Anda di halaman 1dari 76

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |

1
PENGENALAN
Prosedur ini disediakan sebagai panduan kepada Penyelia, Pendidik/
Pengasuh/ Pembantu Pengurusan Murid (PPM) dan Pengusaha TASKA
bagi melaksanakan program dengan sistematik, teratur dan lebih lancar.
Ia juga bertujuan bagi memastikan terdapat keselarasan dan
keseragaman dalam pelaksanaan atau perjalanan program di semua Pusat
Anak PERMATA Negara (PAPN) dan TASKA PERMATA. Prosedur ini
meliputi aspek-aspek berikut :-
- Rutin
- Pengendalian aktiviti
- Kesihatan dan pemakanan dan
- Keselamatan.


Prosedur ini juga dibina bertujuan untuk membantu pelaksanaan dan
perjalanan program sentiasa berada di tahap kualiti yang ditetapkan.
Penyediaan prosedur atau langkah-langkah adalah supaya dapat
membantu membimbing kanak-kanak melaksanakan rutin hariannya
secara independent. Walaubagaimanapun Pendidik/ Pengasuh /Pembantu
Pengurusan Murid masih perlu membantu dan membimbing kanak-kanak
yang masih kecil dan belum mahir sehingga mereka mahir melakukan
tugas tersebut. Ia memerlukan bimbingan dan ulangansecara konsisten.
Sekiranya kanak-kanak telah mahir, berikan mereka galakan dan pujian
supaya mereka dapat terus berdikari. Yang demikian kelak kanak-kanak
akan mahir urus diri tanpa disuruh dan mereka akan melakukan sebagai
satu kebiasaan.


PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |


2


A. RUTIN
1. WAKTU KETIBAAN DAN PULANG KANAK-KANAK
KETIBAAN PULANG
Pendidik/Pengasuh/PPM :
1. menyambut ketibaan kanak-
kanak di pintu masuk
dengan senyuman mesra.
2. memberi salam atau ucapkan
selamat pagi dan
bersalaman dan bertanya
khabar kanak-kanak .
3. kanak-kanak menyusun
selipar/kasut di rak kasut.
4. ibu bapa/penjaga merekod
kedatangan kanak-kanak
dalam buku rekod kehadiran.
5. memeriksa keadaan fizikal
kanak-kanak. sekiranya ada
kecederaan atau tanda-tanda
Pendidik/Pengasuh/PPM :
1. memastikan barangan kanak-
kanak yang perlu dibawa
pulang terdapat dalam beg
kanak-kanak.
2. minta kanak-kanak membawa
beg keluar dan menyusun ke
tempat yang disediakan bagi
memudahkan ibu bapa untuk
mengambilnya.
3. kanak-kanak membuat
aktiviti bebas (blok, puzzle,
buku cerita dan sebagainya) /
aktiviti luar (berbasikal, main
bola dan sebagainya)
sementara menunggu
kedatangan ibu bapa/penjaga.

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |


3
KETIBAAN PULANG
kanak kanak tidak sihat,
catatkan dalam buku log
anak permata negara.
6. mencatat maklumat (ubat
atau barang baru) yang
diberikan oleh ibu
bapa/penjaga ke dalam buku
log anak permata negara.
7. kanak-kanak bersalaman
dengan ibu bapa/penjaga dan
mengucapkan selamat
tinggal.

4. mengucapkan salam kepada
ibu bapa/penjaga yang
datang.
5. menyerahkan buku log harian
permata kanak-kanak dan
menyampaikan maklumat
(spt: kesihatan, aktiviti,
kecederaan kanak-kanak)
kepada ibu bapa/penjaga.
6. ibu bapa/penjaga
menandatangani buku rekod
keluar kanak-kanak.
7. kanak-kanak mengambil beg.
8. kanak-kanak bersalam
dengan
pendidik/pengasuh/ppm.
9. memastikan pintu pagar
ditutup selepas setiap ibu
bapa/penjaga mengambil
kanak-kanak.

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |


4


2. MANDI DAN BERSIHKAN DIRI
MEMANDIKAN BAYI
Sebelum
Pendidik/Pengasuh/PPM:
1. membasuh tangan terlebih dahulu sebelum
mula memandikan.
2. menyediakan semua keperluan untuk
memandikan bayi dan keperluan pakaian
bayi
3. guna air suam untuk memandikan bayi, Jika
tiada shower, tuangkan air sejuk ke dalam
besen besar, pastikan jika air tersebut panas,
tambahkan air sehingga ia menjadi air suam.
4. rasa kepanasan air dengan siku atau
belakang tapak tangan.
5. tanggalkan pakaian dan lampin bayi.
6. balut bayi dengan tuala.

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |


5
MEMANDIKAN BAYI
Semasa
Pendidik/Pengasuh/PPM:
1. lembapkan kapas, bersihkan matanya dari arah
hidung membawa ke hujung mata kiri/kanan
2. bersihkan telinga, cuping telinga dan rongga
hidung dengan kapas lembap yang lain.

3. bersihkan muka dengan tuala kecil yang lembap
dan lap hingga kering.

4. pegang kepala bayi dan syampu rambut bayi dan
gosok perlahan-lahan (nota: jangan guna kuku
atau menggaru)

5. bilas rambut dengan air hingga hilang kesan
syampu

6. lap rambut hingga kering dengan menggunakan
sebahagian tuala yang diguna untuk membalut
bayi. (ambil perhatian ubun-ubun bayi semasa
mandi)

7. basahkan kaki bayi sebelum masukkan bayi ke
dalam besen yang beralas.

8. masukkan bayi perlahan-lahan ke dalam besen

9. basahkan badan, sapukan sabun dan bersihkan
pelipat ketiak, seluruh badan dan kaki

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |


6
MEMANDIKAN BAYI

10. bilas sehingga bersih.

11. untuk memandikan bahagian belakang dan
punggung, sokong di bahagian hadapan,
pusingkan bayi dengan meletakkan bayi di atas
tangan kiri pendidik dan pegang kuat dibawah
ketiak kanan bayi.

12. setelah selesai, balut bayi dengan tuala dalam
keadaan terlangkup.

13. keluarkan bayi dari besen ke tempat persalinan
bayi.
Selepas mandi
Pendidik/Pengasuh/PPM:

1. lap badan terutama di bahagian pelipat dari
tangan dan peha bayi.

2. gunakan sedikit losyen atau minyak bayi dan
lakukan urutan ringan 2-3 minit (muka, dada,
tangan, kaki dan bahagian belakang)

3. pakaikan lampin, seluar dan baju.




PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |


7
KANAK-KANAK MANDI DAN BERSIHKAN DIRI
Sebelum mandi
Kanak-kanak
1. mandi mengikut kumpulan umur dan jantina
2. mengeluarkan pakaian ganti daribeg atau locker.
Pendidik/Pengasuh/PPM membantu kanak-kanak
yang masih perlukan bantuan.
3. menanggalkan pakaian dan memakai kain
basahan/seluar dalam semasa mandi (tidak
digalakkan berbogel semasa mandi)
4. melipat dan memasukkan pakaian kotor ke dalam
beg/plastik/bekas pakaian kotor masing-masing;
5. menunggu giliran ditempat yang sesuai bersama
dengan pendidik;
6. bersedia untuk mandi dalam kumpulan kecil (2 -3
orang).
7. diminta menyangkut tuala ditempat yang
disediakan. Elakan dari meletak tuala di alatas
lantai atau di depan pintu bilik air.



PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |


8
KANAK-KANAK MANDI DAN BERSIHKAN DIRI
Semasa Mandi
Pendidik/Pengasuh/PPM;
1. Menggalakkan kanak-kanak membuang air
di tandas dan mencuci bahagian sulit
sebelum mandi
2. pastikan kanak-kanak membasahkan seluruh
anggota badan.
3. memastikan kanak-kanak meratakan sabun /
jel mandian ke seluruh anggota badan
termasuk pelipat dan bahagian sulit.
4. pastikan penggunaan syampu dalam kuantiti
yang sesuai (sebesar wang 20sen), sekiranya
kanak-kanak mencuci rambut
5. memastikan kanak-kanak membilas seluruh
anggota badan dengan sempurna.
6. pastikan kanak-kanak menutup pili air
selepas mandi tetapi sekiranya terdapat pili
air yang terlalu tinggi
Pendidik/Pengasuh/PPM boleh membantu
menutup pili air tersebut.
7. minta kanak-kanak menanggalkan kain
basahan/seluar dalam dan memerah
sebelum disidai. Bagi yang memakai seluar

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |


9
KANAK-KANAK MANDI DAN BERSIHKAN DIRI
dalam selepas memerah perlu memasukkan
ke dalam plastik untuk di bawa pulang.
8. membantu kanak-kanak mengelap badan dari
bahagian kepala hingga ke kaki sebelum
keluar bilik mandi bagi mengelakan basah di
luar bilik mandi..
9. memastikan kanak-kanak memakai tuala
ketika keluar dari bilik mandi
Selepas mandi
Pendidik/Pengasuh/PPM;
1. bantu mereka mengeringkan rambut dan
badan termasuk bahagian pelipat dan
bahagian sulit sehingga kering sebelum
mereka memakai baju.
2. menggalakkan kanak-kanak memakai baju
dan mengemas diri (sikat rambut, menyapu
losyen) sendiri dan bantu sekiranya perlu.
Kanak-kanak;
3. perlu menyidai tuala di tempat yang
disediakan. Pastikan mereka tidak
menyimpan tuala lembap yang sudah
diguna di dalam locker atau beg.
4. memasukan baju yang telah dipakai dalam

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |


10
KANAK-KANAK MANDI DAN BERSIHKAN DIRI
beg atau beg khas untuk di bawa pulang.


MENGGOSOK GIGI

Pendidik / Pengasuh PPM
1. memastikan kanak-kanak memberus gigi sekuran-kugang 2 kali
sehari selepas sarapan pagi dan makan tengahari.
2. Kanak-kanak mengambil berus gigi, ubat gigi dan cawan masing-
masing dan pergi ke sinki secara bergilir-gilir
3. Kanak-kanak digalakkan meletakkan ubat gigi sebesar kacang
soya/pea di berus gigi (bantu sekiranya perlu).
4. Memastikan kanak-kanak menggosok gigi dengan cara yang betul
(depan, belakang, atas dan bawah termasuk lidah).
5. Selepas menggosok gigi memastikan kanak-kanak berkumur-
kumur dengan air menggunakan cawan dan mencuci mulut.
6. Memastikan kanak-kanak mencuci berus gigi dan menyimpan
semula berus gigi, ubat gigi dan cawan di tempat yang disediakan.

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |


11
7. Memastikan kanak-kanak mengelap mulut dan tangan dengan
tuala kecil masing-masing atau kertas tisu.

MENUKAR LAMPIN

Pendidik/Pengasuh/PPM/PPM
1. perlu peka dengan ketidakselesaan kanak-kanak dan
menukar lampin pakai buang mengikut keperluan.
2. sediakan barang-barang seperti lampin pakai buang dan
losyen.
3. bawa kanak-kanak ke bilik air.
4. kanak-kanak digalakkan membuka seluar dan lampin pakai
buang sendiri serta membuang ke dalam tong sampah

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |


12
MENUKAR LAMPIN
dengan bantuan pendidik/pengasuh/ppm.
5. membantu kanak-kanak mencuci bahagian sulit sehingga
bersih.
6. memastikan mereka membasuh tangan dengan bersih
selepas mencuci.
7. membantu kanak-kanak mengelap bahagian sulit sehingga
kering.
8. dipakaikan lampin yang bersih.
9. menggalakkan kanak-kanak memakai seluar sendiri.
10. mencuci tangan setiap kali selepas menukar lampin kanak-
kanak.












PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |


13
3. MAKAN

MAKAN
Sebelum
Kanak-kanak:
1. kanak-kanak beratur mengikut kumpulan umur.
2. mencuci tangan mengikut prosedur tujuh
langkah.
3. digalakkan mengambil makanan sendiri yang
telah disediakan.
4. duduk dengan sempurna, kaki rapat.
5. membaca doa sebelum makan.

Semasa Makan
Pendidik/Pengasuh/PPM:
1. memastikan kanak-kanak makan dengan sopan
dan tertib. Bantu kanak-kanak yang belum
mahir makan sendiri sekiranya perlu;
2. dikehendaki duduk bersama dan berinteraksi
semasa kanak-kanak makan;
3. mengajar adap makan supaya mengambil
makanan yang dekat dengannya, dan dalam

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |


14
kuantiti yang dikehendaki supaya tidak berlaku
pembaziran;
4. menggalakkan kanak-kanak mengambil satu
makanan/buah yang disediakan dalam satu
bekas dan dihabiskan dahulu sebelum
menambah makanan/buah yang seterusnya;
5. galakkan kanak-kanak untuk mencuba makanan
sekiranya kanak-kanak enggan makan atau
mencuba makanan baru ;
6. menggalakkan kanak-kanak menghabiskan
makanan yang dihidangkan bagi mengelakan
pembaziran;


Selepas makan
Pendidik/Pengasuh/PPM
1. galakkan kanak-kanak membersihkan sisa
makanan di atas meja dan memasukkan ke
dalam pinggan, , membuang sisa makanan ke
dalam bekas yang telah disediakan dan
membawa pinggan kedalam bekas pinggan
kotor;
2. minta kanak-kanak mengasingkan pinggan,
sudu, dan cawan yang telah digunakan ke dalam
bekas yang telah disediakan

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |


15
3. memastikan kanak-kanak mencuci tangan dan
mulut selepas makan.
4. kanak kanak duduk semula sementara
menunggu kanak-kanak lain selesai makan.
5. meminta semua kanak-kanak yang telah selesai
makan dikehendaki membaca doa selepas
makan samaada secara individu/kumpulan.

6. memastikan kanak-kanak menggosok gigi
selepas makan dan mengelap tangan dan mulut
dengan tisu atau tuala masing-masing
7. menggalakkan kanak-kanak berehat sebentar
selepas makan.



PEMAKANAN SIHAT UNTUK KANAK-KANAK
Pendidik/Pengasuh/PPM
1. memantau dan memastikan makanan yang diberikan kepada
kanak-kanak seimbang dan berkhasiat;
2. pastikan makanan yang disediakan mengikut menu yang telah

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |


16
ditetapkan;
3. pastikan makanan tidak dibiarkan terdedah
terlalu lama;
4. pastikan makanan yang telah dimasak
dimakan dalam masa dua jam selepas
dimasak;
5. pastikan penyediaan makanan mengikut peraturan kebersihan
yang telah ditetapkan;
6. memastikan makanan/menu yang dirancang tidak menganggu
kanak-kanak yang mempunyai alahan;
7. pastikan lebihan makanan tidak disimpan untuk diberi semula
kepada anak-kanak;
8. elakkan penggunaan garam dan gula yang berlebihan semasa
menyediakan makanan; dan
9. dilarang makanan ringan/junk food di PAPN.



PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |


17
PENYEDIAN SUSU
Pembersihan
botol/cawan
Pendidik/Pengasuh/PPM
1. mencuci dan mengelap tangan dengan
tuala bersih.
2. memastikan perkara berikut:-
- asingkan komponen-komponen
botol seperti putting, penutup dan
botol.
- cuci botol/cawan sejurus selepas
minum dengan berus yang sesuai
dan bilas dengan air sehingga
bersih.
- masak air dalam periuk yang sesuai
sehingga mendidih dan matikan api.
- segera masukkan botol/cawan
dalam periuk dan rendam dalam
beberapa saat. angkat botol/cawan
menggunakan penyepit.
- keluarkan botol/cawan dan simpan
di dalam bekas kedap udara yang
bersih/peti sejuk.

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |


18
Nota: Digalakkan penggunaan
larutan air garam untuk
membersihkan puting.
Cara Menyimpan
Botol Susu
1. Selepas dibersihkan, botol dan cawan
dimasukkan ke dalam peti sejuk/bekas
bertutup untuk mengelakkan jangkitan
bakteria.
2. Botol dan cawan boleh terus digunakan
selepas dikeluarkan dari peti sejuk/bekas
bertutup.
Penyedian susu
Pendidik/Pengasuh/PPM:
- mencuci dan mengelap tangan dengan
tuala bersih sebelum menyediakan
susu.;
- sediakan air suam. Memasukkan air
suam ke dalam botol/cawan mengikut
sukatan.
- Masukkan susu mengikut sukatan.
- Goncang botol susu secara perlahan-
lahan kiri dan ke kanan tanpa
memegang puting susu sebaiknya guna
penutup botol supaya susu tidak
meleleh atau memancut keluar.

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |


19
Goncang/kacau susu sehingga sebati..
Nota: Susu yang telah dibancuh dan
diletakkan dam suhu bilik lebih daripada
satu jam adalah tidak digalakkan untuk
diminum kerana ia boleh merangsang
pertumbuhan bakteria. Oleh itu, jangka
masa penyediaan susu adalah 30 minit
sebelum waktu minum susu.
Minum susu
Pendidik/Pengasuh/PPM perlu:
1. membawa kanak-kanak ke tempat
makan/tempat minum susu yang sesuai;
2. menggalakkan kanak-kanak minum
sehingga habis dan meletakkan
botol/cawan ke dalam bekas yang
disediakan; dan











PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |


20
KEBERSIHAN DIRI

Kebersihan Diri Kanak-kanak
Pendidik/Pembantu Pusat /PPM
1. memastikan kanak-kanak mempunyai peralatan kebersihan diri seperti sikat,
sabun mandi, syampu, tuala, ubat gigi dan berus gigi.
2. Pendidik/Pembantu Pusat perlu memastikan kebersihan kuku, rambut, telinga,
gigi dan hidung kanak-kanak.
3. Pendidik/Pembantu Pusat menukar pakaian kanak-kanak sekurang-kurangnya
tiga kali sehari iaitu:
- selepas main luar/
- selepas makan
- Selepas mandi petang
4. perlu menukar lampin kanak-kanak sekurang-kurangya tiga kali atau lebih
mengikut keperluan.
5. memastikan kanak-kanak memakai apron ketika membuat aktiviti seni dan
bermain air.
6. memastikan kanak-kanak mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari.

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |


21
7. memastikan kanak-kanak memberus gigi dua kali sehari iaitu selepas sarapan dan
makan tengahari.
8. memastikan kanak-kanak berkumur-kumur setiap kali selepas minum susu,
makan buah dan minum petang
Latihan Ke Tandas
Tanda-Tanda Kesediaan Kanak-Kanak Untuk Latihan Ke Tandas
1. Dapat memberitahu atau menunjukkan tanda-tanda tertentu (bahasa
badan) bila terasa hendak membuang air kecil atau air besar. Contohnya
merengek, memegang bahagian sulit, melompat/menjengket seperti
menahan sesuatu, muka menjadi merah atau seperti hendak meneran.
2. Lampin pakai buang kekal kering selepas beberapa jam atau masih
kering selepas kanak-kanak terjaga daripada tidur.
3. Kanak-kanak akan mula membuang air kecil dalam kuantiti yang
banyak.
4. Pembuangan air besar yang teratur. Misalnya, membuang air besar pada
waktu pagi atau setiap kali selepas makan.
Latihan Awal ke Tandas
Pendidik/Pembantu Pusat hendaklah:
1. Membaca buku atau bercerita kepada kanak-kanak tersebut kenapa
mereka perlu ke tandas.
2. Memberi contoh atau melihat kanak-kanak lain yang seusia dengannya

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |


22
membuang air besar dan air kecil di tandas.
3. Menyediakan tandas atau potty yang bersesuaian dengan usia kanak-kanak.
4. Menentukan bahasa yang akan digunakan oleh kanak-kanak untuk ke
tandas dan kekalkan penggunaan bahasa ini.
5. Memastikan kanak-kanak tersebut dapat membezakan antara keinginan
membuang air besar atau membuang air kecil.
6. Sentiasa memberi galakan dan pujian kepada kanak-kanak setelah mereka
berjaya melakukan latihan ke tandas.
7. Tidak menghukum atau mengkritik kanak-kanak tersebut apabila mereka
melakukan kesalahan semasa latihan ke tandas.
8. Memberitahu kanak-kanak tersebut tentang kepentingan menjaga
kebersihan semasa dan selepas latihan ke tandas seperti membasuh anggota
sulit dan membasuh tangan.
9. Memberi pujian kepada kanak-kanak tersebut kerana tingkahlaku positif
yang telah ditunjukkannya.
Latihan Menggunakan Tandas Sebelum Kanak-Kanak Menunjukkan
Isyarat Bersedia
1. Kanak-kanak boleh mengikut arahan-arahan mudah yang diberikan.
2. Kanak-kanak sudah boleh berjalan dengan baik dan stabil, supaya
mereka berjalan ke tandas apabila mereka ingin membuang air besar
atau air kecil.
3. Kanak-kanak boleh menanggalkan pakaian/seluar sendiri. Seeloknya
kanak-kanak pada tahap ini diberi pakaian yang mudah untuk
ditanggal dan dipakai semula.

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |


23
4. Melatih kanak-kanak bahawa setiap kali setelah membuang air kecil
dan besar, mereka mesti membersihkan bahagian tersebut.
5. Bagi menggalakkan kanak-kanak membuang air kecil atau air besar,
Pendidik/Pembantu Pusat boleh mendudukkan kanak-kanak seketika
di tandas.
6. Tidak memaksa kanak-kanak jika mereka enggan mengunakan tandas
atau membuang air. Biarkan sehingga mereka bersedia untuk mencuba
lagi.
7. Jika seminggu berlalu tanpa sebarang kejayaan, tangguhkannya dan
cuba lagi beberapa minggu kemudian. Ingat bahawa ia bukan satu
pertandingan atau satu ujian.
8. Boleh memberi hadiah dan pujian sebagai ganjaran sepanjang masa
sehingga mereka boleh melakukannya sendiri.
9. Elakkan melakukan latihan ke tandas pada masa yang tidak sesuai,
seperti waktu aktiviti sedang dijalankan
Memulakan Latihan ke Tandas Apabila Kanak-kanak Telah
Menunjukkan Isyarat Bersedia
1. Hentikan penggunaan lampin dan memakaikan kanak-kanak seluar dalam.
Gunakan lampin hanya semasa tidur.
2. Pakaikan kanak-kanak dengan baju yang sesuai. Sebagai contoh seluar trek
tanpa butang dan zip. Minta kerjasama ibu bapa untuk membekalkan
pakaian yang sesuai.
3. Ingatkan/tanyakan kanak-kanak dari masa ke semasa dan pada waktu-
waktu yang tetap sepanjang hari samaada mereka mahu pergi ke tandas.
4. Pastikan kanak-kanak tidak berada terlalu lama di dalam tandas.

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |


24
5. Apabila latihan ke tandas telah dilakukan, Pendidik/Pengasuh/PPM perlu
membersihkan kanak-kanak selepas mereka ke tandas.
6. Galakkan mereka mencuci tangan setiap kali selepas mereka pergi ke
tandas dan gunakan sabun yang sesuai.


4. REHAT DAN TIDUR
REHAT DAN TIDUR
Sebelum Tidur
Pendidik/Pengasuh/PPM ;
1. asingkan kanak-kanak mengikut jantina dan
umur;
2. memastikan kanak-kanak berpakaian yang
bersih dan selesa;
3. kanak-kanak digalakkan untuk membantu
menyiapkan sendiri tempat tidur mereka dengan
bimbingan pendidik/pengasuh/ppm;
4. kanak-kanak membaca doa tidur sambil
dibimbing oleh pendidik/pengasuh/ppm bagi
kanak-kanak muslim;
5. boleh memperdengarkan alunan zikir/muzik
yang menenangkan atau membacakan buku
cerita (bedtime story) ;

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |


25
REHAT DAN TIDUR
6. pastikan kanak-kanak berbaring di kot/tilam
masing-masing
7. gunakan selimut, jika perlu. (bergantung kepada
suhu bilik TASKA);

Semasa Tidur
Pendidik/Pengasuh/PPM ;
1. padamkan lampu dan tutupkan langsir supaya
suasana bilik tidak terlalu terang;
2. mengawasi kanak-kanak yang sedang tidur;
3. bagi kanak-kanak yang belum tertidur, pastikan
mereka berbaring dan berehat di tempatnya;
4. sekiranya mereka masih enggan tidur selepas
setengah jam, asingkan mereka, berikan aktiviti
yang senyap dan tidak mengganggu rakan lain
yang sedang tidur;

Bangun Tidur
1. Kanak-kanak membaca doa selepas bangun
tidur.
2. Kanak-kanak digalakkan mengemas tempat
tidur masing-masing dan membantu rakan.

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |


26
REHAT DAN TIDUR
Pendidik/Pengasuh/PPM membimbing dan
membantu mereka, jika perlu.
3. Kanak-kanak bersedia untuk mandi atau
membersihkan diri.
Nota: Kanak-kanak tidak dibenarkan menghisap susu semasa tidur.
Sekiranya mereka minum susu botol pastikan susu tersebut telah
habis dan tidak terus dihisap semasa tidur.




















PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |


27
B. AKTIVITI KANAK-KANAK

1. CI RCLE TI ME

Circle time boleh dilakukan dalam kumpulan besar atau
kumpulan kecil mengikut umur kanak-kanak
Kumpulan
Besar
(perhimpunan)
Pendidik/Pengasuh/PPM
1. Mengumpulkan kanak-kanak semua
peringkat umur di ruang yang besar.
2. Memastikan kanak-kanak berada di dalam
keadaan selesa dan bersedia.
3. Memberi salam dan bertanya khabar
dengan ceria dan mesra.
4. Membaca doa diikuti nyanyian
negaraku/lagu PERMATA dan ikrar.
Boleh juga membuat pergerakan/
senaman ringkas bagi menarik minat
kanak-kanak.

Kumpulan
Kecil
1. Kanak-kanak dibahagikan kepada
kumpulan umur atau bilik masing-masing.
2. Berbual dan bersoal jawab tentang

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |


28
keadaan cuaca, kalendar, kedatangan dan
sebagainya.
3. Menggunakan kreativiti masing-masing
ketika mengendalikan perbualan awal.
Boleh juga mulakan dengan rhymes,
pergerakan ringkas.
4. Kanak-kanak digalakkan bercakap,
berbual dan bertanya soalan semasa sesi
perbualan awal.















PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |


29
2. NATURE WALK

Pendidik/Pengasuh/PPM
1. mempastikan bilangan kanak-kanak yang turut serta dalam
aktiviti nature walk.
2. Memastikan kanak-kanak memakai kasut dan beratur mengikut
kumpulan umur.
3. Kanak-kanak diberitahu apa yang hendak dilihat dan dilakukan
semasa aktiviti.
4. menerangkan peraturan keselamatan kepada kanak-kanak.
Contohnya memberitahu kanak-kanak supaya tidak menyentuh pokok
yang berduri dan beracun serta tidak mendekati dan menyentuh
haiwan yang berkeliaran di persekitaran seperti anjing, kambing dan
sebagainya tanpa pengawasan.
5. Membawa plastik, kanta, bakul bagi kegunaan aktiviti dan bekas
mengisi specimen yang dikutip oleh kanak-kanak.
6. Memastikan kanak-kanak bergerak dalam kumpulan, mereka
digalakkan memegang tali.
7. Mengingatkan kanak-kanak supaya berjalan dilaluan tepi jalan
dan bukannya di tengah jalan. Jika melintas jalan, minta kanak-kanak
pandang ke kiri kemudian ke kanan dan ke kiri semula sebelum

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |


30

melintas
8. Memerhati kanak-kanak terutama ketika kanak-kanak mengambil,
menyentuh dan memegang sesuatu objek.
9. Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka sendiri tetapi
di bawah pengawasan Pendidik/Pengasuh/PPM.
10. Memberi penerangan dan menjawab sebarang pertanyaan dari kanak-
kanak sepanjang aktiviti tersebut.
11. Digalakkan merakam aksi dan peristiwa yang berlaku sepanjang
aktiviti dijalankan dengan Kamera atau video camera.
12. Menggalakkan kanak-kanak mengambil bahan yang menarik minat
mereka untuk dijadikan bahan perbincangan di TASKA.
13. Setelah selesai aktiviti, kumpulkan kanak-kanak dalam kumpulan dan
pastikan bilangan mereka mencukupi.
14. Setelah tiba di PAPN/TASKA, pastikan kanak-kanak mencuci kaki
dan tangan di pili luar dan kumpulkan bahan yang mereka ambil
semasa nature walk
15. Minta kanak-kanak menyusun kasut di rak.
16. Berikan kanak-kanak masa untuk berehat dan minum air.


PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |


31







3. SENI DAN KRAF

MENGECAT
Sebelum
Pendidik/Pengasuh/PPM
1. Sediakan ruang yang sesuai dan pastikan ia
berdekatan dengan sinki/paip bagi memudahkan
pembersihan dan pencucian alatan selepas
aktiviti.
2. Sediakan alatan untuk mengecat seperti berus
lukisan, warna air, bekas membancuh warna dan
kain lap.

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |


32
3. Ppastikan meja/lantai dilapik dengan kertas
surat khabar/plastik.
4. Pastikan kanak-kanak memakai apron/baju
lama/kemeja T terpakai supaya baju mereka
tidak kotor.
5. Beri peluang kanak-kanak besar memakai apron
sendiri atau membantu rakan mereka. Bantu
kanak-kanak yang kecil untuk memakai apro
atau baju lama.
Semasa
Pendidik/Pengasuh/PPM:
1. Memperkenalkan alatan dan bahan yang akan
digunakan.
2. Menerangkan teknik dan cara mengecat yang
dipilih pada hari tersebut. Contoh: lukisan span,
lukisan kanji, straw, ranting dan lukisan jari.
3. Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk
mencuba bahan-bahan yang disediakan.
4. Memastikan bahan mencukupi berdasarkan
bilangan kanak-kanak.
5. Memastikan aktiviti dijalankan dalam kumpulan
kecil (tidak melebihi 5 orang kanak-kanak).
6. Menggalakkan kanak-kanak untuk meneruskan

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |


33
aktiviti sekiranya kanak-kanak menamatkan
aktiviti terlalu cepat dan tidak lengkap,
7. Berikan pujian kepada kanak-kanak yang berjaya
menyiapkan kerja mereka.
8. Bersedia untuk menambah warna yang habis atau
peralatan yang diperlukan.
9. Galakkan kanak-kanak bersama-sama
membersihkan bahan yang tertumpah.

Selepas
Pendidik/Pengasuh/PPM
1. Memastikan kanak-kanak membawa hasil kerja
ke tempat pengeringan.
2. Bersama kanak-kanak mengemas peralatan yang
digunakan. Kanak-kanak diminta menyimpan
semula alatan mengecat seperti warna air
manakala berus lukisan, bekas membancuh
warna, kain lap yang telah digunakan diletakkan
ke dalam sinki.
3. Mmemastikan semua peralatan yang telah
diguna dibersihkan dengan sempurna.
4. Memastikan kanak-kanak mencuci tangan,
membuka apron dan menjemur apron yang

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |


34
telah digunakan.




MENGGUNTING DAN MENAMPAL
Sebelum Pendidik/Pengasuh/PPM
1. menyediakan peralatan seperti gunting, gam,
kertas dan tuala lembap (untuk mengelap
tangan).
2. sediakan gunting khas untuk kanak-kanak yang
kidal (jika ada).

Semasa Pendidik/Pengasuh/PPM
1. memperkenalkan alatan dan bahan yang akan

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |


35
digunakan.
2. menunjukkan cara memegang gunting yang
betul. pastikan arah guntingan tidak ke arah
badan kanak-kanak atau kawan.
3. memberi bimbingan kepada kanak-kanak yang
belum mahir menggunakan gunting dan
menggalakkan kanak-kanak yang tidak mahu
mencuba/tidak berkeyakinan dalam aktiviti
menggunting.
4. minta kanak-kanak mengelap tangan
menggunakan tuala lembap dari semasa ke
semasa apabila menggunakan gam. pastikan
mereka tidak menglap pada pakaian mereka.
5. memberi galakan kepada kanak-kanak untuk
mencuba semua alatan dan bahan yang
disediakan.
Selepas Pendidik/Pengasuh/PPM
1. memastikan kanak-kanak membawa hasil kerja
ke tempat pengeringan.
2. mengemas dan membersihkan meja /ruang yang
digunakan. bersama kanak-kanak
3. bersama kanak-kanak mencuci alatan yang telah
digunakan.

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |


36
4. memastikan kanak-kanak mencuci tangan,
membuka apron dan menjemur apron yang
telah digunakan.`
Nota:
Pendidik/Pengasuh/PPM
- mengingatkan kanak-kanak supaya menggunting di atas
lantai/meja dan bukan di atas peha.
- memastikan gunting tidak disalahgunakan seperti
menggunting rambut, baju atau menjadi bahan mainan.
- Ketika menyerahkan gunting kepada kanak-kanak, arahkan
pemegang gunting kepada mereka.
- mengingatkan kanak-kanak tidak bergurau apabila
menggunakan gunting.
- perlu menyediakan kuantiti gam yang mencukupi bagi aktiviti
menampal.
- memastikan kanak-kanak tidak menggunakan gam
berlebihan.
- memastikan kanak-kanak tidak memasukkan gam ke dalam
mulut
.

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |


37
4. BERMAIN BEBAS (FREE PLAY)


Pendidik/Pengasuh/PPM
1. menyediakan beberapa jenis alat mainan pilihan di ruang yang
ditetapkan.
2. mengasingkan kanak-kanak mengikut umur.
3. pastikan alat mainan mencukupi mengikuti bilangan kanak-kanak
dan bersesuaian dengan umur mereka.
4. pastikan alat mainan lengkap (puzzle mencukupi bilangan), berada
dalam keadaan yang baik (bersih, tidak pecah dan tidak rosak) .
5. galakkan kanak-kanak untuk memilih dan mencuba alat mainan
yang digemari.
6. memastikan kanak-kanak besar belajar untuk berkongsi/bergilir-
gilir.
7. bermain bersama dan berinteraksi bersama kanak-kanak.
8. beri pujian apabila mereka melakukan sesuatu yang baru dan
berjaya mencuba.
9. bersama kanak-kanak mengemas semula dan meletakkan alat

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |


38
permainan ke tempat asal setelah selesai bermain













PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |


39
C. PERMAINAN LUAR/PADANG
Pendidik/Pengasuh/PPM:
1. Menyediakan alat permainan yang diperlukan dan memastikan
alatan mencukupi untuk aktiviti yang dirancangkan.
2. Memastikan kanak-kanak beratur dan bersedia sebelum keluar
dari bangunan.
3. Kanak-kanak memakai kasut/selipar masing-masing setiap kali
bermain di luar bangunan.
4. Menunjukkan cara bermain dan menggunakan peralatan
permainan dengan betul.
5. Perlu terlibat dan bermain sama setiap kali kanak-kanak bermain.
6. Memerhati dan mengawasi kanak-kanak semasa bermain bagi
memastikan keselamatan mereka.
7. Mengawasi tindak tanduk kanak-kanak yang mungkin boleh
membahayakan diri dan rakan-rakan mereka.
8. Perlu bertindak segera jika berlaku kemalangan atau kecederaan.
9. Galakkan kanak-kanak mengemas/menyimpan alat permainan
dan membersihkan kawasan tempat bermain.
10. Kanak-kanak diminta mencuci tangan dan kaki selepas bermain.
11. Kanak-kanak diminta beratur untuk masuk ke dalam bangunan.







PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |


40

1. MAIN AIR

Sebelum Bermain
Pendidik/Pengasuh/PPM :
1. Sebelum bermain air, pastikan tempat bermain
air bersih dan selamat daripada benda-benda
merbahaya.
2. Sediakan pakaian ganti untuk digunakan
selepas bermain air.
3. memastikan kanak-kanak memakai pakaian yang
sesuai untuk bermain air.
4. Minta kanak-kanak membawa tuala masing-
masing ke luar dan menyidaikannya di penyidai.
5. Menyediakan baldi/bekas untuk diisi pakaian
kotor/basah kanak-kanak kecil (1-2 tahun)
selepas bermain.
6. Memastikan peralatan permainan mencukupi
dan jumlah kanak-kanak bersesuaian dengan
ruang bermain air.
7. Galakkan kanak-kanak mengambil alatan
permainan air (span, botol, kosong, bahan

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |


41

mainan tenggelam dan timbul) dari bekas yang
disediakan.
Semasa
Pendidik/Pengasuh/PPM :
1. bermain sama dengankanak-kanak sambil
mengawasi keselamatan kanak-kanak;
2. membantu kanak-kanak memahami konsep
pembelajaran bermain air;
3. sentiasa memberi rangsangan, cadangan dan
soalan yang berkaitan dengan apa yang sedang
dilakukan. Contoh: apa yang terjadi bila kita
masukkan batu ke dalam air? Jika kanak-kanak
jawab tenggelam, kita tanya kenapa?;
4. memastikan kanak-kanak tidak meminum air
kolam atau air yang mereka main
5. memastikan dan menggalakkan kanak-kanak
berkongsi alat mainan pasir.
6. memastikan kanak-kanak menggunakan `water
features mengikut tertib dan peraturan yang
ditetapkan. contoh: gelongsor, water balancing,
dacing dan sebagainya.
7. memastikan kanak-kanak tidak tolak-menolak

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |


42

sesama sendiri, memanjat tebing dan terjun ke
dalam kolam. Mainan.


Selepas Bermain
Pendidik/Pengasuh/PPM;
1. bersama kanak-kanak menyimpan alatan
permainan water play di dalam bekas dan
tempat yang disediakan;
2. kanak-kanak menanggalkan pakaian dan
mandi yang telah basah;
3. galakkan kanak-kanak kecil (1-2 tahun)
memasukkan pakaian basah ke dalam
baldi/bekas yang disediakan;
4. kanak-kanak yang besar (3-4 tahun)
galakkan untuk menyidai pakaian basah di
penyidai yang telah disediakan;


PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |


43

Nota: Permainan air yang menggunakan bekas seperti besin dan water tray, kanak-
kanak hanya perlu memakai apron plastik.


PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |


44
2. MAIN PASIR

Sebelum bermain Pendidik/Pengasuh/PPM:
1. sebelum bermain pasir pendidik/pembantu
perlu memastikan tempat sand pit bersih dan
selamat untuk digunakan;
2. kanak-kanak menyediakan pakaian ganti
untuk digunakan selepas bermain pasir. bagi
kanak-kanak kecil, pendidik/pengasuh/ppm
menyediakan pakaian mereka;

3. pendidik/pengasuh/ppm memastikan kanak-
kanak memakai pakaian yang sesuai untuk
bermain pasir;

4. minta kanak-kanak membawa tuala dan
plastik bagi mengisi pakaian kotor masing-
masing ke luar dan menyidaikannya di
penyidai;
5. menyediakan baldi/bekas air untuk kanak-
kanak mencuci tangan dan kaki selepas
bermain (sekiranya tiada paip air di luar atau
berdekatan dengan tempat main pasir);


PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |


45

6. Pendidik perlu pastikan alatan permainan
sand play mencukupi untuk semua kanak-
kanak;

7. Pendidik boleh menuang air ke dalam sand
pit untuk mempelbagaikan aktiviti bermain
pasir; dan
8. Minta kanak-kanak mengambil alatan
permainan sand play di dalam bekas yang
disediakan.

Semasa Bermain Pendidik/Pengasuh/PPM:
1. perlu bermain bersama kanak-kanak.
2. sentiasa memberi rangsangan, cadangan dan
soalan yang berkaitan dengan apa yang
sedang dilakukan. Contohnya: Bagaimana
kita nak bina istana lebih tinggi.
3. memastikan kanak-kanak:
i. tidak membaling pasir ke arah
kawan;

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |


46


ii. tidak membawa pasir keluar dari
sand pit; dan
iii. tidak memasukkan pasir ke dalam
rongga seperti mulut, hidung dan
telinga
4. Menggalakkan kanak-kanak untuk berkongsi
alat mainan.

Selepas Bermain
Pendidik/Pengasuh/PPM :
1. galakkan kanak-kanak membersihkan
alatan dan mencucinya.
2. minta kanak-kanak menyimpan semula alatan
permainan pasir di dalam bekas yang telah
disediakan.
3. galakkan kanak-kanak membasuh tangan
dan kaki menggunakan sabun.
4. Minta kanak-kanak menanggalkan pakaian
dan mandi jika perlu.

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |


47

5. memasukkan pakaian kotor kedalam plastik
yang disediakan.
.
Nota:
- Kanak-kanak yang berkudis, alahan, luka, demam
tidak dibenarkan bermain pasir.
- Bagi kanak-kanak yang agak kotor semasa bermain,
mandikan mereka selepas bermain pasir.









PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |


48
Buaian
Pendidik/Pengasuh/PPM:
1. perlu memastikan keadaan fizikal alat permainan
tersebut adalah selamat untuk digunakan
2. satu buaian hanya diperuntukkan untuk seorang kanak-
kanak.
3. memastikan kanak-kanak tidak menghayun buaian terlalu
laju.
4. kanak-kanak tidak dibenarkan berada di depan atau di
belakang buaian ketika kanak-kanak lain sedang bermain
buaian.
5. memastikan kanak-kanak memegang tali/besi pemegang
semasa menghayun buaian.
6. sentiasa mengawasi kanak-kanak ketika mereka sedang
bermain.
7. galakkan memberi peluang bermain kepada semua
kanak-kanak dengan cara membuat giliran.
Jongkang-Jongkit
Pendidik/Pengasuh/PPM:
1. perlu memastikan keadaan fizikal alat permainan

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |


49
tersebut adalah bersih dan selamat untuk digunakan;
2. bilangan kanak-kanak seimbang atau sama di kedua-dua
belah;
3. kanak-kanak memegang besi pemegang dengan kuat;
4. kanak-kanak tidak turun dengan serta merta, bagi
mengelakkan rakan mereka yang berada di hujung jatuh;
dan
5. kanak-kanak tidak memanjat atau duduk di tengah
jongkang jongkit.
Gelongsor
Pendidik/Pengasuh/PPM:
1. perlu memastikan keadaan fizikal alat permainan
tersebut adalah bersih dan selamat untuk digunakan;
2. kanak-kanak naik ikut tangga dan turun ikut papan
gelongsor. Jangan sekali-kali membenarkan mereka naik
mengikut bahagian hadapan gelongsor;
3. kanak-kanak tidak berada di hadapan papan gelongsor
sebelum kanak-kanak menggelongsor turun bagi
mengelakkan kemalangan;
4. dalam satu-satu masa tidak lebih daripada tiga orang
bermain dan berdiri di atas papan gelongsor bagi
mengelakkan kanak-kanak tolak menolak; dan

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |


50
5. sentiasa mengawasi dan memberi bimbingan sekiranya
kanak-kanak tidak mematuhi peraturan.
Pondok
Pendidik/Pengasuh/ PPM
1. memastikan keadaan pondok adalah selamat, bersih
dan baik untuk digunakan;
2. memastikan kanak-kanak menanggalkan kasut
sebelum masuk ke dalam pondok;
3. perlu memastikan keselamatan kanak-kanak iaitu
tidak menolak satu sama lain semasa menaiki tangga
pondok;
4. Pastikan bilangan kanak-kanak yang berada di dalam
pondok adalah sesuai dengan keluasan pondok
tersebut;
5. menggalakkan kanak-kanak membuka tingkap
pondok semasa bermain untuk mendapat pengaliran
udara yang baik dan sihat;
6. perlu mengawasi kanak-kanak ketika mereka
bermain di dalam pondok tersebut;
7. perlu terlibat sama setiap kali kanak-kanak bermain;
8. Selepas bermain, galakkan kanak-kanak mengemas

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |


51
semula permainan yang telah digunakan dan
membersihkan pondok permainan tersebut;
9. perlu memastikan pintu dan tingkap pondok ditutup
rapat setelah selesai bermain bersama kanak-kanak.
Terowong
Pendidik/ Penagsuh/PPM:
1. memastikan keadaan terowong adalah selamat, bersih
dan baik untuk digunakan;
2. menunjukkan cara-cara untuk bermain kepada kanak-
kanak sebelum membenarkan mereka bermain;
3. memberi peluang kepada setiap kanak-kanak bermain
di dalam terowong secara bergilir-gilir;
4. perlu pastikan keluar dan masuk terowong satu hala
bagi mengelakkan sebarang pelanggaran kanak-
kanak semasa bermain;
5. perlu mengawasi kanak-kanak dan memberi
bimbingan sekiranya kanak-kanak tidak mematuhi
peraturan ketika sedang bermain; dan
6. sekiranya terowong tersebut kecil, minta kanak-
kanak membongkokkan badan atau merangkak
semasa bermain dalam terowong tersebut.


PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |


52
Jambatan Gantung
Pendidik/ Penagsuh/PPM:
1. memastikan keadaan terowong adalah selamat dan
baik untuk digunakan;
2. menggalakkan kanak-kanak beratur semasa hendak
berjalan di atas jambatan tersebut;
3. pastikan dalam satu-satu masa tidak lebih daripada
tiga orang bermain dan berdiri di atas jambatan bagi
mengelakkan kanak-kanak tolak menolak ;
4. sentiasa mengawasi dan memberikan bimbingan
sekiranya kanak-kanak tidak mematuhi peraturan;
5. memastikan kanak-kanak memegang tali pemegang
semasa berjalan di atas jambatan.
6. memastikan kanak-kanak tidak berhayun semasa
berada di atas jambatan; dan
7. pimpin kanak-kanak kecil (1-2 tahun) untuk
mengelakkan kaki kanak-kanak tidak tersangkut di
antara celahan papan.




PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |


53
Tayar
1. Tayar perlulah ditanam separuh atau diisi dengan
pasir untuk mengelakkan penakungan air dan
pembiakan nyamuk aedes di dalam tayar;
2. pendidik / ppm perlu memastikan tayar berada dalam
keadaan yang bersih dan selamat untuk digunakan;
3. pendidik / ppm menggalakkan kanak-kanak berbaris
dan menunggu giliran masing-masing semasa hendak
bermain untuk mengelakkan kanak-kanak
bertolakkan atau terjatuh.; dan
4. sentiasa mengawasi dan memberi bimbingan
sekiranya kanak-kanak tidak mematuhi peraturan.

Maze
Pendidik/ Penagsuh/PPM:
1. perlu memeriksa kawasan Maze selamat untuk
digunakan sebelum membawa kanak-kanak ke
kawasan tersebut;
2. kanak-kanak digalakkan untuk berbaris semasa
hendak bermain di dalam maze tersebut;
3. pendidik / ppm boleh mengetuai barisan kanak-kanak

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |


54
semasa bermain di dalam maze tersebut;
4. sentiasa mengawasi kanak-kanak ketika mereka
sedang bermain;
5. pastikan pokok-pokok yang membentuk maze
tersebut sentiasa rendah mengikut paras ketinggian
kanak-kanak.;

Climbing Wall
Pendidik / Pengasuh/PPM
1. memastikan bilangan kanak-kanak yang memanjat
dinding adalah bersesuaian dengan keluasan dinding
tersebut;
2. bimbing kanak-kanak untuk memegang dan memijak
batu dengan betul dan tegap supaya tidak terlepas;
3. sentiasa memerhati dan mengawasi kanak-kanak
semasa bermain bagi memastikan keselamatan
mereka.

Basikal
Pendidik / Pengasuh/PPM
1. memastikan basikal tersebut adalah selamat untuk

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |


55
digunakan oleh kanak-kanak;
2. perlu memastikan basikal adalah bersesuaian dengan
saiz kanak-kanak;
3. menggalakkan kanak-kanak menunggu giliran dan
memberi peluang kepada setiap kanak-kanak bermain
basikal;
4. perlu sentiasa mengawasi dan memberi bimbingan
kepada kanak-kanak ketika bermain; dan
5. Selepas bermain, pastikan basikal disimpan semula di
stor penyimpanan.








PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |


56

D. TRANSISI
Transisi adalah waktu peralihan di antara satu aktiviti dengan aktiviti
yang lain. Transisi perlu diurus dengan baik bagi mengelakkan
berlakunya keadaan kelam kabut seperti kesesakan ruang, membuat
kanak-kanak kebingungan dan menyebabkan kanak-kanak menunggu
terlalu lama tanpa aktiviti pada waktu peralihan. Waktu peralihan juga
digunakan oleh sebahagian kanak-kanak untuk mengemas dan
menamatkan aktiviti lukisan atau kraf sementara kanak-kanak yang
lain bersedia untuk menjalankan aktiviti seterusnya.

TRANSISI
Waktu
Transisi
1. Antara waktu ketibaan dan sarapan.
2. Antara waktu sarapan dengan waktu bermain
permainan luar.
3. Antara waktu bermain permainan luar dengan
waktu makan buah.
4. Antara waktu makan buah dengan aktiviti
PERMATA.
5. Antara waktu makan tengahari dengan waktu
tidur.
6. Antara waktu mandi dengan minum petang.

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |


57
TRANSISI
7. Antara waktu minum petang dengan bercerita.
8. Antara waktu bercerita dengan waktu balik
Cadangan
Mengurus
Transisi
1. Untuk menarik perhatian kanak-kanak,
Pendidik/Pembantu Pusat boleh menggunakan
kombinasi cadangan berikut:
- Pendidik/Pembantu Pusat
menggunakan alatan yang berbunyi
seperti triangle, kastenet dan drum.
- Pendidik/Pembantu Pusat
menggunakan suara yang menarik
yang berirama seperti lalalala,
hehehehe , bertepuk tangan dan
kanak-kanak meniru bunyi tersebut.
- Pendidik/Pembantu Pusat membilang
nombor satu.dua.tiga.dan
seterusnya.
2. Pendidik/Pembantu Pusat juga boleh
menggunakan kombinasi aktiviti berikut:-
- Pendidik/Pembantu Pusat membawa
kanak-kanak ke sudut bacaan.

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |


58
TRANSISI
- Pendidik/Pembantu Pusat
membacakan buku cerita.
- Pendidik/Pembantu Pusat
menyediakan alat mainan seperti blok,
puzzle atau mainan manipulatif.
- Pendidik/Pembantu Pusat memasang
vcd yang berunsur cerita kanak-kanak.











PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |


59
E. KESELAMATAN
Keselamatan merupakan faktor penting yang perlu diberi perhatian
oleh setiap pendidik di PAPN dan di TASKA. Kanak-kanak kecil
mudah terdedah kepada pelbagai kemalangan dan kecederaan yang
memerlukan pengawasan rapi. Pendidik perlu memahami dan
mengenal pasti setiap keadaan yang mungkin menyebabkan bahaya
atau menjadi punca kemalangan.
Keselamatan Kanak-kanak
Ketika di Pintu
Utama/Pagar

Pendidik/Pengasuh/PPM perlu:
memastikan pintu pagar dan pintu utama
sentiasa berkunci dan kunci diletakkan di
tempat yang senang dicapai oleh
Pendidik/Pembantu Pusat; dan
memastikan kanak-kanak tidak memanjat dan
bermain berhampiran pintu pagar.
Ketika
Bermain

Pendidik/Pengasuh/PPM perlu:
3. memastikan kanak-kanak memakai pakaian
yang sesuai;
4. pastikan kanak-kanak sentiasa memakai
selipar/kasut masing-masing semasa aktiviti
luar;
5. memastikan alat-alat permainan yang

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |


60
Keselamatan Kanak-kanak
disediakan sesuai dengan tahap umur kanak-
kanak;
6. memastikan kanak-kanak tidak bermain di
tempat atau dengan benda/bahan yang
berbahaya (longkang, pokok berduri, kolam);
dan sentiasa terlibat sama
7. memerhati kanak-kanak dalam setiap
aktiviti yang dijalankan
Ketika di Bilik
Air

Pendidik/Pengasuh/PPM perlu:
1. memastikan lantai bilik air sentiasa
kering dan tiada air yang
bertakung (lantai atau baldi);
2. memastikan mangkuk tandas bersih dan
kering;
3. memastikan alat mandian kanak-kanak
diletakkan pada paras ketinggian
mereka;
4. memastikan bahan pencuci bilik air
diletakkan di tempat yang selamat
dan jauh dari kanak-kanak;
5. memastikan kanak-kanak tidak
menggunakan hot shower tanpa

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |


61
Keselamatan Kanak-kanak
pengawasan orang dewasa;
6. memastikan kanak-kanak tidak bermain
atau berlari di dalam bilik air; dan
7. memastikan kanak-kanak tidak berada
di bilik air tanpa pengawasan orang
dewasa.
Persekitaran
Dalaman
PAPN









1. Kanak-kanak tidak dibenarkan
masuk ke kawasan dapur, pejabat
dan stor.
2. Pendidik/Pengasuh/PPM
memastikan lantai di persekitaran
sentiasa bersih dan kering;
3. memastikan lantai dilap segera
sekiranya basah atau ada tumpahan
air;
4. menyediakan tong sampah yang
bertutup bagi melatih kanak-kanak
membuang sampah; dan
5. memastikan sampah sentiasa
dibuang (mengikut keperluan).


PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |


62
Keselamatan Kanak-kanak
Persekitaran
Luaran PAPN


Pendidik/Pengasuh/PPM
1. memastikan pintu pagar selalu ditutup;
2. memastikan permainan disimpan selepas
bermain;
3. memastikan semua alat permainan berada
dalam keadaan yang baik; dan
4. menyediakan tong sampah yang
mencukupi bagi melatih kanak-kanak
membuang sampah
Ketika Tidur Pendidik/Pengasuh/PPM
memastikan muka kanak-kanak tidak
ditutupi selimut.
Pastikan botol susu tidak di hisap/ dalam
mulut ketika kanak-kanak tidur.









PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |


63
F. KESIHATAN DAN PENYAKIT

KESIHATAN
Pendidik/Pengasuh/PPM
1. perlu sentiasa peka kepada kesihatan kanak-
kanak.
2. Pendidik/Pembantu Pusat memastikan kanak-
kanak mempunyai rekod kesihatan yang sentiasa
dikemas kini.
3. Pendidik/Pembantu Pusat perlu memerhati dan
memeriksa kanak-kanak semasa ketibaan.
4. Jika kanak-kanak mempunyai tanda-tanda sakit
biasa yang
5. tidak berjangkit, Pendidik/Pembantu Pusat boleh
mencadangkan kepada ibu bapa/penjaga supaya
membawa kanak-kanak ke klinik atau pulang.
6. Jika kanak-kanak sakit semasa di PAPN, kanak-
kanak perlu diasingkan dan Pendidik/Pembantu
Pusat perlu memaklumkan kepada ibu
bapa/penjaga dengan segera


PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |


64
PENYAKIT
Penyakit Berjangkit
Jika kanak-kanak mempunyai tanda-tanda penyakit berjangkit,
Pendidik/Pengasuh/PPM
1. perlu memaklumkan kepada ibu bapa/penjaga
supaya membawa kanak-kanak ke klinik atau
pulang.
2. Kanak-kanak hanya dibenarkan datang ke
PAPN apabila telah mendapat surat
pengesahan doktor yang bertauliah
mengatakan bahawa kanak-kanak tersebut
telah sembuh sepenuhnya.
3. Pendidik/Pembantu Pusat perlu menghubungi
pejabat kesihatan berdekatan sekiranya
terdapat wabak penyakit Tangan, Kaki dan
Mulut, SARS, Denggi dan Chikungunya.
4. Jika terdapat pengesahan bahawa terdapat
wabak penyakit di atas, Pendidik/Pembantu
Pusat perlu mengambil langkah pembersihan
segera ke keseluruhan PAPN terbabit.
5. Dapatkan khidmat nasihat daripada pejabat
kesihatan supaya langkah pengawalan dan

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |


65
pencegahan boleh diambil.
6. PAPN terbabit boleh ditutup sekiranya
mendapat arahan daripada Pejabat Kesihatan.
PENYAKIT ALAHAN
Pendidik/Pengasuh/PPM
1. perlu mengenal pasti alahan yang dihadapi oleh setiap
kanak-kanak di bawah jagaannya seperti yang tercatat
di dalam borang pendaftaran.
2. Jika alahan itu tidak dicatat atau dimaklumkan,
Pendidik/Pembantu Pusat perlu menghubungi ibu
bapa/penjaga kanak-kanak tersebut untuk mengetahui
punca dan jenis alahan.
3. Pendidik/Pembantu Pusat mesti sentiasa peka kepada
kesihatan dan alahan kanak-kanak.
4. Sekiranya berlaku alahan minor (ruam),
Pendidik/Pembantu Pusat boleh meletakkan ubat
yang diberikan oleh klinik atau yang disediakan
dengan izin ibu bapa/penjaga.
5. Sekiranya tanda-tanda alahan berterusan,
Pendidik/Pembantu Pusat segera menghubungi ibu
bapa/penjaga untuk membawa kanak-kanak pulang
atau ke klinik.

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |


66
6. Sekiranya ibu bapa/penjaga tidak dapat dihubungi,
Pendidik/Pembantu Pusat boleh membawa kanak-
kanak ke klinik berhampiran.










G. KECEDERAAN:

Kecederaan Ringan
i. Kecederaan Ringan
Pendidik/Pengasuh/PPM
1. Mengenalpasti kecederaan yang dialami dan
memberi rawatan yang sesuai.
2. Kanak-kanak direhatkan sehingga pulih dan
dipantau dari semasa ke semasa.
3. Mencatat di dalam buku rekod kecederaan kanak-
kanak.

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |


67
4. Memaklumlan kepada ibu bapa/penjaga semasa
pulang.
Kecederaan Berat
Pendidik/Pengasuh/PPM perlu;
1. mengenalpasti kecederaan yang dialami dan
memberi rawatan kecemasan awal.
2. boleh terus membawa kanak-kanak ke
klinik/hospital dan menghubungi ibu
bapa/penjaga semasa dalam perjalanan.
3. akan mencatat di dalam buku rekod kecederaan
kanak-kanak









PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |


68




H. BENCANA ALAM
Contoh bencana alam ialah jerebu yang mencatat tahap bahaya, banjir,
pemanasan global dan hujan ribut.
1. memberi penerangan mengenai bencana alam dan ciri-ciri
keselamatan.
2. memastikan kanak-kanak tidak bermain di luar PAPN.
3. mengubahsuai aktiviti luar kepada aktiviti dalam bangunan.
4. memastikan kanak-kanak memakai pakaian yang sesuai
(contohnya: baju sejuk).
5. perlu menghubungi pasukan penyelamat untuk memindahkan
kanak-kanak ke pusat pemindahan sementara dengan segera
sekiranya berlaku banjir kilat.
6. perlu menghubungi ibu bapa/penjaga kanak-kanak dengan
segera.
7. memastikan semua kanak-kanak dalam senarai kehadiran yang
hadir pada hari tersebut telah berada di kawasan berkumpul.
8. mententeramkan dan sentiasa mengawasi kanak-kanak sehingga
ibu bapa/penjaga datang mengambil mereka.

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |


69
I. KEBAKARAN

Langkah-langkah Pencegahan Kebakaran
Pendidik/Pengasuh/PPM perlu;
1. menjalankan latihan kebakaran dengan kanak-kanak sekurang-
kurangnya dua kali setahun.
2. jika terdapat tanda-tanda berlaku kebakaran, tiup wisel atau
loceng sebagai tanda amaran dan menghubungi pihak bomba
dengan segera.
3. kumpulkan kanak-kanak di kawasan lapang (assembly point) di
luar bangunan dan di kawasan yang selamat serta memeriksa
senarai kanak-kanak yang hadir pada hari tersebut.
4. memastikan semua kanak-kanak dalam senarai kehadiran yang
hadir pada hari tersebut telah berada di kawasan berkumpul.
5. bertenang dan cuba mengawal keadaan serta mengawasi kanak-
kanak.
6. tunggu arahan seterusnya daripada pihak Bomba dan
Penyelamat.




PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |


70
LATIHAN PENGOSONGAN BANGUNAN
Pendidik/Pengasuh/PPM :
1. perlu melakukan latihan kebakaran dengan kanak-kanak
sekurang-kurangnya dua kali setahun.
2. mempamerkan pelan bangunan dan laluan kecemasan seperti
kebakaran di tempat yang boleh dilihat oleh semua terutama ibu
bapa/penjaga.
3. meniup wisel atau loceng sebagai tanda amaran dan
menghubungi pihak Bomba dengan segera jika terdapat tanda-
tanda berlaku kebakaran.
4. kumpulkan kanak-kanak di kawasan lapang (assembly point) di
luar bangunan dan di kawasan yang selamat serta memeriksa
senarai kanak-kanak yang hadir pada hari tersebut.
5. tempoh masa yang diambil untuk mengosongkan bangunan
adalah kurang dari 10 minit. (Tempoh tersebut perlu dicatatkan
dalam buku).
6. bertenang dan cuba mengawal keadaan serta mengawasi kanak-
kanak.
7. memastikan semua kanak-kanak dalam rekod kehadiran yang
hadir pada hari tersebut telah berada di kawasan berkumpul.
8. menunggu arahan seterusnya daripada pihak Bomba dan
Penyelamat.







PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |


71
J. PENGURUSAN TINGKAHLAKU KANAK-KANAK

Pendidik/Pengasuh/PPM perlu;
1. mendapat latihan mengurus tingkahlaku kanak-
kanak.
2. memahami ciri-ciri tingkahlaku kanak-kanak.
3. apabila membuat sesuatu keputusan berkaitan
masalah tingkahlaku mestilah berasaskan kepada
beberapa pemerhatian yang telah dilakukan beserta
rekod yang sistematik.
4. mengenal pasti faktor-faktor yang menjadi punca
kepada sesuatu tingkahlaku yang dirasakan
bermasalah.
5. membuat perbincangan bersama ibubapa/penjaga
berkaitan tingkahlaku sebagai salah satu cara untuk
mencari penyelesaian.
6. mencadangkan kepada ibubapa/penjaga untuk
merujuk kepada pakar yang berkaitan dengan
tingkahlaku tersebut sekiranya terdapat tingkah laku
yang luar biasa pada kanak-kanak.



PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |


72
K. Kesimpulan
DAFTAR ISTILAH
PPM- Pembantu Pengurusan Murid
PAPN- Pusat Anak PERMATA Negara
PENYUNTING
Puan Nani bt Menon
Unit Latihan PERMATA UPM

PENGHARGAAN
Setinggitinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak
terhingga kepada semua Penyelia Perkembangan Anak PERMATA
Negara dan pendidik-pendidik PAPN yang telah menyediakan input bagi
menghasilkan Standard Operating Procedures (S.O.P) Pusat Anak
PERMATA Negara (PAPN) ini. Penghargaan ini ditujukan khas kepada
mentor-mentor di pusat-pusat anak PERMATA Negara:
Puan Nani Bt Menon
Penyelia Perkembangan Anak PERMATA
PAPN Pasir Mas Dan PAPN Putrajaya

Prof. Madya Dr. Rohani Bt Abdullah
Penyelia Perkembangan Anak PERMATA
PAPN Kota Samarahan

Puan Rosazizi Bt Abd Rahim
Penyelia Perkembangan Anak PERMATA

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |


73
PAPN Dungun

Datin Radziah Bt M. Daud
Penyelia Perkembangan Anak PERMATA
PAPN Tuaran

Puan Hajah Mahanom Bt Haji Basri
Penyelia Perkembangan Anak PERMATA
PAPN Subang Jaya

Puan Nor Aeshah Bt Haji Hamzah
Penyelia Perkembangan Anak PERMATA
PAPN Kepala Batas Dan PAPN Tambun Tulang

Puan Nor Faizah Bt Abdullah
Penyelia Perkembangan Anak PERMATA
PAPN Mempaga Dan PAPN Chini

Puan Audrey Lee Yoke Wah
Penyelia Perkembangan Anak PERMATA
PAPN Chembong dan PAPN Bukit Peringgit

Puan Norhayati Bt. Daud
Penyelia Perkembangan Anak PERMATA
PAPN Batu Pahat

Puan Norsheila Abdullah
Penyelia Perkembangan Anak PERMATA
PAPN Bercham

Puan Argayah Saad

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |


74

Dr Mastura Badzis

Semua Ketua Pendidik PAPN 2011
ISI KANDUNGAN M/S

PERKARA
FALSAFAH PERMATA 1
DAN KEISTIMEWAAN PROGRAM PERMATA

PENGENALAN 2

A. RUTIN

1. Waktu Ketibaan dan Pulang Kanak-kanak 3-4

2. Mandi dan Bersihkan Diri

i) Mandikan Bayi 5-7
ii) Kanak-kanak Mandi dan Bersihkan Diri 8-10
iii) Menggosok Gigi 11
iv) Menukar Lampin 12-13

3. Makan

i) Makan 14-15
ii) Pemakanan Sihat Untuk Kanak-kanak 16-17
iii) Penyediaan Susu 18-20

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |


75
iv) Kebersihan Diri 21-24

4. Rehat dan Tidur 25-27



B. AKTIVITI KANAK-KANAK

1. Circle Time 28-29

2. Nature Walk 30-31

3. Seni Kraf 32-34
i) Menggunting dan Menampal 35-37

4. Bermain Bebas (Free Play) 38-39

C. PERMAINAN LUAR/PADANG 40

1. Main Air 41-44

2. Main Pasir 45-48

3. Buaian, Jongkang-jongkit, Gelongsor, Pondok 49-56
Terowong, Jambatan Gantung, Tayar, Maze,
Climbing Wall dan Basikal

D. TRANSISI 57-59

E. KESELAMATAN 60-63


PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |


76




F. KESIHATAN DAN PENYAKIT

i) Kesihatan 64
ii) Penyakit Berjangkit 65
iii) Penyakit Alahan 66


G. KECEDERAAN

i) Kecederaan Ringan 67
ii) Kecederaan Berat 68

H. BENCANA ALAM 69

I. KEBAKARAN 70-71

J. PENGURUSAN TINGKAHLAKU KANAK-KANAK 72

K. KESIMPULAN 73-74

Anda mungkin juga menyukai