Anda di halaman 1dari 5

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

INTRODUCTION TO CHILD AND DEVELOPMENT

ECE 4123

TUGASAN 1

NAMA: NUR ‘AINA BASIRAH BINTI MAZLAN


NO ID: 115638
NAMA PENSYARAH: EN MUHAMAD HASHIM BIN YAKOB
PENGENALAN

Tajuk jurnal yang saya pilihala adalah perkembangan fizikal motor halus
kanak-kanak di Taska menggunakan busyboard. Jurnal ini telah ditulis oleh Hidayah
Hazirah Hisham, Faridah Yunus dan Lilia Halim terbitan Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. Jurnal ini diterbitkan pada 24 Ogos 2021.
Saya amat tertarik untuk menulis jurnal ini kerana jurnal ini menceritakan tentang
perkembangan fizikal motor halus kanak-kanak di Taska menggunakan busyboard.
Busyboard atau permainan papan sibuk adalah permainan yang direka khas untuk
kanak-kanak berumur seawal 10 bulan hingga empat tahun. Permainan ini direka
untuk membantu meningkatkan perkembangan motor halus kanak-kanak.
Perkembangan fizikal merupakan proses yang berlaku sepanjang masa dalam proses
perkembangan ini kita akan lihat suatu perubahan yang berlaku pada kanak-kanak.

Ulasan jurnal

Jurnal ini merceritakan tentang perkembangan fizikal motor halus kanak-kanak


di Taska menggunakan busyboard. Busyboard adalah permainan yang direka untuk
membantu meningkatkan perkembangan motor halus kanak-kanak. Seperti yang kita
tahu bermain adalah fitrah kanak-kanak. Oleh itu pada umur satu hingga empat tahun
kanak-kanak mestilah didedahkan dengan aktiviti-aktiviti yang boleh tingkatkan
perkembangan mereka. Seterusnya busyboard atau papan sibuk adalah permainan
yang direka khas untuk kanak-kanak yang berumur seawak usia 10 bulan hingga 4
tahun. Alatan yang diletakkan di atas papan busyboard biasanya barang- barang yang
digunakan di rumah yang sesuai digunakkan untuk perkembangan kanak-kanak.
Busyboard adalah salah satu kaedah pembelajaran yang berkesan untuk
kanak-kanak Taska berumur lapan bulan hingga empat tahun. Dengan adanya
busyboard mampu tingkatkan perkembangan kanak-kanak dari segi fizikal, kognitif,
sosial, emosi dan bahasa. Busyboard juga mampu membuatkan kanak-kanak fokus
dalam melakukan sesuatu. Oleh itu, tujuan kajian ini dilakukan untuk melihat
perkembangan fizikal motor halus kanak-kanak dalam menggunakan busyboard di
Taska. Selain itu, kaedah pembelajaran di Taska juga memberikan impak yang besar
terhadap perkembangan kanak-kanak. Seterusnya kanak-kanak berumur satu hingga
empat tahun juga dikatakan mudah meniru apa saja yang mereka lihat dan
mendengar perbuatan di sekeliling mereka kerana pada tahap ini perkembangan
mereka meningkat mengikut tahap kemahiran mereka.

Seterusnya, guru atau pengasuh mestilah berperanan sebagai pemudah cara


kepada kanak-kanak dalam menyediakan kemudahan dan bahan pembelajaran yang
menarik dan sesuai untuk kanak-kanak.Guru atau pengasuh yang merupakan suri
teladan harus mendorong kanak-kanak belajar dengan membuat aktiviti yang dapat
meningkatkan perkembangan fizikal kanak-kanak.Oleh itu, dalam dunia pendidikan
awal kanak-kanak permainan dan pedagogi merupakan perkara yang penting yang
dekat dengan persekitaran pembelajaran kanak-kanak keranan kanak-kanak belajar
berdasarkan penerokaan, kreativiti, imaginasi, pergerakan dan emosi.Kajian oleh
(Norazizah Abdul Rahman1, 2016) menyatakan bahawa pembelajaran kanak-kanak
seharusnya memberi peluang dan kebebasan kepada untuk meneroka tentang apa
yang mereka minati di bawah pengawasan orang dewasa.Hal ini demikian, guru dan
pengasuh mestilah bertanggungjawab dalam memberikan pembelajaran yang
bermanfaat kepada kanak-kanak kerana pengetahuan kanak-kanak dibentuk sewaktu
kanak-kanak bermain.Dengan bermain kanak-kanak dapat membentuk pengetahuan
mereka berdasarkan perbuatan dan pengalaman yang telah berlaku ke atas diri
mereka.

Metodologi kajian yang digunakan adalah kajian kes.Kajian kes digunakan


untuk mengumpul data di Taska yang menggunakan busyboard sebagai alat bantu
mengajar di Taska.Selain itu, instrumen kajian yang dipilih ialah rekod senarai semak
daan temu bual.Rekod senarai semak ini dipilih untuk membuat kajian yang lebih
mudah dalam mengkaji perkembangan fizikal motor halus kanak-kanak semasa
proses pembelajaran.Oleh itu, penggunaan reka bentuk kajian kes juga dapat
membantu pengkaji dengan lebih mendalam mengenai perkembangan fizikal motor
halus kanak-kanak di Taska dengan menggunakan busyboard.Reka bentuk kajian ini
ialah berbentuk penyelidikan kualitatif.Oleh hal yang demikian, kajian kes ini dilakukan
untuk mengenal pasti dan untuk mengetahui sejauh mana busyboard dalam
meningkatkan pencapaian kemahiran motor halus kanak-kanak.
Kelebihan

Busyboard ini memberikan kesan yang baik kepada perkembangan fizikal


motor halus kanak-kanak.Dengan adanya busyboard di Taska perkembangan motor
halus kanak-kanak meningkat kerana ianya menarik minat kanak-kanak untuk
belajar.Selain itu, kanak-kanak dapat merasai pengalaman dalam melakukan aktiviti
di Taska dengan menggunakan busyboard.Oleh itu, busyboard juga dapat
memberikan pendedahan kepada kanak-kanak terhadap penguasaan
perbendaharaan kata yang meluas.Seterusnya, Dunn, 2009 mengkaji permainan
papan ini mampu menjadi terapi untuk mewujudkan hubungan, rangsangan deria, dan
mampu meningkatkan perkembangan proses perkembangan kanak-
kanak.Permainan ini juga mampu meningkatkan sensori kanak-kanak.

Kelemahan

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan yang terdapat di dalam


jurnal iaitu pengarang menulis jurnal yang terlalu panjang.Kelemahan seterusnya
ialah pengarang menggunakan contoh yang lama.Manakala dari segi penggunaan
ayat juga pengarang tidak menggunakan ayat yang tidak jelas.Seterusnya, pengarang
juga tidak membuat pemerengganan yang sesuai.

Penambahbaikan

Oleh itu, terdapat beberapa penambahbaikan yang boleh dilakukan iaitu


pengarang mestilah menggunakan ayat yang mudah difahami.Seterusnya, pengarang
mestilah membuat pemerengganan yang sesuai untuk menarik minat pembaca
supaya pembaca tidak bosan membaca jurnal ini.Selain itu, pengarang juga mestilah
menggunakan ayat yang sesuai untuk
Kesimpulan

Kesimpulannya, perkembangan fizikal motor halus kanak-kanak amat


penting kerana perkembangan motor halus kanak-kanak dapat ditingkatkan melalui
penggunaan busyboard.Selain itu, busyboard amat sesuai untuk kanak-kanak kerana
permainan ini melibatkan permainan atau bahan-bahan persekitaran yang dekat
dengan kanak-kanak.Oleh itu, dengan adanya busyboard di Taska dapat membantu
meningkatkan perkembangan fizikal kanak-kanak.

Anda mungkin juga menyukai