Anda di halaman 1dari 24

1.

0 PENGENALAN

Kurikulum Early Years Foundation Stage (EYFS) merupakan standard yang mesti
dipatuhi oleh semua pengusaha program awal kanak – kanak di United Kingdom
untuk memastikan perkembangan dan pembelajaran kanak – kanak berada dalam
keadaan baik dan selamat. Kurikulum EYFS lebih menyeluruh kerana menekankan
keperluan pembelajaran dan perkembangan, keperluan keselamatan serta kebajikan
kanak – kanak. Perkara ini mendorong pengajaran dan pembelajaran yang
memastikan proses kesediaan sekolah buat kanak – kanak berjalan dengan lancar dan
memberi kanak – kanak pelbagai pengetahuan serta kemahiran yang menyediakan
asas yang tepat untuk kemajuan masa depan yang baik. Kurikulum ini menyediakan
kanak – kanak untuk menjadi bebas, aktif, belajar melalui bermain dan meneroka
serta berfikir secara kritis sehingga mereka tahu bagaimana untuk meningkatkan daya
kreatif mereka dalam kehidupan. Hal ini boleh dicapai dengan menetapkan piawaian
untuk pembelajaran, pengembangan dan penjagaan yang teratur buat kanak – kanak.
Kurikulum ini berusaha untuk memastikan bahawa semua kanak – kanak peringkat
awal tahun diberi pengalaman pembelajaran awal yang berkualiti tinggi. Perkara ini
sangat penting kerana ia akan memberi kesan yang besar kepada kehidupan kanak –
kanak pada masa akan datang sehinggalah meningkat dewasa. Oleh itu, peranan
daripada guru dan ibu bapa menjadi keutamaan bagi mencapai perkembangan kanak –
kanak yang cemerlang dalam pelbagai aspek.

Pada Julai 2010 Menteri Kanak – kanak Sarah Teather meminta Dame Clare
Tickell dari Office for Standards in Education, Children's Services and Skills
(OFSTED) untuk melakukan tinjauan terhadap perkembangan kurikulum EYFS. Data
terkumpul sejak 2007, mendapati 56% objektif dan matlamat EYFS tercapai dalam
memperkembang potensi kanak – kanak menjadi seperti yang diinginkan. Tahun 2008
pula, ianya meningkat menjadi 65% dan pada tahun 2009 ia meningkat sebanyak
68%. Taraf keberhasilan kurikulum ini diukur dan dicatat dalam laporan untuk
diperbaiki kelemahannya dan menambahbaik beberapa perkara yang perlu seiring
dengan perubahan zaman kanak – kanak yang akan mereka hadapi. Meningkatkan
profil bidang pendidikan ini sangat penting kerana setiap kanak – kanak berhak
mendapat permulaan yang terbaik dalam hidup untuk memastikan bahawa mereka
dapat mencapai potensi sepenuhnya. Kanak-kanak berkembang dengan cepat pada

1
peringkat umur 0 hingga 5 tahun dan pengalaman awal mereka akan mempengaruhi
mereka ketika mereka dewasa.

2.0 ISI PENTING MELALUI PEMBACAAN

Berikut di bawah merupakan antara isi penting yang terkandung di dalam kurikulum
Early Years Foundation Stage (EYFS) yang mana bakal diterangkan secara mendalam
tentang apa, bagaimana dan untuk siapa kurikulum ini dijalankan.

2.1 Kelebihan Kurikulum Early Years Foundation Stage (EYFS)

Terdapat banyak kelebihan yang dapat diperoleh daripada mengikuti kurikulum EYFS
ini. Antara kelebihannya adalah dapat membantu kanak-kanak dalam meningkatkan
aspek-aspek perkembangan mereka dari sudut fizikal, sosial, mental, bahasa dan
akademik seperti matematik. Hal ini boleh dilaksanakan dengan pendekatan yang
mereka gunakan iaitu bermain dengan bebas yang berpusatkan kanak-kanak.
Menariknya EYFS kanak – kanak diberikan peluang untuk menyatakan sumbangan
idea dalam setiap aktiviti yang mereka ingin terokai. Kurikulum ini menyediakan
profil matlamat pembelajaran awal yang mengandungi aspek – aspek perkembangan
untuk membantu dalam tumbesaran kanak – kanak dan akan diukur dengan satu
penilaian sama ada kanak – kanak mencapai tahap yang diharapkan ataupun tidak.

Selain itu, dengan mengikuti kurikulum EYFS ini kanak-kanak juga akan
merasai persekitaran pembelajaran yang seimbang, positif dan juga selamat. Ibu bapa
tidak perlu khuatir kerana dengan adanya elemen EYFS keselamatan anak-anak dijaga
dengan begitu rapi sekali. Sejajar dengan itu, pembelajaran mereka juga seimbang
dengan aktiviti yang bukan saja bersifat akademik malahan mereka menyelitkan
aktiviti pembelajaran secara santai. Sekolah yang menggunakan elemen EYFS ini
adalah penting untuk mereka membina pembelajaran yang postif di mana guru-guru
akan memberi sokongan, pujian dan tindak balas positif kepada kanak-kanak supaya
mereka lebih bersemangat untuk belajar serta meneroka perkara yang baharu dan
dalam pada masa yang sama mereka juga belajar daripada kesilapan.

Selaras dengan itu, pihak OFSTED juga telah menghidupkan suasana bumi
hijau bagi sekolah pembelajaran awal yang bersih dan mempunyai kurikulum
berevolusi di mana ianya membenarkan pihak OFSTED mempunyai lebih daripada

2
50% kampus di luar rumah. Dengan itu, kanak-kanak berpeluang menimba ilmu
secara khusus di mana mereka tidak akan dapat merasai suasana yang mereka belajar
dalam pengajaran tradisional. Pihak sekolah yang menggunakan elemen EYFS ini
akan menyediakan kawasan pertanian, muzik deria utama, kawasan taman tema air
dan juga tempat kanak-kanak untuk bermain masak-masak.

Akhir sekali, sekolah yang mengikuti elemen EYFS ini telah menjalani latihan
perlindungan yang sangat lengkap dari segi menyelesaikan latihan CPR penuh dan
pertolongan cemas pediatrik. Ianya merangkumi kesemua tenaga pengajar, kakitangan
hingga ahli lembaga pengarah dan mereka akan memiliki sijil antarabangsa apabila
mereka berjaya menjalani latihan perlindungan. Justeru, pihak sekolah juga telah
mengambil jururawat untuk dijadikan sebagai sebahagian daripada kakitangan
sekolah. Sekolah yang mengikuti elemen EYFS ini akan memastikan jaminan
keselamatan kanak-kanak sewaktu mereka belajar di mana barangan peralatan
permainan dan bilik darjah dibeli daripada syarikat yang mempunyai reputasi
antarabangsa.

2.2 Kekurangan Kurikulum Early Years Foundation Stage (EYFS)

Walaubagaimanapun, di setiap kelebihan pasti ada kekurangannya. Antara


kekurangan dalam Kurikulum Early Years Foundation Stage (EYFS) ialah tiada
tujuan pembelajaran yang jelas untuk mendidik kanak-kanak serta ianya menguatkan
lagi kelemahan atau kekurangan terhadap sesebuah sekolah tersebut yang mengikuti
piawaian EYFS adalah daripada responden ibu bapa. Ibu bapa memberi respon yang
negatif dan mempersoalkan nilai pembelajaran kanak-kanak di bawah kurikulum
EYFS di mana ibu bapa mengatakan bahawa tiada harapan dan matlamat daripada
sekolah yang mengikuti elemen EYFS. Hal ini membuatkan ibu bapa kegelisahan
mengenai pembelajaran anak-anak mereka di sekolah di mana guru-guru menerapkan
kurikulum yang baharu dan berbeza dengan kurikulum tradisional serta kebanyakan
kanak-kanak akan diajar melalui kaedah bermain yang ibu bapa fikir kurangnya hala
tuju yang ditetapkan. Guru-guru seharusnya menitikberatkan prestasi kanak-kanak
dan perlu mengimbangkan pendidikan dalam akademik dan juga bermain sambil
belajar supaya mereka dapat merasai kedua-dua pengalaman tersebut dalam
pembelajaran mereka.

3
Selain itu, ibu bapa juga amat merisaukan anak-anak mereka kerana pendidik
selalu meletakkan harapan pada kanak-kanak untuk mencapai matlamat pembelajaran
awal. Ibu bapa juga mengatakan bahawa pembelajaran anak-anak mereka hanya
bersifat eksperimen tanpa pembelajaran yang formal dan kurang dengan kesedaran
umum terhadap sekeliling mereka di mana mereka alpa tentang isu-isu di luar dan
keadaan persekitaran mereka. Oleh itu, Penny Tassoni, seorang perunding tahun awal
memberitahu sudah tiba waktunya untuk membuat penilaian yang tepat buat kanak –
kanak. Setiap orang mengejar standard yang sukar difahami namun setelah dijumpai,
ianya haruslah ditingkatkan. Dan sudah tentu, persoalan sebenar yang harus
ditekankan ialah sejauh mana matlamat pembelajaran awal mewakili perkembangan
normatif kanak-kanak dan mengapa profil tidak disesuaikan dengan usia kanak –
kanak? Kurikulum ini perlu mempunyai penilaian yang tepat berdasarkan peringkat
usia dan bukannya borak kosong yang dilakukan oleh kerajaan.

Seterusnya, di dalam matlamat pembelajaran awal kurikulum EYFS,


penggunaan teknologi digunakan dalam sesi pembelajaran kanak – kanak. Meskipun
gajet didedahkan kepada kanak – kanak untuk tujuan alat bantu belajar dan gaya
pembelajaran yang lebih maju, namun kesan buruk yang kita dapat lihat ialah
pergaulan kanak – kanak akan terbatas kerana leka dengan gajet sedangkan pada usia
ini seharusnya perkembangan sosial dan komunikasi amat penting untuk membina
kemahiran bercakap yang efisien. Tambahan pula, ianya akan menjejaskan
perkembangan lain seperti tumbesaran kerana kurangnya aktiviti yang melibatkan
pergerakan aktif. Saya kira aspek teknologi tidak perlu diketengahkan pada kanak –
kanak dalam tahun awal ini. Hal ini adalah kerana ia menganggu perkembangan yang
selayaknya dicapai dengan baik oleh kanak – kanak. Oleh itu, keperluan kanak –
kanak untuk mempelajari dunia teknologi tidak digalakkan sama sekali dan
mengundang keburukan.

Mengukur pendapat sendiri, kelemahan dalam mengikuti kurikulum Early


Years Foundation Stage ini ialah sebahagian daripada kanak-kanak ini akan adanya
perasaan tidak berminat dan menganggu sebahagian murid dengan kurikulum yang
baharu sahaja diterapkan disebabkan ketidakselesaan dengan norma yang baharu.
Kanak-kanak yang kurang selesa dengan kurikulum EYFS akan menunjukkan
perasaan tidak puas hati, kecewa dan tekanan dalam menerima pembelajaran di dalam
kelas. Kemudian, guru akan turut merasakan tekanan semasa sesi pembelajaran untuk

4
mengendalikan kanak-kanak yang berminat dan juga kanak-kanak yang kurang
berminat.

2.3 Sesuai Dengan Kanak-Kanak Berapa Tahun?

The Early Years Foundation Stage (EYFS) telah meletakkan piawaian untuk
pembelajaran, perkembangan dan memfokuskan penjagaan anak-anak daripada
mereka lahir hingga usia mereka mencecah lima tahun. Semua sekolah dan penyedia
tahun awal yang berdaftar di bawah OFSTED mesti mengikuti EYFS. Pihak OFSTED
percaya bahawa kanak-kanak dapat berkembang dengan lebih cepat serta ilmu yang
mereka pelajari selama lima tahun akan memberi impak yang besar terhadap kanak-
kanak seumur hidup mereka.

Justeru, ibu bapa juga ingin pembelajaran awal anak-anak mereka mempunyai
kualiti yang baik dan dalam pada masa yang sama ibu bapa ingin mengabungkan
sifat-sifat yang murni kepada anak-anak mereka. Dengan itu, ibu bapa dapat menarik
minat dan memperluaskan lagi bakat yang terpendam dalam diri kanak-kanak
sepanjang perkembangan mereka. Kurikulum Early Years Foundation Stage (EYFS)
telah memberi penjagaan, keperluan pembelajaran yang secukupnya dan menjamin
kanak-kanak dengan pembelajaran yang selesa dan selamat serta mereka boleh belajar
dengan cara tersendiri sepanjang pembelajaran kanak-kanak sehingga usia mereka
mencecah lima tahun.

2.4 Bagaimana Cara Pelaksanaan Early Years Foundation Stage (EYFS)

Setiap kurikulum semestinya mempunyai kaedah untuk melaksanakannya, begitu juga


dengan kurikulum Early Years Foundation Stage (EYFS) yang mempunyai cara
pelaksanaan yang tersendiri. Terdapat pelbagai cara untuk melaksanakan kurikulum
ini yang diinpirasikan daripada kanak-kanak seperti perkara-perkara dalam
perkembangan yang dapat membantu kanak-kanak dalam pembelajaran dan
perkembangan mereka dengan menyesuaikan sesuatu perkara dengan keperluan
kanak-kanak. Pihak kurikulum EYFS menggunakan penilaian formatif dan penilaian
sumatif. Penilaian formatif ialah pihak kurikulum EYFS akan memerhati tingkah
kanak-kanak dan kemudian akan merancang setelah mengambil idea yang sering
kanak-kanak gunakan apabila melakukan sesuatu perkara atau aktiviti. penilaian

5
formatif juga adalah pemerhatian mengenai apa yang boleh dilakukan oleh kanak-
kanak untuk mendorong mereka mengenal pasti tempat dimana kanak-kanak itu
berada dalam meningkatkan daya ingatan kanak-kanak agar lebih mengingati sesuatu
perkara. Penilaian formatif juga adalah salah satu cara menganalisis pemerhatian dan
memutuskan apa yang kanak-kanak inginkan dalam melakukan sesuatu setelah
diberitahu oleh ibu bapa mereka.

Di samping itu, penilaian formatif juga adalah pihak kurikulum EYFS boleh
menggunakan proses perkembangan yang telah dinyatakan untuk mengenal pasti
tempat yang mampu membuatkan kanak-kanak menerima cabaran dan
memperluaskan pembelajaran dan perkembangan mereka dalam sesuatu aktiviti.
pihak kurikulum EYFS juga menggunakan pengalaman yang telah dirasai oleh
pengasuh dan guru apabila mereka diberi peluang untuk menjaga dan mendidik
kanak-kanak dengan mengajar mengenai apa yang berada di persekitaran kanak-
kanak dan rutin yang akan kanak-kanak lakukan setiap hari dalam kehidupan mereka
secara tidak langsung pengasuh dan guru dapat melihat ragam setiap kanak-kanak
pada setiap hari.

Bagi penilaian sumatif pula, pihak kurikulum EYFS memerlukan pengasuh


dan guru untuk mengkaji semula mengenai kemajuan kanak-kanak dalam kehidupan
seharian dan dapat berkongsi mengenai kemajuan kanak-kanak dengan ibu bapa
mereka dalam dua kategori iaitu dalam lingkungan antara usia 24 hingga 36 bulan dan
pada akhir peringkat umur yang telah ditetapkan oleh pihak kurikulum EYFS.
Seterusnya, penilaian sumatif juga menggunakan panduan daripada ciri
perkembangan yang telah ditetapkan oleh pihak kurikulum EYFS yang mampu
membuatkan pertimbangan yang paling sesuai bagi kanak-kanak dalam
perkembangan khas bagi usia mereka yang mungkin akan menyebabkan risiko
terhadap usia mereka.

Kurikulum EYFS mempunyai laporan kanak-kanak mengenai penerimaan ibu


bapa terhadap kurikulum EYFS pada akhir tahun ini merupakan bahagian yang paling
penting dan profil EYFS ini juga akan melibatkan pelbagai perkara. Cabaran kepada
ibu bapa apabila mendengar penerangan mengenai laporan sekolah yang pertama bagi
kanak-kanak dan penerimaan ibu bapa terhadap laporan tersebut adalah tonggak yang
besar. Di dalam profil tahap EYFS ianya akan menerangkan bagaimana prestasi

6
kanak-kanak secara terperinci terhadap kurikulum EYFS. Setiap kanak-kanak akan
didedahkan dengan profil EYFS sehingga pada masa akhir tahun untuk melihat
penerimaan mereka mengenai profil EYFS. Profil EYFS memiliki tiga tujuan utama
bagi melihat prestasi kanak-kanak secara terperinci terhadap kurikulum EYFS bagi
memudahkan pihak kurikulum EYFS apabila berjumpa dengan ibu bapa kanak-kanak.

Tujuan profil EYFS yang pertama ialah mengetahui perkembangan kanak-


kanak dan memberitahu ibu bapa mengenai perkembangan kanak-kanak terhadap
kurikulum EYFS. Tujuan yang kedua adalah bagi memudahkan guru-guru yang akan
mengajar mereka untuk membuat peralihan ke Tahun 1 dengan mudah. Tujuan yang
terakhir adalah untuk membantu guru Tahun 1 dalam merancang kurikulum yang
bersesuaian dengan semua murid di kelas yang baru bagi kanak-kanak yang baru
memasuki alam persekolahan. Pencapaian kanak-kanak di akhir pembelajaran mereka
adalah salah satu ringkasan di dalam profil EYFS yang dinilai bukan di dalam bentuk
ujian dan kanak-kanak tidak boleh lulus atau gagal. Di dalam profil EYFS ini
penilaian dilakukan dalam Matlamat Pembelajaran Awal untuk menilai pencapaian
kanak-kanak terhadap 17 bidang pembelajaran.

Profil EYFS ini dinilai dengan cara yang tersendiri dengan cara memerhati,
mendengar dan berinteraksi dengan kanak-kanak ketika mereka melakukan aktiviti
yang bukanlah dalam pembelajaran formal tetapi ianya adalah ketika mereka bermain
dan melakukan rutin harian mereka seperti makan tengahari. Guru-guru juga telah
melakukan pemerhatian yang telah dirancang terhadap kanak-kanak seperti guru akan
membuat satu aktiviti dengan kanak-kanak dalam 10 minit tetapi interaksi yang
kanak-kanak berikan terhadap aktiviti itu adalah secara spontan. Guru juga akan
membuat rakaman untuk memberikan bukti bahawa mereka mengajar menggunakan
cara Matlamat Pembelajaran Awal. Profil EYFS juga akan memberikan bukti
mengenai ringkasan pencapaian yang ibu bapa tahu terhadap kanak-kanak bagi
memudahkan guru-guru dalam mengembangkan lagi perkembangan kanak-kanak
dalam pembelajaran. Guru-guru juga akan memberikan ringkasan pencapaian kanak-
kanak kepada ibu bapa bagi menunjukkan bahawa profil EYFS adalah sangat
berkesan kepada kanak-kanak. Ringkasan pencapaian kanak-kanak terhadap profil
EYFS sangat penting kerana ianya adalah gambaran yang lengkap mengenai
perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak juga akan menunjukkan kemahiran yang
tidak dapat dilihat oleh guru mereka seperti kanak-kanak mempunyai sifat pemalu dan

7
guru akan merasa kanak-kanak tersebut tidak mempunyai keyakinan diri dan
kesedaran tetapi apabila mereka berada di rumah kanak-kanak itu menjadi seorang
yang petah bercakap dan sering memilih dalam sesuatu perkara.

Setiap kanak-kanak mempunyai tahap perkembangan yang berbeza maka ibu


bapa tidak perlu cemas apabila kanak-kanak tidak menjadi seperti yang ibu bapa
inginkan dan kanak-kanak juga bukanlah insan yang akan sentiasa gagal apabila
berada di tahap perkembangan yang berbeza. Ibu bapa juga akan melihat tahap
perkembangan kemahiran kanak-kanak apabila mereka di rumah tetapi tidak
dinyatakan oleh guru kerana guru mungkin dapat melihat tahap perkembangan itu
apabila di sekolah. Ibu bapa juga boleh membuat temu janji bersama guru yang
mengajar kanak-kanak untuk mengetahui tahap perkembangan kanak-kanak di
sekolah bagi mengurangkan rasa kebimbangan ibu bapa terhadap tahap
perkembangan mereka di sekolah. Ketahuilah bahawa profil EYFS adalah bertujuan
untuk memberitahu guru Tahun 1 tentang peningkatan kanak-kanak di rumah dan cara
untuk kanak-kanak menyesuaikan diri pada masa akan datang apabila berada di
sekolah. Guru juga akan membantu ibu bapa dalam memastikan kanak-kanak mampu
mencapai tahap utama yang sangat mudah bagi mereka apabila mereka tidak berada di
tahap yang diinginkan.

Ibu bapa juga tidak perlu risau jika kanak-kanak berada di tahap yang melebihi
profil EYFS tetapi profil kanak-kanak adalah berada di tahap yang diharapkan kerana
guru-guru tidak akan mengajar kanak-kanak melebihi tahap profil EYFS tetapi masih
mengajar dengan tahap yang ringan dan hanya dilakukan jika kanak-kanak telah
melebihi kemampuan yang telah diharapkan di Matlamat Pembelajaran Awal. Kanak-
kanak juga akan menunjukan kemampuan yang konsisten apabila bidang Matlamat
Pembelajaran Awal tercapai dan menepati apa yang diinginkan. Ibu bapa juga perlu
melihat panduan yang telah diberikan oleh Jabatan Pendidikan tentang cara
bagaimana untuk memberitahu kepada guru jika kanak-kanak berumur lebih dari
umur yang telah ditetapkan dan juga berbincang dengan guru Tahun 1 mengenai
keputusannya. Pada 14 September 2017, Jabatan Pendidikan telah membuat
pengumuman mengenai profil EYFS yang telah dikaji panduan sokongannya dan
ianya telah diperbaiki untuk mengurangkan beban kepada guru-guru dalam
mengembangkan tahap perkembangan kanak-kanak di sekolah.

8
2.5 Apa Yang Berlaku Dalam Kurikulum Early Years Foundation Stage (EYFS)

2.5.1 Empat Prinsip Panduan EYFS

Di dalam kurikulum ini, terdapat empat prinsip panduan yang


menjelaskan prinsip yang mendasari keberkesanan amalan EYFS
untuk guru laksanakan dalam membentuk perkembangan awal kanak –
kanak. Justeru itu, guru perlu meluaskan aktiviti dan permainan
berdasarkan prinsip ini untuk memacu perkembangan dan
pembelajaran yang standard dengan fasa umur kanak – kanak. Antara
prinsip panduan tersebut ialah kanak – kanak adalah unik, sentiasa
belajar, berdaya tahan, berkebolehan dan yakin pada diri, kanak-kanak
belajar menjadi kuat dan berdikari melalui hubungan positif, belajar
dan berkembang dengan baik dalam persekitaran yang memungkinkan
di mana pengalaman mereka bertindak balas terhadap keperluan
individu dan ada perkongsian yang kuat antara guru dan ibu bapa serta
kanak-kanak berkembang dan belajar dengan cara yang berbeza dan
dengan kadar yang berbeza.

i. Kanak – Kanak Adalah Unik


Sikap kanak-kanak dan gaya pembelajaran dipengaruhi oleh
persekitaran tadika dan rumah mereka. Dalam kurikulum ini,
guru memerhatikan bagaimana setiap kanak-kanak belajar
mendapatkan pemahaman mengenai ciri-ciri yang mereka
fokuskan agar dapat menjadi murid yang berkesan. Guru
menggunakan soal jawab, pujian dan dorongan untuk
meningkatkan sikap positif terhadap pembelajaran dan keyakinan
diri yang tinggi buat kanak – kanak. Pada tahun pertama mereka
di taska dan tadika, kanak – kanak diperkenalkan dengan tabiat
belajar. Mereka diajar untuk menjadi pemerhati, penyiasat, ingin
tahu, bertekad, berimaginasi, berpetualang, bekerjasama dan
menggunakan penaakulan. Kanak-kanak mula memahami konsep
corak pemikiran pertumbuhan. Mereka diajar bahawa mereka
dapat memperkembangkan otak supaya mereka faham bahawa

9
semua orang dapat belajar dengan latihan dan usaha. Kanak-
kanak diajar bagaimana untuk belajar dan bagaimana menjadi
pelajar yang berjaya.
Guru perlulah percaya bahawa semua kanak – kanak
adalah penting dan guru harus membantu dan memberi peluang
kepada mereka untuk mencapai tingkat perkembangan yang
terbaik. Hal ini merangkumi tidak kisah sama ada kanak –
kanak lelaki dan perempuan, kanak – kanak dengan keperluan
khas, kanak – kanak yang lebih berkemampuan dan kanak –
kanak dari semua latar belakang sosial dan budaya. Guru
menetapkan jangkaan yang realistik dan mencabar untuk
memenuhi keperluan kanak – kanak. Guru mencapainya
dengan merancang setiap peluang untuk membesar dan
mengembangkan pengetahuan, pengalaman serta minat kanak –
kanak, meningkatkan harga diri dan keyakinan mereka.

ii. Hubungan Positif


Kita menyedari bahawa kanak – kanak belajar berdikari dengan
membina hubungan yang selamat. Pendidik perlu untuk
membina hubungan yang prihatin dan profesional dengan
kanak – kanak serta keluarga mereka. Hubungan positif ini
adalah mengenai kanak-kanak belajar mengurus perasaan
mereka dan membina hubungan dengan persekitaran. Pendidik
perlu menghormati semua jenis keluarga kanak – kanak dan
berhasrat untuk membina hubungan dua hala yang positif
dengan ibu bapa. Pendidik akan menyokong, mendengar dan
bekerjasama dengan kanak – kanak untuk membantu mereka
belajar.
Seperti yang kita ketahui bahawa ibu bapa ialah
pendidik yang utama dan yang paling rapat dengan anak –
anak. Peranan yang dimainkan oleh ibu bapa atau penjaga
dalam mendidik mereka adalah sangat dititikberatkan. Dalam
pendekatan kurikulum EYFS ini banyak menekankan tentang

10
kerjasama antara pendidik dan ibu bapa di mana sebelum sesi
pembelajaran dimulakan, pendidik akan berkomunikasi serba
sedikit dengan ibu bapa tentang perkembangan anak mereka
secara berkala, menjemput ibu bapa ke perjumpaan induksi
sebelum tarikh persekolahan dimulakan, menggalakkan ibu
bapa untuk berbincang dengan pendidik sekiranya ada
kebimbangan yang berlaku kepada kanak – kanak dan
mengatur pelbagai aktiviti sepanjang tahun yang mendorong
kerjasama antara kanak – kanak, sekolah dan ibu bapa seperti
hari sukan, hari pertandingan dan jamuan akhir tahun.
Hubungan positif antara ibu bapa dengan kanak – kanak dan
pendidik dengan kanak – kanak adalah yang paling utama
untuk ditelusuri supaya kita dapat membantu perkembangan
dan tumbesaran kanak – kanak dalam keadaan yang positif dan
semakin membangun.

iii. Mengaktifkan Persekitaran


Persekitaran memainkan peranan utama dalam menyokong dan
memperluas perkembangan kanak – kanak. Hal ini bermula
dengan memerhatikan sikap kanak-kanak dan menilai minat,
perkembangan dan pembelajaran mereka sebelum merancang
cabaran dan risiko tetapi dalam masa yang sama merancang
aktiviti dan pengalaman yang boleh dicapai. Bagi persekitaran
pembelajaran, bilik darjah perlu disusun dengan baik untuk
membolehkan kanak – kanak meneroka dan belajar dengan
selamat dan terpelihara. Kurikulum EYFS mempunyai kawasan
pembelajaran luar tertutup yang menyediakan peralatan fizikal,
bahasa, sensori, numerasi dan imaginatif. Berada di luar bilik
darjah menawarkan peluang untuk melakukan sesuatu aktiviti
dengan cara yang berbeza dan pada skala yang berbeza
daripada keadaan di dalam bilik darjah. Ia memberi peluang
kepada kanak – kanak untuk meneroka, menggunakan akal dan
bergiat aktif secara fizikal dan bersemangat. Pendidik
merancang aktiviti dan sumber daya untuk kanak – kanak

11
mengakses luar yang membantu mereka untuk berkembang
dalam semua bidang pembelajaran.

iv. Pembelajaran dan Perkembangan


Pendidik menilai semua bidang pembelajaran dan
perkembangan kanak – kanak adalah sama dan mereka saling
berkait antara satu sama lain. Dalam gaya pengajaran dan
pembelajaran EYFS, dasarnya menentukan ciri pengajaran
yang berkesan seperti ciri kerjasama antara guru dan ibu bapa
agar kanak – kanak berasa selamat di sekolah dan
meningkatkan kesejahteraan serta prestasi akademik. Selain itu,
kakitangan taska dan tadika juga perlu mempunyai pemahaman
tentang bagaimana kanak – kanak berkembang dan belajar
seterusnya membuat penilaian terhadap perkembangan kanak –
kanak. Seterusnya, terdapat pelbagai pendekatan yang
digunakan untuk memberikan pengalaman langsung,
menerangkan penjelasan, membuat intervensi yang sesuai dan
memperluas serta mengembangkan aktiviti permainan dan
perbincangan atau kaedah komunikasi lain. Di samping itu, ciri
– cirinya ialah kanak – kanak bermain dan meneroka. Mereka
menyiasat dan menimba pengalaman serta menggunakan
konsep ‘selamat mencuba’ untuk melakukan sesuatu yang baru.
Kanak – kanak juga menumpukan perhatian dan terus berusaha
sekiranya mereka menghadapi kesukaran dan menikmati
pencapaian. Malahan, kanak – kanak membuat dan berfikir
secara kritis, mengembangkan idea dan strategi mereka sendiri
untuk melakukan sesuatu.
Terdapat tujuh bidang pembelajaran dan perkembangan
dalam kurikulum EYFS yang membentuk program pendidikan
di setiap taska dan tadika. Terdapat tiga bidang yang sangat
penting untuk membakar rasa ingin tahu dan semangat kanak-
kanak untuk belajar dan untuk membina keupayaan mereka
untuk belajar, menjalinkan hubungan dan membesar dengan

12
baik. Tiga bidang pembelajaran tersebut ialah perkembangan
peribadi diri, sosial dan emosi, komunikasi dan bahasa serta
perkembangan fizikal. Pendidik juga menyokong kanak-kanak
pada empat bidang tertentu iaitu literasi, matematik, memahami
dunia serta seni dan reka bentuk ekspresif. Tidak ada satu pun
bidang pembelajaran dan perkembangan ini dapat disampaikan
secara terpisah dari yang lain. Mereka sama penting dan saling
bergantung antara satu sama lain. Semua bahagian disampaikan
melalui keseimbangan aktiviti yang dipimpin orang dewasa dan
kanak-kanak itu sendiri. Di setiap bahagian terdapat matlamat
pembelajaran awal yang menentukan jangkaan yang akan
dicapai oleh kebanyakan kanak – kanak menjelang akhir
program kurikulum EYFS.

2.5.2 Matlamat Pembelajaran Awal

Dalam peringkat tahun awal kanak – kanak, guru mesti melakukan


penilaian berterusan untuk menyokong pembelajaran dan
perkembangan setiap kanak – kanak. Semua guru mempunyai
tanggungjawab profesional bagi pembelajaran dan perkembangan
kanak – kanak dalam jagaan mereka dan merancang persiapan yang
diperlukan untuk membolehkan kanak – kanak mengambil langkah
seterusnya dalam pembelajaran mereka. Pendidik mesti mengkaji
semula pengetahuan mereka tentang setiap kanak – kanak yang
menggunakan maklumat daripada semua sumber untuk membuat
penilaian bagi Basic Level Early Learning Goal (ELG) iaitu Matlamat
Pembelajaran Awal Tahap Asas. Guru mesti memutuskan untuk setiap
ELG di mana tahap pencapaian kanak – kanak tersebut belajar dan
perkembangannya digambarkan dengan 3 tahap iaitu yang pertama
ialah emerging iaitu bermaksud muncul, di mana seseorang kanak –
kanak belum mencapai tahap pembangunan yang diharapkan pada
akhir pembelajaran. Kedua, tahap expected yang bermaksud diharapkan
di mana penerangan mengenai tahap perkembangan berjaya diharapkan
pada akhir tahap asas. Ketiga pula ialah tahap exceeding yang bererti

13
melampaui yang mana terdapat kanak – kanak yang melebihi tahap
perkembangan yang diharapkan pada akhir tahap asas.

Setiap kanak – kanak akan mendapat penilaian emerging,


expected atau exceeding untuk setiap matlamat pembelajaran awal yang
terbahagi kepada dua kumpulan iaitu bahagian utama dan bahagian
khas. Dalam bahagian utama, kita mulai dengan perkembangan
komunikasi dan bahasa. Ia melibatkan pemberian peluang kepada
kanak – kanak untuk merasai persekitaran bahasa yang kaya untuk
mengembangkan keyakinan dan kemahiran mereka dalam
mengekspresikan diri sendiri dan untuk bercakap serta memahami
pelbagai situasi dan isyarat dengan baik. Terdapat matlamat
pembelajaran awal yang ditekankan seperti berikut :

i. Mendengar dan Memberikan Perhatian


Kanak-kanak mendengar dengan penuh perhatian dalam
pelbagai jenis situasi. Mereka mendengar cerita, menjangka
peristiwa penting dengan tepat dan bertindak balas dengan apa
yang mereka dengar sama ada komen, soalan atau tindakan
yang relevan. Mereka memberi perhatian kepada apa yang
orang lain bicarakan dan bertindak balas dengan tepat semasa
melakukan aktiviti lain.

ii. Memahami
Kanak-kanak mengikuti arahan yang melibatkan beberapa idea
atau tindakan. Mereka menjawab soalan 'bagaimana' dan
'mengapa' mengenai pengalaman mereka dan sebagai tindak
balas kepada cerita atau peristiwa.

iii. Bercakap
Kanak-kanak mengekspresikan diri dengan berkesan,
menunjukkan kesedaran tentang keperluan pendengar. Mereka
menggunakan bentuk masa lalu, sekarang dan masa depan
dengan tepat semasa bercakap mengenai peristiwa yang telah
berlaku atau akan berlaku pada masa akan datang. Mereka

14
mengembangkan naratif dan penjelasan mereka sendiri dengan
menghubungkan idea atau peristiwa.

Bahagian yang kedua ialah perkembangan fizikal. Pendidik harus


memberi peluang kepada anak-anak kecil untuk aktif dan interaktif;
dan untuk mengembangkan koordinasi, kawalan, dan pergerakan
mereka. Kami menolong anak-anak untuk memahami kepentingan
aktiviti fizikal, dan membuat pilihan yang sihat berhubung dengan
makanan. Antara matlamat pembelajaran awal yang perlu
dititikberatkan adalah seperti berikut :

i. Pergerakan dan Pengendalian


Kanak-kanak menunjukkan kawalan dan koordinasi yang baik
dalam pergerakan besar dan kecil. Mereka bergerak dengan
yakin dalam pelbagai cara, dengan selamat merundingkan
ruang. Mereka mengendalikan peralatan dan alatan dengan
berkesan, termasuk pensel untuk menulis.

ii. Kesihatan dan Penjagaan Diri


Kanak-kanak tahu pentingnya kesihatan yang baik, latihan
fizikal, dan diet sihat, dan bercakap tentang cara untuk menjaga
kesihatan dan keselamatan. Mereka menguruskan kebersihan
asas dan keperluan peribadi mereka berjaya, termasuk
berpakaian dan pergi ke tandas secara bebas.

Bahagian utama yang ketiga ialah perkembangan peribadi, sosial dan


emosi. Ia berkaitan membantu kanak-kanak mengembangkan sikap
positif dalam diri, membentuk hubungan positif dan membina rasa
hormat kepada orang lain, menambahkan kemahiran sosial, belajar
bagaimana menguruskan perasaan untuk memahami tingkah laku yang
sesuai dalam situasi dan mempunyai keyakinan terhadap kemampuan
diri sendiri. Matlamat pembelajaran awalnya pula ialah :

i. Membuat Hubungan Yang Baik

15
Kanak-kanak bermain secara bekerjasama dan bergilir-gilir
dengan yang lain. Mereka mengambil kira idea satu sama lain
tentang cara mengatur aktiviti yang sedang mereka lakukan.
Kanak – kanak menunjukkan kepekaan terhadap keperluan dan
perasaan orang lain serta membentuk hubungan positif dengan
orang dewasa dan kanak-kanak lain.

ii. Keyakinan Diri Dan Kesedaran Kendiri


Kanak-kanak berasa yakin apabila dapat mencuba aktiviti
baharu dan mengatakan mengapa mereka lebih suka melakukan
sesuatu aktiviti bermain berbanding hal – hal yang lain. Kanak
– kanak memiliki keyakinan diri yang tinggi apabila dapat
bercakap dalam komuniti yang dikenali, lalu selesa untuk
membincangkan idea mereka apabila mahu bermain dan akan
memilih sumber yang mereka perlukan untuk aktiviti yang
mereka pilih. Kanak – kanak akan berbicara sekiranya mereka
memerlukan atau tidak pertolongan daripada orang dewasa.

iii. Menguruskan Perasaan dan Kelakuan


Kanak-kanak akan bercerita mengenai bagaimana mereka dan
orang lain menunjukkan perasaan, bercakap tentang tingkah
laku mereka sendiri dan orang lain, serta mempelajari tentang
sesuatu akibat dan mengetahui bahawa terdapat beberapa
tingkah laku yang tidak dapat diterima. Mereka menyedari diri
mereka sebagai sebahagian daripada kelas dan memahami serta
mengikuti peraturan yang sudah ditetapkan. Kanak – kanak
perlu menyesuaikan tingkah laku mereka sejajar dengan situasi
yang berbeza dan melakukan perubahan rutin dalam setiap
langkah aktiviti mereka.

Dalam bahagian khas pula, ia terbahagi kepada 4 perkembangan


penting yang harus diketengahkan dalam matlamat pembelajaran awal.
Antaranya ialah perkembangan literasi. Ia melibatkan pendidik dan ibu

16
bapa harus mendorong kanak – kanak untuk menghubungkan bunyi
dan huruf lalu bisa memulakan pembacaan dan menulis. Kanak-kanak
juga harus diberikan akses ke pelbagai jenis bahan bacaan seperti buku,
puisi dan bahan bertulis lain untuk menimbulkan rasa minat kanak –
kanak. Matlamat pembelajaran awal yang terkandung di dalam
perkembangan literasi dipecahkan kepada dua bahagian iaitu membaca
dan menulis.

i. Membaca
Kanak-kanak membaca dan memahami ayat yang mudah.
Mereka menggunakan pengetahuan lisan untuk memecahkan
kod perkataan lazim dan membacanya dengan kuat dan tepat.
Mereka juga membaca beberapa perkataan yang tidak biasa
didengari dan menunjukkan pemahaman semasa bercakap
dengan orang lain mengenai apa yang telah mereka baca.

ii. Menulis
Kanak-kanak menggunakan pengetahuan lisan mereka untuk
menulis perkataan dengan cara yang sesuai dengan bunyi lisan
mereka. Kanak-kanak juga menulis beberapa perkataan lazim
yang tidak teratur. Mereka menulis ayat mudah yang boleh
dibaca oleh mereka sendiri dan orang lain. Sebilangan perkataan
dieja dengan betul dan yang lain hanya masuk akal secara lisan.

Bahagian yang kedua pula ialah perkembangan matematik.


Perkembangan ini melibatkan memberi peluang kepada kanak-kanak
untuk mengembangkan dan meningkatkan kemahiran mereka dalam
mengira, memahami dan menggunakan nombor, mengira masalah
penambahan dan pengurangan yang mudah serta menerangkan bentuk,
ruang, dan ukuran. Antara matlamat pembelajaran awalnya adalah
seperti berikut :

i. Nombor

17
Kanak-kanak mengira dengan yakin nombor dari satu hingga
20, meletakkannya dalam urutan dan membilang nombor yang
mana satu lebih atau satu kurang daripada nombor yang
diberikan. Dengan menggunakan kuantiti dan objek, mereka
menambah dan mengurangkan dua nombor satu digit dan
mengira kembali untuk mencari jawapannya. Mereka
menyelesaikan masalah matematik asas termasuk
menggandakan, membelah dua dan berkongsi.

ii. Bentuk, Ruang dan Ukuran


Kanak-kanak menggunakan bahasa yang digunakan setiap hari
untuk membincangkan ukuran, berat, kapasiti, kedudukan,
jarak, masa dan wang untuk membandingkan kuantiti dan objek
serta menyelesaikan masalah yang berlaku dalam
persekitarannya.
Kanak – kanak juga mengenali, membuat dan menerangkan
corak. Mereka meneroka ciri objek dan bentuk yang terdapat
dalam persekitaran lalu menggunakan bahasa matematik untuk
menerangkannya.

Seterusnya, bahagian yang ketiga ialah memahami dunia. Kanak – kanak


perlu dibimbing untuk memahami dunia fizikal dan komuniti mereka
melalui peluang untuk meneroka, memerhatikan dan mengetahui tentang
orang, tempat, teknologi dan persekitaran.

i. Orang dan Komuniti


Kanak – kanak boleh bercakap mengenai peristiwa masa lalu
dan masa sekarang dalam kehidupan mereka dan dalam
kehidupan ahli keluarga. Mereka tahu bahawa kanak-kanak
lain tidak selalu menikmati perkara yang sama dengan yang
dilaluinya dan peka terhadap perkara ini. Mereka tahu
mengenai persamaan dan perbezaan antara mereka dan orang
lain, di antara keluarga, masyarakat dan budaya.

18
ii. Dunia
Kanak-kanak tahu mengenai persamaan dan perbezaan
berkaitan dengan tempat, objek, bahan dan benda hidup.
Mereka boleh bercakap mengenai ciri persekitaran mereka
sendiri dan bagaimana persekitaran mungkin berbeza antara
satu sama lain. Mereka membuat pemerhatian terhadap
haiwan dan tumbuh-tumbuhan lalu menjelaskan mengapa
beberapa perkara berlaku dan membincangkan perubahan.

iii. Teknologi
Kanak-kanak menyedari bahawa pelbagai teknologi digunakan
di tempat-tempat seperti rumah dan sekolah. Mereka memilih
dan menggunakan teknologi untuk tujuan tertentu.

Akhir sekali ialah bahagian perkembangan seni dan reka bentuk


ekspresif. Ia membolehkan kanak-kanak meneroka dan bermain dengan
pelbagai media dan bahan serta memberi peluang dan dorongan untuk
berkongsi pemikiran, idea dan perasaan mereka melalui pelbagai aktiviti
dalam seni, muzik, pergerakan, tarian, rekaan serta teknologi.

i. Meneroka dan Menggunakan Media serta Bahan

Kanak – kanak menyanyikan lagu, membuat muzik, menari,


dan bereksperimen dengan cara mengubahnya. Mereka
menggunakan dan meneroka pelbagai bahan, alat dan teknik
dengan selamat, bereksperimen dengan warna, reka bentuk,
tekstur, bentuk dan fungsi.

ii. Berimaginasi

19
Kanak-kanak menggunakan apa yang telah mereka pelajari
mengenai media dan bahan dengan cara yang asli, memikirkan
penggunaan dan tujuannya. Mereka mewakili idea, fikiran dan
perasaan mereka sendiri melalui reka bentuk dan teknologi,
seni, muzik, tarian dan cerita.

2.6 Dan Lain – Lain Lagi dalam Early Years Foundation Stage (EYFS)

Early Years Foundation Stage (EYFS) ini terbentuk dengan memfokuskan pada
kanak-kanak dengan menganjurkan pelbagai konsep dalam pembelajaran mereka
yang sangat terkenal di seluruh dunia. Walaubagaimanapun, pihak Jabatan
Pendidikan United Kingdom telah membuat kemaskini dan pembaharuan dalam
EYFS dan mempunyai beberapa tujuan yang lebih jelas dalam Matlamat
Pembelajaran Awal. Pada tahun 2021, EYFS akan menerima pakai rangka kerja
yang baharu di mana tidak disangkal lagi bahawa EYFS sudah berubah dalam
bentuk semasa dengan penumpuan yang lebih buat kanak-kanak, sokongan
pembelajaran berasaskan main dan kesinambungan proses perkembangan kanak-
kanak dari lahir hingga lima tahun yang berterusan.

Department for Education (DfE) berpendapat sudah tiba masanya untuk


melihat dengan lebih dalam tentang beberapa masalah dan kekurangan yang
berlaku dalam EYFS di mana terdapat komen kurang baik atau mekanisme baru
yang dicadangkan oleh responden ibu bapa untuk melakukan tinjauan lebih
lanjut. Menurut DfE, pembaharuan ini didorong untuk menjadikan Matlamat
Pembelajaran Awal kanak-kanak menjadi lebih jelas dan mudah bagi guru – guru
untuk melakukan penilaian berdasarkan bukti-bukti atau keterangan tentang
perkembangan kanak-kanak yang paling terbaru dan menjadikan personaliti
mereka hebat pada masa akan datang. Tambahan lagi, DfE mahu meningkatkan
keupayaan membaca, menulis, mendengar dan konsep numerasi yang secukupnya
untuk kanak-kanak mulai Tahun 1 iaitu umur 5 hingga 6 tahun. Bahkan, ianya
juga untuk meningkatkan penguasaan bahasa dan perbendaharaan kata
terutamanya kanak-kanak daripada latar belakang yang kurang bernasib baik.
Draf cadangan EYFS yang baharu telah dikeluarkan sejak 2018 di mana mereka
telah menguji di 24 sekolah dengan beberapa hasil yang pelbagai. Para pendidik

20
memandang positif, percubaan ini dengan mengatakan mereka lebih jelas dan
fokus pada pengumpulan bukti pengembangan kanak – kanak yang nampaknya
dapat mengurangkan beban kerja. Namun, guru – guru juga mahukan lebih
banyak bahan sokongan dan memberikan tindak balas yang pelbagai mengenai
adakah anak-anak akan lebih bersedia untuk tahun 1 sebagai hasil perubahan
EYFS yang baharu.

Selain itu, di dalam kerangka kurikulum baharu EYFS, terdapat beberapa


perubahan yang dicadangkan secara ringkas intipatinya di mana ia masih berlaku
di dalam perundingan. Antara perubahan utama dalam Matlamat Pembelajaran
Awal kanak-kanak ialah Literasi iaitu Membaca dan Menulis bertukar kepada
Penulisan, Perbendaharaan Kata dan juga Pemahaman. Seterusnya, aspek
Matematik digantikan dengan Pola Matematik setelah memansuhkan Bentuk,
Ruang dan Ukuran. Aspek Memahami Dunia telah berpecah Kepada Dunia Pada
Masa Lalu Dan Pada Masa Kini serta Dunia Semula Jadi lalu aspek Teknologi
dibuang. Bukan itu sahaja, aspek Pengembangan Diri, Sosial dan Emosi telah
bertukar kepada Pengaturan Diri, Menjalinkan Hubungan serta Pengurusan Diri
yang telah diambil daripada Perkembangan Fizikal. Perkembangan Fizikal yang
terbaru pula telah berpecah kepada dua iaitu memfokuskan Kemahiran Motor
Halus dan Kemahiran Motor Kasar. Komunikasi dan Bahasa diubah kepada
Mendengar, Perhatian dan Memahami. Akhir sekali, penyataan dalam Seni dan
Reka Bentuk Ekspresif hanya berubah dalam beberapa perkara. Antara perubahan
lain termasuk program pendidikan yang sepenuhnya akan dijalankan untuk semua
bidang pembelajaran, kriteria ‘exceeded’ telah dikeluarkan daripada profil dan
penjagaan kesihatan pergigian secara percuma telah ditambahkan ke bahagian
perlindungan dan kesejahteraan. Selain itu, beberapa perkara telah diketengahkan
secara khusus sebagai tidak berubah atau dalam skop tinjauan ini, termasuk ciri-
ciri pembelajaran dan pengajaran, pembahagian kawasan utama dan khusus
dalam Matlamat Pembelajaran Awal dan penilaian asas pada akhir tahun.

Dalam pada itu, Dr Sue Allingham yang merupakan seorang Pemegang


Amanah Pendidikan Awal dan pemegang ijazah dari University of Sheffield yang
mempunyai Master of Art dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak
memberitahu sebab beliau membuat perubahan dalam kurikulum Early Years
Foundation Stage (EYFS) adalah kerana pada awal pembikinan kurikulum ini

21
mereka melakukan perubahan kerangka kerja secara terbalik sahaja tetapi mereka
memulakan Matlamat Pembelajaran Awal terlebih dahulu. Ianya adalah suatu
tindakan yang salah kerana pendekatan dalam kerangka kerja tidak boleh
mempunyai satu set tujuan untuk kanak-kanak yang berusia lima tahun. Menurut
Dr Sue Allingham, ianya adalah ditumpukan kepada Key Tahap Satu sahaja dan
tidak boleh terikat dengan proses yang normal dalam perkembangan kanak-kanak
ketika usia mereka mencecah lima tahun. Bahkan, pada pandangan beliau bahawa
pertimbangan tidak cukup ketika fasa reception dan ianya akan membuat sekatan
pada tahun-tahun awal yang lain. Beliau mengatakan bahawa mereka melihat
kelainan ini adalah hanya pada sudut sekolah dan bukan dari sudut pengaturan
pada tahun-tahun awal. Dr Sue Allingham juga bimbang akan kehilangan status
Early Years Foundation Stage (EYFS) kerana ianya adalah sesuatu yang sangat
unik dan boleh diterokai dalam jangka masa yang lama dalam Pendidik Tahun
Awal.

3.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhan, sebilangan besar kajian ini dapat menunjukkan pada semua
bahawa kurikulum Early Years Foundation Stage (EYFS) adalah berkesan terhadap
kanak-kanak dan sangat berguna untuk mereka pada masa – masa akan datang dalam
kehidupan seharian. Kanak-kanak juga akan diterapkan jadual harian sebagai panduan
untuk kesejahteraan dan pada masa yang sama memperoleh ilmu pengetahuan.
kurikulum EYFS dapat mendorong kanak-kanak untuk berfikir secara bebas dalam
meluahkan semua idea dan emosi mereka seperti sedih, gembira, kecewa dan takut.
Kanak-kanak juga dapat diberi peluang berfikir bagaimana untuk bertenang apabila
kanak-kanak berada dalam situasi baharu. Kurikulum EYFS mampu memupuk
keyakinan dalam diri kanak-kanak sehingga mendorong wujudnya sifat kerjasama
antara kanak-kanak yang akan membantu mereka meneroka persekitaran yang ada di
sekeliling mereka.

Selain itu, kita dapat lihat di dalam kurikulum EYFS ini menceritakan tentang
kelemahan dan kebaikan dalam penekanan kurikulum ini terhadap kanak-kanak.
Meskipun terdapat pro dan kontra, menariknya kurikulum ini dapat dikaji dengan
lebih mendalam lagi sebagai penambahbaikan dalam membina perkembangan kanak

22
– kanak yang sihat dan selamat. Kurikulum EYFS ini juga bertujuan untuk
mempromosikan perkembangan dan pembelajaran sosial dan emosi kanak-kanak di
persekitaran sekolah yang berbeza. Pengasuh, guru dan pendidik haruslah mematuhi
peraturan yang telah ditetapkan oleh kurikulum EYFS semasa berinteraksi dengan
kanak-kanak ketika mereka berada di luar jagaan ibu bapa. Sementara itu,
pembelajaran, perkembangan dan fokus penjagaan terhadap kanak-kanak daripada
mereka lahir hingga usia mereka mencecah lima tahun adalah yang telah ditetapkan
bagi umur kanak-kanak dalam kurikulum EYFS. Ibu bapa juga menginginkan
pembelajaran kanak-kanak mempunyai kualiti yang baik dan dapat mengabungkan
sifat-sifat yang mulia dan murni kepada kanak-kanak. Kanak-kanak adalah insan yang
dilahirkan dalam keadaan yang bersedia, berkebolehan dan juga sangat bersemangat
untuk menimba ilmu yang diajar oleh guru dan pendidik. Setiap proses pembelajaran
adalah berbeza-beza untuk memupuk dan mengembangkan minat kanak-kanak
terhadap pembelajaran dan kanak-kanak juga dapat meningkatkan pengetahuan
mereka.

Lain daripada itu juga, kurikulum EYFS menyediakan kerangka yang masuk
akal untuk menangani keperluan fizikal, emosi dan kesihatan kanak-kanak dengan
mempertimbangkan dinamik masyarakat moden dan mempersiapkan kanak-kanak
untuk pembelajaran masa depan yang lebih baik. Ia juga dapat membantu kanak-
kanak bagi meningkatkan potensi perkembangan mereka dengan bantuan dan
sokongan daripada kakitangan. Oleh itu, kurikulum Early Years Foundation Stage
(EYFS) adalah antara kurikulum yang menyeluruh dan sentiasa menukar perubahan
seiring dengan peredaran zaman untuk menjadikan pendidikan kanak – kanak 0
hingga 5 tahun adalah yang terbaik dari segala sudut lantas meningkatkan proses
perkembangan kanak – kanak menjadi lancar dan efisien.

4.0 RUJUKAN

Department of Children and Family Services (DCFS), 2007. Early Years Foundation


Stage. Nottingham: DCFS
Department of Children and Family Services (DCFS), 2010. Childcare and early
years
providers survey 2009. London: DCFS
Garrick, R., Bath, C., Dunn, K., Maconochie, H., Willis, B., & Wolstenholme, C.,
2010.

23
Children’s Experiences of the Early Years Foundation Stage. London:
DCFS.
Jan Dubiel. (2016). Effective Assessment in the Early Years Foundation Stage. (Edisi
ke-2). India: C&M Digitals (P) Ltd.
Matt Arnerich. (Januari 2020). The EYFS Framework 2020: Four Experts Have Their
Say. Dimuat turun daripada https://famly.co/blog/management/eyfs-
framework-2020/.
Natalie Canning. (2011). Play and Practice in the Early Years Foundation Stage.
(Edisi ke-2). London: SAGE Publications Ltd.
National Children’s Bureau, (2010). What works in early years: EYFS Parent Survey.
London: NCB.
Oanna, P., (2016). The Early Years Foundation Stage: Theory and Practice. (Edisi
ke-3). Singapura: SAGE Publications Asia-Pacific Pte Ltd.
The School Run. (2020). The Early Years Foundation Stage Explanations. Dimuat
turundaripadahttps://www.theschoolrun.com/what-your-child-learns-
early-years- foundation-stage.

24

Anda mungkin juga menyukai