Anda di halaman 1dari 7

PENILAIAN PEMATUHAN

SP 1 : PENGURUSAN AKTIVITI RUTIN


PERMATA

STANDARD PEMATUHAN 1
PENGURUSAN AKTIVITI RUTIN PERMATA

1.1 MENYAMBUT KETIBAAN (ARRIVAL) YA TIDAK CATATAN


1.1.1 Kanak-kanak disambut dengan dengan senyuman
mesra.
1.1.2 Pendidik memberi salam/ucapan “Selamat Pagi” dan
bersalam dengan kanak-kanak.
1.1.3 Kanak-kanak menyusun selipar/kasut di rak.
1.1.4 Ibu bapa/penjaga merekod kedatangan kanak-kanak
dalam buku rekod kehadiran.
1.1.5 Pendidik bertanya khabar kanak-kanak, memeriksa
keadaan fizikal kanak-kanak dan merekodkan dalam
buku Log Anak PERMATA.

1.2 CIRCLE TIME / PERJUMPAAN PAGI YA TIDAK CATATAN


1.2.1 Pendidik mengumpulkan semua kanak-kanak mengikut
kumpulan umur dan duduk bersama-sama di ruang
utama.
1.2.2 Pendidik memastikan kanak-kanak selesa dan bersedia.
1.2.3 Permulaan: Pendidik memberi salam dan bertanya
khabar dengan ceria dan mesra, mengambil kedatangan
dan memanggil nama dengan penuh kasih sayang.
1.2.4 Pendidik memulakan dengan doa, diikuti dengan
nyanyian lagu NegaraKu, lagu Kebangsaan Negeri dan
lagu PERMATA. Pendidik dan kanak-kanak berdiri tegak
dan menyanyi dengan penuh bersemangat. (selepas itu
teruskan menyanyi lagu-lagu patriotik atau aktiviti
bercerita).
1.2.5 Kanak-kanak membaca ikrar (Rukun Negara).
1.2.6 Kanak-kanak melakukan aktiviti senaman/pergerakan
kreatif.
1.3 MAKAN DAN MINUM (PAGI/TENGAHARI/PETANG) YA TIDAK CATATAN

Sebelum Makan
1.1.1 Kanak-kanak beratur mengikut kumpulan dan mencuci
tangan.
1.1.2 Kanak-kanak duduk dengan selesa dan menunggu
makanan dihidangkan atau mengambil sendiri
makanan masing-masing.
1.1.3 Kanak-kanak membaca doa (bersama pendidik)
sebelum makan.
Semasa Makan YA TIDAK CATATAN
1.1.4 Kanak-kanak makan dengan sopan dan tertib (hanya
dibantu sekiranya perlu).
1.1.5 Pendidik menjadikan masa makan ceria dan gembira.
1.1.6 Pendidik menggalakkan kanak-kanak menghabiskan
makanan yang dihidangkan.
Selepas Makan YA TIDAK CATATAN
1.1.7 Kanak-kanak membersihkan tempat makan,
membasuh tangan, mulut dan mengelap tangan
dengan tuala.
1.1.8 Kanak-kanak membaca doa lepas makan setelah
semua kanak-kanak selesai makan
1.1.9 Kanak-kanak beredar ke ruang aktiviti bebas untuk
berehat selepas makan. Pendidik menunggu bersama
kanak-kanak.

1.4 MEMBASUH TANGAN YA TIDAK CATATAN

1.4.1 Pendidik memastikan kanak-kanak membasuh tangan


dengan betul, menggunakan sabun dan membilas
celah-celah jari dan tapak tangan.
1.4.2 Kanak-kanak mengelap tangan dengan tuala kecil
masing-masing.
1.4.3 Kanak-kanak diajar menjimatkan air dengan menutup
pili air.

1.5 MENGGOSOK GIGI YA TIDAK CATATAN


1.5.1 Pendidik memastikan kanak-kanak menggunakan ubat
gigi, memberus gigi, berkumur dan mencuci mulut
dengan betul, kemudian menyimpan berus gigi di
tempat asal.
1.5.2 Kanak-kanak mengelap mulut dan tangan dengan
tuala kecil masing-masing.

1.6 MANDI YA TIDAK CATATAN


1.6.1 Kanak-kanak yang sudah berdikari (3-4 tahun)

Sebelum Mandi
1.6.1.1 Kanak-kanak mengeluarkan pakaian ganti. Pendidik
membantu kanak-kanak yang masih perlu bantuan.
1.6.1.2 Kanak-kanak lelaki dan perempuan diasingkan
1.6.1.3 Kanak-kanak menanggalkan pakaian dan memakai
tuala dalam kumpulan kecil (2-3 orang), manakala
yang lain menjalankan aktiviti bebas sambil
menunggu giliran.
1.6.1.4 Kanak-kanak melipat dan memasukkan pakaian
kotor ke dalam beg pakaian kotor masing-masing.
1.6.1.5 Kanak-kanak bersedia untuk mandi dalam
kumpulan kecil (2-3 orang).
Semasa Mandi YA TIDAK CATATAN
1.6.1.6 Kanak-kanak digalakkan membuang air dan
mencuci bahagian sulit sebelum mandi.
1.6.1.7 Pendidik memastikan kanak-kanak membasahkan
seluruh anggota badan.
1.6.1.8 Pendidik memastikan kanak-kanak meratakan
sabun/gel mandian ke seluruh anggota badan
termasuk pelipat dan bahagian sulit.
1.6.1.9 Sekiranya kanak-kanak mencuci rambut, Pendidik
memastikan syampu diguna dalam kuantiti yang
sesuai.
1.6.1.10 Pendidik memastikan kanak-kanak membilas
seluruh anggota badan dengan sempurna.
1.6.1.11 Pendidik memastikan kanak-kanak menutup pili air
selepas mandi.
1.6.1.12 Pendidik membantu kanak-kanak mengelap badan
dari bahagian kepala hingga ke kaki termasuk
bahagian pelipat dan bahagian sulit sehingga
kering.
1.6.1.13 Pendidik memastikan kanak-kanak memakai tuala
ketika keluar dari bilik mandi.
Selepas Mandi YA TIDAK CATATAN
1.6.1.14 Pendidik menggalakkan kanak-kanak memakai baju
dan mengemas diri sendiri (hanya beri bantuan jika
perlu).
1.6.1.15 Kanak-kanak menyidai tuala di tempat yang
disediakan.
1.6.1.16 Kanak-kanak menyimpan semua alatan/sikat/
losyen/beg pakaian yang telah digunakan.

1.6 MANDI YA TIDAK CATATAN


1.6.2 Kanak-kanak yang belum berdikari (1-2 tahun)

Sebelum Mandi
1.6.2.1 Pendidik membantu kanak-kanak mengeluarkan
pakaian ganti.
1.6.2.2 Pendidik mengasingkan kanak-kanak lelaki dan
perempuan
1.6.2.3 Pendidik membantu menanggalkan pakaian dan
memakaikan tuala kepada 2-3 orang kanak-kanak,
manakala yang lain bermain bebas sambil
menunggu giliran.
1.6.2.4 Pendidik membantu kanak-kanak melipat dan
memasukkan pakaian kotor ke dalam beg pakaian
kotor masing-masing.
1.6.2.5 Kanak-kanak bersedia untuk mandi dalam
kumpulan kecil (2-3 orang).
Semasa Mandi YA TIDAK CATATAN
1.6.2.6 Pendidik menggalakkan kanak-kanak membuang
air dan mencuci bahagian sulit sebelum mandi.
1.6.2.7 Pendidik membantu kanak-kanak membasahkan
seluruh anggota badan.
1.6.2.8 Pendidik membantu kanak-kanak meratakan
sabun/gel mandian ke seluruh anggota badan
termasuk pelipat dan bahagian sulit.
1.6.2.9 Sekiranya kanak-kanak mencuci rambut, Pendidik
membantu mensyampu rambut kanak-kanak.
1.6.2.10 Pendidik membantu kanak-kanak membilas seluruh
anggota badan dengan sempurna.
1.6.2.11 Pendidik menggalakkan kanak-kanak menutup pili
air selepas mandi.
1.6.2.12 Pendidik membantu kanak-kanak mengelap badan
dari bahagian kepala hingga ke kaki termasuk
bahagian pelipat dan bahagian sulit sehingga
kering.
1.6.2.13 Pendidik membantu kanak-kanak memakai tuala
ketika keluar dari bilik mandi.
Selepas Mandi YA TIDAK CATATAN
1.6.2.14 Pendidik menggalakkan/membantu kanak-kanak
memakai baju dan mengemas diri sendiri.
1.6.2.15 Kanak-kanak diajar menyidai tuala di tempat yang
disediakan.
1.6.2.16 Kanak-kanak diajar menyimpan semua alatan/sikat/
losyen/beg pakaian yang telah digunakan.

1.6 MANDI YA TIDAK CATATAN


1.6.3 Memandikan Bayi

Sebelum Mandi
1.6.3.1 Pendidik basuh tangan terlebih dahulu dan
memastikan kepanasan air.
1.6.3.2 Pendidik menanggalkan pakaian dan lampin bayi,
membalutnya dengan tuala - bersedia untuk mandi.
Semasa Mandi YA TIDAK CATATAN
1.6.3.3 Kaki bayi dibasahkan dan bayi dimasukkan perlahan-
lahan ke dalam besen yang beralas.
1.6.3.4 Pendidik membersih muka, mata, telinga dan hidung
bayi dengan betul.
1.6.3.5 Pendidik memandikan bayi dengan teknik yang betul.
Selepas Mandi YA TIDAK CATATAN
1.6.3.6 Bayi diletakkan di atas tuala kering, digosok losyen/
minyak dan dilakukan urutan ringan (2-3 minit).
Sambil mengurut, Pendidik bercakap dengan bayi
dengan mesra dan kasih sayang.
1.6.3.7 Bayi dipakaikan pakaian dengan cara yang betul.

1.7 REHAT DAN TIDUR YA TIDAK CATATAN

Sebelum Tidur
1.7.1 Kanak-kanak diasingkan mengikut jantina.
1.7.2 Pendidik pastikan kanak-kanak berpakaian bersih dan
selesa.
1.7.3 Kanak-kanak digalakkan menyiapkan sendiri tempat
tidur mereka.
1.7.4 Kanak-kanak Muslim membaca doa tidur.
1.7.5 Pendidik memperdengarkan alunan zikir atau muzik
yang menenangkan.
1.7.6 Pendidik membacakan buku cerita kepada kanak-
kanak belum mahu tidur/sukar untuk tidur
Semasa Tidur YA TIDAK CATATAN

1.7.7 Lampu dipadam dan suasana bilik tidak terlalu terang


atau gelap.
1.7.8 Pastikan suasana sekeliling senyap, Cuma ada alunan
zikir/muzik sepanjang masa tidur.
1.7.9 Perlu ada orang dewasa mengawasi setiap kumpulan
kanak-kanak yang sedang tidur.
1.7.10 Pastikan muka bayi/kanak-kanak tidak ditutupi selimut.
1.7.11 Pastikan botol susu tidak dibiar berada dalam mulut
bayi/kanak-kanak ketika tidur.
1.7.12 Kanak-kanak yang tidak mahu tidur, dipastikan ia
dapat berbaring dan berehat di tempatnya atau
berikan aktiviti yang senyap dan tidak mengganggu
rakan-rakan yang sedang tidur.
Selepas Bangun Tidur YA TIDAK CATATAN

1.7.13 Kanak-kanak membaca doa selepas bangun tidur.


1.7.14 Kanak-kanak mengemas tempat tidur masing-masing
dan membantu rakan-rakan.
1.7.15 Kanak-kanak bersedia untuk mandi dan menyalin
pakaian.

1.8 LOG HARIAN ANAK PERMATA DAN REKOD


YA TIDAK CATATAN
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
1.8.1 Log Harian Anak PERMATA
1.8.1.1 Setiap kanak-kanak mesti ada Log Harian masing-
masing.
1.8.1.2 Pendidik mencatat dan menuliskan apa yang berlaku
sepanjang hari kepada kanak-kanak semasa berada di
pusat/taska dalam buku Log ini. Buku Log Harian
Anak diserah kepada ibu bapa semasa mengambil
kanak-kanak pulang.
1.8.1.3 Ibu bapa menyemak Log Harian Anak tiap-tiap hari
dan mengisi maklumat yang berkaitan dan
menyerahkan kepada Pendidik di waktu pagi semasa
datang ke pusat/taska.
1.8.2 Rekod Anekdot dan Rekod Berterusan YA TIDAK CATATAN
1.8.2.1 Pendidikan menulis rekod anekdot setiap kanak-
kanak sekurang-kurangnya sekali seminggu.
1.8.2.2 Pendidik juga menyediakan rekod berterusan
berkaitan perkembangan kanak-kanak berasaskan
pemerhatian semasa sesuatu peristiwa tertentu.
1.8.3 Senarai Semak Perkembangan Kanak-kanak YA TIDAK CATATAN
1.8.3.1 Pendidik menggunakan Senarai Semak untuk
memerhati dan merekod perkembangan dan
pertumbuhan kanak-kanak – bagi menentukan
sekiranya pekembangan/pertumbuhan adalah normal
atau tidak secara berkala dan berterusan.
1.8.3.2 Pendidik menggunakan Senarai Semak yang sesuai
dengan umur kanak-kanak.
1.8.4 Portfolio Anak PERMATA YA TIDAK CATATAN
1.8.4.1 Pendidik menyediakan portfolio (koleksi bahan-
bahan hasil pembelajaran dan pencapaian) setiap
kanak-kanak yang disimpan dalam folder, fail, kotak
atau dalam bentuk CD untuk boleh ditunjukkan
semasa perbincangan dengan ibu bapa.
1.9 PULANG YA TIDAK CATATAN
1.9.1 Pendidik memastikan barangan kanak-kanak
semuanya telah dimasukkan ke dalam beg.
1.9.2 Kanak-kanak membawa beg keluar dan menyusun ke
tempat yang disediakan.
1.9.3 Kanak-kanak berkumpul dalam kumpulan kecil dan
berbincang dengan Pendidik apa yang telah dipelajari
pada hari tersebut (membuat refleksi).
1.9.4 Kanak-kanak membuat aktiviti bebas (bermain dengan
blok, puzzle, buku ceria, dsb) atau aktiviti luar
(berbasikal, main bola, dsb) sementara menunggu
kedatangan ibu bapa.
1.9.5 Pendidik dan kanak-kanak mengucap salam kepada
ibu bapa yang datang.
1.9.6 Pendidik menyerahkan buku Log Harian Anak
PERMATA (dan maklumat tertentu misalnya ada
kecederaan kanak-kanak, dsb) kepada ibu bapa.
1.9.7 Ibubapa/penjaga menandatangani buku rekod keluar
kanak-kanak.
1.9.8 Kanak-kanak bersalam dengan Pendidik dan
mengucapkan selamat tinggal.

Anda mungkin juga menyukai