Anda di halaman 1dari 13

KERTAS KERJA

TERNAKAN IKAN TALAPIA MERAH


DALAM KOLAM / SANGKAR

SAZ DAMAI ENTERPRISE


NO. 1, LORONG KELISA KAMPUNG PADANG SETOL,
PEDU, 06300 KUALA NERANG, KEDAH DARULAMAN
A.PENDAHULUAN

Industri ternakan akuakultur ikan air tawar terutama ternakan ikan talapia( merah ) kini menjadi pilihan rama ipengusaha /
penternak kecil – kecilan kerana;

i. Mempunyai pasaran yang luas – ramai pengemar ikan air tawar


ii. Tumbesaran yang cepat – usia 5 bulan sudah boleh dipasarkan
iii. Rupa bentuk ikan yang menarik sesuai untuk pasaran
iv. Tahan kepada perubahan persekitaran ( cepat dapat menyesuaikan diri )
v. Boleh diproses kepada pelbagai produk ( segar , pekasam , bebola ikan )
vi. Teknologi untuk pengeluaran kormersial yang sedia ada

Kebergantungan kepada hasil tangkapan ikan air tawar yang membiak dan membesar secara semula jadi di tasik atau dimana
– mana perairan di Malaysia kini tidak lagi mampu untuk menampung permintaan tinggi yang sentiasa meningkat dari semasa
ke semasa, justru itu kaedah ternakan dalam kolam atau sangkar adalah amat praktikal bagi mengatasi kekurangan bekalan
ikan air tawar terutama ikan talapia. Menyedari peluang dalam ternakan akuakultur ini dapat membawa pulangan yang menarik
maka syarikat SAZ DAMAI ENTERPRISE beriltizam untuk menceburi secara serius dalam ternakan ikan tilapia dalam kolam /
sangkar.

A1. PERSEDIAAN MENCEBURI BIDANG TERNAKAN AKUAKULTUR

Sebagai persediaan untuk menceburi secara serius dalam ternakan ikan talapia, pengambil alihan ternakan ikan dalam kolam
milik keluarga telah dibuat sejak awal tahun 2013 bagi mempelajari secara praktikal kaedah-kaedah ternakan ikan tilapia dan
ternakan ikan air tawar secara tidak formal melalui perbincangan dengan rakan – rakan penternak bagi mendapat info – info
berkaitan ternakan ikan tilapia, serta memohon dengan Jabatan Perikanan bagi mengikuti kursus ternakan dan pembenihan
secara formal.

A2. TUJUAN KERTAS KERJA DISEDIAKAN

Kertas kerja ini disediakan untuk dikemukakan kepada LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA ( MADA ) bagi tujuan untuk
memohon perairan dalam kawasan seliaan MADA di Tasik Empangan Pedu bagi membina sangkar ternakan ikan, sebanyak
100 buah sangkar

A3. TUJUAN TERNAKAN (PEMELIHARAAN)

Ternakan (pemeliharaan) ikan talapia (merah) adalah bertujuan untuk dijual dan dipasarkan secara kormesial bagi menampung
permintaan ikan air tawar bagi keperluan domistik dan luar

A4. PEMILIHAN BENIH

- Anak benih akan diambil dari pusat pembenihan milik sendiri (SAZ DAMAI ENTERPRISE) yang dikenal pasti berkualiti dan
mampu matang dalam tempoh yang singkat ( 5 bulan )
A5. KAEDAH TERNAKAN

- Anak ikan tilapia akan diasuh dan dibesarkan terlebih dahulu di kolam tanah selama lebih kurang 1 hingga 2 bulan sehingga
mencapai berat 100 – 150 gram bagi setiap ekor. Kaedah ini dikenal pasti dapat menjimatkan kos sehingga 10% melalui
penjimatan kos minyak petrol, buruh , makanan ( dedak pallet )

- Setelah mencapai berat 100 – 150 gram ikan akan dipindah ke dalam sangkar , bagi tujuan pembesaran sehingga mencapai
berat 450 – 500 gram seekor sebelum dipasarkan , ternakan didalam sangkar didalam tasik dikenalpasti dapat menghasilkan
ikan talapia yang berkualiti dan tidak berbau lumpur

A6. KAEDAH PASARAN

SAZ DAMAI ENTERPRISE, telah menggariskan beberapa kaedah pasaran yang diyakini dapat membawa pulangan kepada
syarikat

i. Mewujudkan pasar ikan air tawar ( hidup ) di Lot 1346 , Batu 19 , Jalan Kuala Nerang , Kuala Nerang , Kedah
ii. Jualan secara terus kepada pelanggan yang datang kekolam ternakan
iii. Jualan di pasar tani kelolaan Fama
iv. Jualan di Pekan Sehari
v. Jualan di pasar malam
vi. Jualan kepada kedai makan
vii. Jualan terus kepada pemborong ikan
viii.

A7. HARGA PASARAN

i. Jualan runcit RM 13.00 / kg


ii. Jualan borong RM 10.00 / kg

D. MAKANAN IKAN TALAPIA (DEDAK)

i. Starter ikan berumur 1 hingga 2 bulan


ii. Growerikan berumur 2 hingga 4 bulan
iii. Finisher ikan berumur 4 bulan keatas

D1. KEPERLUAN MAKANAN IKAN TALAPIA


Bagi mendapat kadar tumbesaran yang cepat ikan hendaklah di beri makan 3 x sehari iaitu di waktu pagi dan petang dan lewat
petang dengan mengikut kadar % berat badan

D2. WAKTU PEMBERIAN MAKANAN

Waktu / Jam Waktu / Jam Waktu / Jam


8.00 – 8.30 pagi 2.00 – 2.30 petang 6.00 – 6.30 petang

D3. KADAR PEMBERIAN MAKANAN

Kadar pemberian makanan adalah berdasarkan % berat badan ikan tersebut, Untuk itu sample ujian timbangan berat ikan
hendaklah dibuat 2 minggu sekali dengan sekurang – kurangnya 50 ekor ikan ditimbang dan dibahagi dengan jumlah ikan dalam
sangkar untuk mendapat purata berat ikan
Contoh pengiraan
Bilangan ikan dalam sangkar = 750 ekor
Berat timbangan 50 ekor ikan = 6250 gram
Purata berat ikan = 6250 / 50 = 125 gram
Jumlah berat ikan dalam sangkar = 125 gram x 750 ekor = 93750 gm @ 93.75 kg
Kadar makanan sehari = 93.75 kg x 4% = 3.75 kg (dedak) sehari
Kadar makanan setiap kali = 3.75kg / 3 = 1.25kg

Berat Ikan ( gram ) % pemberian makanan

7 gm – 50gm 10 %
51 gm – 100gm 6%
101gm – 150gm 4%
151gm – 250gm 3%
Lebih 251gm 2%

D4.KOS MAKANAN MENGIKUT PERINGKAT UMUR (750 EKOR / SANGKAR)

Umur / bulan Purata berat ikan Jumlah dedak Harga / kg Jumlah harga catatan

2 200 gm 4.5kg/ hari x 30 hari = 135kg RM 2.60 RM 351.00


3 300 gm 4.5kg/ hari x 30 hari = 135kg RM 2.50 RM 337.50
4 400 gm 6.0 kg/ hari x 30 hari = 180kg RM 2.50 RM 450.00
5 475 gm 7.0kg/ hari x 30 hari = 210kg RM 2.50 RM 525.00

RM 1663.50

S.T.K
FORMAT INDIVIDU

PROFIL USAHAWAN
GAMBAR

NAMA : MOHD SHAHIR AIMAN BIN ZULKIFLI

NO. KAD PENGENALAN : 930329025037

NAMA SYARIKAT / PERNIAGAAN : SAZ DAMAI ENTERPRISE

ALAMAT SURAT MENYURAT : NO. 1, LORONG KELISA, KAMPUNG PADANG SETOL

PEDU, 06300 KUALA NERANG, KEDAH

NO. TELEFON PEJABAT :-

NO. TELEFON BIMBIT : 0134487359

LAMAN WEB / EMAIL :-

PENDIDIKAN : STPM

BIDANG PERNIAGAAN / PROJEK : PEMBENIHAN DAN TERNAKAN IKAN TALAPIA

PENGALAMAN : 2 TAHUN DALAM BIDANG TERNAKAN AKUAKULTUR

(TERNAKAN IKAN TALAPIA)

NILAI JUALAN TAHUNAN : RM 50.000.00

MODAL ASAL : RM 30.000.00

PARLIMEN : PADANG TERAP

DUN : PEDU
-VISI

SAZ DAMAI Enterprise yang diterajui oleh Mohd Shahir Aiman ingin menjadikan bidang
ternakan aquakultur (ikan air tawar) sebagai satu bidang yang menjanjikan pulangan
pendapatan yang tinggi dan memuaskan.

- MISI

1. Menjadikan ternakan akuakultur ( ternakan ikan air tawar ) sebagai punca pendapatan

2. Mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

- MENGAPA TERNAKAN IKAN TALAPIA MENJADI PILIHAN UNTUK DIUSAHA

Kebergantungan kepada hasil tangkapan ikan air tawar yang ditangkap di perairan semula jadi
kini tidak dapat menampung permintaan yang semakin meningkat menyebabkan SAZ Damai
enterprise beriltizam untuk menceburi secara serius dalam ternakan ikan tilapia, dari
penyelidikan dan kajian yang dibuat dan dari pengalaman sendiri sebagai penternak ikan tilapia
secara kecil – kecilan mendapati ,ikan tilapia mempunyai kelebihan tersendiri dari segi :

1. Mempunyai pasaran yang luas – ramai pengemar

2. Tumbesaran yang cepat – usia 5 bulan sudah boleh dipasarkan

3. Rupa bentuk yang menarik sesuai untuk pasaran

4. Tahan kepada perubahan persekitaran

5. Boleh diproses kepada pelbagai produk (pekasam, bebola ikan)


RINGKASAN LATAR BELAKANG SYARIKAT

Rancangan penubuhan syarikat SAZ Damai Enterprise telah dirancang sejak mengambil
alih ternakan ikan talipia milik keluarga sejak awal tahun 2013. Setelah menamatkan pengajian
di peringkat menengah ( STPM ), Projek ini tidak didaftarkan kerana menganggap ternakan yang
dijalankan semasa itu hanya sebagai satu kerjaya sambilan sahaja.

Walaupun begitu sambil menantikan tawaran kerja yang lebih terjamin, projek ternakan ini
berjalan seperti sediakala secara kecil kecilan sahaja disamping itu kolam ternakan ini di bawah
pemantauan Pegawai dari Jabatan Perikanan Daerah Padang Terap.

Sehubungan Itu pihak Jabatan Perikanan Daerah Padang Terap menyarankan supaya
menjadikan kerjaya ternakan ikan air tawar sebagai kerjaya tetap dan Jabatan Perikanan
menawarkan khidmat nasihat yang berterusan maka wujudlah SAZ Damai Enterprise, dengan
menambah bidang yang diceburi iaitu pembenihan dan ternakan ikan tilapia.

Selain itu juga saya berhasrat untuk menceburi bidang ini dengan meluas lagi dengan
pendedahan berkaitan penternakan ikan air tawar serta pergi dengan lebih jauh lagi untuk
menubuhkan 1 tempat pengumpulan hasil ikan di daerah padang terap ini suatu hari nanti
MAKLUMAT SYARIKAT

i. Nama Syarikat : SAZ Damai Enterprise

Ii. No. Pendaftaran Syarikat : U A0002894-W

Iii .Tarikh Pendaftaran Syarikat :13 Jun 2014

iv. Alamat Surat – Menyurat Syarikat : No. 1. LorongKelisa, Kampung Padang Setol,

Pedu, 06300 Kuala Nerang, Kedah.

v. AlamatProjek : Lot 2467. Kampung Pasir ,Pedu , Kuala Nerang , Kedah

VI .Bilangan Pekerja : 3 Orang

Vii. Pengalaman Syarikat : 2 tahun sebagai penternak ikan air tawar

viii. Modal : RM 30.000.00

Xi .NIlai Jualan Tahunan : RM 50.000.00


CARTA ORGANISASI SYARIKAT

1. Pengurus / Penyelia

( Mohd ShahirAiman Bin Zulkifli )

2. Penolong Penyelia

(Shafie)

3. Pekerja Am

(Zainol Bin Abu)

4. Pekerja Am

(RobitahBinti Abdullah)
BIDANG TUGAS

Pengurus / Penyelia : Mengurus dan menyelia pekerja serta membantu tugas –

tugas harian dalam menjaga ternakan , memeriksa kesihatan

induk ternakan, mencari pasaran jualan

Penolong Penyelia : Membantu mengurus hal-ehwal di kolam ternakan

Pekerja Am : Membersih kolam dan memberi makan ikan ternakan

PASARAN / PELANGGAN

SAZ Damai Enterprise telah mengariskan beberapa kaedah pasaran yang diyakini dapat
membawa pulangan kepada syarikat

i. Mewujudkan pasar ikan air tawar (pusat pengumpulan dan jualan) di lot 1346, Jalan
Kuala Nerang, Kuala Nerang, Kedah.
ii. Jualan terus kepada pelanggan yang datang kekolam ternakan
iii. Jualan di pasar tani kelolaan FAMA
iv. Jualan di pecan sehari
v. Jualan di pasar malam
vi. Jualan kepada pengusaha restoran / kedai makan
vii. Jualan terus kepada pemborong ikan

HARGA PASARAN

i. Jualan runcit RM 13.00 / kg


ii. Jualan borong RM 10.00 / kg
KEMUDAHAN SEDIADA DAN NILAI ( RM )

1. BAIK PULIH KOLAM TANAH SEDIA ADA – UNTUK PEMBESARAN BENIH TALAPIA
- KOLAM 1 ( 40 ’ X 45 ’X 5 ‘ )
- KOLAM 2 ( 40 ’ X 120 ’ X 5 ‘ )
- KOLAM 3 ( 60 ’ X 60 ’ X 4 ‘ )
Baik pulih kolam – kolam tersebut menggunakan jengkaut ( case / backhoe ) dengan kadar sewaan
harian RM 400.00 , dan jumlah hari sewaan adalah selama 10 hari
RM 400.00 x 10 hari = RM 4000.00

2.BINAAN KOLAM SIMEN ( UNTUK INDUK TALAPIA )


- 4 buah kolam simen dibina dengan saiz keluasan setiap satu 10 ‘ x 8 ‘ dengan kos bahan dan upah bagi
setiap kolam RM 700.00
RM 700 X 4 = RM 2800.00

3.BINAAN ATAP BAGI KOLAM SIMEN


- Kos bahan termasuk upah RM 1500.00

4.PENDAWAIAN ELEKTRIK
- Menyediakan kemudahan pendawaian elektrik = RM 650.00

5.SISTEM PENGUDARAAN KOLAM SIMEN


-2 unit mesin oksigen RM 800 / unit = RM 1600.00
- 1 unit pam air = RM 200.00
- Paip pengudaraan = RM 150.00
- 1 unit penapis = RM 130.00
Jumlah = RM 2080.00

6.TANGKI FIBER – UNTUK MENEMPATKAN INDUK


- 2 unit tangki fiber( 6 ‘ X 3 ‘ X 3 ‘ ) X RM 850 / unit = RM 1700.00

7.TANGKI ASUHAN BENIH TALAPIA


- 10 unit ( 2 ‘ x 2 ‘ ) X RM 120.00 / unit = RM 1200.00

8.INDUK TALAPIA
- Induk betina RM 8.00 / ekor x 120 ekor = RM 960.00
- Induk jantan RM 8.00 / ekor x 80 ekor = RM 640 .00
Jumlah = RM 1600.00

9.NET ASUHAN / PEMBESARAN BENIH TALAPIA


- 20 unit ( 4 ‘ x 4 ‘ x 3 ‘ ) x RM 100.00 = RM 2000.00
JUMLAH KOS RM 17530.00
PERALATAN TAMBAHAN YANG DIPERLUKAN

PERALATAN UNIT ANGARAN JUMLAH KEPERLUAN UNTUK


HARGA HARGA

JENERATOR 1 RM 1800.00 RM 1800.00 WAKTU KETIADAAN


BEKALAN ELEKTRIK
BAIK PULIH BENGKEL 1 RM 10.000.00 RM 10.000.00 MENEMPATKAN
ASUHAN PERALATAN ASUHAN
DAN BENIH ASUHAN

TANGKI FIBER SAIZ 4 RM 850.00 RM 3400.00 PENGASINGAN INDUK


6‘X3‘X3‘ JANTAN DAN BETINA

PAM OKSIGEN 1 RM 800.00 RM 800.00 MENAIK TARAF BEKALAN


OKSIGEN KE KOLAM
INDUK DAN TANGKI
ASUHAN

RM 16.000.00
LAMPIRAN

Salinan Kad Pengenalan Pengusaha

Salinan Geran Tanah Tapak Projek

Lesen dan Sijil-sijil

Gambar Program dan Aktiviti

Gambar Tapak Projek

Gambar Produk

Gambar Fasiliti

Gambar Iklan

Lain - lain berkaitan

Anda mungkin juga menyukai