Anda di halaman 1dari 5

TAWANAN KOMANDER

CAUCASUS
Komsas tingkatan 3
Nurr Amiira Izzati Binti Mohamad Rafizal 3 Al-Biruni
WATAK DAN PERWATAKAN
Watak utama
FARHANI
Seorang yang berani – Farhani berani mencari tempat persembunyian tentera Caucasus setelah
tentera Caucasus menangkap Bara dan Puteri Coleoptera. (ms 118-119)
Seorang yang gigih – Farhani gigih membantu Kim Yong yang sudah lemah dan tidak bermaya
untuk melepaskan diri daripada tentera Caucasus. Farhani juga gigih berusaha melepaskan diri
daripada tawanan Komander Caucasus. (ms 71-73)
Seorang yang mempunyai setia kawan – Farhani bersama-sama Devnath, Wei, Heikal dan Kim
Yong kembali kepada kerajaan kumbang untuk memulihkan diri mereka menjadi manusia
kembali. (ms 160-161)
Seorang yang suka membantu – Farhani membantu Kim Yong yang sudah penat dan tidak
bermaya dengan mengambil air di dalam tempurung untuk diberikan kepada Kim Yong. (ms 79)
Watak sampingan
Haikal
 Seorang yang berhati-hati – Haikal meminta Cikgu Salimah, Mira dan Chea Mei hanya
menunggu di luar rumah usang demi keselamatan mereka sementara dia, Devnath dan Wei
meninjau keadaan di dalam rumah itu. (ms 60)
 Seorang yang prihatin dan mengambil berat – Haikal menziarahi ibu Kim Yong di rumahnya
kerana dia turut bersimpati dan berkongsi kesedihan tentang kehilangan Kim Yong. (ms 2)
 Seorang yang berani – Haikal mengajak Devnath dan Wei kembali ke rumah usang pada waktu
malam semata-mata untuk menjejaki kehilangan Farhani.
Puteri Coleoptera
 Seorang yang baik hati – Puteri Coleoptera mempelawa Farhani dan Kim Yong menjamu selera
bersama-samanya. (ms 83)
 Seorang yang mengenang budi – Puteri Coleoptera menghadiahi Farhani dan rakan-rakannya
lambang kebesaran kerajaan kumbang yang diperbuat daripada logam perak yang berukir
cantik. (ms 148)
 Seorang yang bersikap berjujur dan berterus terang – Puteri Coleoptera meluahkan rasa kesalnya
tentang sikap tamak dan gila kuasa Komander Caucasus yang bercita-cita besar untuk menakluki
dunia dan menguasai manusia.
Bara
 Seorang yang setia – Bara setia mengikuti perintah Puteri Coleoptera dan berjuang untuk
mempertahankan Puteri Coleoptera sehingga ke akhir. (ms 109)
 Seorang yang berani – Bara segera berlari mendapatkan khemah Puteri Coleoptera yang
telahpun dikawal rapi oleh tentera Caucasus. (ms 109)

Kim Yong
 Seorang yang menginsafi kesalahan – Kim Yong insaf akan perbuatannya yang sombong dan
angkuh selama ini. Dia memohon maaf daripada Farhani. (ms 79)
 Seorang yang prihatin – Kim Yong bertekad untuk membebaskan kumbang-kumbang yang
terdapat di dalam zoo mininya setelah peristiwa dia ditawan oleh Komander Caucasus. (ms 168)

Anda mungkin juga menyukai