Anda di halaman 1dari 9

UNIT 3.4 KEBERSIHAN TASKA.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Pada akhir pembelajaran unit ini murid akan dapat:

1. Menyatakan kepentingan penjagaan kebersihan TASKA .


2. Menerangkan amalan penjagaan kebersihan di dalam dan di luar bangunan TASKA.
3. Menjelaskan langkah penjagaan kebersihan di TASKA.

4.
PENCAPAIAN KOMPETENSI
PENGENALAN

Kebersihan selalunya dikaitan dengan kesihatan. Kebersihan penting untuk semua orang
terutamanya kanak-kanak kerana kesihatan yang sempurna akan menghindarkan mereka dari
jangkitan penyakit. Ini kerana kanak-kanak merupakan golongan yang mudah dijangkiti penyakit
terutama penyakit berjangkit. Oleh disebabkan itu, amalan kebersihan perlu diamalkan setiap
masa terutamanya di TASKA yang mengambil jumlah kanak-kanak yang tertentu. Setiap TASKA
di Malaysia dikehendaki mematuhi Garis Panduan Pengendalian Kanak-Kanak yang telah
ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan. Pengabaian aspek kebersihan di TASKA menyebabkan
perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak akan terjejas dari segi fizikal dan juga mental.
3.4.1 KEPENTINGAN PENJAGAAN KEBERSIHAN DI TASKA

Menjamin Mendapat
keselamatan dan keyakinan daripada
kesihatan bayi dan ibu bapa.
kanak-kanak.

Mematuhi standard
operasi prosedur
yang telah
ditetapkan.

Mengelakkan
Kanak-kanak penyakit berjangkit
memperoleh dalam kalangan
pengalaman kanak-kanak dan
pembelajaran yang bayi.
kondusif.
3.4.2 AMALAN PENJAGAAN KEBERSIHAN DI DALAM DAN DI
LUAR BANGUNAN TASKA

DALAM TASKA

KAWASAN AMALAN PENJAGAAN KEBERSIHAN


1) Ruangan Belajar  Pastikan ruangan belajar sentiasa bersih.
 Menyediakan bakul sampah di ruangan
belajar.
 Sapu lantai dan lap meja belajar setelah
digunakan setiap hari.
2) Tempat Makan  Lap meja makan setiap sebelum dan selepas
digunakan.
 Mop lantai dengan segera setiap kali ada
tumpahan atau lantai basah.

3) Tempat Tidur  Pastikan tempat tidur dikemas selepas


digunakan.
 Basuh sarung bantal, alas tilam dan selimut
serta kain tuala selepas setiap kali
digunakan.
 Jemur bantal, tilam dan selimut.
4) Dapur  Pastikan bahagian dapur sentiasa kering
dan bersih.
 Bersihkan semua pinggan, mangkuk,
cawan, sudu dan lain-lain sebelum dan
selepas makan.
 Susun peralatan di tempat yang disediakan.
 Cuci peti sejuk dan almari dapur sekurang-
kurangnya seminggu sekali.
5) Tandas  Pastikan tandas dalam keadaan sentiasa
bersih.
 Elakkan air bertakung untuk mengelakan
pembiakan nyamuk.
 Membuat pemeriksaan berkala.

LUAR TASKA

KAWASAN AMALAN PENJAGAAN KEBERSIHAN


1) Stor  Barang disusun dengan kemas dan
mengikut jenis.
 Setiap barang yang disimpan haruslah
ditanda.
 Melakukan pembersihan stor secara
berkala.

2) Kawasan Permainan  Pastikan peralatan permainan selamat


digunakan.
 Melakukan pemeriksaan berkala terhadap
peralatan permainan.
 Pastikan kawasan permainan bersih
daripada sampah sarap.
3) Padang  Pastikan rumput di padang sentiasa
dipotong.
 Bersihkan padang daripada semak samun
dan haiwan berbisa.
 Pastikan padang dalam keadaan selamat
digunkan
4) Longkang  Pastikan longkang sentiasa bersih dan tiada
takungan air.
 Longkang hendaklah ditutup bagi
mengelakan sebarang kemalangan.
3.4.3 LANGKAH PENJAGAAN KEBERSIHAN DI TASKA
3.4.4 JADUAL PEMBERSIHAN HARIAN DAN MINGGUAN DI
TASKA

TARIKH
PERKARA
1 2 3 4
A. PENJAGAAN KEBERSIHAN PERSEKITARAN
1) Membersihkan lantai premis, tempat tidur dan pakaian
kanak-kanak.
2) Memastikan tandas dalam keadaan bersih.
3) Memastikan dapur dalam keadaan bersih
4) Memastikan tong sampah sentiasa bertutup dan tiada
urungan lalat.
B. PENJAGAAN KEBERSIHAN BAHAN
1) Membersihkan permainan kanak-kanak.
2) Memastikan bahan belajar disusun di tempatnya.
3) Memastikan tempat permainan sentiasa bersih untuk
digunakan.
C. PENJAGAAN KEBERSIHAN KANAK-KANAK
1) Memastikan kanak-kanak sentiasa mencuci tangan/ kaki
selepas bermain/ menjalankan aktiviti bebas.
2) Memastikan kanak-kanak sentiasa mencuci tangan
sebelum dan selepas makan.
LATIHAN

1) Nyatakan kepentingan penjagaan kebersihan di TASKA.


2) Terangkan amalan penjagaan kebersihan di dalam dan di luar
bangunan TASKA.
3) Jelaskan langkah yang perlu diambil dalam penjagaan
kebersihan di TASKA.
4) Sediakan sebuah Jadual Pembersihan Harian dan Mingguan di
TASKA.
5) Berikan justifikasi anda penetapan aktiviti pembersihan dalam
jadual yang telah disediakan.

Anda mungkin juga menyukai