Anda di halaman 1dari 2

MATLAMAT PENDIDIKAN PENGAJIAN SOSIAL

Pengajian Kajian Sosial merupakan salah satu daripada bidang pengajian


yang terdapat dalam sukatan mata pelajaran di sekolah rendah. Bidang pengajian ini
memainkan peranan dalam membentuk sahsiah dan keperibadian mulia para
pelajar di mana bidang ini banyak menekankan aspek-aspek tingkah laku manusia
dan aspek-aspek yang berkaitan dengan kehidupan manusia dalam sesuatu
kelompok masyarakat. Bidang ini adalah salah satu daripada bidang pengetahuan
yang penting pada masa sekarang.

Selain itu, Pengajian Kajian Sosial juga menyatukan sains sosial dan


kemanusian sebagai bidang pengajaran dalam pembentukan sivik. Bahkan melalui
bidang pengajian ini, ianya dapat membantu anak-anak muda dalam menggunakan
kebolehan yang ada untuk membuat sesuatu keputusan dengan rasionalnya agar
keputusan yang dibuat dan di ambil itu tidak mendatangkan sebarang kesan buruk
pada diri mereka.

Secara asasnya, bidang Pengajian Kajian sosial ini banyak mendedahkan


kepada para pelajar betapa pentingnya bidang ini pada kehidupan mereka seharian.
Ianya membantu dalam mempertingkatkan kemahiran, ilmu pengetahuan dan nilai-
nalai murni pada diri seseorang individu. Bahkan bidang Pengajian Kajian Sosial ini
menerapkan konsep integrasi dalam kurikulum dan pengajaran ke arah
pembangunan individu insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani justeru ianya membawa kepada penguasaan ilmu pengetahuan,
kemahiran, bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni yang dilakukan secara
bersepadu dan menyeluruh.

Antara matlamat penting yang ditekankan dalam Bidang Pengajian Kajian


Sosial ini adalah menerap dan memupuk sivik melaui pengetahuan, kemahiran dan
sikap yang harus terdapat pada seseorang pelajar selaras dengan negara kita yang
berdemokratik. Jelaslah bahawa nilai amalan sivik perlu diserapkan bagi melahirkan
seseorang individu yang berpengetahuan, berkemahiran serta mempunyai nilai-nilai
murni yang mampu membimbing ke arah kecemerlangan diri. Matlamat seterusnya
adalah menyatakan tiga elemen utama dalam bidang pengajian ini iaitu antara
pengetahuan, kemahiran dan sikap.
menghubung-
menghubung-
kaitkan
kaitkandisiplin
disiplin
ilmu dalam
ilmu dalam
Pengajian
PengajianSosial
Sosial
dengan
dengan
kehidupan
kehidupan
seharian
seharianindividu
individu
dan masyarakat
dan masyarakat

MATLAMA
MATLAMA
TT
PENGAJIA
PENGAJIA
meningkatkan
meningkatkan NNSOSIAL
SOSIAL
kefahaman
kefahaman
berkenaan
berkenaan sistem
sistem
sosial melalui
sosial melalui
budaya dan nilai menanam
menanam
budaya dan nilai
hidup masyarakat
hidup masyarakat semangat
semangat
berbilang
berbilang kaum
kaum patriotisme
untuk mewujudkan patriotisme
untuk mewujudkan
integrasi
integrasinasional
nasional

Anda mungkin juga menyukai