Anda di halaman 1dari 2

REKOD-REKOD YANG PERLU ADA DI TASKA

Apabila TASKA telah diluluskan, maka TASKA perlu mengikuti segala peruntukan yang
telah disediakan. Antaranya ialah Akta TASKA 1984, Peraturan TASKA (Institusi) 1985,
Peraturan 7. Ini adalah penting kerana dalam Peraturan 7, Penyelia perlu
menyelenggarakan dan menyimpan rekod-rekod TASKA, antaranya seperti:

 Rekod Pekerja
o Rekod peribadi
o Rekod kedatangan
o Rekod Kesihatan
o Rekod Perlantikan/gaji/Intensif
o Rekod Cuti
o Rekod Latihan

 Rekod Kanak-Kanak
Kedatangan kanak-kanak perlu direkod setiap hari. Penyelia dan pengasuh dapat
mengetahui dan memastikan bilangan kehadiran kanak-kanak dan sebab-sebab
ketidakhadiran. Mereka juga dapat merancang jadual dan tugas pekerja dan
memasti serta menjamin kegiatan TASKA berjalan dengan licin serta bilangan
pekerja mencukupi dengan bilangan kanak-kanak.

Pengasuh-pengasuh perlu mengetahui latar belakang kanak-kanak dibawah


asuhannya, siapa yang bertanggung jawab menghantar dan mengambil kanak-kanak
dan menjamin keselamatan kanak-kanak tersebut.

Pengasuh juga perlu mengetahui siapa yang perlu dihubungi jika berlaku
kecemasan.
o Rekod Peribadi
o Rekod Kedatangan
o Rekod Kesihatan
o Rekod Kemajuan/Perkembangan
o Rekod Hasil Kerja

Rekod Kesihatan dan Rekod Perkembangan Kanak-Kanak adalah perlu bagi


mengikuti perkembangan menyeluruh kanak-kanak tersebut. Penyelia juga dapat
merancang kegiatan menyeluruh kanak-kanak seterusnya. Bagi pengasuh pula
dapat mengetahui maklumat jasmani kanak-kanak seperti tinggi, berat dan
sebagainya. Selain corak pemakanan serta pemilihan makanan yang sesuai,
pengasuh juga dapat melihat tahap pencapaian kanak-kanak mengikut peringkat
umur, kemahiran dan perkembangan kanak-kanak. Setiap aktiviti memberi input
yang baik kepada kanak-kanak.
 Rekod Pengurusan TASKA
o Inventori barang-barang mengikut setiap bilik
o Rekod Kewangan
o Rekod Aktiviti Harian
o Rekod Menu
o Rekod Penglibatan Ibu bapa
o Rekod Latihan Kebakaran
o Buku Pelawat
o Buku Pegawai Berkuasa
o Peraturan TASKA
o Buku Perancangan Tahunan/bulanan/mingguan.

Dengan rekod-rekod yang lengkap dan terperinci pengusaha TASKA akan dapat merancang
dan menguruskan TASKA secara professional. Penyelia juga dapat merancang aktiviti
tahunan, bulanan dan mingguan secara lebih terperinci. Aktiviti dan latihan untuk pekerja
juga dapat dirancang dengan baik. Begitu juga sekiranya berlaku masalah dan kecemasan
penyelia dapat menghubungi pihak-pihak yang berkenaan.

Rekod-rekod ini mesti disimpan dengan baik kerana rekod-rekod ini akan diperiksa oleh
Ketua Pengarah JKM atau pegawai yang diberi kuasa pada masa yang munasabah.

Anda mungkin juga menyukai