis sayuran yang
dikeluarkan.

iv. Pendekatan kearah mewujudkan lebih ramai usahawantani dalam bidang


pengeluaran,pembekalan input, pemasaran, pengangkutan, dan pengeredan
boleh dilaksanakan melalui cara berikut.

 Mengadakan latihan usahawan tani.

 Mengadakan insentif-insentif kepada usahawan tani.

 Menyediakan rangkaian premis-premis perniagaan.

 Menyediakan peluang perniagaan pelbagai bidang seperti pembekalan


input dan pemprosesan.

 Menyediakan teknologi yang terkini bagi bidang-bidang yang berkesan


dengan keperluan input pertanian.

4.3 Pemilihan Strategi

i. Berpandukan kepada hala tuju baru komoditi cili, satu strategi bersepadu
perlu diwujudkan. Strategi tersebut haruslah berpandukan kepada kecekapan
pemasaran yang strategik.

ii. Faktor-faktor pengeluaran adalah amat penting untuk tujuan berdaya saing
dan berdaya maju dalam seseatu kemajuan pemasaran. Perkara ini boleh
berhubung kait dengan kos pengeluaran yang rendah dan pengeluaran yang

Rancangan Perniagaan: Tanaman Cili Fertigasi - 11-


Agro Preneur Muda

berterusan. Faktor penyesuaian tanah tidak menjadi halangan kepada


penanaman cili disebabkan semua tanah dimalaysia mempunyai tahap
kesuburan yang baik.

iii. Dalam penyelidikan menunjukan pengeluaran per hektar Malaysia adalah


yang terbaik di rantau asia.

iv. Pusat jualan di Malaysia meliputi beberapa tempat yang agak strategic
dimana terdapat beberapa buah pasaraya hypermarket, super market, kedai
runcit, pasar malam, pasar awam, serta pasar tani. Saluran pasaran adalah
agak baik dengan adanya jalan perhubungan darat yang sempurna dan
perlabuhan yang efisyen.

v. Faktor keamanan dan kestabilan sosio-politik negara amat penting kepada


perkembangan pemasaran. Malaysia boleh dikategorikan sebagai sebuah
negara yang selamat. Sekatan tarif akan dikurangkan dengan adanya
perjanian WTO dan AFTA, Malaysia boleh diancam dengan lambakan hasil
dari negara persekitaran terutama Thailand dan Indonesia.

4.4. Tujuan Rancangan Pemasaran

Bagi mendapatkan pendapatan yang semaksimum dari projek yang


dilaksanakan, aspek pemasaran merupakan elemen penting yang perlu diurus dan
dengan cekap dan berkesan. Perancagan dan analisa semasa penting untuk
memastikan perlaksanaan sesuatu projek menghasilkan pendapatan yang lumayan
kepada pengusaha. Perkara-perkara yang terlibat dalam perancangan pemasaran
ini adalah :

i. Analisa Pemasaran

ii. Analisa Pesaing

iii. AnalisaPersekitaran

iv. Analisa SWOT(Strenghten,Weekness, Oppurtunity and Threat)

v. Strategi Permasaran

vi. Pemilihan Strategi

vii. Faktor-faktor kejayaan

Rancangan Perniagaan: Tanaman Cili Fertigasi - 12-


Agro Preneur Muda

4.5 Proses Pemasaran

HIMPUNAN SETEMPAT

Kawasan Pengeluaran

HIMPUNAN PUSAT

Kawasan Pengumpulan

PEMPROSESAN/PENGILANGAN

Perubahan Bentuk

PEMBORONGAN

Pasaran Borong

PERUNCITAN

Rancangan Perniagaan: Tanaman Cili Fertigasi - 13-


Agro Preneur Muda

4.6 Saluran Pemasaran

PENGELUAR

EJEN/BROKER

PEMBORONG PEMBORONG

PERUNCIT PERUNCIT PERUNCIT

Rancangan Perniagaan: Tanaman Cili Fertigasi - 14-


Agro Preneur Muda

4.7. Masalah Pemasaran

i. Harga Tidak Stabil;

- Kedudukan harga yang tidak stabil dimana harga yang ditetapkan


mengikut keadaan semasa.

ii. Kurang Saluran Pemasaran;

- Kedudukan pasaran yang luas melibatkan adanya saluran yang


efektif dan berkesan. Ini akan melibatkan pemilihan saluran yang
betul bagi memastikan hasil-hasil pertanian dapat disalurkan
pengguna, pemborong dan peruncit.

iii. Kurang Maklumat Pasaran;

- Pengusaha,Pengeluar atau petani yang ingin memasarkan hasil-


hasil pertanian mereka perlu memastikan mendapat maklumat
pasaran yang lengkap dan terkini. Mereka perlu mendapat
maklumat yang lengkap mengenai sasaran utama dan kedudukan
pasaran semasa.

iv. Kurang Prasarana;

- Wujudnya masalah kekurangan kemudahan seperti saluran


pengangkutan, bekalan elektrik, bekalan air dan sebagainya.

v. Bekalan Tidak Terjamin;

- Wujudnya pemasaran yang tidak terjamin dimana berlaku pasaran


yang tidak ada kawalan dan sumber yang baik.

vi. Tidak Memenuhi Kehendak Pasaran;

- Teradapat juga hasil pertanian yang tidak mengikut pasaran


semasa. Ini Menyebabkan berlakunya lambakan dan berlakunya
pembaziran.

Rancangan Perniagaan: Tanaman Cili Fertigasi - 15-


Agro Preneur Muda

4.8. Strategi Permasaran Yang Berkesan

i.Berkualiti

ii.Jaminan Pengeluaran

iii.Pengendalian yang sempurna

iv.Kos pengeluaran yang minima

v.Pembungkusan yang baik.

vi.Kecekapan operasi ladang kontrak.

vii.Memenuhi citarasa pembeli.

viii.Keberkesanan aktiviti promosi pembeli.

ix.Rangkaian pemasaran yang terjamin.

x.Berdaya saing

xi.Bijak mencari peluang.

5.0. RANCANGAN OPERASI


5.1. Status Terkini Projek/ Perniagaan

i. Lokasi Projek;

Pada masa ini projek sedang beroperasi di lokasi sementara di


kawasan Kaki Bukit Larut dengan keluasan 1 ekar yang diusahakan
secara sewa pajak selama setahun, dengan kuantiti sebanyak 3,000
polibag(6,000 pokok) dan sedang mengeluarkan hasil.

Lokasi projek seterusnya yang akan dilaksanakan terletak di Kampung


Boyan, Taiping, Perak. Ianya terletak lebik kurang 1km dari Bandar
Taiping. Jenis tanah di tapak ini adalah jenis tanah liat berpasir.

ii. Keluasan Lokasi;

Luas fizikal adalah 2.0 hektar dan keluasan bertanam seluas 0.8 hektar
bagi mencapai objektif projek iaitu untuk menjana pendapatan melebihi
RM 5,000.00 sebulan.

Rancangan Perniagaan: Tanaman Cili Fertigasi - 16-


Agro Preneur Muda

iii. Pemilikan;

*Tanah ini dimiliki secara pajakan dari Majlis Agama Islam Negeri
Perak(MAIP) iaitu RM 68.34 sebulan(RM820.00/tahun) selama tiga(3)
tahun.

*Rujukan Surat Sewaan dari Majlis Agama Islam Perak dilampirkan.

Rujuk Lampiran- 4

5.2. Cadangan Penggunaan Melalui Bantuan Geran IKC/ Pembiayaan

Cadangan Penggunaan Melalui Bantuan Geran IKC/ Pembiayaan seperti


dilampirkan.

Rujuk Lampiran- 5

5.3. Pembangunan Infrastruktur

Sebelum projek ini dilaksanakan, keperluan infrastruktur kawasan perlu


dibangunkan terlebih dahulu;

a. Penyediaan Kawasan;

 Kerja-kerja melibatkan pembersihan kawasan dari tumbuhan seperti


semak samun, belukar, pokok-pokok kekal perlu dibuang dan
dibersihkan.

 Kawaan tapak untuk pembinaan Rumah Perlindungan Tanaman


(SPH) perlu diratakan terlebih dahulu.

 Pembinaan sistem perparitan dan saliran untuk mengelakkan


kawasan tapak projek ditenggelami air apabila hujan.

 Permagaran untuk keselamatan dari haiwan perosak tanaman dan


mengelakan kecurian.

 Penyediaan jalan ladang untuk memudahkan laluan untuk tujuan


penyelenggaraan dan sebagainya.

Rancangan Perniagaan: Tanaman Cili Fertigasi - 17-


Agro Preneur Muda

b. Sumber Air dan Elektrik;

 Penyediaan sumber air bersih dan sumber elektrik adalah penting


dalam operasi sistem fertigasi.

c. Bangunan;

 Bangunan yang perlu disediakan adalah untuk pengurusan


tanaman;

 Teduhan meletakkan tangki nutrien

 Stor simpanan baja fertigasi dan peralatan ladang

 Pusat pengumpulan stor hasil ladang

 Pejabat pengurusan projek

5.4. Penyediaan sistem Fertigasi:

Untuk membina sistem fertigasi, terdapat beberapa komponen yang


diperlukan untuk menjayakan sistem ini;

a. Sistem Pengairan;

Sistem pengairan yang digunakan dalam teknologi fertigasi ini adalah dari
jenis titisan (drib irrigation) yang dikawal oleh alat pemasa yang akan berfungsi
secara automatik mengikut selang masa yang telah ditetapkan. Bahan keperluan
bagi sistem pengairan ini adalah :

i. Paip Utama (polypipeHDPE 35mm)

ii. Paip Sekunder (polypipeHDPE 16mm)

iii. Paip tertier(Mikrotubing 6mm)

iv. Penitis (Pen Dripper 6mm)

v. Elbow PVC1”

Rancangan Perniagaan: Tanaman Cili Fertigasi - 18-


Agro Preneur Muda

vi. Socket Valve 1½

vii. Socket Valve 16mm

viii. Ball valve 1½

ix. Ball Valve 1”

x. Nripper/Adapter

xi. Rubber Gromet set 16mm

xii. Tangki Nutrien 200/600 gelen

xiii. Pam air 1.5 HP

xiv. Timer (Pemasa)

xv. PH Meter

xvi. Penapis Air

b. Bahan Input;

Bahan input ini adalah bahan yang digunakan untuk tanaman dan
keperluan ini berulang setiap musim. Berikut adalah senarai
keleperluan bahan input:

1. Benih Tanaman-Cili

2. Tray Semaian ʻPlugʼ

3. Polybag 14ʺx16ʺ

4. Media Semaian

5. Media Tanaman

6. Palstik ʻSilver Shineʼ

7. Baja Fertigasi ʻSET A & SET Bʼ

8. Racun Serangga

9. Racun Kulat

10. Kayu Penyokong

11. Dawai

Rancangan Perniagaan: Tanaman Cili Fertigasi - 19-


Agro Preneur Muda

12. Batu Simen/ Bata

6.0. RANCANGAN KEWANGAN


6.1. Aliran Tunai Untuk Tempoh 5 Tahun seperti dilampirkan.

Rujuk Lampiran- 6

7.0. PENUTUP/ RUMUSAN.


I. Secara Keseluruhanya,projek tanaman cili secara kaedah fertigasi ini
mampu memberi pulangan keuntungan yang lumayan kepada
pengusahanya dalam jangka masa panjang.

II. Walaupun kos pembiayaan yang tinggi bagi pembangunan


infranstruktur kenaikan kos bahan input seperti baja dan racun dan
kenaikan kos operasi disebabkan oleh kenaikan harga bahan api
baru-baru ini, namun ia dapat diseimbangkan dengan peningkatan
harga cili di pasaran.

III. Pemintaan yang tinggi dari pengguna di sector industry, isi rumah
dan institusi serta faktor kekurangan bekalan cili yang tinggi di
pasaran, masih menunjukan daya maju yang relaven bagi projek ini.
Walaupun adanya pertambahan pesaing domestic oleh sebab
peningkatan pengusaha tanaman cili di Malaysia.

IV. Dengan mengambilkira faktor semasa dibantu oleh kakitangan


pengurusan yang mahir dan berpengalaman dalam bidang ini,
diyakini bahawa projek tanaman cili ini mampu memberi
keuntungan yang lumayan dalam jangka masa panjang.

Rancangan Perniagaan: Tanaman Cili Fertigasi - 20-


Agro Preneur Muda

8.0. GAMBAR-GAMBAR PROJEK/ PERNIAGAAN YANG TELAH


DILAKSANAKAN.

Rancangan Perniagaan: Tanaman Cili Fertigasi - 21-


Agro Preneur Muda

Rancangan Perniagaan: Tanaman Cili Fertigasi - 22-


Agro Preneur Muda

9.0. SALINAN KETERANGAN HAKMILIK *TANAH / PREMIS


Salinan Surat Perjanjian Penyewaan Tanah
Rujuk Lampiran- 5

10.0. SALINAN SURAT PERJANJIAN PENYEWAAN TANAH

Semakan:

PPLMS/ SHR/PPP/PK

25 Mei, 2017

Rancangan Perniagaan: Tanaman Cili Fertigasi - 23-

Anda mungkin juga menyukai