Anda di halaman 1dari 45

Bab 1

PENDAHULUAN

Pengenalan

Kajian memberikan kita pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk


membantu kita membuat keputusan dalam pelbagai konteks. Justeru itu, dalam bab ini
pengkaji menghuraikan serba sedikit tentang latar belakang kajian, penyataan masalah,
tujuan kajian, objektif kajian, kepentingan kajian dan batasan kajian.

Latar belakang

Kanak-kanak merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai harganya. Maka,


kurikulum yang digubal untuk kanak-kanak pada peringkat awal perlulah seimbang dan
menyeluruh. Justeru itu, matlamat pendidikan awal kanak-kanak sesungguhnya bertujuan
untuk memenuhi hak dan keperluan mereka. Sejak berdekad yang lalu hinggalah ke saat
ini, pendidikan awal kanak-kanak sering diberi perhatian dan menjadi satu topik
perbincangan. Pelbagai usaha dicurahkan sama ada dari segi kewangan mahupun tenaga
untuk memastikan usaha memperkasakan pendidikan awal kanak-kanak serta
pembangunan modal insan pada tahap yang membanggakan.

Pengetahuan berkenaan perkembangan kanak-kanak dapat memberi panduan


kepada para pendidik bagi mengetahui tingkah laku dan sifat-sifat yang dapat dijangka
dalam diri kanak-kanak. Maklumat ini amat penting bagi membantu para pendidik
menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang dapat membantu penyuburan
perkembangan kanak-kanak. Oleh itu, semua prasekolah wajib berpegang pada garis
panduan kurikulum yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Kurikulum
Kebangsaan Prasekolah (2001) yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara
membolehkan kanak-kanak memperoleh asas komunikasi, kemahiran sosial, dan
kemahiran lain yang positif seperti fizikal, intelektual, emosi, rohani dan nilai estetika
sebagai persediaan awal sebelum melangkahkan kaki ke alam sekolah rendah.

1
Penyataan Masalah Kajian

Bermain adalah naluri semulajadi kanak-kanak, sama seperti makan dan tidur. Ini
kerana dalam aktiviti bermain, kanak-kanak prasekolah dapat diasuh secara langsung dan
tidak langsung bagi mengembangkan kesuburan diri yang menyeluruh dan seimbang dari
aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Apabila bermain, kanak-kanak menggunakan
seluruh anggota deria mereka seperti mata, telinga, hidung dan kulit mereka. Oleh itu,
semasa kanak-kanak bermain menggunakan alat permainan luar khususnya mereka dapat
meneroka, menyiasat benda-benda di persekitarannya sambil mencipta, menjelajah,
membina dan sebagainya.

Namun begitu, sejauh manakah fungsi alat permainan luar prasekolah ini dapat
membantu guru dalam proses perkembangan kanak-kanak ? Adakah kondisi alat
permainan luar yang disediakan mematuhi piawaian dan benar-benar selamat digunakan
seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia? Adakah kemudahan
yang disediakan dapat dinikmati sepenuhnya oleh guru dan kanak-kanak prasekolah?
Pengkaji tertarik untuk mengkaji masalah ini, berasaskan peristiwa yang dialami oleh
sekolah pengkaji sediri. Terdapat sejumlah 39 orang kanak-kanak prasekolah yang
melibatkan dua buah kelas prsekolah di tempat pengkaji berkhidmat tidak dapat
menikmati kemudahan untuk bermain alat permainan luar sejak tahun 2005 sehingga
kini. Hampir dua tahun kanak-kanak prasekolah ini tidak mendapat hak mereka seperti
kanak-kanak prasekolah yang lain. Masalah timbul apabila beberapa orang kanak-kanak
prasekolah tercedera ketika menggunakan ‘monkey bar’ dan buaian. Kecederaan ini
disebabkan oleh kondisi alat permainan luar tersebut yang telah berkarat dan kurang
selamat digunakan. Justeru itu, pihak pentadbir telah mengarahkan agar taman
permainan prasekolah ini ditutup sehingga usaha untuk menggantikan alat permainan luar
yang baru. Justeru itu, pengkaji ingin meninjau dan menyelidik tentang penggunaan alat
permainan luar terhadap perkembangan kanak-kanak bagi kanak-kanak yang berpeluang
menikmati kemudahan tersebut dan sebaliknya.

2
Pembelajaran yang bermakna berlaku terutama ketika bermain. Kanak-kanak
dapat merangsang naluri ingin tahu, mengukuhkan kordinasi motor kasar dan motor
halus, menggunakan daya kreatif, mempertingkatkan kemahiran sosial dan berdisiplin
apabila mereka bermain. Di samping itu, dapat membantu kanak-kanak melahirkan
perasaan mereka apabila bermain. Bermain merupakan asas program amalan bersesuaian
perkembangan (Developmentally Appropriate Practice). Robinson & Schwartz (1972),
berpendapat bahawa perkembangan kanak-kanak dapat diperkukuhkan melalui aktiviti
tertentu iaitu :

“The natural form of activity for the young child is usually referred to as play. Very early
in life, a child begins learning through play. He engages extensively in numerous types of
play activities through which he develops most of his acquired skills and understanding”.
(h:113)

Menseimbangkan bermain dan belajar ataupun membuat kerja menjadi rangka


kerja yang penting bagi membentuk kurikulum dan persekitaran pembelajaran kanak-
kanak. Pemahaman guru berkenaan teori-teori perkembangan serta interaksi kanak-kanak
dengan guru dan rakan dapat membantu guru merancang pembelajaran melalui bermain
dengan lebih efisen. Mengikut pakar perkembangan otak (neurologist), bahagian atau sel
otak (neuron) yang dirangsang dari awal lagi akan berkembang dengan pesat dan
membentuk sinaps yang kompleks. Peringkat awal perkembangan kanak-kanak
merupakan masa yang terbaik untuk berlakunya proses perubahan-perubahan yang
penting dalam diri kanak-kanak. Pada ketika ini, kanak-kanak lebih mudah menerima
pengaruh persekitaran yang positif ataupun negatif.

Memandangkan penggunaan alat permainan luar adalah sebahagian daripada


kurikulum prasekolah, maka pengkaji ingin mengkaji penggunaa alat ini sebagai
pemangkin yang membantu guru prasekolah dalam usaha memperkembangkan potensi
kanak-kanak secara menyeluruh.

3
Tujuan Kajian

Tujuan kajian penyelidikan ialah untuk meninjau penggunaan alat permainan luar
kelas terhadap perkembangan kanak-kanak Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia
di Kuala Lumpur. Kajian ini melibatkan sebanyak 40 buah kelas prasekolah di Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur dan terletak di dalam empat buah zon iaitu Zon Bangsar, Zon
Pudu, Zon Keramat dan Zon Sentul. Kajian ini perlu dilaksanakan untuk mengenalpasti
pengetahuan guru-guru prasekolah tentang penggunaan alat permainan luar dalam proses
perkembangan motor kanak-kanak dan impaknya dalam membantu guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Selain itu, kajian ini ingin mendapatkan
pandangan atau persepsi guru tentang kemudahan yang disediakan serta tahap
keselamatannya. Kajian ini juga meninjau tentang masalah yang sering dihadapi oleh
guru dan kanak-kanak ketika menggunakan alat permainan luar kelas yang disediakan di
Taman Permainan Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.

4
Objektif Kajian

Objektif Kajian adalah berdasarkan tujuan kajian iaitu:

1. mengenalpasti tahap pengetahuan guru prasekolah tentang penggunaan alatan


permainan luar kelas prasekolah dalam poses perkembangan motor kanak-kanak.
2. mengenalpasti impak penggunaan alatan permainan luar kelas prasekolah dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
3. mengenalpasti kemudahan alat permainan luar yang disediakan di prasekolah
KPM dan tahap keselamatannya.
4. mengenalpasti masalah yang sering dihadapi oleh guru dan kanak-kanak ketika
menggunakan alatan permainan luar kelas.

Soalan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan jawapan untuk soalan-soalan berikut:

1. Adakah guru-guru prasekolah mempunyai pengetahuan tentang penggunaan alat


permainan luar kelas dalam proses perkembangan motor kasar kanak-kanak?
2. Adakah alat permainan luar kelas prasekolah yang disediakan memberikan kesan
yang positif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran?
3. Apakah kemudahan alatan permainan luar kelas prasekolah KPM dan tahap
keselamatannya ?
4. Apakah masalah yang sering dihadapi oleh guru semasa menggunakan alat
permainan luar kelas prasekolah?

5
Kepentingan Kajian

Kajian penyelidikan ini ingin meninjau sejauh manakah pengetahuan guru


khususnya dalam aspek perkembangan motor kanak-kanak dan aspek perkembangan
yang lain seperti intelektual, emosi, sosial dan moral dalam membantu guru menangani
masalah dan memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran melalui
aktiviti bermain menggunakan alat permainan luar. Kajian ini juga berhasrat untuk
mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh warga pendidik prasekolah menggunakan alat
permainan luar yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Selain itu, kajian
yang dilaksanakan dapat mengesan pengetahuan guru tentang kesesuaian alatan, ciri-ciri
dan langkah keselamatan kerana guru telah diamanahkan untuk menjaga keselamatan
kanak-kanak ketika di sekolah.

Melalui kajian ilmiah seumpama ini, dapat membantu mengurangkan risiko


kecederaan ketika kanak-kanak belajar sambil bermain memandangkan kanak-kanak
merupakan permata negara yang tidak ternilai harganya.

Diharapkan hasil daripada kajian ini juga mampu memberikan persepsi yang
positif kepada ibu bapa agar mereka berasa lebih yakin dengan keselamatan anak-anak
mereka ketika menggunakan alat permainan luar yang disediakan di Prasekolah
Kementerian Pelajaran. Justeru itu, ibu bapa serta masyarakat lebih prihatin dan dapat
membantu pihak sekolah dalam usaha menyediakan alat permainan luar yang selamat
untuk kanak-kanak.

Kajian ini diharap dapat membantu merealisasikan hasrat Kementerian Pelajaran


Malaysia untuk memperkasakan sekolah rendah dengan memperluaskan Prasekolah KPM
selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Semoga, perkhidmatan pendidikan
awal kanak-kanak di Malaysia dapat melahirkan kanak-kanak yang cemerlang, gemilang
dan terbilang. Ini kerana prasekolah merupakan batu asas dan titik tolak kepada
pendidikan sepanjang hayat.

6
Batasan Kajian

Kajian ini hanya melibatkan 40 buah prasekolah di Wilayah Persekutuan Kuala


Lumpur dengan melibatkan 40 orang guru prasekolah dan 880 orang murid-murid
prasekolah yang terdiri daripada empat buah zon yang berbeza iaitu Zon Bangsar, Zon
Pudu, Zon Keramat dan Zon Sentul. Besar kemungkinan borang soal-selidik yang
diedarkan tidak dipulangkan dalam jumlah yang sewajarnya. Selain itu, penggunaan
sampel yang terhad, memungkinkan penemuan hanya sesuai untuk prasekolah di Kuala
Lumpur sahaja dan tidak boleh dijadikan kayu pengukur untuk mewakili seluruh
Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kondisi alat permainan luar juga merupakan batasan kajian kerana ada
kemungkinan alatan tersebut telah rosak atau uzur kerana terdapat beberapa buah
prasekolah di Wilayah Persekutuan yang sudah lama ditubuhkan sejak tahun 1991. Ini
menyebabkan para guru jarang atau tidak menggunakan kemudahan alat permainan luar
sebagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk perkembangan motor kanak-kanak.

Penyelidik tidak mempunyai cukup pengetahuan dan kemahiran dalam ruang


lingkup bidang prasekolah kerana tidak terlibat dengan pendidikan awal kanak-kanak
secara langsung. Besar kemungkinan berlakunya dapatan yang diperolehi tidak dapat
mencakupi dan menyeluruh dengan aspek yang dikaji.

7
Definisi Istilah

Dalam kajian ini beberapa istilah dan frasa ayat digunakan oleh pengkaji.

Penggunaan

Menurut Kamus Dewan(2005), penggunaan didefinisikan sebagai perihal (perbuatan,


kegiatan dan sebagainya) menggunakan sesuatu. Penggunaan dalam kajian ini merujuk
kepada penggunaan alat permainan luar kelas Prasekolah Kementerian Pelajaran
Malaysia.

Alat Permainan Luar

Alat permainan luar ialah alatan yang digunakan di dalam sesuatu ruang atau lanskap
bertujuan merangsang fitrah kanak-kanak yang suka bermain, membantu perkembangan
psikomotor, kreativiti dan memotivasikan mereka untuk meneroka.

Perkembangan Kanak-Kanak

Menurut Berk (2000), perkembangan merupakan satu proses yang kompleks yang
merangkumi perubahan secara kuantitatif dan kualitatif dari segi fizikal, perceptual,
intelek, bahasa, emosi, sosial dan moral seseorang individu. Perubahan kuantitatif
bermaksud perubahan yang boleh diukur secara konkrit seperti ketinggian atau berat
sama ada meningkat atau menurun. Manakala perubahan kualitatif adalah satu proses
perubahan yang abstrak dari satu tahap ke tahap yang lain seperti perubahan kemahiran
berfikir an bersosial. Perubahan ini merupakan proses yang berlaku secara beransur-
ansur, hasil daripada tindakan yang saling berkait antara kematangan dengan
pembelajaran.

8
Kanak-Kanak Prasekolah

Kanak-kanak prasekolah merujuk kepada kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan 5


hingga 6 tahun yang mengikuti segala program dan aktiviti pengajaran serta
pembelajaran di kelas prasekolah sebelum menjejakkan kaki ke alam persekolahan secara
formal.

Guru Prasekolah

Guru Prasekolah pula merujuk kepada tenaga pengajar yang terlatih dan dilantik untuk
melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sama ada di dalam kelas atau pun
kelas prasekolah. Guru prasekolah bertanggungjawab mengurus kelas Prasekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kelas Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia

Kelas Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia merujuk kepada kelas-kelas yang


dibuka di sekolah rendah dan dimiliki oleh kerajaan iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah
Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Kelas prasekolah boleh
disamakan dengan istilah pendidikan awal kanak-kanak, termasuk istilah ‘Kindergarten’
serta ‘Nursery’. Dalam kajian ini, kanak-kanak prasekolah terdiri daripada kanak-kanak
yang berumur dalam lingkungan 5 hingga 6 tahun.

9
Bab 2

TINJAUAN LITERATUR

Pengenalan

Dalam tinjauan literatur pengkaji telah mengupas tentang teori dan konsep yang
berkaitan dengan tajuk kajian yang berkaitan dengan penggunaan alat permainan luar di
prasekolah. Selain itu, pengkaji juga mengulas beberapa kajian lepas di Malaysia dan
kajian lepas di luar negara.

Literatur Berkaitan

Sejak abad ke-19 lagi, masyarakat imigran yang berhijrah ke Amerika sedar
betapa pentingnya keperluan alat permainan luar kepada kanak-kanak. Senario ini
dibuktikan dengan petikan yang diambil dari artikel ‘Home –Community Visits during an
Era of Reform(1870-1920)’ hasil tulisan Navaz Peshoton Bhavnagri & Sue Krolikowski
yang berbunyi:

“The Henry Street settlement workers created a mini-playground in their


backyard, which was so popular that children lined up at the gate and down the street to
use it.”

Hasil tulisan ini membuktikan bahawa sejak dari dulu lagi, masyarakat sudah
mula menerima hakikat tentang keperluan dan kepentingan alat permainan luar kepada
kanak-kanak. Meskipun negara-negara besar seperti Amerika dan Eropah mempunyai
kepadatan penduduk yang tinggi tetapi mereka tidak menolak keperluan kanak-kanak
untuk mempunyai ruang permainan luar yang semakin pesat berkembang dan maju.
Henniger (1994) berpendapat “Children deserve the same diversity and richness in their
outdoor play environment as they have indoors.”

10
Kanak-kanak prasekolah hanya memerlukan sedikit usaha untuk meningkatkan
pergerakan mereka yang semakin bebas dan pantas. Menurut, Cratty (1986); Getchell &
Roberton (1989) dalam kajiannya mendapati bahawa perkembangan fizikal kanak-kanak
yang berumur 5 tahun hingga 6 tahun sudah mencapai tahap kawalan motor kasar yang
baik. Mereka dapat berlari dengan laju tanpa jatuh, melompat secara berterusan,
membaling, melambung, menyambut dan menangkap bola besar dan kecil dengan mahir.
Pada peringkat ini, mereka suka melibatkan diri dalam aktiviti yang melibatkan rakan
sebaya. Mereka sangat aktif dan gelisah apabila pergerakan mereka sentiasa dikongkong.

Menurut Gabbard (1979) dalam kajiannya mendapati bahawa perkembangan


fizikal kanak-kanak prasekolah menunjukkan pertumbuhan secara ‘cephalacaudel’ iaitu
bergerak daripada kepala turun ke kaki dan ‘proximodistal’ iaitu berpusat dari tengah
badan dan menuju keluar. Berdasarkan kajian perkembangan motor kasar mendahului
perkembangan motor halus. Kadar perkembangan motor kasar kanak-kanak sering
dikaitkan dengan pengaruh persekitaran yang memberikan impak terhadap domain
perkembangan yang lain. Kajian juga menunjukkan kanak-kanak dapat membina
perkembangan bahagian atas badan apabila bermain menggunakan alat permainan luar
yang mempunyai ‘overhead ladders’.

Berdasarkan Huraian Kurikulum Kebangsaan Prasekolah(2003), aktiviti


permainan luar membolehkan murid :

i. Meningkatkan kemahiran motor kasar


ii. Meningkatkan kefahaman konsep sains dan matematik seperti gelongsor, buaian
dan jongkang-jongkit.
iii. Memupuk nilai murni seperti bekerjasama, bersabar, menunggu giliran dalam
suasana riang
iv. Meningkatkan kesedaran terhadap keselamatan diri dan rakan

11
Kemahiran pengawalan pergerakan kanak-kanak merangkumi kemahiran motor
kasar dan halus. Kemahiran motor kasar adalah kawalan pada tingkah laku yang
memerlukan bantuan banyak otot seperti berguling, merangkak, memanjat, bergayut,
melompat, berlari, dan sebagainya melibatkan proses penerimaan sensori atau deria
seperti pendengaran, penglihatan, bau, sentuhan dan rasa akan terangsang. Justeru itu,
bermain mampu memberikan satu pengalaman pembelajaran yang bermakna dan
penguasaan kemahiran akan terbina serta membantu perkembangan kanak-kanak ke
tahap yang optimum. Oleh itu, alat permainan luar digunakan sebagai pemangkin oleh
guru untuk membantu perkembangan motor kasar dan motor halus kanak-kanak dalam
proses pengajaran dan pembelajaran yang bermakna. Selain itu, kebaikan permainan luar
bilik darjah berbanding permainan dalaman ialah peraturan bersosialisasi dan kecergasan
fizikal adalah lebih longgar sedikit diberikan oleh guru.

Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan telah menekankan empat pendekatan


pengajaran dan pembelajaran dalam merealisasikan konsep dan prinsip pendidikan
prasekolah iaitu:-

i. Pendekatan Belajar Melalui Bermain


ii. Pendekatan Bertema
iii. Pendekatan Bersepadu
iv. Penggunaan ICT Dalam Pembelajaran

Kurikulum kanak-kanak pada peringkat awal perlu seimbang dan memberi


peluang kepada kanak-kanak mencapai perkembangan yang menyeluruh.
Menseimbangkan bermain dan belajar ataupun membuat kerja, menjadi rangka kerja
yang penting bagi membentuk kurikulum dan persekitaran pembelajaran kanak-kanak.
Pemahaman guru berkenaan teori-teori perkembangan serta interaksi kanak-kanak
dengan guru dan rakan dapat membantu guru merancang pembelajaran melalui bermain.
Sayugia, belajar sambil bermain adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur
bagi memberi peluang kepada kanak-kanak belajar dalam suasana yang menggembirakan
dan bermakna. Pendekatan belajar melalui bermain diberi penekanan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran kerana bermain adalah fitrah kanak-kanak.

12
Kanak-kanak prasekolah mempunyai hak untuk menikmati keperluan asas
permainan dalam bilik darjah atau luar bilik darjah. Ini kerana persekitaran berupaya
memberi ruang lingkup dan penyediaan konteks yang yang berbeza ketika kanak-kanak
bermain setiap hari. Oleh itu, kanak-kanak di prasekolah mempunyai hak untuk memilih
sama ada menggunakan peralatan permainan dalaman atau permainan di luar bilik darjah.
Alat permainan yang disediakan di taman permainan prasekolah lebih diminati oleh
kanak-kanak kerana mereka berasa bebas untuk memilih permainan yang disukai. Selain
itu, rekabentuk taman permainan juga memainkan peranan penting dalam menyuburkan
perkembangan kanak-kanak.

Frobel (1837) berpendapat setiap manusia, walaupun masih kecil, perlu dihormati
dan dianggap sebagai penting. Taman permainan kanak-kanak adalah penting bagi
membantu mewujudkan proses pembelajaran yang paling berkesan sekiranya aktiviti
yang dirancang berlaku dalam keadaan yang menggembirakan. Beliau juga menegaskan
bahawa taman permainan luar perlu menyediakan suatu turutan aktiviti yang
membenarkan kanak-kanak bergerak daripada satu aktiviti ke aktiviti yang lain secara
bebas. Ini kerana bermain adalah suatu aktiviti pilihan sendiri untuk kanak-kanak dan
pastinya mereka akan memilih sesuatu yang menggembirakan. Dalam keadaan bermain
secara tidak langsung, kanak-kanak berpeluang melatih kemahiran yang sedang
berkembang. Frobel menegaskan dua ciri yang penting dalam pembentukan kurikulum
kanak-kanak pada peringkat awal iatu kebebasan dan kreativiti.

Maria Montessori (1906) menyokong Frobel dalam pendapat membenarkan


kanak-kanak belajar melalui bermain. Menurut beliau, dalam keadaan bermain, kanak-
kanak sebenarnya bekerja bersungguh-sungguh bagi menguasai sesuatu kemahiran.
Kanak-kanak digalakkan untuk menggunakan alat deria yang sedia ada pada mereka bagi
meneroka persekitaran dan menambah pengetahuan mereka. Oleh yang demikian, satu
persekitaran dan alat permainan luar yang disediakan perlulah lengkap dan sesuai. Guru
merupakan pemudah cara dalam proses pembelajaran kanak-kanak. Guru perlu
menyokong kanak-kanak apabila mereka menunjukkan kesediaan mempelajari sesuatu,
menjawab soalan dan membantu mereka ketika bantuan diperlukan.

13
Borson.et.Al,(1985), Konsortium untuk kajian longitudinal (1983), Gray
et.Al,(1982) dan beberapa kajian lain mendapati kesihatan dan perkhidmatan sosial
merupakan komponen yang penting terhadap kejayaan sesebuah program prasekolah.
Oleh itu, keperluan perkembangan fizikal dan perkhidmatan sosial perlulah bergerak
seiring agar perkhidmatan pendidikan dapat memberikan impak yang signifikan kepada
pengguna.

Elkind (1987) berpendapat bahawa kanak-kanak yang digalakkan bermain dan


membentuk persekitaran yang bebas daripada stress merupakan amalan yang sihat.
Menurut beliau lagi, kanak-kanak memerlukan sokongan yang kuat dalam bermain
daripada aktiviti pilihan mereka sendiri supaya dapat mempertahankan diri daripada
stress dunia sekarang. Kanak-kanak yang memperolehi pengalaman sedemikian berupaya
mengendalikan masalah stress dalam kehidupan mereka dengan baik apabila dewasa
kelak.

Menurut Patern (1932), tingkah laku bermain kanak-kanak bermula dengan main
bukan sosial (nonsocial play), iaitu bermain tanpa penglibatan sosial, main berseorangan
(solitary play) dan main sambil memerhati orang lain (onlooker play) kepada main sejajar
(parallel play), kepada main berhubungan (associative play) dan akhirnya kepada main
kerjasama (cooperative play). Pada peringkat tertinggi, kanak-kanak akan mahir
berinteraksi sosial, bantu-membantu, dan mengambil giliran apabila bermain dengan
rakan sebaya.

Menurut Howes (1992) pada usia empat hingga lima tahun, kanak-kanak mula
bercampur dan menjalinkan hubungan sosial semasa bermain dalam kumpulan serta
saling bercakap antara satu sama lain. Aktiviti bermain melibatkan interaksi kanak-kanak
sesama sendiri semasa berkongsi dan menunggu giliran menggunakan alatan dapat
membantu perkembangan kanak-kanak daripada aspek bahasa dan sosial. Manakala
menurut Casidy et.al (1992) kanak-kanak lebih berkemampuan untuk meramal tindakan
teman sepermainan mereka dan lebih suka berkongsi objek dan bekerjasama semasa
bermain dalam kumpulan.

14
Tingkah laku sosial kanak-kanak terdiri daripada meniru, bertanding, berkawan,
bekerjasama dan bersimpati. Tingkah laku sosial kanak-kanak dihuraikan dalam jadual
berikut:-

Jadual 2.1: Tingkah Laku Sosial Kanak-Kanak Semasa Bermain

Jenis Ciri-ciri

Peniruan Meniru sikap dan tingkah laku individu yang disukainya

Pertandingan Cuba melakukan sesuatu yang lebih baik atau supaya dapat menang

Berkawan Senyum, mendekati, bercakap, bermain bersama, menunjukkan


kesetiaan kemesraan kepada kawan.

Bekerjasama Melibatkan diri secara bantu-membantu ke arah mencapai matlamat


Simpati simpati bersama dalam aktiviti berkumpulan, dan bermain tanpa mengganggu
Simpati Simpati atau berebut permainan orang lain.

Simpati Menunjukkan perasaan kasihan apabila melihat orang lain dalam


Pengiktirafan keadaan yang menyedihkan seperti tercedera atau terjatuh ketika
sosial bermain bersama

Pengiktirafan Ingin menarik perhatian supaya diberi penghormatan oleh rakan


sosial sebaya

15
Reka bentuk sesebuah taman permainan prasekolah juga memberikan impak
kepada proses pembelajaran kanak-kanak semasa menggunakan kemudahan peralatan
tersebut. Reka bentuk taman permainan sentiasa mengalami perubahan mengikut
peredaran masa dan perkembangan teknologi. Perubahan dilakukan untuk meningkatkan
mutu perkhidmatan serta interaksi sosial di antara kanak-kanak dengan rakan sebaya,
kanak-kanak dengan guru, dan kanak-kanak dengan ibu bapa serta masyarakat di
sekelilingnya. Reka bentuk alat permainan luar yang kreatif dan inovatif disertai
kemampuan guru dalam mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dengan
penggunaan alat permainan luar dapat menjadi pemangkin ke arah mempercepatkan lagi
proses perkembangan kanak-kanak secara holstik dan seimbang. Berikut adalah beberapa
jenis reka bentuk taman permainan di prasekolah dan fungsinya:

 Reka bentuk permainan tradisional dapat melatih, meningkatkan kemahiran


fizikal, membantu perkembangan fizikal dan sosial. Peralatannya seperti kayu
pengimbang dan palang gayut.
 Reka bentuk kontemporari pula mampu mendorong kanak-kanak membuat
penerokaan, berasa ceria, membantu perkembangan fizikal dan sosial. Ini kerana
peralatan diubahsuai daripada bentuk tradisi untuk tujuan menarik perhatian
kanak-kanak. Peralatannya seperti gelongsor, buaian, palang gayut, jongkang-
jongket dan sebagainya.
 Reka bentuk kreatif pula mendorong penglibatan kanak-kanak secara individu
atau kumpulan. Reka bentuk kreatif juga mampu membantu perkembangan fizikal
dan sosial kanak-kanak.Peralatan permainan diubahsuai dengan pelbagai rupa
bentuk binatang seperti zirafah, buaya, katak dan sebagainya untuk menarik
perhatian kanak-kanak menggunakannya.
 Reka bentuk permukaan bumi pula memberi peluang kepada kanak-kanak
menggunakan alam semulajadi untuk kemahiran fizikal. Keadaan permukaan
yang curam dan mendatar serta terdapat bukit-bukit kecil membolehkan kanak-
kanak berguling atau menggelungsur. Selain itu, mereka berpeluang bermain air,
pasir dan tanah untuk memenuhi naluri ingin tahu dan meneroka.

16
Berdasarkan soal-selidik yang diperolehi daripada kajian penyelidikan lepas oleh
Hafsah(2005) tentang penggunaan alat permainan luar kelas prasekolah, KPM di daerah
Tampin dan Rembau kebanyakkan kecederaan kanak-kanak disebabkan oleh jatuh
daripada peralatan permainan seperti buaian, papan gelungsur dan alat memanjat. Alatan
permainan yang sentiasa digunakan oleh kanak-kanak pastinya akan mengalami
kerosakan. Penyelenggaraan alat permainan luar prasekolah menjadi satu tanggungjawab
dan menjadi masalah kepada pihak pengurusan prasekolah.

Masa, tanggungjawab, menyimpan rekod dan persediaan kecemasan adalah faktor


yang perlu diambil kira dalam proses memastikan peralatan tersebut mesra kanak-kanak.
Kawalan ini penting agar alat-alat itu sentiasa selamat dan selesa untuk penggunaan
kanak-kanak. Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan satu
garis panduan berkaitan alatan permainan luar di Taman Permaianan Prasekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia. Item-item alat permainan luar mula mengalami
perubahan dari segi bahan yang digunakan.

Merujuk kepada Brif Projek Program Perluasan Prasekolah Kementerian


Pelajaran Malaysia m/s 276 hingga 302 (pindaan Ogos, 2003) item-item di dalam
sesebuah taman permainan ialah jongkang-jongkit, buaian, gelongsor, rangka bergayut,
kotak main air, kotak main pasir, terowong, tiang bola keranjang dan pondok. Bahan yang
digunakan untuk membuat alat-alat ini ialah HDPE ( High Density Polyenthylene) yang
tahan cuaca panas dan hujan. Aspek-aspek seperti kemasiapan iaitu bahan besi
hendaklah diberikan kemasan tahan karat epoxy, polymer atau setara dengannya
hendaklah diberi penekanan. Bahan kayu perlu dilicinkan dan disapu bahan melindung
dari kecacatan. Kesemua bahan kemasan pada komponen yang disentuh oleh kanak-
kanak mestilah bukan bahan toksik. Aspek pemasangan juga diberi penegasan bagi
menentukan keutuhan alat-alat ini agar lebih selamat dan tahan lama. Penggunaan warna-
warna ceria juga ditekankan pada alatan permainan luar. Keperluan keselamatan juga
diberi perhatian dalam penentuan spesifikasi Alat Permainan Luar Kelas Prasekolah
Kementerian Pelajaran pada masa kini berbanding pelaksanaan prasekolah di bawah
Program ANNEX 1991.

17
Di awal perkembangan prasekolah, alat permainan luar yang dibekalkan
menggunakan bahan seperti besi, kayu dan konkrit sahaja tetapi apabila program
perluasaan prasekolah bermula pada tahun 2002, maka banyak perubahan telah dilakukan
iaitu aspek material, kemasiapan, pemasangan, ketahanan, dan saiz yang sesuai diberi
perhatian. Dengan adanya Brif Projek Program Peluasan PraSekolah Kementerian
Pelajaran Malaysia, pindaan Ogos 2003 telah menunjukkan kesungguhan pihak yang
berwajib dalam menyediakan kemudahan alat permainan luar yang mesra pengguna
kepada kanak-kanak.

Peranan guru amat penting dalam memastikan proses pembelajaran kanak-kanak


yang signifikan semasa mereka menjalankan aktiviti di luar bilik darjah. Semasa kanak-
kanak melakukan aktiviti guru perlu memainkan peranannya sebagai pemerhati. Melalui
pemerhatian guru dapat membantu dan mentukan sama ada kanak-kanak menghadapi
masalah ataupun bantuan. Guru dapat mengenal pasti tahap pemikiran, kebolehan,
interaksi dan kemahiran motor kanak-kanak. Guru juga perlu bertindak sebagai
perancang supaya kanak-kanak dapat bermain dengan selesa tanpa banyak halangan.

Guru perlu peka dengan masa yang diperuntukan untuk kanak-kanak bermain
dengan kesesuaian aktiviti yang dirancang. Sambil memerhati dan menyelia kanak-
kanak bermain, guru juga seharusnya menilai kanak-kanak secara berterusan kerana
bermain adalah cara belajar yang asas. Memerhati kanak-kanak bermain adalah cara
menilai perkembangan dan kemahiran intelektual, sosial, emosional dan fizikal mereka.
Selain itu, guru perlulah memastikan langkah-langkah dan ciri-ciri keselamatan sentiasa
dititikberatkan ketika kanak-kanak ini bermain agar proses pembelajaran mereka tidak
dicemari dengan insiden yang boleh mematahkan semangat mereka untuk belajar sambil
bermain.

18
Kajian Lepas di Malaysia

Kajian ilmiah berkaitan Pendidikan Prasekolah di Malaysia masih lagi terhad jika
dibandingkan dengan negara luar. Apatah lagi kajian yang melibatkan alat permainan luar
kanak-kanak prasekolah. Alat permainan luar adalah salah satu daripada peralatan yang
digunakan dalam melaksanakan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan dalam proses
pembelajaran kanak-kanak. Kementerian Pelajaran Malaysia telah berusaha memastikan
semua prasekolah kerajaan mempunyai taman permainan kanak-kanak. Berdasarkan hasil
pembacaan pengkaji terdapat beberapa kajian berkaitan alat permainan luar di Malaysia
yang kebanyakannya menjurus kepada isu membandingkan mutu pengurusan tadika
swasta dengan Prasekolah Kementerian Pelajaran. Namun begitu, tidak dapat dinafikan
terdapat beberapa penyelidikan yang ada kaitannya dengan pendidikan prasekolah di
Malaysia.

Kajian Mengenai Perbandingan Sistem Pengurusan Tadika Swasta dan Prasekolah


Kementerian Pelajaran Malaysia yang dijalankan oleh Bahagian Sekolah, Kementerian
Pelajaran Malaysia (2001) dengan objektifnya untuk mengenal pasti perbandingan di
antara tadika swasta dengan Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia terutama dari
segi aspek pengurusan. Kajian ini dijalanakan di tadika swasta di seluruh negara
mengikut zon iaitu Zon Utara (Perlis, Kedah, dan Pulau Pinang), Zon Tengah (Pearak,
Selangor, dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur), Zon Timur ( Pahang, Terengganu
dan Kelantan), Zon Selatan (Negeri Sembilan, Melaka dan Johor), Sabah, Sarawak dan
Wilayah Persekutuan Labuan. Hasil dapatan kajian diperolehi melalui temu bual,
pemerhatian dan tinjauan semasa di tadika swasta yang dipilih. Sementara itu, lokasi
kajian adalah tadika swasta yang terletak di kawasan bandar dan pinggir bandar. Hasil
Dapatan 13, dalam kajian mencatatkan perabot dan alat permainan luar tadika swasta
mempunyai set alat permainan luar reka bentuk kreatif yang menggabungkan beberapa
jenis alat seperti buaian, gelongsor dan pondok. Alat permainan luar ini kebanyakannya
diperbuat daripada bahan gentian kaca (fibre glass) berbanding alat permainan luar
Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia diperbuat daripada besi, kayu dan simen.

19
Laporan kajian mengesyorkan agar perabot dan alat permainan luar prasekolah ini
ditukarkan daripada kayu, besi dan simen kepada bahan gentian kaca (fibre glass) bagi
tujuan menjaga keselamatan kanak-kanak ketika menggunakan peralatan tersebut dan
kemudahan yang disediakan setanding dengan tadika swasta. Namun begitu, berdasarkan
kepada Brif Projek Program Peluasan PraSekolah Kementerian Pelajaran Malaysia,
(pindaan Ogos 2003, h:276-302) bahan yang dipilih ialah bagi alat permainan luar ialah
HDPE (High Density Polyethylene) yang lebih tahan terhadap cuaca panas dan hujan.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (1984)


telah menjalankan satu kajian berkaitan status pendidikan prasekolah. Tujuan kajian ialah
meninjau senario prasekolah swasta dan kerajaan secara menyeluruh di Malaysia.
Sebanyak 176 buah prasekolah telah dipilih sebagai sampel daripada 3851 buah
prasekolah. Lokasi kajian ialah prasekolah di bandar ialah 31.8%, manakala prasekolah di
luar bandar ialah 68.2 % daripada jumlah 176 buah prasekolah. Kajian yang dijalankan
menggunakan laporan pusat prasekolah, soal-selidik, menemubual pakar, lawatan, dan
pemerhatian sebagai alat penyelidikan. Hasil kajian mendapati prasekolah swasta kurang
menekankan perkembangan kognitif , 3M dan awal membaca. Manakala prasekolah di
tadika swasta yang menggunakan bahasa Cina, guru-guru lebih menekankan kepada
penguasaan 3M kepada kanak-kanak berbeza pula dengan guru-guru tadika anjuran
Jabatan Agama Islam Negeri yang lebih memberikan penekanan kepada penyampaian
pendidikan Islam dan akhlak kepada kanak-kanak.

Selain itu, dapatan kajian menunjukkan hanya sebilangan kecil pusat prasekolah
mempunyai kurikulum yang menekan aspek perkembangan kanak-kanak secara
menyeluruh dan seimbang. Tadika tersebut ialah tadika swasta yang dianjurkan oleh
guru-guru yang berpengalaman dan berpengetahuan luas tentang pendidikan prasekolah.
Hasil kajian juga mendapati ada sebahagian prasekolah kerajaan, swasta dan dan separa
kerajaan mempunyai kurikulum yang menekankan perkembangan aspek sosialisasi dan
fizikal kanak-kanak.

20
Bertitik tolak daripada hasil kajian ini, maka Kementerian Pelajaran Malaysia
telah mengambil langkah yang proaktif dengan menggubal Akta Pendidikan 1996 dan
secara rasminya menjadikan pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada sistem
Pendidikan Kebangsaan. Manakala, pada tahun 2003 Kurikulum Prasekolah Kebangsaan
diwajibkan kepada semua tadika sama ada kerajaan mahupun swasta agar matlamat
pendidikan prasekolah yang bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua
aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai
persediaan untuk masuk ke sekolah rendah dapat diselaraskan.

Hafsah (2005) telah menjalankan kajian penyelidikannya tentang penggunaan


alatan permainan luar kelas prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. Tujuan kajian
ialah mengenal pasti penggunaan alat permainan luar Kelas Prasekolah Kementerian
Pelajaran Malaysia. Sampel kajian meliputi 39 buah prasekolah Kementerian Pelajaran
Malaysia di daerah Tampin dan Rembau. Seramai 30 orang guru prasekolah dan 970
orang kanak-kanak prasekolah telah terlibat sebagai responden. Instrumen penyelidikan
yang digunakan ialah soal-selidik. Hasil dapatan kajian mendapati 53.3% daripada
jumlah prasekolah masih tidak menerima bekalan alat pemainan luar seperti pondok dan
alat pengimbang. Hasil dapatan kajian juga mendapati hampir 33.3% daripada peralatan
permainan luar yang dibekalkan dalam kondisi yang tidak memuaskan. Hasil kajian
mendapati 46.6% iaitu 14 orang daripada jumlah 30 orang guru kurang pengetahuan dan
pendedahan tentang kemahiran penggunaan alatan dan ciri-ciri keselamatan alat
permainan luar. Beliau mengemukakan beberapa cadangan kajiaan lanjutan diteruskan
agar alat permainan luar ini diberikan perhatian sewajarnya. Beliau juga mencadangkan
kajian mengenai alat permainan luar yang kreatif dan inovatif di kalangan kanak-kanak
prasekolah di Malaysia. Perhatian dan usaha untuk menyediakan peralatan permainan
luar yang baik bukan sahaja terletak di bahu Kementerian Pelajaran Malaysia tetapi
melibatkan kerjasama semua pihak iaitu pentadbir sekolah, para pendidik, ibu bapa, dan
masyarakat.

21
Kajian Lepas di Luar Negara

Beberapa kajian penyelidikan di luar negara telah dijadikan rujukan ilmiah oleh
pengkaji dalam tugasan penyelidikan. Antara kajian yang menarik perhatian pengkaji
ialah kajian tentang ‘Children’s use of the street as a playground in Abu-Nuseir, Jordan’
oleh Tawfiq M. Abu-Ghazzeh(1998). Kajian yang dijalankan telah memilih lokasi kajian
iaitu dua batang jalan raya yang dinamakan ‘Street 1’ dan ‘Street 2’. Pengkaji telah
membuat pemerhatian serta merekodkan tingkah laku orang di jalan raya dan kawasan
berhampirannya. Tingkah laku yang direkodkan oleh pengkaji ialah bermain, berehat dan
memerhati tingkah laku orang lain. Rekod pemerhatian yang dicatat oleh pengkaji selama
81 jam diambil sewaktu tengah hari dari bulan Julai hingga Ogos pada musim panas yang
merupakan waktu cuti persekolahan di Jordon. Pengkaji telah menjalankan sesi temu bual
bersama 150 orang kanak-kanak dan soalan yang dikemukakan berkaitan aktiviti-aktiviti
mereka, rumah, permainan yang digemari dan peluang bermain di atas jalan raya dan
berkaitan persekitaran jalan raya. Temu bual yang dijalankan adalah tidak berstruktur
kerana keunikan yang terdapat pada diri kanak-kanak itu sendiri. Berdasarkan hasil kajian
temu bual dengan 50 orang ibu pula, mendapati jalan raya dan kawasan berhampiarannya
adalah tumpuan utama kanak-kanak selepas waktu sekolah. Hasil dapatan menunjukkan
60% daripada kanak-kanak yang ditemu bual lebih gemar berada di luar rumah untuk
bermain dan berjumpa kawan.

Hasil kajian juga mendapati kanak-kanak inginkan kemudahan alat permainan


luar seperti buaian dan alat memanjat. Malangnya, alat permainan luar sebegini jarang
diperolehi. Kanak-kanak terpaksa bermain di jalan raya kerana peluang yang nipis untuk
mendapatkan kemudahan alat permainan luar atau pun taman permainan kanak-kanak.
Berdasarkan pemerhatian lapangan dan temu bual yang dijalankan di Abu Nuseir, 60%
daripada responden menganggap jalan raya sebagai taman permainan kerana di sini
komuniti setempat menjalankan aktiviti perniagaan dan pelbagai bentuk kehidupan yang
memeriahkan suasana di jalan raya. Manakala, 30% daripada responden menjalankan
aktiviti bermain di tempat letak kereta dan 5% responden bermain di permukaan asphalt.

22
Kajian juga menunjukkan jalan raya merupakan persekitaran sosial dengan jiran,
tempat perjumpaan kanak-kanak, bertemu dengan jiran yang lebih dewasa serta kanak-
kanak dapat meneroka persekitaran mereka, memperolehi pengetahuan dan pengalaman
menyebabkan kanak-kanak minat untuk bermain di jalan raya. Usaha masyarakat
setempat menyediakan keperluan kanak-kanak di jalan raya sebagai taman permainan
dengan mengambil kira aspek keselamatan kanak-kanak dan orang dewasa adalah agak
unik. Keadaan ini berlaku di negara dunia ketiga. Inisiatif masyarakat merupakan kunci
elemen strategi yang diperlukan untuk membantu menyediakan kemudahan di mana
orang ramai boleh duduk, berbual dan bermain di ‘Street Play’. Pengkaji merasakan
kerajaan Jordon perlu mengambil kira reka bentuk jalan raya yang memberi kesan
terhadap pembaikan fungsional dan estetika yang berupaya menyumbang ke arah
perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh.

Kajian seterusnya ialah ‘Student Plan Special Playground’ oleh Susan


S.Long(1996) di dalam Human Ecology Forum, Winter 1996 V24. Kajian ini melibatkan
sekumpulan pelajar universiti yang mereka bentuk semula alat permainan luar di Kem
Percutian untuk orang-orang buta di Rockland County, New. York. Tujuan kajian mereka
bentuk semula taman permainan khas ini ialah membolehkan orang buta dewasa bermain
di persekitaran yang dan menghiburkan ketika bermain dengan anak-anak mereka yang
juga cacat penglihatan. Kawasan ini direka dengan mengambil kira penggunaan
permukaan pelbagai deria yang tertentu, bahan sensori atau deria dan struktur aktiviti
main.

Reka bentuk taman permainan khas ini yang dihasilkan oleh siswa dan sisiwi
melibatkan penggunaan permukaan multisensori yang pelbagai seperti pasir, batu-batu
hancur, rumput, getah, kayu dan black top. Manakala struktur main ialah roda stering,
tali, takal dan bakul. “Cues” untuk mendapatkan bantuan dengan pandu arah (gong,
loceng kecemasan dan seruling cina) telah dibina oleh kumpulan pelajar ini. Kumpulan
pelajar di bawah seliaan pembantu Prof. Lorraine Maxwell mereka cipta panduan yang
unik iaitu “integrated” taman permainan membolehkan orang dewasa cacat bermain
dengan selamat bersama kanak-kanak.

23
Menurut Maxwell (1996) :

“The outdoor play area had to provide a sense of safety for blind or partially
blind adults while being stimulating to children of all ages and abilities, including those
with a range of disabilities”.

Siswa dan siswi yang terlibat mempunyai ilmu pengetahuan tentang reka bentuk
serta ilmu berkaitan perkembangan kanak-kanak. Mereka mengkaji isu-isu berkaitan
perkembangan kanak-kanak dan kanak-kanak berkeperluan khas bersama Maxwell.

Kajian seterusnya oleh Soo-Young Shin; Joan E. Herwig; Mack Shelly (2001)
bertajuk ‘Preschooler’s Play Behaviour With Peers in Classroom and Playground
Setting’. Tujuan kajian ialah memeriksa perbezaan anatara kesan persekitaran luaran dan
dalaman kepada kanak-kanak mengikut usia yang terendah dan tertinggi. Selain itu,
tujuan kajian juga ialah melihat pengaruh persekitaran tempat bermain terhadap tingkah
laku kanak-kanak yang pelbagai. Kajian menggunakan 41 orang kanak-kanak sebagai
sampel yang berumur dalam lingkungan 2-5 tahun. Kanak-kanak ini mendapat
pendidikan awal di pusat jagaan pendidikan awal kanak-kanak di dalam komuniti
Universiti Midwestern, Amerika Syarikat. Bagi mendapatkan dapatan kajian, pengkaji
menggunakan ‘The Assessment Profile for Early Childhood Programs (Abbott-Shin &
Sibley,1992). Alat ini digunakan untuk menerangkan pengurusan aktiviti dan kualiti
keseluruhan persekitaran kelas pusat jagaan. Kajian ini menggunakan senarai semak
yang direka bentuk untuk mentaksir kualiti hari ke hari yang disediakan untuk kanak-
kanak. Kajian yang dijalankan diselaraskan dengan merujuk kepada Kriteria Akreditasi
Akademi Program Kanak-Kanak Kebangsaan, Amerika Syarikat.

24
Alat kajian untuk mendapatkan dapatan kajian mempunyai 87 dichotomus item
yang mengukur material kelas, susun atur kelas, rancangan aktiviti dan aktiviti kesedaran
multi budaya, kepelbagaian strategi pengajaran, pembelajaran kendiri, sikap guru dan
pentafsiran kanak-kanak. Manakala kualiti taman permainan pusat jagaan kanak-kanak
dinilai dari aspek komplesiti, ruang, kepelbagaian peralatan dan material dengan
menggunakan protokol yang dikemukakan oleh Kritchersky, Prescott and Walling(1969).
Aktiviti atau rutin yang dilakukan oleh kanak-kanak telah dirakamkan dengan
menggunakan video. Kajian merakamkan dua masa yang berbeza iaitu sebelum kanak-
kanak memasuki taman permainan dan sepuluh minit kanak-kanak memasuki taman
permainan. Seterusnya, bagi mendapatkan dapatan tentang tingkah laku kanak-kanak
ketika bermain, pengkaji menggunakan ‘The Parten-Smilansky Play Scale’. Selain itu,
soal selidik juga disediakan untuk guru dengan menyenaraikan item yang berkaitan latar
belakang akademik dan pengalaman mengajar guru.

Laporan hasil kajian yang diperolehi oleh pengkaji terhadap Kualiti Program
menyatakan bahawa ketiga-tiga program yang melibatkan kumpulan kanak-kanak yang
lebih muda menghasilkan kualiti yang rendah berbanding kanak-kanak yang lebih
berusia. Berdasarkan alat pengukur kualiti Kritchevsky, hasil Kajian menunjukkan
terdapat beberapa kualiti alat permainan luar yang kurang memuaskan dan ruang yang
tidak mencukupi untuk kanak-kanak. Hasil kajian juga menunjukkan kanak-kanak
cenderung terlibat dalam bentuk yang permainan lebih kompleks dengan rakan sebaya.
Contohnya, permainan dramatik interaktif di persekitaran alat permainan luar lebih
digemari berbanding permainan dalaman. Hasil kajian juga, mendapati kanak-kanak yang
lebih berumur lebih banyak berinteraksi dengan rakan sebaya ketika menggunakan alat
permainan luar berbanding kanak-kanak berusia muda yang lebih suka bersendirian.
Kanak-kanak yang berumur mendapat faedah dan pengalaman yang lebih banyak apabila
menggunakan alat permainan luar tersebut. Dapatan ini menunjukkan kepentingan kedua-
dua persekitaran dalaman dan luaran dalam membentuk tingkah laku bermain yang baik
serta menggalakkan interaksi positif dengan rakan sebaya.

25
Rumusan

Dalam tinjauan literatur ini, pengkaji menyentuh pandangan tokoh akademik,


kurikulum pendidikan prasekolah, faedah bermain terhadap proses pembelajaran dan
perkembangan kanak-kanak, reka bentuk taman permainan dan spesifikasi alat permainan
luar berdasarkan Brif Projek Program Peluasan PraSekolah Kementerian Pelajaran
Malaysia, pindaan Ogos 2003.

Dapatan daripada kajian-kajian lepas di Malaysia lebih memberi tumpuan kepada


perbandingan mutu alat permainan luar tadika swasta dengan Prasekolah Kementerian
Pelajaran. Dapatan kajian juga telah membuka dimensi baru agar alat permainan luar
diberikan nafas baru. Selain itu, kajian juga menjurus kepada senario prasekolah secara
menyeluruh dari segi kurikulumnya. Kajian terhadap kepentingan alat permainan luar
kepada kanak-kanak prasekolah oleh pengkaji tempatan amat terhad berbanding dengan
pengkaji luar negara.

Terdapat banyak kajian ilmiah yang berkaitan alat permainan luar oleh pengkaji
luar negara. Kajian di timur tengah yang memfokuskan jalan raya sebagai alternatif lain
untuk kanak-kanak bermain bagi memenuhi fitrah bermain kanak-kanak iaitu di jalan
raya. Dapatan kajian seumpama itu, dapat mendorong pihak yang kurang berkemampuan
mempelbagaikan persekitaran sedia ada agar kanak-kanak mendapat hak mereka untuk
bermain.

Usaha siswa-siswi dalam mereka bentuk alat permainan luar yang relevan dengan
keperluan golongan istimewa membolehkan mereka mendapat manafaat daripada reka
cipta alat permainan luar yang membolehkan golongan istimewa di kalangan dewasa
bermain bersama anak-anak mereka. Dapatan ini membuktikan betapa pentingnya alat
permainan luar kepada semua golongan masyarakat sama ada normal atau sebaliknya.

Meskipun, hasil kajian yang berkaitan pendidikan prasekolah di Malaysia masih


jauh ketinggalan, namun usaha para pengkaji di Malaysia untuk berdiri sama sebaris
dengan pengkaji luar negara dalam usaha memartabatkan pendidikan prasekolah haruslah
diberi perhatian.

26
Bab 3

METODOLOGI

Pengenalan

Bab ini menjelaskan pemilihan reka bentuk kajian, populasi dan sampel kajian,
instrumen kajian, prosedur pengumpulan data dan kaedah analisis data. Maklumat yang
diperolehi daripada instrumen kajian membolehkan pengkaji mengumpul data yang
diperlukan untuk tujuan kajian.

Reka Bentuk Kajian

Kajian ini secara umumnya adalah berbentuk deskriptif kerana tujuan kajian ialah
untuk menjelaskan subjek dan tidak mengenakan apa-apa rawatan kepada subjek.Ini
kerana variable kajian diukur sekali sahaja. Meskipun kajian ini mungkin tidak dapat
menghasilkan inferensi yang kuat namun ia dibuat merentas disiplin dan boleh dijalankan
dengan lebih mudah untuk tujuan perancangan, pemantauan dan penilaian. Menurut Gay
(1992), penyelidikan yang berbentuk deskriptif melibatkan pengumpulan data bagi
menjawab persoalan tentang senario terkini bidang yang hendak dikaji dan meneroka
sesuatu bidang yang belum pernah dikaji ataupun jarang dikaji. Kajian menggunakan
reka bentuk eksperimen “crossover” memerlukan sekurang-kurangnya 30 subjek kajian.

Pengkaji memilih menggunakan reka bentuk tinjauan sebagai salah satu cara
untuk mendapatkan maklumat daripada guru prasekolah melalui borang soal selidik.
Reka bentuk tinjauan sesuai digunakan kerana dapat menjimatkan perbelanjaan dan masa
kajian. Kebaikan menggunakan soal selidik kerana responden kajian pengkaji adalah
ramai. Pengkaji akan menggunakan reka bentuk cross-sectional untuk mendapatkan
maklumat yang menggambarkan sikap, pendapat dan kepercayaan semasa responden.
Selain itu, pengkaji boleh memilih responden secara rawak dan pandangan daripada sudut
yang berbeza agar hasil dapatan lebih menyeluruh dan memudahkan pengkaji
menganalisis data.

27
Populasi dan Sampel Kajian

Gay dan Airasian (2003) mendefinisikan populasi sebagai : “Populasi adalah


kumpulan sasaran pengkaji iaitu kumpulan kepada siapa hasil kajian akan
digeneralisasikan”. Manakala sampel kajian pula ialah responden-responden kajian yang
dipilih mewakili sesuatu populasi. Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih 40 buah
kelas prasekolah ( 54.05% ) daripada 74 buah prasekolah di Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur yang terdiri daripada empat buah zon iaitu Zon Bangsar, Zon Pudu, Zon Keramat
dan Zon Sentul. Seterusnya, pengkaji telah memilih 10 buah kelas prasekolah secara
rawak daripada setiap zon. Seramai 40 orang guru-guru prasekolah yang terlibat dalam
soal selidik tersebut. Senarai kelas prasekolah di sekolah rendah telah diperolehi
daripada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Instrumen

Pengkaji menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif untuk mendapatkan data


yang sesuai dengan persoalan kajian agar dapatan kajian menjadi benar atau mempunyai
kesahan yang tinggi. Dalam kajian ini pengkaji tidak memberi apa-apa rawatan kepada
subjek kajian, sebaliknya mengukur variabel kajian yang sedia ada. Data kajian
diperolehi daripada guru-guru dan kanak-kanak prasekolah di empat buah Zon di Kuala
Lumpur. Alat kajian yang digunakan untuk mendapatkan maklumat ialah soal-selidik.
Borang soal-selidik digunakan untuk mendapatkan pandangan ataupun persepsi tentang
sesuatu perkara. Bentuk item adalah dalam pilihan jawapan dan item terbuka yang
membolehkan responden menyatakan jawapan dalam bahasa tersendiri. Soal-selidik
menjadi pilihan pengkaji kerana dapat mengumpul data dengan lebih meluas. Soal-selidik
yang digunakan dalam kajian ini berdasarkan beberapa bahan sumber iaitu ‘Playground
Safety’ yang diambil daripada internet beralamat http://kidsheslth.org/ dan ‘Public
Playground Safety Checklist ’(2005).

28
Pengkaji juga merujuk buku Perkembangan Kanak-Kanak oleh Rohani Abdullah
serta buku pendidikan yang dihasilkan oleh penulis tempatan bagi mendapatkan
maklumat yang berkaitan aspek perkembangan dan proses pembelajaran kanak-kanak
untuk membina soal-selidik. Selain itu, pengkaji juga merujuk kajian lepas yang
berkaitan dengan alat permainan luar untuk membina soal-selidik. Maklumat yang
diperolehi daripada buku, kajian lepas dan sumber internet telah digabungkan bagi
membantu pengkaji membina item dalam soal-selidik dan terdapat beberapa item dalam
soal-selidik yang telah diubahsuai mengikut kesesuaian tujuan kajian. Manakala item
soal-selidik yang berkaitan jenis dan ciri-ciri keselamatan alat permainan luar adalah
berdasarkan kepada Brief Projek Peluasan Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia,
pindaan Ogos 2003.

29
Pembinaan Item

Bagi mencapai tujuan kajian, pengkaji telah menggunakan satu set soal-selidik
bagi mendapatkan maklumat daripada guru dan kanak-kanak prasekolah. Setiap set soal-
selidik mempunyai dua bahagian iaitu A dan B. Bahagian A ialah berkaitan tentang
demografi guru iaitu latar belakang pendidikan, pengalaman dan latihan guru. Manakala,
Bahagian B diperincikan kepada 4 bahagian berdasarkan persoalan yang berkaitan
dengan objektif kajian.

Skala Yang Digunakan

Bahagian A

Penyelidik mendapatkan maklumat soal-selidik pada Bahagian A iaitu Maklumat


Guru Prasekolah dengan memberikan arahan menandakan (  ) pada kotak yang dipilih.

Bahagian B

 Bahagian I : Pengetahuan guru tentang penggunaan alat permainan luar terhadap


perkembangan motor kasar kanak-kanak dianalisis dengan pilihan jawapan ‘ Ya’
atau ‘Tidak’.
 Bahagian II : Pandangan guru tentang impak penggunaan alat permainan luar
terhadap proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak dianalisis dengan
pilihan jawapan ‘Setuju’ dan ‘Tidak Setuju’
 Bahagian III: Pandangan guru tentang kemudahan dan tahap keselamatan alat
permainan luar prasekolah dianalisis dengan pilihan jawapan ‘Ada’ dan ‘Tiada’
serta Skala Linkert (1 hingga 5)
 Bahagian IV: Masalah yang dihadapi oleh guru semasa menggunakan alat
permainan luar prasekolah dianalisis dengan menggunakan Skala Linkert
(1 hingga 5 mata)

30
Prosedur Pengumpulan Data

Sebelum memulakan kajian, pengkaji perlu mendapatkan persetujuan dan


kebenaran daripada tutor penyelia yang dilantik oleh pihak Open University untuk
pengkaji menyediakan kertas kerja ringkasan cadangan penyelidikan dan cadangan
penyelidikan. Seterusnya, pengkaji dikehendaki memohon kebenaran daripada Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar Penyelidikan (EPRD), Kementerian Pelajaran
Malaysia dengan mengisi borang kebenaran yang telah disahkan oleh penyelia. Sejurus
mendapat kelulusan EPRD, langkah selanjutnya ialah pengkaji mendapatkan kebenaran
daripada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk menjalankan
kajian penyelidikan terhadap 40 buah kelas prasekolah dengan melibatkan 40 orang guru
prasekolah yang mempunyai sejumlah 880 orang kanak-kanak prasekolah. Borang soal-
selidik diedarkan melalui ‘pigeon hole’ yang disediakan di Jabatan Pendidikan Wilayah
Persekutuan. Borang soal-selidik yang diedarkan kepada responden hendaklah
dikembalikan dalam tempoh 2 minggu. Menurut Cohen and Manion (1994) kadar
pulangan borang soal-selidik antara 70% hingga 80% adalah mencukupi bagi tujuan
mendapatkan dapatan penyelidikan.

Jadual 3.1: Kajian: Meninjau Penggunaan Alat Permainan Luar Kelas Terhadap
Perkembangan Kanak-Kanak Prasekolah KPM di Kuala Lumpur.

Aktiviti Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis


Perjumpaan dan perbincangan dengan
tutor penyelia
Menulis Cadangan Kajian dan Ringkasan
Cadangan Kajian
Membina dan menguji alat kajian
Mendapatkan kebenaran menjalankan
daripada EPRD dan JPWPKL
Membuat tinjauan dan mengutip data
Analisis data
Menulis laporan kajian

Kaedah Analisis Data

31
Kajian yang dijalankan adalah berbentuk deskriptif dan dapatan kajian diperolehi
menggunakan alat kuantitatif secara soal selidik. Data yang telah dikumpul dianalisis
menggunakan SPSS( Statistical Package For The Social Sciene) version 12.0. Hasil
dapatan kajian melalui jawapan soal-selidik yang telah dikumpul dianalisis dalam bentuk
peratus. Soal-selidik yang berkaitan dengan maklumat guru dianalisis secara kekerapan
dan peratusan digunakan untuk menganalisis latar belakang pendidikan, pengalaman dan
latihan keguruan. Manakala bagi item soal selidik pada Bahagian B menjawab persoalan
berkaitan tentang pengetahuan guru berkenaan penggunaan alat permainan luar terhadap
proses perkembangan motor kasar kanak-kanak prasekolah, dengan pilihan jawapan yang
digunakan ialah ‘Ya’ atau ‘Tidak’ dan dianalisis secara kekerapan dan bentuk peratusan.
Cara yang sama digunakan bagi menganalisis item yang menjawab persoalan yang
berkaitan tahap pandangan guru tentang penggunaan alat permainan luar dalam proses
pengajaran dan pembelajaran pilihan jawapan yang digunakan ialah ‘Setuju’ atau ‘Tidak
Setuju’. Dapatan kajian tentang kemudahan dan tahap keselamatan alat permainan luar
juga dianalisis dalam bentuk peratusan berdasarkan jawapan ‘Ada’ atau ‘Tiada’ dan
seterusnya Skala Linkert digunakan untuk mengukur tahap keselamatan. Bagi item yang
menganalisis masalah yang sering dihadapi oleh guru ketika menggunakan alat
permainan luar, peratusan dikira berdasarkan jawapan Skala Linkert.

Rumusan

Beberapa perkara perlu diberi perhatian sebelum dan semasa menjalankan kajian.
Pengkaji perlu merangka reka bentuk kajian, populasi dan sampel kajian yang hendak
dikaji. Instrumen kajian yang digunakan hendaklah berupaya untuk mendapatkan
jawapan yang diperlukan bagi menjawab segala objektif kajian. Dapatan atau maklumat
kajian yang diperolehi berkaitan keberkesanan penggunaan alat permainan luar
prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia di Kuala Lumpur terhadap perkembangan
kanak-kanak akan digunakan oleh pengkaji untuk dianalisis dan seterusnya dilaporkan
dalam Bab 4 dan 5 pada tahun 2008 melalui Kursus HBEF4303.

RUJUKAN

32
Abu Zahari Abu Bakar.(1988). Memahami Psikologi Pembelajaran. Petaling Jaya:Fajar
Bakti Sdn. Bhd.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,Kementerian Pelajaran


Malaysia.(2002).Jurnal Pendidikan Pendidikan Jld 4.Kuala Lumpur: Kementerian
Pelajaran Malaysia.

Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia.(2004). Pelaksanaan Program


Pendidikan Prasekolah (Kertas Laporan).Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran
Malaysia.

Bhavnagri,N.P,Krolikowski,S.(2000),Home Community Visits during an Era of Reform


(1870-1920).ECRP,Vol.2 No 1,Collage of Education Wayne State University.USA.19

Chiam,H.K.(1999).Excellence In Early Childhood Education.Subang Jaya:Pelandok


Publication.

Chiam,H.K.(2002).Access to Preschool Education.Persidangan Hak Asasi Manusia


(Kertas Persidangan).K.L.

Hafsah Jantan.(2005). Penggunaan alat permainan luar kelas prasekolah KPM di daerah
Tampin dan Rembau: Satu Tinjauan. Tesis Sarjana Pendidikan. Kuala Lumpur: Universiti
Malaya.

Henniger,M.L.(1994).Enrichcing The Outdoor Play Experience.Journal of Childhood


Education,Vol 4,Winter 1993/94.USA.

Hoorn,J.V.Nourat,P.M.(1999). Play at the Center of Curriculum.Merril of Prentice


Hall,N.Jersey,USA.

Jaafar,J.L.S.(1996) Psikologi Perkembangan:Psikologi Kanak-kanak dan Remaja.Kuala


Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

33
Jawatankuasa Penentuan Brif Projek dan Spesifikasi Peralatan Prasekolah Kementerian
Pelajaran Malaysia.(2003).Brif Projek Peluasan Prasekolah Kementerian Pelajaran
Malaysia Tahun 2003-2007.Lampiran 6.276-308.

Lang,S.S.(1996). Student Plan Special Playground. Ohio:Cornell University,Human


Ecology.

MDC.(2003). Education Act and Regulations. Kuala Lumpur: MDC Publisher Sdn. Bhd.

Mohamad Najib Abdul Ghafar.(1999). Penyelidikan Pendidikan.Johor:Universiti


Teknologi Malaysia.

Mok Soon Sang.(1997). Pedagogi 2 Pelaksanaan Pengajaran. Selangor Darul Ehsan:


Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Nor Hashimah Hashim & Yahya Che Lah.(2003).Panduan Pendidikan


Prasekolah.Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd

Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.(2003).Huraian


Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.Percetakan Rina Sdn.Bhd:Kuala Lumpur

Putri Zabariah M.A. Rahman.(2006). HBPS1103 Pengenalan Pendidikan Awal Kanak-


Kanak. Kuala Lumpur : Open Universiti Malaysia (OUM)

Rahmad Sukor bin Ab.Samad. (2006). HBME1103 Pengenalan Pendidikan Moral. Kuala
Lumpur: Open University Malaysia (OUM).

Rohani Abdullah.(2001). Perkembangan Kanak-kanak Penilaian Secara Portfolio.


Selangor Darul Ehsan:Universiti Putra Malaysia.

34
Rohizani Yaakub, Shahabuddin Hashim & Mohd Zohir Ahmad.(2003). Pedagogi strategi
dan teknik mengajar dengan berkesan. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn.
Bhd.

Sawyers,J.K.(1994)The Preschool Playground,Developing Skills Through Outdoor


Play,JOPERD,USA.31-33.

Sharifah Alwiah Alsaqoff.(1987). Psikologi Pendidikan I. Selangor: Logman Malaysia


Sdn. Bhd.

Sook,Y.S,Herwing,J.E,Shelly,M.(2001).Preschooler’s Play Behavior With Peers in


Classroom and Playground Settings.USA: Midwestern University

Taufiq M.Abu Gazzeh.(1998).Childrens’ Use Of The Street As a Playground in Abu


Nuseir.Jordan: Case study.

Unit Kurikulum JPWPKL.(2005). Prosiding Seminar Kajian Tindakan Wilayah


Persekutuan 2005. Kuala Lumpur: JPWP

http://kidsheslth.org/
http://www.learningdomain.com

35
Lampiran

36
Borang Soal Selidik
Meninjau Penggunaan Alat Permainan Luar Kelas
Terhadap Perkembangan Kanak-Kanak Prasekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia di Kuala Lumpur.

Kepada
Tuan/Puan/Cik
………………………
……………………….

Soal selidik yang diedarkan ini adalah untuk tujuan kajian penyelidikan.
Diharapkan agar soal selidik ini dijawab dengan jujur dan ikhlas. Segala maklumat yang
diberi adalah rahsia.

Kerjasama tuan/puan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Nor Lela binti Mahat


Sekolah Kebangsaan Sungai Penchala,
Jalan Damansara,
60000 Kuala Lumpur.

37
BAHAGIAN A: MAKLUMAT GURU

Arahan: Sila tandakan (  ) pada kotak yang berkenaan.

1. Jantina : Lelaki Perempuan

2. Umur :
20 hingga 29 tahun 40 hingga 39 tahun
30 hingga 39 tahun 50 hingga 56 tahun

3. Kelayakan Akademik :
SPM/SPVM/SMA/MCE STPM/HSC/STA
Diploma Sarjana Muda
Sarjana Doktor Falsafah

4. Kelayakan Iktisas :
Sijil Perguruan Asas
Kursus Diploma Perguruan Malaysia
Kursus Perguruan Lepasan Ijazah

5. Lokasi Sekolah: Bandar Luar Bandar

Zon Pudu Zon Sentul

Zon Bangsar Zon Keramat

6. Pengalaman Mengajar Prasekolah :


1 hingga 5 tahun
6 hingga 10 tahun
11 hingga 15 tahun

38
7. Adakah anda opsyen prasekolah/pendidikan awal kanak-kanak?

Ya Tidak

8. Jika jawapan anda ‘Tidak’, sila nyatakan kursus/bengkel yang pernah anda
hadiri sebelum ditempatkan untuk mengajar prasekolah?

Bi Nama kursus/bengkel/seminar/latihan Tempat Tempoh


l
1.
2.
3.
4.

9. Pernahkah anda menghadiri kursus/bengkel mengenai penggunaan alat


permainan luar prasekolah dalam proses pengajaran dan pembelajaran?

Ya Tidak

10. Sekiranya jawapan anda ‘Ya’, sila nyatakan:

Bi Nama kursus/bengkel/seminar/latihan Tempat Tempoh


l
1.
2.
3.
4.

BAHAGIAN B : SOAL SELIDIK KAJIAN PENYELIDIKAN

39
BAHAGIAN I : PENGETAHUAN MENGENAI PERKEMBANGAN MOTOR
KASAR KANAK-KANAK

Arahan : Sila tandakan ( ) pada jawapan pilihan anda.

1. Kanak-kanak yang berusia 4 tahun boleh menaiki alat memanjat dengan


laju dan terkawal.

Ya Tidak

2. Kanak-kanak yang berusia 4 tahun tidak boleh menguasai kemahiran


meloncat turun daripada buaian dengan mendarat menggunakan sebelah
kaki.

Ya Tidak

3. Kanak-kanak berumur 5 tahun boleh bergayut dan bergerak di atas


“monkey bar”.

Ya Tidak

4. Kemahiran menaiki tangga alat gelongsor dengan menggunakan kaki secara


selang-seli boleh dikuasai oleh kanak-kanak seawal usia 3 tahun.

Ya Tidak

5. Kemahiran berjalan atau meniti di atas alat pengimbang “balance beam”


boleh dikuasai oleh kanak-kanak apabila berusia 5 tahun.

Ya Tidak

40
BAHAGIAN II : PANDANGAN MENGENAI PENGGUNAAN ALAT
PERMAINAN LUAR DALAM PROSES PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

Arahan : Sila tandakan ( ) pada jawapan pilihan anda.

1. Kanak-kanak dapat memahami konsep Sains dan Matematik dengan lebih


baik apabila belajar sambil bermain dengan alat permainan luar.

Setuju Tidak setuju

2. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan alat permainan luar


kelas prasekolah berupaya memupuk nilai murni seperti bekerjasama,
bersabar, menunggu giliran dalam suasana riang.

Setuju Tidak setuju

3. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan alat permainan luar


kelas menjadikan kanak-kanak lebih kreatif.

Setuju Tidak setuju

4. Kebebasan menggunakan alat permainan luar kelas sebagai ganjaran


selepas suatu proses pengajaran dan pembelajaran berupaya meningkatkan
motivasi kanak-kanak dalam pembelajaran.

Setuju Tidak setuju

5. Tidak membenarkan kanak-kanak menggunakan alat permainan luar kelas


sebagai dendaan dapat membantu guru mendisiplinkan kanak-kanak
prasekolah.

Setuju Tidak setuju

41
BAHAGIAN III : KEMUDAHAN DAN TAHAP KESELAMATAN ALAT
PERMAINAN LUAR KELAS PRASEKOLAH KPM

Arahan: Sila tandakan ( ) pada ruang kemudahan iaitu ‘Ada’ dan ‘Tiada’ dan
seterusnya bulatkan nombor di sebelah kanan berdasarkan skala berikut:

1 Sangat tidak selamat


2 Tidak selamat
3 Sederhana selamat
4 Selamat
5 Sangat selamat

Bi Perkara Kemudahan alat Keselamatan Alat Permainan Luar


l permainan luar Prasekolah
Jenis Alat Permainan Luar Ada Tahap Keselamatan Penggunaan
Tiada
1 Alat main air 1 2 3 4 5
2 Alat main pasir 1 2 3 4 5
3 Alat pengimbang /‘balance beam’ 1 2 3 4 5
4 Buaian 1 2 3 4 5
5 Gelongsor 1 2 3 4 5
6 Jongkang-jongket 1 2 3 4 5
7 Palang bergayut/ ‘monkey bar’ 1 2 3 4 5
8 Pondok-pondok 1 2 3 4 5
9 Terowong 1 2 3 4 5
10 Terrarium / ‘kolam ikan’ 1 2 3 4 5
11 Pentas bercerita 1 2 3 4 5

BAHAGIAN IV : MASALAH YANG DIHADAPI OLEH GURU SEMASA


MENGGUNAKAN ALAT PERMAINAN LUAR

Arahan: Sila bulatkan nombor di sebelah kanan berdasarkan skala berikut:

42
1 Sangat tidak setuju
2 Tidak setuju
3 Sederhana setuju
4 Setuju
5 Sangat setuju

Bi Perkara Jawapan
l
1 Lokasi taman permainan luar prasekolah 1 2 3 4 5
bersesuaian dengan lokasi kelas prasekolah.
2 Bilangan alat permainan luar di taman 1 2 3 4 5
permainan luar kelas prasekolah mencukupi.
3 Kanak-kanak tidak dapat menggunakan 1 2 3 4 5
kemudahan alat permainan luar kerana sudah
rosak dan tidak selamat digunakan.
4 Guru menghadapi masalah mengawal tingkah 1 2 3 4 5
laku kanak-kanak ketika mereka bermain
5 Sikap ibu bapa yang lebih mementingkan 3M 1 2 3 4 5
berbanding aspek perkembangan yang lain.

Segala maklumat yang anda berikan amatlah dihargai.

Sekalung terima kasih atas kerjasama yang diberikan dan masa yang diluangkan.

Contoh Alat Permainan Luar di Taman Permainan Kanak-Kanak

43
Alat bergayut dan gelongsor

Alat memanjat Pondok

Alat pengimbang Jongkang-jongket

Contoh Visual Reka Bentuk Kreatif Taman Permainan Kanak-Kanak

44
45

Anda mungkin juga menyukai