Anda di halaman 1dari 16

1.

PENDAHULUAN

Cabaran dan tekanan yang dihadapi oleh masyarakat di Malaysia, khususnya masyarakat

Islam dalam menghadapi masaalah sosioekonomi yang timbul daripada pergolakan politik

perdagangan serantau menunjukkan pentingnya bidang perniagaan dalam melahirkan

golongan usahawan Islam yang tulen dan mampu berdaya saing. Selaras dengan tuntutan

junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W yang merupakan seorang ahli perniagaan yang

berjaya dan disegani oleh sekelian kaum. Menyeru umatnya mencari 9/10 daripada sumber

rezeki di dunia ini yang datangnya daripada sumber perniagaan , maka marilah kita sama-

sama mengambil inisiatif untuk menyahut seruan dan menceburkan diri di dalam dunia

perniagaan bagi melaksanakan tuntutan agama, bangsa & negara.

Berdasarkan minat serta penelitian yang tinggi, maka pihak saya bercadang untuk

menubuhkan kedai makan berkonsepkan warung ala Kak Wok yang akan beroperasi di

sebuah tapak seluas 900 kaki persegi (30 X 30) di sebelah jalan besar Alor Sena 01000

Kangar Perlis. Kedai makan ini akan dilengkapi dengan kemudahan parking sendiri, tempat

tinggal pekerja, tandas awam dan lain-lain kemudahan dan peralatan terkini bagi

memudahkan pengendalian operasi perniagaan.


2. PENGENALAN

Tujuan Rancangan Perniagaan ini disediakan adalah untuk mendapatkan pembiayaan


sebanyak RM10,000.00 bagi rancangan perniagaan Kedai Makan Ikut Hang (Nasi Ala Kak
Wok & Tea Beng Madu) di atas tapak seluas 900 kaki persegi (30 X 30) di Jalan Alor
Sena 01000 Kangar Perlis.

Projek dan lokasi ini dipilih kerana :


a) Faktor persaingan yang kecil dimana jenis makanan konsep ala Kak Wok belum
pernah di perkenalkan lagi di Perlis. Makanan ini terkenal di pelosok Malaysia
khususnya rakyat Kelantan yang berada di Perlis.
b) Lokasi dan prasarana yang startegik terletak di tengah-tengah cabang empat utama
menghala ke pusat Bandar Kangar dan pekan Berseri(daerah ke3 paling pesat
membangun di Perlis dengan kepadatan penduduk yang tinggi.
c) Lokasi ini juga berdekatan dengan Taman Santan (3 fasa perumahan ) serta
berdekatan dengan daerah Padang Melangit yang tinggi kepadatan penduduk
d) Laluan depan lokasi yang menjadi laluan utama penduduk tempatan ke sekolah, masjid
dan pusat pelancongan Tasik Melati. Laluan ini juga dianggap strategik di mana warga
Padang Besar yang ingin ke Bandar Kangar akan melalui lokasi ini terlebih dahulu.
e) Tempat letak kereta yang luas & mencukupi dalam sesuatu masa (60X 32)

f) Suasana yang nyaman dan persekitaran yang bersih

Barangan yang akan diperkenalkan didalam perniagaan ini adalah terdiri daripada :
1) Nasi Ala Kak Wok (Menggunakan 100% resipi sendiri bukan di pelajari dari pengasas
Nasi Kak Wok)
2) Air Tea Beng Madu (Minuman berasakan tenusu yang dicampur dengan madu)
Dengan adanya kedai makan IKUT HANG (Nasi Ala Kak Wok) ini di lokasi tersebut,
penduduk setempat dapat menikmati makanan yang sedap dan berkualiti serta makanan yang
mereka belum pernah rasa yang disediakan dengan mutu perkhidmatan yang baik. Pada masa
yang sama juga diharapkan perniagaan ini mampu berdaya saing dan berkembang maju
dengan mengurangkan monopoli kuasa pasaran kedai makanan setempat yang mana sekarang
banyak dikuasai oleh tauke Cina dan Siam yang menggunakan pekerja Melayu. Mutu dan
kebersihan makanan mereka kurang terjamin kerana pada masa yang sama kedai ini turut
menyediakan makanan untuk bukan Islam
3. LATAR BELAKANG PERNIAGAAN / PROFAIL PROJEK

3.1 BUTIR-BUTIR PERNIAGAAN / SYARIKAT

Nama Syarikat : IKUT HANG (Nasi Ala Kak Wok)

Alamat Perniagaan : Lot 1462, Mukim Padang Pauh,


Alor Sena,
01000 Kangar,
Perlis.
E-mail : k135d.die89@gmail.com

No Pendaftaran SSM : Belum Daftar

Jenis Perniagaan

X Milik Tunggal Sdn Berhad

Perkongsian Syer Awam

Koperasi Perbadanan

Aktiviti Perniagaan : Pengusaha Makanan

Status Perniagaan / Syarikat : Persendirian

Modal Awal : RM 198,000.00


3.2 PROJEK CADANGAN
1. Jenis : Kedai Makan
2. Jumlah Kos : RM 210,000.00
3. Modal Sendiri : RM 198,000.00
4. Jumlah Modal Diperlukan : RM 12,000.00

Modal Sendiri yang telah dibelanjakan bagi pembinaan tapak premis seluas 900 kaki persegi
(30 X 30) di atas tanah persendirian bagi menjalankan perniagaan kedai makan telah
menelan belanja sebanyak RM198,000.00 termasuk kos membeli tanah sebagai tapak
perniagaan dan kos pembinaan yang sedang dijalankan. (Sila rujuk gambar tapak pernigaan
yang sedang dibina dan diubahsuai dibawah)
4. ASPEK PENGURUSAN
4.1 Carta Organisasi Syarikat

PEMILIK KEDAI

PEMBANTU KEDAI TUKANG MASAK PEMBANTU KEDAI

Jawatan Pemilik Kedai / Pengurus

Bilangan Pekerja 1 orang


Gaji bulanan RM1500,00.00

Tanggungjawab Menyelaras keseluruhan operasi syarikat

Pengalaman Pernah bekerja dan mengurus restoran Sri


Praknak selama setahun

Jawatan Tukang masak

Bilangan Pekerja 1 orang


Gaji bulanan RM1500,00.00

Tanggungjawab Menyediakan makanan seperti yang


diarahkan
Pengalaman Terlibat dalam bidang pengusahaan
makanan lebih dari 40 tahun
Bekas pemilik restoran Sri Praknak yang
terletak di tengah Bandar Kota Bharu
Mahir dalam menyediakan makanan
melayu tradisional dan masakan ala Thai
serta pelbagai jenis aneka masakan
Komitmen sepenuh masa kerana akan
tinggal di kediaman pekerja
Jawatan Pembantu kedai

Bilangan Pekerja 1 orang


Gaji bulanan RM900,00.00

Tanggungjawab Membungkus makanan


Membersihkan bahagian dapur
Mematikan semua kelengkepan memasak
dalam keadaan bersih
Pengalaman Tidak memerlukan pengalaman

Jawatan Pembantu kedai

Bilangan Pekerja 1 orang


Gaji bulanan RM900,00.00

Tanggungjawab Menyediakan minuman


Mengambil pesanan
Membersihkan meja makan
Pengalaman Tidak memerlukan pengalaman
5.ASPEK PERKHIDMATAN

5.1 Peralatan / Upah Yang Diperlukan (Rujuk rajah pelan lokasi & susun atur
premis)

JENIS BIL HARGA PEMBEKAL


UNIT (RM)
Atap Seng 24 680,00.00 Hardware
Besi Tetulang 12 420,00.00 Hardware
Pagar Dawai Hijau
(80)/Roll 3 132,00.00 Hardware
Beg Simen Rm22/beg 10 220,00.00 Hardware
Batu Pasir 2 Ela 120,00.00 Hardware
Pasir Halus 2 Ela 120,00.00 Hardware
Ice Box 1 250,00.00 Hardware
Freezer size 2A6A3 1 1600,00.00 Kedai Elektronik
Meja + mesin wang (2nd) 1 750,00.00 Kedai terpakai
Upah Backhoe 2 Hari 700,00.00 Hardware
Upah Tukang RM7 X 1 6,300,00.00 Hardware
JUMLAH 11072,00.00

5.2 Bahan Mentah / Stok Awal

JENIS JUMLAH PEMBEKAL


HARGA (RM)
Ayam Mentah RM7/kg 350,00.00
Beras Super Thai RM31/9kg 345,00.00
Susu Sejat Krimer Rm3/tin 150,00.00
Jumlah 845,00.00
6. ASPEK PEMASARAN
6.1 KAWASAN / LOKASI PERNIAGAAN

Jalan Alor Sena ke Bandar Kangar iaitu lebih kurang 6.5km dari Lokasi Bandar. Lokasi
Kedai berada di antara simpang empat utama yang menghubungkan Bandar Kangar (pusat
Bandar), pekan Berseri (pekan ke3 paling pesat membangun di Perlis), daerah Abi Padang
Melangit (tinggi kepadatan penduduk) dan daerah Santan (tinggi kepadatan penduduk).
Penduduk dari kawasan Padang Besar juga jika ingin ke Bandar Kangar akan melalui jalan ini
sebagai jalan utama. Jalan Alor Sena ini juga merupakan laluan utama ke pusat pelancongan
Tasik Melati dan jalan utama bagi penduduk Taman Santan (taman yang dibina dalam 3fasa
perumahan). Dilengkapi dengan infrastruktur pembangunan yang terancang dengan
kemudahan jalan raya yang lebar dan luas bagi kemudahan sistem pengangkutan awam.
Terdapat masjid, klinik, sekolah, kedai makan/warung, kawasan perindustrian kecil, gudang
komersial & stesyen minyak di sekitar lokasi kedai. Lokasi kedai juga berhadapan dengan
kuaerters guru. Bagi penempatan penduduk pula terdapat rumah kampung, rrumah
sewa,asrama pelajar serta taman perumahan penduduk di kawasan setempat yang
berselerakan di sekitar kawasan lokasi kedai tersebut. Bagi perancangan pembanggunan di
masa depan, Alor Sena merupakan lokasi yang strategik kerana di kawasan tersebut bakal
dimajukan bagi mendirikan bank, balai rakyat, kawasan perumahan dan jalan pintas utama ke
Pekan Berseri dan Bandar Kangar. Ini akan meningkatkan populasi penduduk dan kuasa
membeli bagi kedai yang bakal dimajukan itu nanti

Disebabkan lokasinya yang strategik dengan segala kemudahan infrastuktur yang pesat
membangun, saya berkeyakinan penuh projek yang akan dimajukan di lokasi ini beserta
dengan teknik pemasaran yang berkesan akan berjaya dan mampu bersaing dalam
menempuhi segala rintangan dan cabaran di dalam dunia perniagaan.
6.2 TAPAK PERNIAGAAN

Tapak perniagaan yang dicadangkan dibina seluas 900 kaki persegi (30 X 30) telah 30%
dalam pembinaannya dan akan dilengkapi kemudahan dan infrastruktur asas seperti parking
persendirian bagi menjalankan operasi. Lokasi ini dipilih kerana ianya pesat membangun dan
bakal menjadi tumpuan penduduk daripada kawasan sekitar seperti Santan, Abi Padang
Melangit, Berseri, Kangar dan Padang Besar. Lokasi ini berada di laluan utama penduduk
kawasan setempat untuk urusan harian kerana di sini terdapat beberapa kemudahan seperti
masjid, sekolah, kedai kopi, kedai makanan, restoran, balai polis dan stesen minyak serta
kediaman penduduk setempat dan laluan pengguna awam yang bertali arus disamping
prasarana yang menarik dan strategik bagi pembangunan di masa depan. Antara kelebihan
lokasi ini ialah
Kurang Persaingan dimana bilangan warung di sekitar adalah 2 biji sahaja dalam
jarak 5km.
Lokasi dan prasarana yang startegik, unik dan berpotensi untuk pembangunan
masyarakat setempat di masa depan.
Kehadiran penduduk yang tinggi ketika kegiatan harian.
Tempat letak kereta yang luas & mencukupi dalam sesuatu masa.
Terletak di jalan alternatif utama daripada Kangar ke Padang Besar dan Berseri.
Kepadatan penduduk yang tinggi dimana terdapat lebih daripada 1000 keluarga
menetap di kawasan sekitar kaki dalam jarak radius 5km

Kedai yang dicadangkan adalah merupakan kedai yang dibangunkan atas tanah
berkeluasan 0.1064 hektar. Anggaran kasar kos untuk membeli tapak yang strategik ini
termasuk kos pembinaan yang tengah berlangsung telah menelan kos sebanyak
RM198,000.00. Pembinaan kedai perniagaan tersebut telah 30% - 40-% siap dibina
dengan kos pembinaan sebanyak RM6500,00.00 . Proses pengubahsuaian perlu dilakukan
ke atas premis ini untuk menampilkan ciri-ciri sebuah kedai makan yang mesra pengguna
dan dilengkapi dengan kemudahan yang lengkap bagi menarik perhatian dan keselesaan
pelanggan.
Susun Atur Atas Tapak Perniagaan

Jalan Alor Sena

Kedai makan

Parking

Tempat tinggal
pekerja
6.3 SASARAN PASARAN
Sasaran pasaran kedai makan ini adalah bagi seluruh penduduk Perlis dan rakyat Kelantan
yang menetap di Perlis. Ini adalah kerana produk makanan yang bakal diperkenalkan nanti
belum pernah ada di Perlis dan mendapat permintaan yang tinggi daripada penggemar Nasi
Kak Wok .Jika dilihat dari segi komposisi penduduk yang terdiri daripada pelbagai peringkat
samaada dari segi pekerjaan, pendidikan, pendapatan dan sebagainya. Ianya akan mendapat
permintaan yang tinggi setiap hari dan akan berterusan dari masa ke semasa terutamanya di
musim perayaan dan cuti umum.
Peratusan jualan bulanan daripada kumpulan sasaran ini adalah dianggarkan :
Individu / staf kerajaan / swasta 50.00 %
Keluarga 50.00 %

Bilangan jualan ini dianggarkan akan bertambah dari masa ke semasa dengan
mengekalkan hubungan yang baik dan meningkatkan perkhidmat dengan pelanggan sedia
ada. Disamping itu pihak kami akan cuba memperluaskan pasaran dengan menambahnilai
servis perkhidmatan dan memperkukuhkan strategi pemasaran terutamanya daripada
golongan bekeluarga .
6.4 SAIZ PASARAN
Saiz pasaran di dianggarkan lebih kurang 20,000 orang sebulan termasuk penduduk sekitar
dan bukan pemastautin (penuntut IPTA dan swasta) yang menggunakan jalan Alor Sena
sebagai laluan utama. Pelanggan di kawasan perniagaan ini adalah terdiri daripada pekerja
awam , swasta, pekerja industri , peniaga dan penuntut. Jalan Alor Sena telah banyak
memberi kesan yang besar kepada pertambahan bilangan penduduk di kawasan Berseri
dan Kangar kerana kos rumah sewa yang murah dan berdekatan dengan kawasan
berkenaan. Tambahan pula terdapat laluan alternatif yang menghubungkan Kubang
Berseri ke Arau melalui jalan ini yang memberi keselesaan dan kemudahan ke tempat
kerja dengan cepat dan lancar. Penghijrahan golongan muda daripada Luar Perlis bagi
mencari pengalaman dan pekerjaan akan memilih Padang Pauh Alor Sena dan kawasan
sekitarnya bagi penempatan sementara. Disebabkan penghijrahan dan jalinan jalanraya
yang baik, saiz pasaran di kawasan tersebut dianggarkan akan meningkat melebihi 30,000
orang dalam tempoh yang singkat. Jumlah ini dijangka akan meningkat dengan kewujudan
beberapa lagi kawasan perumahan baru dan kesan pembangunan kawasan sekitar yang
pesat membangun terutamanya di kawasan sekitar seperti Berseri, Santan dan Abi Padang
Melangit.
6.5 RAMALAN JUALAN

Berdasarkan kepada saiz pasaran yang disasarkan , kami menganggarkan jualan untuk bulan
pertama operasi adalah sebanyak RM21,000 berdasarkan perangkaan dimana pada bulan
tersebut kami dapat menarik secara purata :

Individu / staf kerajaan / swasta Bil. sehari Belanja (RM) Jumlah Hari Jumlah (RM)

1) Pelanggan Tetap (5% mastautin) 40 orang 5.00 30 6,000

2) Pelanggan Sampingan 20 orang 10.00 30 6,000

Jumlah Perbelanjan Sebulan 12,000

Keluarga Bil. sehari Belanja (RM) Jumlah Hari Jumlah (RM)

1) Pelanggan Tetap (5% mastautin) 8 keluarga 25.00 30 6,000

2) Pelanggan Sampingan 5 keluarga 20.00 30 3,000

Jumlah Perbelanjan Sebulan 9,000

Melalui promosi yang mantap dan strategi pemasaran yang komprehensif, kami menjangkakan
jualan akan mula meningkat pada bulan ketiga setelah kedai telah berjaya mendapat tempat di
hati pelanggan sedia ada terutamanya masyarakat setempat.
6.6 PROMOSI DAN IKLAN
Promosi dan pengiklanan adalah merupakan aspek penting yang akan diberikan penekanan
utama dalam memajukan dan memperkembangkan perniagaan. Tumpuan promosi pada
peringkat awal adalah untuk memberi Market Alert kepada penduduk dikawasan sekitar
dengan kaedah :
6.7 Banner Akan diletakkan di tempat yang cabang empat sekitar lokasi
6.8 Poster / Flyers Akan diedarkan ke rumah-rumah, kedai-kedai, hospital, pasar dan
masjid-masjid yang berdekatan sebagai pemberitahuan dan promosi pembukaan.
6.9 Iklan FB Iklan percuma dalam page Saya Anak Perlis dengan follower melebihi
200k. Selalu mendapat respon segera dari seluruh rakyat Perlis
6.10Group whatsapp/telegram dll media source Akan dibuat secara aktif dan
berterusan
8. KESIMPULAN/JUSTIFIKASI

Cabaran yang paling besar dalam dunia perniaagan pada hari ini adalah untuk terus

bertahan dan berdaya saing. Kita harus mengambil inisiatif bergerak seiiringan dengan

cabaran kos sara hidup dan keperluan makanan dalam menempuhi kehidupan seharian

kita. Oleh yang demikian kedai makan IKUT HANG telah mengambil langkah drastik

bagi membantu mengurangkan bebanan sara hidup dengan kos makanan yang berpatutan

serta menghapuskan monopoli penegaruh tauke cina dan siam di negeri perlis khususnya

dalam bidang penyediaan makanan.

Berdasarkan kepada maklumat yang telah di kongsi bersama, jangkaan pasaran, dan

prestasi produk yang bakal diniagakan, pihak kami berkeyakinan penuh projek yang di

cadangkan adalah berdaya maju dan mampu bersaing dengan kedai-kedai makan lain

yang sedia ada. Kami menjangkakan berdasarkan prestasi, kualiti , perkhidmatan dan

nilai produk , produk makanan kami bakal menempa nama di Perlis dan terkenal di

seluruh Malaysia

Diharap dengan kerjasama dan bantuan kewangan daripada badan pihak tuan, dapat

memberi semangat dan perangsang kepada pihak kami dalam merialisasikan impian

kami sebagai sebuah kedai makanan yang berdaya maju dan mampu meningkatkan

kedudukan ekonomi umat Islam. Semoga cadangan projek ini akan mendapat

pertimbangan dan kelulusan sepenuhnya daripada pihak tuan.

Sekian Wassalam..

Anda mungkin juga menyukai