Anda di halaman 1dari 28

KEPENTINGAN SUNGAI

PENDAHULUAN
Malaysia amat bertuah kerana dianugerahkan banyak sungai. Terdapat 49 batang sungai utama di Malaysia yang menjadi sumber kepada lebih 90 % bekalan air minuman negara. Namun khazanah ini telah dimusnahkan oleh kerakusan manusia mengeksploitasinya.

Perairan negara kini dicemari sisa-sisa toksik kilang, efluen manusia dan binatang serta tumpahan minyak.
Sepatutnya masyarakat perlu peka bahawa air sangat penting kepada manusia Lantaran kepentingan ini, punca air perlu dijaga dan diselia dengan baik supaya bekalannya sentiasa mencukupi untuk kegunaan penduduk.

ISI PERTAMA
Sungai membekalkan air untuk kegunaan harian manusia Manusia memerlukan air untuk menjalani kehidupan yang lebih selesa. Salah satu kegunaan yang penting ialah untuk minum 2/3 daripada tubuh badan manusia ialah air Kegunaan harian yang lain adalah untuk mandi, membasuh dan keperluankeperluan harian yang lain. Manusia akan mandi sekurang-kurangnya tiga kali sehari Hal ini demikian kerana, negara kita cuacanya panas dan lembab menyebabkan tubuh kita akan rasa melekit dan perlu mandi Sekiranya tidak ada air, kehidupan harian akan terganggu

ISI KEDUA
Sungai membekalkan air untuk kegunaan pertanian
Tumbuh-tumbuhan dan haiwan memerlukan air untuk hidup Tumbuhan memerlukan air untuk proses fotosentisis dan tumbesaran Tanaman padi dan tembakau di Kelantan memerlukan banyak air Air perlu dialirkan ke sawah-sawah padi supaya padi akan tumbuh dengan cepat Begitu juga dengan tanaman tembakau yang memerlukan pokok sentiasa dijirus dengan air Bagi sesetengah negara yang kurang air iaitu negara-negara Timur Tengah seperti Arab Saudi dan Mesir, tanaman tidak sesuai hidup kerana tanahnya kering kontang.

Begitu juga binatang-binatang ternakan juga memerlukan air

ISI KETIGA
Sungai membekalkan air untuk kegunaan syarikat-syarikat perkilangan Air adalah bahan yang digunakan untuk mengimbangi engin-engin yang panas. Contohnya kereta juga menggunakan air untuk menyejukkan engin yang panas ketika bergerak di jalan raya.

Begitu juga halnya mesin-mesin yang besar


Kilang-kilang juga menggunakan air untuk membasuh mesin-mesin setelah selesai sesuatu sesi pekerjaan. Sekiranya mesin tidak dibasuh selepas digunakan, jangka hayat mesin itu tidak akan lama. Air juga digunakan oleh industri-industri yang berkaitan dengan membekalkan makanan seperti industri keropok, pusat sembelihan ayam, membuat air batu dan sebagainya.

Dalam industri batek juga memerlukan air

ISI KEEMPAT
Sungai digunakan sebagai alat perhubungan Suatu ketika dahulu, sungai menjadi jalan pengangkutan yang amat penting kepada manusia Sungai menjadi penghubung utama dari s atu kawasan ke kawasan lain. Tentunya, kawasan sungai ialah kawasan yang memudahkan manusia menjalankan aktiviti harian mereka. Hakikat ini menjadi sebahagian daripada asas ketamadunan manusia. Namun begitu, kini keindahan sungai indah khabar dari rupa.

Sungai yang tidak berdosa ini telah dicemar dan dinodai oleh tangan manusia yang hanyut dalam arus pembangunan dunia.

ISI KELIMA
Sungai dapat mengimbangi suhu dan iklim

Bagi negara-negara yang iklimnya panas, sungai dapat mengimbangi iklim dan suhu.
Air sungai akan diserap semasa proses pemeluapan dan titisan air berkumpul menjadi awan dan akhirnya menurunkan hujan. Iklim yang panas tadi akan menjadi lembap dan cuacanya sejuk Suasana iklim sebegini akan melegakan manusia kerana cuacanya tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk contohnya iklim di Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun. Ini menunjukkan betapa pentingnya sungai kepada manusia

ISI KEENAM
Sungai membekalkan tempat dan aktiviti riadah
Sungai sekiranya diurus dengan baik akan menjadikan tempat itu tempat yang indah dan damai seperti di air terjun, jeram atau tepi sungai. JPS telah melaungkan cogan kata cintailah sungai kita adalah sematamata satu simbolik supaya sungai diperindah dan dijadikan tempat beriadah. Oleh hal yang demikian, tempat itu akan menjadi kunjungan ramai pengunjung untuk beriadah dan berehat.

Di persisiran jeram dan air terjun boleh dibina tempat perkelahan untuk orang ramai melepaskan penat lelah atau stres.
Walau bagaimanapun kawasan ini perlu dijaga dan prasarananya mencukupi serta orang ramai diseru supaya sama-sama menjaga keindahan dan kebersihannya.

water strider

MENGENALI IKAN AIR TAWAR

Nama Tempatan : Lampam Jawa, Lu Ni, Pai Yee Nama Saintifik : Puntius gonionotus Sistem Ternakan : Kolam tanah / Bekas Lombong

Nama Tempatan : Sepat Siam Nama Saintifik : Trichogaster pectoralis Sistem Ternakan : Kolam tanah / Kolam Konkrit

Nama Tempatan : Tilapia Merah, Fi Chia Yee Nama Saintifik : Oreochromis niloticus Sistem Ternakan : Kolam tanah /Bekas Lombong/Pens/sangkar

Nama Tempatan : Patin Nama Saintifik : Pangasius sutchi Fowler Sistem Ternakan : Kolam tanah / Bekas lombong

Nama Tempatan : Lee Coh Nama Saintifik : cyprinus carpio Sistem Ternakan : Kolam tanah / Bekas lombong

Keli.Clarias Batrachus (Linn)

Tapah. Wallago

Kelah.Tor Tambroides

Patin. Pangasius sp

Kalui. Osphroremus Gorami

Anda mungkin juga menyukai