Anda di halaman 1dari 8

Pengenalan

Setiap kanak-kanak itu bernilai dan kanak-kanak adalah aset kepada


masyarakat. Dalam membangunkan sesebuah negara dan rakyat, ianya harus
bermula dengan pusat pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti supaya
potensi kanak-kanak dapat dibangunkan agar mereka ini berkembang secara
holistik serta dilengkapi dengan kebolehan, ilmu dan kemahiran. Perkembangan
ini penting kerana akhirnya nanti mereka akan menjadi anggota negara yang
produktif dan berkualiti serta bakal mengendalikan pentadbiran dan ekonomi
negara. Pendidikan awal kanak-kanak merupakan perkara penting untuk
membentuk corak pembelajaran masa hadapan yang lebih baik dan seimbang.
Pendidikan awal kanak-kanak khususnya pada peringkat prasekolah dianggap
semakin penting kepada ibu bapa. Ini dapat dilihat daripada peningkatan
bilangan kelas prasekolah anjuran kerajaan dan swasta. Di Malaysia, jenis prasekolah yang dipilih oleh ibu bapa adalah bergantung kepada umur anak
mereka. Kanak-kanak di bawah umur empat tahun sepatutnya dihantar ke
pusat penjagaan kanak-kanak, yang mana didaftarkan di bawah Kementerian
Perpaduan dan Pembangunan Sosial. Kanak-kanak diantara umur empat
hingga enam tahun pula harus dihantar ke tadika, yang mana didaftarkan di
bawah Kementerian Pendidikan. Adalah menjadi keutamaan ibu bapa
menghantar anak-anak ke pra-sekolah yang telah didaftarkan dibawah manamana badan berkuasa yang berkaitan. Dengan demikian, ibu bapa boleh
merasa tenang kerana mereka sekurang-kurangnya mengikuti piawai minimum
yang ditetapkan.
Pemilihan tadika oleh ibu bapa kebanyakannya berpandukan populariti
pada mata masyarakat. Budaya ini tidak pernah memikirkan soal kualiti

pendidikan yang perlu mengambil kira kesesuaian perkembangan kanak-kanak.


Hal ini memberi kesan kepada pendidikan yang tidak seragam dan menjejaskan
masa depan kanak-kanak serta negara. Ibu bapa harus berhati-hati dalam
memilih tadika bagi anak-anak mereka kerana tadika yang berkualiti dapat
menyediakan kemahiran asas yang kukuh. Ini akan mempengaruhi kehidupan
kanak-kanak pada masa akan datang. Berdasarkan pembacaan saya
mengenai Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak yang berkualiti, saya
mendapati bahawa keutamaan terhadap kualiti sesebuah tadika bergantung
kepada beberapa aspek yang perlu di ambil perhatian supaya sesebuah tadika
tersebut dapat menghasilkan kanak-kanak yang berkualiti yang dapat menjadi
pemangkin pembangunan sesebuah negara dalam membina khazanah ilmu
serta kepakaran bagi menjamin kemajuan sesebuah bangsa.
Kualiti guru
Guru Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak merupakan guru yang
pertama yang mendampingi kanak-kanak sebelum melangkah ke sekolah
rendah. Dengan adanya guru yang berkualiti akan melahirkan anak-anak yang
berkualiti juga. Guru yang berkualiti juga datangnya dari dalam diri guru
tersebut yang memang berminat kepada kanak-kanak. Oleh yang demikian,
pemilihan guru tadika haruslah dipilih dengan sebaik-baiknya untuk melahirkan
anak-anak yang berkualiti. Sebelum menceburkan diri dalam perkhidmatan
pendidikan awal kanak-kanak, persediaan melengkapkan diri dengan ilmu
pengetahuan sangat diperlukan. Tidak memadai hanya dengan menghadiri
kursus sedangkan tanggungjawab sebenar adalah memikul kepercayaan yang
diberi oleh ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka. Guru harus
menyediakan kelengkapan diri dengan pendidikan dalam bidang yang diceburi.

Di negara maju kelayakan guru tadika telah jauh meninggalkan kita. Ada di
kalangan guru tadika di negara maju pemegang ijazah kedoktoran dan ramai
yang pemegang ijazah sarjana. Seharusnya pendidik di negara kita tidak selesa
dengan keadaan pengalaman sahaja. Tidak salah untuk meningkatkan
keilmuan

dan

sekurang-kurangnya

jurang

pemisah

akademik

dapat

dikurangkan supaya kita tidak ketinggalan jauh ke belakang. Kepentingan guru


tadika

berkualiti

harus

dititikberatkan

kerana

tanpanya

sukar

untuk

menghasilkan pelajar bermutu. Tanpa komitmen penuh guru terhadap proses


pengajaran dan pembelajaran, perubahan kemajuan dalam pelajaran mungkin
terjejas sehingga ada pelajar masih tidak dapat membaca walaupun sudah
memasuki sekolah rendah. Justeru, guru tadika mesti menghayati tugas murni
profesion perguruan dan menjalankan tanggungjawab itu atas dasar benarbenar mahu serta ikhlas untuk mendidik, bukan sebagai pilihan kerjaya terakhir.
Ini kerana dengan kesungguhan semua pihak, pelajar mampu mencapai
kecemerlangan yang membanggakan.
Guru yang berkualiti adalah guru yang berkesan. Guru berkesan dapat
menyampaikan ilmu dengan baik kepada anak didiknya. Kajian oleh Shukri dan
Zuraida (1998) mendapati guru berkesan dilihat dari sudut produk yang
dihasilkan, perlakuan semasa mengajar dan memiliki ciri-ciri personaliti yang
baik. Guru tadika berkualiti sangat penting bagi menjamin penghasilan pelajar
yang cemerlang,gemilang dan terbilang. Kecemerlangan pendidikan banyak
bergantung kepada faktor guru.

Guru tadika hendaklah diberi latihan yang

secukupnya sebelum mereka dipertanggungjawabkan untuk membimbing


murid. Guru tadika yang berkualiti juga hendaklah mempunyai pengetahuan
mengenai

Kurikulum

Prasekolah

Kebangsaan

dan

boleh

menjelaskan

bagaimana dia menggunakannya di dalam kelas.Guru perlu menguasai ilmu


dan

kemahiran

dalam

aspek-aspek

perkembangan

kanak-kanak

dan

pendekatan pengajaran sejajar dengan kehendak matlamat pendidikan


prasekolah yang menekankan kepada perkembangan yang menyeluruh,
menyediakan kemahiran asas, dan memupuk positif murid.
Kurikulum Yang Sesuai Untuk Kanak-kanak
Apabila negara bertambah maju dan makmur, keperluan modal insan
berkualiti turut meningkat. Memang itulah yang menjadi matlamat sistem
pendidikan kita untuk melahirkan individu yang bijak berfikir, bersifat ingin tahu,
mampu mencipta inovasi dan menyelesaikan masalah. Keperluan modal insan
ini menjadikan pendidikan awal kanak-kanak amat penting sebagai asas kukuh
yang mesti dibina sejak kecil. Langkah Kementerian Pelajaran Malaysia
melahirkan satu kurikulum yang dikenali sebagai Kurikulum Prasekolah
Kebangsaan bertujuan bagi menyelaras dan menyeragamkan kurikulum
pendidikan prasekolah di negara kita. Keseragaman kurikulum ini dapat
meningkatkan kualiti pendidikan yang menjana generasi akan datang yang
berketerampilan daripada segi sahsiah dan intelektual.
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK) dirumus dan diperkenalkan
pada 2003 sebagai garis panduan untuk membantu prasekolah merancangkan
aktiviti dan pengalaman yang mengoptimumkan segala aspek perkembangan
kanak-kanak. Ibu bapa haruslah memilih tadika yang menggunakan kurikulum
yang sesuai bagi memastikan kualti pelajaran anak mereka terjamin.
Contohnya, tadika kerajaan menggunakan kurikulum KPK . Bagi ibu bapa yang
menghantar anak mereka belajar di tadika swasta, haruslah memastikan tadika

yang dipilih itu berdaftar dan mempunyai kurikulum yang sesuai dimana
kurikulum yang menggalakkan kanak-kanak belajar menerusi permainan dan
aktiviti yang sesuai dengan usia dan peringkat perkembangan mereka. Kanakkanak tidak seharusnya duduk di meja dan menulis sepanjang masa. Menurut
Miller dan Almon (2009), kanak-kanak yang belajar di sekolah yang
menggunakan kurikulum berasaskan main berpotensi menjadi individu yang
lebih baik dari aspek kemahiran membaca dan intelek, dapat membina
kemahiran kognitif dengan memberikan pengalaman yang konkrit dan relevan.
Oleh

itu,

proses

pembelajaran

peringkat

awal

kanak-kanak

perlu

mempertimbangkan kemampuan, keupayaan dan kesediaan kanak-kanak pada


peringkat perkembangan tertentu dan kanak-kanak mengaitkan pengetahuan
baharu dengan pengetahuan sedia ada dengan menggunakan apa sahaja di
sekeliling untuk mempelajari tentang kehidupan.
Persekitaran Fizikal
Persekitaran fizikal sesebuah tadika juga merupakan salah satu
keutamaan yang perlu di ambil kira untuk menghasilkan tadika yang berkualiti.
Persekitaran sesebuah tadika yang baik dapat menggalakkan pembelajaran
kanak-kanak. Persekitaran yang selesa, berwarna warni, dan menarik dapat
memberikan

galakan

atau

stimulasi

kepada

kanak-kanak

Suasana

pembelajaran yang tenang , selamat dan mencabar sangat penting dalam


menimbulkan motivasi intrinsik kepada kanak-kanak .
Ekosistem kanak- kanak juga merupakan faktor keberkesanan sesebuah
tadika. Dengan adanya persekitaran semulajadi, persekitaran sosiobudaya dan
persekitaran buatan manusia merangsang kanak-kanak untuk mempelajari

sesuatu

dengan

mudah.

Sesebuah

tadika

haruslah

mempunyai

teori

pengurusan yang teratur bagi membolehkan tadika tersebut bergerak maju


selaras dengan objektif yang telah ditetapkan. Tadika yang baik haruslah
mempunyai kawasan yang menyediakan ruang untuk kanak-kanak bergerak.
Kawasan luar tadika yang menarik ditanam dengan pokok-pokok bunga yang
menunjukkan keindahan alam semulajadi. Selain itu, pihak pengurusan
haruslah menyediakan pelbagai ruang untuk kanak- kanak tidak merasa bosan
serta dapat melakukan aktiviti lain. Contohnya seperti menyediakan tempattempat yang dikhaskan untuk membaca serta melakukan aktiviti bermain,
dengan adanya kemudahan- kemudahan yang disediakan kanak- kanak akan
merasa terhibur serta tidak merasa bosan untuk pergi ke tadika.
Persekitaran tadika juga haruslah mementingkan ciri-ciri keselamatan
supaya ibu bapa tidak berasa bimbang untuk menghantar anak mereka belajar
di pusat pendidikan awal yang berkualiti. Sesebuah tadika haruslah mempunyai
sistem keselamatan yang baik, antaranya seperti mempunyai pagar dan
memasang pintu gril di setiap pintu dan jendela di tadika tersebut. Sistem
keselamatan ini bukan sahaja mengelak berlakunya kejadian yang tidak diingini
tetapi juga untuk menjamin keselamatan kanak- kanak yang berada di dalam
tadika tersebut agar orang luar tidak dapat menceroboh kawasan tersebut
Pengurusan kewangan tadika
Pengurusan kewangan yang teratur amat penting dalam menjamin kualiti
bagi sesebuah tadika. Keberkesanan pengurusan bajet yang teratur banyak
mendatangkan kebaikan kepada sesebuah tadika. Antaranya ialah sesebuah
tadika dapat melaksanakan pelbagai aktiviti yang dirancangkan mengikut

rancangan serta sumber yang ada. Bajet yang teratur juga membolehkan
sesebuah tadika dapat berkembang dengan maju dengan memperkenalkan
tadika tersebut ke tempat yang luar dari kawasan tersebut. Melalui bajet juga,
sesebuah tadika boleh menambah suai kawasan tersebut menjadi lebih selesa
dengan menambah pelbagai kemudahan untuk kanak- kanak. Contohnya,
menambah kawasan tersebut dengan kawasan pondok rehat ataupun membuat
tanaman hidroponik bagi menambahkan persekitaran di kawasan tadika
tersebut.
Disamping itu, pihak pengurusan dapat menambah pengambilan staf
serta pengasuh bagi menampung jumlah kanak- kanak yang ramai, contohnya
seperti 50 orang kanak- kanak memerlukan 4 orang guru,serta 1 pembantu bagi
melaksanakan sistem pembelajaran dan pengajaran dengan mudah. Dengan
adanya jumlah kakitangan yang ramai, pengurusan disesebuah tadika tersebut
lebih teratur . Para ibu bapa juga mudah untuk berurusan dengan pihak tadika.
Pengurusan tadika akan lebih teratur lagi dengan adanya kemudahan seperti
kemudahan pengangkutan kanak- kanak untuk pergi dan balik ke tadika.
Kemudahan ini penting bagi pihak tadika untuk memastikan keselamatan
kanak- kanak terjamin serta ibu bapa selesa dengan perkhidmatan yang
diberikan oleh pihak pengurusan tadika tersebut.
Kebaikan pengurusan bajet yang seterusnya ialah, sesorang individu itu
dapat mengelakkan daripada melakukan pembaziran yang bukan sahaja
merugikan kewangan tetapi juga merupakan satu sikap yang tidak patut
dicontohi oleh kanak- kanak. Bagi memastikan seseorang individu tersebut
tidak melakukan pembaziran sewaktu melakukan pembelian seseorang individu

tersebut haruslah membuat senarai semak agar kewangan yang di perlukan


tidak melebihi dari apa yang telah ditetapkan.
Kesimpulan
Kesimpulannya, pendidikan awal kanak-kanak adalah perkara yang tidak
boleh dipandang ringan oleh setiap pengusaha tadika . Setiap ibu bapa yang
menghantar anak-anak mereka ke tadika juga hendaklah memerhati atau
menilai sesebuah tadika tersebut daripada pelbagai aspek .Pengusaha tadika
juga hendaklah menyediakan tadika yang berkualiti berdasarkan kelayakan
guru, persekitaran, penggunaan kurikulum yang bersesuaian dan pandai
mengurus kewangan bagi mewujudkan tadika yang dapat melahirkan kanakkanak yang mampu menjadi generasi yang dapat mencorakkan kehidupan
masyarakat yang cemerlang pada masa akan datang. Tadika yang berkualiti
dapat melahirkan generasi yang dapat membangunkan negara pada masa
akan datang kerana permulaan kehidupan pembelajaran kanak-kanak adalah
bermula daripada pendidikan awal yang diterima oleh kanak-kanak tersebut.
Oleh itu, semua pihak harus bekerjasama dalam memastikan kanak-kanak
menerima pendidikan yang berkualiti bermula dari pusat pendidikan awal
kanak-kanak.

Anda mungkin juga menyukai