Anda di halaman 1dari 6

SIFAT UNTA DAN PERWATAKAN MANUSIA

1.0 PENGENALAN

Sejak 5000 tahun yang lalu, masyarakat Arab sudah lama memanfaatkan unta sebagai
haiwan peliharaan yang terbaik untuk memperoleh tenaga, susu dan dagingnya. Kejadian
unta yang membawa pelbagai manfaat telah membuktikan rahmat dan kasih sayang Allah
yang luas buat hamba – hambaNya. Dalam surah Ah – Nahl ayat 5 hingga 7, Allah
berfirman bahawasanya, ‘dan binatang – binatang ternak itu, ia juga menciptakannya
untuk kamu, terdapat padanya benda – benda yang memanaskan tubuh dari sejuk dan
beberapa faedah yang lain, dan daripadanya juga kamu makan. Dan bagi kamu binatang –
binatang ternak itu, keindahan (yang menarik hati) ketika kamu membawanya balik untuk
berehat (pada waktu petang), dan ketika kamu membawanya keluar (pada waktu pagi).
Dan binatang – binatang itu pula membawa barang – barang kamu ke mana – mana
negeri yang kamu tidak dapat sampai kepadanya melainkan dengan menanggung susah
payah. Sesungguhnya,Tuhan kamu amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya.’ Tanpa
unta, perjalanan melintasi gurun pada masa lalu adalah mustahil kerana hanya ia sahaja
yang mempunyai kelebihan untuk bertapak di gurun padang pasir yang terik. Sedang
kereta juga tidak mampu menandingi kelebihan yang ada pada seekor unta. Hal ini
membuatkan unta terkenal dengan gelaran ‘ships of the desert’ yang menjadikan ia
sebagai ikon padang pasir.
Secara saintifiknya, unta ialah salah satu daripada dua spesies ungulat yang
mempunyai bilangan jari kaki yang genap dalam kumpulan Camelus, iaitu Camelus
Bactrianus yang terdapat lebih jauh di utara dan timur Asia tengah dan Camelus
Dromedarius yang terdapat di Afrika utara dan Asia barat. Selain itu, istilah unta turut
digunakan dalam mana – mana haiwan yang seakan – akan unta dalam keluarga
Camelidae iaitu sejenis kamelid Amerika Selatan yang terdiri daripada
Llama, Alpaka, Guanako dan Vikuna. Jangka hayat seekor unta ialah purata 30 hingga 50
tahun sahaja. Unta boleh berlari sehingga 65 km / h pada jarak dekat dan mengekalkan
kelajuan sehingga 40 km / h. Malah, Allah telah menciptakan unta dengan berat sebanyak
300 kg sehingga 1000 kg yang berfungsi untuk mengerah tenaga unta dengan lebih pesat
dan menyumbangkan tenaga buat manusia.
Walaupun pada hakikatnya kejadian semulajadi unta berbeza dengan manusia, namun
sifat dan peribadi unta boleh dikaitkan dengan manusia untuk dicontohi. Penciptaan unta
adalah kesempurnaan kebijaksanaan Allah dalam memperingati hambaNya supaya
beribadah dan melakukan amal kebajikan kepadaNya. Oleh itu, penulisan ini sedikit
sebanyak akan menceritakan perihal tentang unta dan sifatnya yang mempunyai
hubungkait dengan manusia untuk dijadikan tauladan dan mengagumi kehebatan unta
dalam kehidupan.
2.0 CIRI – CIRI UNTA

Unta mempunyai ciri – ciri yang dicipta khas untuk keberlangsungan


hidupnya. Perkara ini meliputi aspek fizikal, mental dan sistem yang terdapat pada
tubuh unta yang begitu efisien sehingga tiada satu haiwan jua yang mampu
menandingi ciri – ciri unik tersebut. Antara ciri fizikal unta ialah bulu matanya
mempunyai sistem penapis yang menghalang debu – debu daripada masuk. Hal ini
demikian kerana bulu mata unta adalah saling berkait dan lebat. Mata unta secara
automatiknya akan tertutup apabila angin ribut datang melanda. Selain itu, hidung dan
telinga unta juga ditutupi dengan bulu badan yang panjang untuk menyukarkan pasir
gurun daripada masuk ke dalam saluran tersebut. Seterusnya, kaki unta sesuai untuk
semua jenis tanah termasuklah tanah padang pasir. Kaki unta ialah satu – satunya kaki
yang tidak akan tenggelam ke dalam tanah kerana strukturnya yang memiliki dua jari
besar yang elastik dan boleh melebar. Fungsinya, unta akan mengenggam tanah
dengan kuat sehingga tapaknya yang melebar akan menstabilkan pergerakan. Kuku
unta juga penting untuk melindungi kaki daripada rosak akibat bengkak dengan suhu
gurun yang terik.
Di samping itu, terdapat satu faktor penting yang menjadikan unta mampu
bertahan hidup dan menyesuaikan diri di kawasan tersebut, iaitu adalah kerana
bonggolnya. Pada mulanya, manusia menganggap bonggol unta berfungsi untuk
menyimpan air. Sebenarnya, bonggol unta berfungsi untuk menyimpan lemak
khususnya pada saat memerlukan air dengan bantuan oksigen yang merupakan hasil
daripada proses respirasi. Sains menyatakan bahawa satu gram lemak dapat
diubahkan menjadi satu gram air. Wap air yang keluar daripada paru-paru akan
diserap kembali oleh sel khusus yang terdapat pada bahagian dalam hidung unta.
Setelah itu, wap air diubah menjadi seperti kristal dan ianya dapat berubah kembali
menjadi sumber air bagi unta. Dengan sistem ini, unta dapat hidup selama tiga hari
tanpa sumber makanan dan air. Dalam tempoh tersebut juga, unta kehilangan berat
badan sehingga 33% berbanding seorang manusia yang akan kehilangan 8% daripada
berat badannya dan kehilangan air daripada seluruh tubuhnya yang pada akhir akan
membawa kepada kematian dalam masa 36 jam.
Ciri fizikal seterusnya ialah bulu tebal yang berfungsi menghalang kepanasan.
Bulu tebal ini seperti rambut kusut yang bukan sahaja melindungi tubuh daripada
suhu yang panas dan dingin, malahan ia juga mampu mengurangkan kehilangan air
daripada tubuh. Unta boleh bertahan hidup dengan suhu sehingga 50C pada musim
panas dan -50C pada musim sejuk. Unta juga boleh menggunakan lehernya yang
panjang untuk makan tumbuhan yang tinggi atau yang ada di atas tanah dengan
mudah. Ia berfungsi untuk menstabilkan badan apabila membawa beban yang banyak.
Bukan setakat itu sahaja, bibirnya yang sangat kuat seperti getah menjadikannya
mudah untuk makan duri yang tajam seperti kaktus sehingga menembusi kulit.
Kemampuan ginjal dan usus unta sangat baik dalam menyerap air, membuat tekstur
urin unta lebih pekat seperti sirap dan najis mereka sangat kering dan boleh terus
dibakar ketika telah dikeluarkan.Orang Badwi banyak menggunakan ia sebagai bahan
bakar di kawasan gurun. Berbeza pada tekstur urin dan najis haiwan lain yang
biasanya lebih cair dan masih mengandungi air yang cukup banyak.

3.0 KELEBIHAN UNTA

Terdapat beberapa keunikan yang terdapat pada unta yang tidak dimiliki oleh haiwan
lainnya. Hal ini menjadikan unta ialah haiwan yang istimewa dan menarik dengan tarikannya
yang tersendiri. Antara kelebihannya ialah boleh mengeluarkan susu sebanyak dua kali sehari
secara berterusan selama setahun sebagai sumber minuman dan bekalan nutrisi. Apabila
Afrika mengalami musim kemarau pada tahun 1984 hingga 1985, suku – suku kaum di
Kenya yang mengembala lembu dan hidup dengan hasil minuman susu lembu akhirnya
mengalami kepupusan dan mati kebuluran akibat kehabisan bekalan makanan dan susu. Akan
tetapi, suku kaum yang mengembala unta masih boleh meneruskan hidup kerana mereka
mendapat bekalan nutrien daripada susu unta sepanjang musim kemarau yang berlangsung
selama lebih kurang dua tahun. Selain daripada itu, unta boleh menukar urin kepada sumber
air untuk memastikan ia dapat bertahan dengan kekurangan sumber air daripada bonggolnya.
Kebanyakan binatang mati ketika urin yang terkumpul memasuki sistem peredaran darah.
Namun begitu, unta menggunakan urin yang terhasil dalam tubuhnya ini dengan menapis
melalui hati secara berterusan. Kesan daripada itu, unta memanfaatkannya sebagai sumber
protein dan air.
Seterusnya, kaum unta sangat mudah untuk disembelih kerana ia tidak akan
memberontak seperti haiwan sembelihan yang lainnya dan unta juga boleh membawa beban
berat sehingga 500 kilogram yang bersamaan dengan ½ ton. Kaki unta boleh bergerak sejauh
80 kilometer setiap hari sambil mengekalkan kelaparan dan dahaga dengan membawa beban
yang sangat berat. Selanjutnya, unta mempunyai kelebihan untuk makan dan minum dengan
cepat. Menurut Adnan Oktar, seorang saintis terkenal dari Turki, unta mampu mengambil 50
hingga 100 liter air pada satu masa. Ia juga boleh makan kira – kira 30 hingga 50 kilogram
makanan dalam satu hidangan.

3.0 KESUKAAN UNTA

Pada umumnya, unta hidup di padang pasir yang memiliki suhu udara yang
dapat membunuh spesies makhluk hidup lainnya. Apa yang dimaksudkan ialah unta
dapat hidup dalam persekitaran yang benar benar panas dan hidup dibawah
terik matahari. Unta dapat bertahan untuk hidup meskipun tidak makan dan minum
selama berminggu – minggu. Terdapat beberapa faktor yang menjadikan unta mampu
bertahan hidup dan menyesuaikan diri di kawasan tersebut, salah satunya adalah
kerana bonggolnya. Pada asalnya, manusia menganggap bahawa bonggol unta
berfungsi untuk menyimpan air. Sebenarnya, bonggol unta berfungsi untuk
menyimpan lemak khususnya pada saat memerlukan air dengan bantuan oksigen yang
merupakan hasil daripada proses respirasi. Sains menyatakan bahawa satu gram
lemak dapat diubahkan menjadi satu gram air. Wap air yang keluar dari paru-
paru diserap kembali oleh sel khusus yang terdapat pada hidung bahagian dalam unta.
Setelah itu, wap air diubah menjadi seperti kristal dan ianya dapat diambil kembali
menjadi sumber air bagi unta. Unta dapat hidup pada suhu tinggi hingga 41 darjah
celcius. Di samping itu, unta juga dapat mengeluarkan peluh. Pengeluaran keringat
hanya pada kulit unta dan bukan pada rambutnya, sehingga hal ini dapat menghemat
cairan tubuh lebih banyak. Selama berkeringat, unta dapat bertahan hingga kehilangan
massa maksimal 20%-25%. Kemampuan tersebut jauh lebih tinggi dibanding
mayoritas makhluk hidup lain. Pada mayoritas makhluk hidup dapat bertahan hingga
kehilangan massa maksimal sekitar 3%-4%, sebelum terjadinya gagal jantung akibat
mengentalnya darah. Meski kehilangan banyak cairan tubuh, darah unta tetap
terdehidrasi hingga batas 25%. Ada beberapa hal yang menyebabkan darah unta tidak
mengental pada kondisi dimana darah pada mayoritas makhluk hidup sudah
mengental. Salah satu faktor nya adalah sel darah merah unta berbentuk oval bukan
bulat seperti makhluk hidup lainnya.  Unta juga memiliki sistem imunitas yang cukup
unik dibanding mayoritas makhluk hidup lainnya. Semua mamalia mempunyai
antibody yang berbentuk Y dengan dua rantai panjang sepanjang Y dengan dua rantai
pendek pada setiap ujung Y tersebut. Tetapi, unta memiliki dua rantai panjang yang
menjadikannya berbentuk lebih kecil sehingga dapat mengurangi darah mengental
lebih cepat. 4. Bentuk adaptasi pada unta lainnya adalah fungsi organ unta yang
bekerja sangat baik dalam mendukung keberlangsungan hidup unta. Organ ginjal dan
usus pada unta bekerja cukup efisien dalam menyaring air. Kemampuan organ ginjal
dan usus pada unta yang sangat baik dalam menyerap air, membuat bentuk urin pada
unta lebih kental dan kotoran mereka sangat kering dan bisa langsung dibakar ketika
telah dikeluarkan. Berbeda pada bentuk urin dan kotoran hewan pada umumnya yang
biasanya lebih cair dan masih mengandung air cukup banyak.

Anda mungkin juga menyukai