Anda di halaman 1dari 14

lOMoARcPSD|20552193

Kertas Kerja Penternakan AYAM

Economy (Universiti Kebangsaan Malaysia)

Studocu is not sponsored or endorsed by any college or university


Downloaded by Mohamad Shamsulmaarif (shamucs93@gmail.com)
lOMoARcPSD|20552193

ANUAR KDZ ENTERPRISE (IP0531095-M)

KERTAS KERJA

PROJEK PENTERNAKAN AYAM BERHAWA DINGIN


(TERTUTUP)

ANUAR KDZ ENTERPRISE


201903298144 (IP05311095-M)
MOHAMAD ANUAR BIN ZOLKIFLI
NO 276, FELDA GUNUNG BESOUT 1,
35600 SUNGKAI,
PERAK

ANUAR KDZ ENTERPRISE (IP0531095-M)

Downloaded by Mohamad Shamsulmaarif (shamucs93@gmail.com)


lOMoARcPSD|20552193

ANUAR KDZ ENTERPRISE (IP0531095-M)

Ringkasan eksekutif

Sektor penternakan Ayam adalah sektor penting yang telah menyumbang secara progresif
kepada ekonomi Malaysia sejak sedekad yang lalu. Ayam adalah salah satu industri yang paling
cepat berkembang dan paling menjanjikan masa depan yang cerah di negara kita. Sektor ayam
memainkan peranan yang sangat penting dalam mengurangkan kemiskinan, kekurangan zat
makanan dan masalah pengangguran negara kita. Walaubagaimanapun, permasalahan yang
sering menjadi kerisauan dan mimpi ngeri di kalangan penternak tradisional adalah seperti ayam
sering sakit , kurus dan mati secara tiba-tiba. Pemilihan sistem reban dan kaedah perternakan
yang salah, merupakan salah satu halangan dan cabaran yang sering memberi impak negatif
kepada para penternak hingga ada yang mengalami kerugian yang cukup besar. Pengurusan
reban yang lemah seperti kebersihan reban ayam yang kotor dan banyak najis, sistem pemakanan
yang kurang sesuai akan memberi kesan yang tidak sihat pada ayam ternakan. Sistem induk dan
penetasan tidak diberi perhatian.Vaksin dan vitamin juga tidak diberikan serta kurang
pengetahuan tentang bantuan yang telah disediakan. Mereka tiada sistem pemasaran dan
rangkaian perniagaan yang betul. Sebenarnya masyarakat tidak mendapat peluang menimba
ilmu, tiada mentor, tiada sistem, tiada tindakan dan tiada impian untuk menjadikan ternakan
ayam sebagai produk yang luar biasa.

Oleh itu, saya telah mengambil inisiatif untuk menambah kemahiran dan pengetahuan
dalam penternakan ayam dengan menyertai kursus penternakan ayam swasta pada 2019 di
Sungai Merab, Bangi dan telahpun mendapat pendedahan dan teknik penternakan yang betul dan
berkesan. Dengan sistem biosekuriti dan sistem membuat reban yang diajar, ia mampu
menghasilkan ternakan yang hidup sihat. Sistem penjagaan ayam yang terbaik akan diamalkan
dan saya yakin dan pasti semua ayam akan mencapai berat dalam masa yang telah ditetapkan.
Sistem permakanan yang berkualiti dan murah juga dipelajari. Pendedahan dan pengalaman
tentang penyakit-penyakit ayam dan cara mencegah serta merewat juga telah dikongsi semasa
latihan tersebut. Teknik penyembelihan dan memproses ayam serta teknik pembungkusan dan
pemasaran yang telah dikongsi semasa kursus tersebut dapat menghasilkan produk ayam yang
halal dan bersih juga mampu memberikan pulangan keuntungan yang tinggi.

ANUAR KDZ ENTERPRISE (IP0531095-M)

Downloaded by Mohamad Shamsulmaarif (shamucs93@gmail.com)


lOMoARcPSD|20552193

ANUAR KDZ ENTERPRISE (IP0531095-M)

PENGENALAN

Pengeluaran daging ayam negara telah mencapai tahap sara diri sejak tahun 1981. Pada
tahun 2006, aktiviti pengeluaran ayam daging tempatan menyumbangkan lebih kurang 70%
daripada keseluruhan bekalan daging negara. Walaupun memberi pulangan yang cepat,
pemeliharaan ayam daging bukanlah satu pekerjaan yang mudah diusahakan. Pemeliharaan ayam
daging terdedah kepada banyak faktor yang boleh mempengaruhi untung-rugi dan daya maju
seseorang pengusaha. Antaranya adalah ketidakstabilan harga pasaran, harga input seperti
makanan dan bahan binaan, cuaca yang berubah-ubah dan penyakit. Ayam juga memerlukan
persekitaran yang selesa untuk pertumbuhan yang cekap. Penternakan ayam pedaging sistem
tertutup merupakan usaha yang menguntungkan walaupun kos pembinaannya tinggi. Bidang ini
berpotensi menghasilkan pulangan yang lumayan sekiranya dilaksanakan dengan terancang
mengikut peraturan teliti dan daya kecekapan yang tinggi.

Dalam rangka meningkatkan pengeluaran makanan dan pertumbuhan ekonomi, serta


menjadikan pertanian sebagai perniagaan, maka program Contract Farming diperkenalkan oleh
Lembaga pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) sebagai satu mekanisme untuk membantu
pengusaha pertanian berskala kecil dan sederhana daripada segi pemasaran. Contract Farming
pada umumnya melibatkan elemen-elemen berikut: harga, kuantiti, kualiti, keluasan pertanian,
dan tempoh kontrak yang telah persetujui di antara syarikat dengan petani. Dalam sistem ini
syarikat yang mengkontrak membekalkan semua input yang diperlukan sementara petani
membekalkan tanah dan tenaga kerja. Bagaimanapun, syarat dan sifat kontrak berbeza mengikut
jenis tanaman atau ternakan, agensi yang terlibat, petani sendiri, teknologi dan konteks kontrak
diwujudkan. Umumnya, penyertaan penternak adalah terhad kepada pengeluaran di ladang.

Selain itu, Contract Farming ini juga dapat membantu penternak memasarkan hasil
ternakan dengan lebih baik secara borong dan runcit. Usaha ini akan dikembangkan secara
berterusan sehingga mampu membantu meningkatkan pendapatan penternak. Sebagai contoh,
KFC akan mengupah beberapa buah syarikat untuk menjaga ladang ayam dan syarikat berkenaan
akan menjual ayam itu semula dengan harga berpatutan untuk KFC pasarkan dan menjadikannya
sebagai bahan mentah. Oleh itu, KDZ Enterprise telah mengambil peluang ini dengan
menjalinkan hubungan kerjasama dengan CPI Global. Melalui kerjasama ini, KDZ Enterprise
menjadi pembekal ayam yang utama kepada CPI Global dimana ayam tersebut dijual dengan
harga yang berpatutan disamping keuntungan yang diperolehi juga agak lumayan.

ANUAR KDZ ENTERPRISE (IP0531095-M)

Downloaded by Mohamad Shamsulmaarif (shamucs93@gmail.com)


lOMoARcPSD|20552193

ANUAR KDZ ENTERPRISE (IP0531095-M)

TUJUAN

Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon kebenaran kepada tuan pengurus Pejabat Felda
Gunung Besout 1 untuk menjalankan operasi pembinaan reban tertutup dan penternakan ayam.

LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

Mohamad Anuar Bin Zolkifli telah menjalankan penternakan ayam daging sejak 5 tahun lalu dan
ianya merupakan sumber pendapatannya. Walaupun perniagaan Mohamad Anuar Bin Zolkifli masih lagi
baru dan masih dalam proses memperkukuhkan lagi kedudukannya sebagai sebuah perniagaan yang
mantap. Beliau telah merancang akan melebarkan sayap perniagaan ini ke peringkat yang lebih tinggi
supaya dapat menjadi tumpuan dan pembekal utama yang menguasai pasaran ayam di Malaysia.

Mohamad Anuar Bin Zolkifli merupakan perniagaan milikan tunggal yang akan beroperasi di
tanah Pm; Lot 13296. Tanah ini merupakan hak milik ayah pengusaha sendiri. Secara umumnya,
pengusaha ini telah lama menternak ayam secara kecil- kecilan. Ayam dijual kepada penduduk setempat,
pasar malam, kedai runcit dan kepada beberapa pemborong. Pengalaman ini sangat berguna untuk
menternak ayam dalam skala yang lebih besar. Keuntungan sekarang adalah sedikit kerana jumlah ayam
yang sedikit. Pada masa ini ramai penternakan ayam daging dilakukan secara sampingan dan kecil-
kecilan. Ini kerana ramai yang menganggap penternakan ini susah untuk mencapai ke tahap komersil.
Kebanyakan penternakan ayam mengamalkan cara penternakan yang tradisional. Sudah sampai masanya
perniagaan ini dibuat secara sepenuh masa dan secara komersial jika mendapat bantuan dari pihak yang
berkenaan.

Visi Perniagaan

Menjadi sebuah organisasi dan syarikat terulung serta berdaya saing menerusi persepakatan dari
syarikat yang terbaik di Malaysia dalam industri makanan, minuman dan teknologi serta menjadi
penternak ayam daging yang berjaya dengan mencapai pengeluaran 1 juta ekor ayam sebulan.

ANUAR KDZ ENTERPRISE (IP0531095-M)

Downloaded by Mohamad Shamsulmaarif (shamucs93@gmail.com)


lOMoARcPSD|20552193

ANUAR KDZ ENTERPRISE (IP0531095-M)

Misi Perniagaan

 Ingin menembusi pasaran tempatan dan luar negara pada masa akan datang.
 Menghasilkan jenama sendiri produk sejukbeku.
 Ingin menjadi sebuah organisasi yang membantu ramai penternak lain untuk berjaya
dengan memperkenalkan ladang kontrak.
 Membuka kilang menghasilkan makanan ternakan.

Objektif syarikat

 Menjadi pembekal utama ayam daging sejukbeku .


 Menjadi pusat penyelidikan ayam daging.
 Membekalkan anak ayam daging .
 Membekalkan telur ayam daging .

LATAR BELAKANG PENGUSAHA

BUTIR-BUTIR PERIBADI
Nama Mohamad Anuar bin Zolkifli
No. Kad Pengenalan 730112-20-6389
Alamat Tetap No. 276, Felda Gunung Besout 1, 35600
Sungkai, Perak
Umur 49 Tahun
Taraf Perkahwinan Berkahwin
Agama Islam
Pekerjaan Pesara Tentera
Pengalaman i. Pernah mengikuti Kursus Penternakan
Ayam di bawah swasta pada tahun
2019 di Sg Merab, Bangi
ii. Pernah menanam pelbagai jenis sayur-
sayuran di Ijok seluas 6 ekar pada tahun
2014-2017
No Telefon 019-4811713

ANUAR KDZ ENTERPRISE (IP0531095-M)

Downloaded by Mohamad Shamsulmaarif (shamucs93@gmail.com)


lOMoARcPSD|20552193

ANUAR KDZ ENTERPRISE (IP0531095-M)

RANCANGAN PENTADBIRAN

a) Carta Organisasi

SENARAI TENAGA PEKERJA DAN ANGGARAN JUMLAH UPAH

Nama Jawatan Bilangan Anggaran Upah Anggaran Upah Satu


Pekerja Seorang Jumlah Sebulan Pusingan
Pengurus 1 RM 3,500.00 RM 3,500.00 RM 7,000.00
Supervisor 1 RM 2,500.00 RM 2,500.00 RM 5,000.00
Ketua Reban 2 RM 1,000.00 RM 2,000.00 RM 4,000.00
Pekerja Am 2 RM 800.00 RM 1,600.00 RM 3,200.00
JUMLAH 6 RM 7,800 RM 9,600.00 RM 19,200.00

ANUAR KDZ ENTERPRISE (IP0531095-M)

Downloaded by Mohamad Shamsulmaarif (shamucs93@gmail.com)


lOMoARcPSD|20552193

ANUAR KDZ ENTERPRISE (IP0531095-M)

b) Jawatan dan Huraian Tugas

Setelah beroperasi dan mendapat pulangan, saya menjangkakan akan melantik


pengurus ladang, supervisor, ketua reban dan pekerja am. Jawatan-jawatan yang saya
akan lantik ini akan menggalas tugas-tugas yang berikut:

Jawatan Tugas
Pengurus ladang i. Memastikan keseluruhan perjalanan syarikat dan ladang
ii. berjalan lancar seperti yang dirancang.
iii. Mengurus keseluruhan pentadbiran dan operasi ladang.
iv. Berurusan dengan pembekal benih, dedak, vaksin, ubat
v. dan menyelaras jadual reban.
vi. Membantu mengurus syarikat dan ladang.
vii. Menyusun jadual kerja ladang dan urusan pengangkutan.
viii. Memantau jadual kemasukan benih dan pengeluaran.
Supervisor i. Mengurus rekod ternakan, stok, dan jadual
pemvaksinan.
ii. Menyelia semua sistem operasi, teknikal dan
mekanikal.
iii. Memantau sistem biosekuriti dan kesihatan ternakan.
iv. Menyelia pengurusan sisa dan tinja mengikut peraturan.
v. Bertanggungjawab pada ternakan di tingkatnya.
vi. Memastikan pemakan dan minuman yang mencukupi.
vii. Memastikan suhu reban sesuai dengan usia ternakan.
Ketua Reban i. Memastikan suhu reban sesuai dengan usia ternakan.
ii. Memastikan cahaya mencukupi bagi keperluan ayam.
iii. Mengasingkan ayam takai, sakit dan melupuskan ayam
iv. mati.
v. Membantu segala kerja penternakan yang diperlukan.
vi. Membantu proses penangkapan dan kemasukan benih.
Pembantu/ Pekerja i. Menjaga kebersihan dan keselamatan ayam dan reban.
Am ii. Menyelanggara peralatan makanan, minuman, kipas,
iii. tangki air, kelengkapan reban dan ladang.

ANUAR KDZ ENTERPRISE (IP0531095-M)

Downloaded by Mohamad Shamsulmaarif (shamucs93@gmail.com)


lOMoARcPSD|20552193

ANUAR KDZ ENTERPRISE (IP0531095-M)

RANCANGAN OPERASI

a) Contoh Pelan Susun Atur

Ciri-Ciri Reka Bentuk Reban Tertutup Yang Bagus

i. Saiz ketinggian dan lebar reban dengan dimensi yang sesuai akan menghasilkan halaju
udara yang lebih dari 2.9 m/s tanpa kipas tambahan. Tahap suhu yang diperlukan akan
diperolehi.
ii. Tahap kedap udara yang tinggi. Dinding dan langit reban tidak terdapat liang kerana haba
panas akan masuk melaluinya.
iii. Kos binaanya ekonomik, kos operasinya cekap, mudah dibersihkan dan senang
diselenggara.

ANUAR KDZ ENTERPRISE (IP0531095-M)

Downloaded by Mohamad Shamsulmaarif (shamucs93@gmail.com)


lOMoARcPSD|20552193

ANUAR KDZ ENTERPRISE (IP0531095-M)

iv. Radiasi suria dari sisi reban dan bumbung di minimakan dengan menggunakan bahan
yang sesuai. Paksi memanjang reban selari dengan arah timur barat. Elakkan dari
pancaran cahaya matahari terbit dan terbenam.
v. Pengudaraan dalam reban sempurna. Suhu dan kelembapan hampir serata diseluruh
bahagian reban. Perbezaan suhu udara antara pad pendingin dan kipas ekzos tidak
melebihi 2 darjah.
vi. Sekeliling reban ditutup dengan jaring besi agar terhindar dari kemasukkan burung, tikus,
dan binatang pemangsa.
vii. Lantai konkrit perlu dilindungi daripada wap tanah yang menyebabkan peningkatan
kelembapan yang menjadi punca bau dan penyakit.
viii. Terletak di lokasi yang kondusif dengan kegiatan penternakan ayam komersial.
ix. Arah keluar haba panas dan bau mengarah ke sudut yang sesuai

b) Reban ternakan

Kami akan membina reban ayam seperti yang dicadangkan oleh Kementerian Pertanian dan
Industri Asas Tani. Reban ini juga berdasarkan kursus yang telah kami jalani sebelum ini. Reban
45 kaki lebar dan 400 kaki panjang boleh menempatkan 3,000 ekor ayam daging. Ruang lantai
adalah 1.0 kaki persegi bagi setiap ekor ayam. Peralatan makanan dan minuman ternakan adalah
menggunakan teknologi moden dengan sepenuhnya. Bumbung dibuat dari zink dengan lebihan
tiga kaki untuk memastikan air hujan tidak memasuki reban. Kami memastikan pengudaraan
yang cukup agar ayam sentiasa mendapat udara yang segar. Lantai daripada tanah liat yang
ditinggikan sebanyak satu kaki.

Menentukan Saiz dan Model Reban Tertutup


a) Ukuran, model reban dan lokasi peralatan dipasang mempunyai kecekapan kos,
kecekapan pengurusan dan keberkesanan sesuatu reban tertutup.
b) Perkara diambil kira menentukan ukuran dan model reban tertutup:
 Ukuran kawasan tapak untuk membina reban.
 Panjang arah timur-barat tapak.
 Modal
 Risiko pencemaran kepada kawasan sekitar.
 Kelajuan udara melalui reban dan kadar pertukaran udara dalam reban
 Kesedia-adaan bekalan bahan sarap lantai yang mencukupi di kawasan
berhampiran
 Kaedah melupuskan tahi ayam atau sarap lantai

c) Implikasi ukuran reban (panjang, lebar dan tinggi) kepada kecekapan kos pelaburan, kos
peralatan (kawalan pengudaraan), kecekapan kos guna tenaga letrik dan kos pengurusan.

ANUAR KDZ ENTERPRISE (IP0531095-M)

Downloaded by Mohamad Shamsulmaarif (shamucs93@gmail.com)


lOMoARcPSD|20552193

ANUAR KDZ ENTERPRISE (IP0531095-M)

i. Kos peralatan dan letrik adalah tinggi bagi reban yang pendek dan lebar kerana lebih
banyak bilangan kipas diperlukan.
ii. Kapasiti dan kecekapan kipas digunakan di paras maksimum bagi reban yang panjang.
iii. Keberkesanan pengudaraan dan penggunaan kipas adalah lebih baik jika reban kurang
lebar dan kurang tinggi tetapi panjang.
iv. Saiz reban yang optimum adalah 40 – 48 kaki lebar, tinggi 7 kaki dan panjang 400 – 500
kaki kerana;
 Kadar pertukaran udara dioptimumkan
 Kelajuan udara melalui reban optimum
 Kecekapan guna letrik optimum.
v. Jika panjang reban melebihi 500 kaki, perbezaan suhu reban diantara satu hujung reban
(berhampiran pad penyejuk udara) dengan hujung satu lagi (berhampiran kipas ekzos)
menjadi lebih besar, menjejaskan FCR, keseragaman ayam dan purata berat ayam.
vi. Membina reban yang pendek tetapi banyak, kurang ekonomik berbanding membina reban
yang panjang yang boleh menampung kapasiti ayam yang sama kerana;
 Kos membina reban tinggi
 Lebih banyak peralatan diperlukan dengan itu kos lebih tinggi.

c) Jenis Ternakan

Ayam yang akan diternak adalah ayam daging. Bekalan anak ayam adalah mencukupi dan
mudah didapati dari pembekal.

d) Makanan Dan Minuman

Makanan ayam akan disesuai dengan peringkat pertumbuhan untuk pembesaran yang baik.
Tempoh dan jenis makanan diberi akan mempengaruhi kecekapan kos pengeluaran.

Makanan permulaan (crumble) = 1 - 28 hari


Makanan penghabisan (pellet) = 29 hari hingga dipasarkan

Bekalan air minum bersih akan sentiasa ada hal ini bagi mengelakkan Kadar kematian yang
tinggi disebabkan kekurangan air. Pengambilan air bergantung kepada keadaan suhu alam
keliling, kelembapan kandungan makanan, pengambilan makanan dan pergerakan. Ayam akan
minum 2 kali ganda dalam keadaan suhu yang panas daripada keadaan suhu biasa. Lazimnya
ayam akan minum 2 kali ganda jumlah berat makanan yang dimakan. Anak ayam akan diberi
makan dedak permulaan sehingga berumur 30 hari. Selepas itu, ayam akan diberi makan
campuran dedak 50% dan jagung halus 50% sehingga berumur 60 hari. Ayam akan di pasarkan
pada umur 60 hari dan boleh mencapai berat 1.2-1.5 kg.

ANUAR KDZ ENTERPRISE (IP0531095-M)

Downloaded by Mohamad Shamsulmaarif (shamucs93@gmail.com)


lOMoARcPSD|20552193

ANUAR KDZ ENTERPRISE (IP0531095-M)

e) Vaksin ternakan

Ayam akan diberi vaksin untuk mencegah penyakit seperti yang disaran oleh Jabatan
Perkhidmatan Veterinar. Ubat cacing dan antiobiotik akan diberi seperti yang dicadangkan
oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

AKTIVITI KETERANGAN
1 Multivitamin+Antistress (Vp-1000) Minum
2 Multivitamin+Antistress (Vp-1000) Minum
- Vaksin Ndib B1 - Titis Mata/Spray
- Multivitamin+Antistress (Vp-1000) (Pagi)
3 - Minum (T.Hari-
Petang)
4 Multivitamin+Antistress (Vp-1000) Minum
5 Multivitamin+Antistress (Vp-1000) Minum
- Em - Minum (Pagi)
6-9 - Multivitamin Penggemuk (Pon-Pon) - Minum (Petang)
10 Multivitamin+Antistress (Vp-1000) Minum
11 Multivitamin+Antistress (Vp-1000) Minum
- Vaksin Pox - Inject Kulit Kepak
12 - Multivitamin+Antistress (Vp-1000) (Pagi)
- Minum (T.Hari-
Petang)
13 Multivitamin+Antistress (Vp-1000) Minum
14 Multivitamin+Antistress (Vp-1000) Minum
- Em - Minum (Pagi)
15 - Multivitamin Penggemuk (Pon-Pon) - Minum (Petang)
16 Multivitamin+Antistress (Vp-1000) Minum
17 Multivitamin+Antistress (Vp-1000) Minum
- Vaksin Gumboro - Minum (Pagi)
18 - Multivitamin+Antistress (Vp-1000) - Minum (T.Hari-
Petang)
19 Multivitamin+Antistress (Vp-1000) Minum
20 Multivitamin+Antistress (Vp-1000) Minum
- Em - Minum (Pagi)
21-36 - Multivitamin Penggemuk (Pon-Pon) - Minum (Petang)
37 Multivitamin+Antistress (Vp-1000) Minum
38 Multivitamin+Antistress (Vp-1000) Minum
- Vaksin Ndib Lasota - Minum (Pagi)
39 - Multivitamin+Antistress (Vp-1000) - Minum (T.Hari-
Petang)
40 Multivitamin+Antistress (Vp-1000) Minum
41 Multivitamin+Antistress (Vp-1000) Minum
- Em - Minum (Pagi)
42-70 - Multivitamin Penggemuk (Pon-Pon) - Minum (Petang)
Sumber: Jabatan Perkhidmatan Veterinar

ANUAR KDZ ENTERPRISE (IP0531095-M)

Downloaded by Mohamad Shamsulmaarif (shamucs93@gmail.com)


lOMoARcPSD|20552193

ANUAR KDZ ENTERPRISE (IP0531095-M)

Analisis SWOT Syarikat

Kelebihan Kelemahan
● Pasaran yang masih luas boleh diterokai ● Kekurangan tenaga kerja
● Ayam daging ini boleh dibiakkan atau ● Penternakan secara kecilan.
diternak sepanjang tahun (tidak mengikut ● Kurang pengetahuan dalam bidang
musim) pengurusan
● Ayam daging juga boleh dipelihara secara ● Tidak mempunyai logo HALAL
reban berhawa dingin.
● Berbagai sumber makanan tambahan
boleh diberikan dan dijadikan makanan
ayam kerana berdekatan dengan hutan

Peluang Halangan/ Ancaman


● Membesarkan pengeluaran ladang. ● Kekurangan modal
● Integrasi penternakan. ● Tiada kebenaran untuk membina reban
● Menjanakan sistem peredaran dan tertutup
pemasaran yang sempurna. ● Persaingan pengeluar produk yang
● Najis ayam boleh diproses menjadi sama
baja bagi mengurangkan pencemaran ● Ancaman binatang pemangsa
bau.

ANUAR KDZ ENTERPRISE (IP0531095-M)

Downloaded by Mohamad Shamsulmaarif (shamucs93@gmail.com)


lOMoARcPSD|20552193

ANUAR KDZ ENTERPRISE (IP0531095-M)

RANCANGAN PENGURUSAN KEWANGAN


Anggaran Kewangan Projek: Projek 30,000 – 35,000 ekor ayam

Bil Butiran Jumlah


1. Pra operasi 15,000.00
2. Bersih Kawasan & Kerja Tanah 30,000.00
3. Jalan Ladang & Saliran 30,000.00
4. Pagar & Keselamatan 40,000.00
5. Substation, Tubwell, TNB & LAP 120,000.00
6. Pejabat, Stor & Surau 100,000.00
7. Bangunan Reban 980,000.00
8. Alatan Makanan, Minuman, Lampu & 690,000.00
Ventilasi
9. Kelengkapan & Alat Kerja 30,000.00
10. Belanja Pengurusan 2 Pusingan- 4 bulan 100,000.00
11. Bayar Pinjaman 2 Pusingan- 4 bulan 90,000.00
12. Sewa Tanah 50,000.00
13. Kontigensi 50,000.00
JUMLAH RM 2,325,000.00

KESIMPULAN
Adalah diharapkan semoga pemohonan mendapat pertimbangan sewajarnya dan seterusnya
diluluskan oleh pihak yang berkenaan.

ANUAR KDZ ENTERPRISE (IP0531095-M)

Downloaded by Mohamad Shamsulmaarif (shamucs93@gmail.com)

Anda mungkin juga menyukai