Anda di halaman 1dari 2

AKTIVITI SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS WAKTU MANDI

BAYI
SEBELUM Pendidik/Pengasuh/PPM:
1. membasuh tangan terlebih dahulu sebelum mula memandikan.
2. menyediakan semua keperluan untuk memandikan bayi dan keperluan pakaian bayi
3. guna air suam untuk memandikan bayi, Jika tiada shower, tuangkan air sejuk ke dalam besen besar, pastikan jika air tersebut panas, tambahkan air sehingga ia
menjadi air suam.
4. rasa kepanasan air dengan siku atau belakang tapak tangan.
5. tanggalkan pakaian dan lampin bayi.
6. balut bayi dengan tuala.

SEMASA Pendidik/Pengasuh/PPM:
1. lembapkan kapas, bersihkan matanya dari arah hidung membawa ke hujung mata kiri/kanan
2. bersihkan telinga, cuping telinga dan rongga hidung dengan kapas lembap yang lain.
3. bersihkan muka dengan tuala kecil yang lembap dan lap hingga kering.
4. pegang kepala bayi dan syampu rambut bayi dan gosok perlahan-lahan (nota: jangan guna kuku atau menggaru)
5. bilas rambut dengan air hingga hilang kesan syampu
6. lap rambut hingga kering dengan menggunakan sebahagian tuala yang diguna untuk membalut bayi. (ambil perhatian ubun-ubun bayi semasa mandi)
7. basahkan kaki bayi sebelum masukkan bayi ke dalam besen yang beralas.
8. masukkan bayi perlahan-lahan ke dalam besen
9. basahkan badan, sapukan sabun dan bersihkan pelipat ketiak, seluruh badan dan kaki
10. bilas sehingga bersih.
11. untuk memandikan bahagian belakang dan punggung, sokong di bahagian hadapan, pusingkan bayi dengan meletakkan bayi di atas tangan kiri pendidik dan
pegang kuat dibawah ketiak kanan bayi.
12. setelah selesai, balut bayi dengan tuala dalam keadaan terlangkup.
13. keluarkan bayi dari besen ke tempat persalinan bayi.

SELEPAS Pendidik/Pengasuh/PPM:
1. lap badan terutama di bahagian pelipat dari tangan dan peha bayi.
2. gunakan sedikit losyen atau minyak bayi dan lakukan urutan ringan 2-3 minit (muka, dada, tangan, kaki dan bahagian belakang)
3. pakaikan lampin, seluar dan baju

KANAK-KANAK
SEBELUM Kanak-kanak
1. mandi mengikut kumpulan umur dan jantina
2. mengeluarkan pakaian ganti daribeg atau locker. Pendidik/Pengasuh/PPM membantu kanak-kanak yang masih perlukan bantuan.
3. menanggalkan pakaian dan memakai kain basahan/seluar dalam semasa mandi (tidak digalakkan berbogel semasa mandi)
4. melipat dan memasukkan pakaian kotor ke dalam beg/plastik/bekas pakaian kotor masing-masing;
5. menunggu giliran ditempat yang sesuai bersama dengan pendidik;
6. bersedia untuk mandi dalam kumpulan kecil (2 -3 orang).
7. diminta menyangkut tuala ditempat yang disediakan. Elakan dari meletak tuala di alatas lantai atau di depan pintu bilik air.

SEMASA Pendidik/Pengasuh/PPM;
1. Menggalakkan kanak-kanak membuang air di tandas dan mencuci bahagian sulit sebelum mandi
2. pastikan kanak-kanak membasahkan seluruh anggota badan.
3. memastikan kanak-kanak meratakan sabun / jel mandian ke seluruh anggota badan termasuk pelipat dan bahagian sulit.
4. pastikan penggunaan syampu dalam kuantiti yang sesuai (sebesar wang 20sen), sekiranya kanak-kanak mencuci rambut
5. memastikan kanak-kanak membilas seluruh anggota badan dengan sempurna.
6. pastikan kanak-kanak menutup pili air selepas mandi tetapi sekiranya terdapat pili air yang terlalu tinggi Pendidik/Pengasuh/PPM boleh membantu menutup
pili air tersebut.
7. minta kanak-kanak menanggalkan kain basahan/seluar dalam dan memerah sebelum disidai. Bagi yang memakai seluar dalam selepas memerah perlu
memasukkan ke dalam plastik untuk di bawa pulang.
8. membantu kanak-kanak mengelap badan dari bahagian kepala hingga ke kaki sebelum keluar bilik mandi bagi mengelakan basah di luar bilik mandi..
9. memastikan kanak-kanak memakai tuala ketika keluar dari bilik mandi

SELEPAS Pendidik/Pengasuh/PPM;
1. bantu mereka mengeringkan rambut dan badan termasuk bahagian pelipat dan bahagian sulit sehingga kering sebelum mereka memakai baju.
2. menggalakkan kanak-kanak memakai baju dan mengemas diri (sikat rambut, menyapu losyen) sendiri dan bantu sekiranya perlu.

Kanak-kanak;
3. perlu menyidai tuala di tempat yang disediakan. Pastikan mereka tidak menyimpan tuala lembap yang sudah diguna di dalam locker atau beg.
4. memasukan baju yang telah dipakai dalam beg atau beg khas untuk di bawa pulang.

Anda mungkin juga menyukai