Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH MENENGAH SAINS BANTING

Jalan Sultan Suleiman Shah Jugra


42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
Kod Sekolah : BEA 1074
TEL : 03-31201597 FAX : 03-31201623

TEKS PENGACARA MAJLIS


ANNUAL HI -TEA 2022/2023
WAKTU TINDAKAN TEKS

MAJLIS BERMULA Mengumumkan ketibaan yang berusaha En Rijaludin bin Che Mat


Pengetua SM Sains Banting serta barisan pentadbir mengambil
KATA ALU- ALUAN tempat.. 

...........................................................................................
Majlis mengalu-alukan kehadiran semua dalam Annual Hi - Tea SM
Sains Banting bagi tahun 2022/2023.

Bissmillahirrahmanirahim. Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.dan .salam sejahtera

Buanglah rokok buang selamanya,


Sirih adat tinggal-tinggalan,
Bismillahirrahmanirrahim ucapan utama
Selamat datang ucapan susulan

1. Yang Berusaha En Yusanizan bin Shafie


Pengetua SM Sains Banting

2. Yang Dihormati Encik Mohd Fauzi bin Maulan


Menjalankan tugas Penolong Kanan Pentadbiran

3. Yang Dihormati Ustaz Zaki bin Othman


Penolong Kanan Hal Ehwal murid

4. Yang Dihormati Tuan Haji Azizan bin Hasbollah


Penolong Kanan Kokurikulum

5. Barisan Guru Kanan Matapelajaran


6. Ahli Jawatankuasa BAGUS dipengerusikan oleh Ustaz
Sahnonizan bin Othman
7. Guru-guru dan Kakitangan SM Sains Banting

Pertama sekali bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan


nikmatnya maka dapat kita berkumpul dalam ANNUAL HI-TEA SAINS

1
BANTING TAHUN 2020/2021 .

ULASAN RINGKAS
Ada nasihat sepatah kata,
Kalau Ada silakan,
Jangan lupa tugas kita,
Malam Jumaat yassin dan quran.
(selingan pantun hari jumaat)

Di majlis yang permai ini ,marilah kita memanjatkan rasa syukur ke


hadrat ilahi kerana dengan  limpah izinnya  dapat kita berkumpul di
Sama-Sama Hotel KLIA yang serba indah ini.

Majlis ini juga merupakan salah satu daripada aktiviti tradisi kelab guru
dan staf yang diadakan pada setiap tahun. Tujuan majlis ini diadakan
sebagai menghargai sumbangan dan pengorbanan guru dan staf yang
sentiasa meningkatkan prestasi sekolah. Di samping itu, majlis ini boleh
dijadikan medan untuk membina budaya kekitaan antara semua
kakitangan sekolah tanpa mengira pangkat dan kedudukan.

Garam ada kicap pun ada,


Sayang lada terlupa bagi,
Pantun ada ucapan ada,
Sayang tiada berdoa lagi

BACAAN DOA Sebelum kita meneruskan acara, dipersilakan ustaz Husin bin
Parwazalam untuk memimpin bacaan doa bagi bermunajat dan
memohon doa dari yang Maha Esa. Sama-sama kita aminkan dan
panjatkan kesyukuran kepadaNya.

Dipersilakan..

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Husin bin Parwazalam atas


bacaan doa sebentar tadi.

UCAPAN Majlis seterusnya menjemput Ustzah Norrizar binti Muhammad selaku


PENGERUSI pengerusi kelab Bagus tahun 2020/2021 untuk menitipkan ucapan.
BAGUS
Terima kasih diucapkan.

Besar langit di tepi busut,


Besar tak muat di dalam peti,
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati

Kini, untuk tidak membuang masa majlis mempersilakan Yang


Berusaha En. Rijaludin bin Che Mat bagi menyampaikan ucapan .
UCAPAN Dipersilakan.
PENGETUA

2
Majlis mengucapkan terima kasih Tuan Pengetua atas ucapan
sebentar tadi.

BACAAN DOA Pandang kiri pandang kanan, nampak menu sudah terhidang, tunggu
Makan MAKAN apa bosskuu, mari makan sampai kenyang. Oleh itu, dipersilakan sekali
lagi Ustaz Husin untuk membacakan doa makan.

Dipersilakan semua untuk menjamu selera dengan juadah yang


disediakan.

Baiklah hadirin semua, ucapan sudah, makan pun sudah. Anda puas?
Pastinya tidak selagi belum ke acara cabutan bertuah dan pertukaran
hadiah. Baiklah dengan ini majlis menjemput..........

CABUTAN BERTUAH 1
Dipersilakan En. Mohd Firdaus bin Mohamad selaku Timbalan Pengerusi Kelab Bagus untuk mencabut 25 nombor dan
menyampaikan hadiah kepada yang bertuah :
Dimulakan dengan 1 hingga 25 cabutan bertuah)

CABUTAN BERTUAH 2
Dipersilakan Ustazah Norrizar bin Muhammad selaku Pengerusi Kelab Bagus untuk mencabut 25 nombor dan
menyampaikan hadiah kepada yang bertuah :
Dimulakan dengan 1 hingga 25 cabutan bertuah)

PERTUKARAN HADIAH SESAMA GURU DAN STAF


Rakan-rakan guru dan staf sekalian, Seterusnya kita ke acara pertukaran hadiah. Dengan adanya acara sebegini
diharapkan dapat menyerikan majlis dan merapatkan ukhwah yang telah terbina. Dipersilakan semua guru
untukmelihat nama guru yang berada di tangan anda dan menyerahkan hadiah kepada penerimanya.

CABUTAN BERTUAH 3
Dipersilakan Yang Dihormati Ustaz Zaki bin Othman untuk mencabut 25 nombor dan menyampaikan hadiah kepada
yang bertuah :
Dimulakan dengan 1 hingga 25 cabutan bertuah)

PENYAMPAIAN ANUGERAH PENGHARGAAN UNIT KOKURIKULUM


Sekai lagi majlis mempersilakan Yang Dihormati Ustaz Zaki bin Othman untuk menyampaikan pula hadiah
penghargaan dari unit Kokurikulum.
Dijemput ___________________
1. SU KOKURIKULUM
2. PEN. SU KOKURIKULUM
3. SU SUKAN
4. PENYELARAS UNIT SUKAN & PERMAINAN
5. PENYELARAS UNIT KOAKADEMIK
6. PENYELARAS UNIT PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH
7. GURU PEMBIMBING MURID KEPERINGKAT ANTARABANGSA
3
Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati Ustaz Zaki bin Othman atas penyampaian cabutan bertuah dan
penyampaian hadiah dari unit kokurikulum sebentar tadi.

CABUTAN BERTUAH 4 Dipersilakan Yang Dihormati Haji Saharom bin Palil untuk mencabut 17 nombor dan
menyampaikan hadiah kepada yang bertuah :
Dimulakan dengan 1 hingga 17 cabutan bertuah)

PENYAMPAIAN ANUGERAH PENGHARGAAN DARI UNIT HEM


Seterusnya Haji Saharom akan menyampaikan pula hadiah dari unit HEM.

SU HEM
1. CIK NUR AKMAL BINTI ABD RAHIM

PENGHARGAAN MEMERANGI WABAK COVID-19


1. EN. MOHD RAFAIE BIN ABD AZIZ
2. PN. NOR AFIFAH BINTI MOHD SHARIF
3. PN. MASRUL JULIANA BINTI MAHMUD
PENGHARGAAN KEBAJIKAN KHAS PK HEM
1.EN. NUR NASHUHA BIN SHAFAIN

Terima kasih diucapkan kepada Haji Saharom bin Palil atas penyampaian cabutan bertuah dan penyampaian hadiah
dari unit Hem sebentar tadi.

Majlis menjemput 3 orang tetamu yang diraikan, En. Mohd Rafi bin Zulkifli, Pn. Mazlawati binti Marzuki dan Pn. S.
Rosmawati binti Said untuk naik ke atas pentas bagi sesi penyampaian hadiah.
Majlis mempersilakan __________________untuk menyampaikan hadiah kepada para tetamu yang diraikan.
1. BAGUS
2. PENGURUSAN
3. KURIKULUM
4. HEM
5. KOKURIKULUM
6. UBK
7. BIDANG TEKVOK
8. BIDANG SAINS & MATH
9. BIDANG KEMANUSIAAN
10. PANITIA PAI
11. PANITIA SAINS
12. PANITIA PJPK
13. KOPERASI
14. PN. MASRUL JULIANA

PENYAMPAIAN HADIAH CAHAYA MATA PERTAMA DAN HADIAH PENGANTIN BAHARU


Dipersilakan Yang Dihormati EN. Yusanizan bin Shafie untuk menyampaikan hadiah.

4
HADIAH PENGANTIN BAHARU
Dijemput ____________________untuk menerima hadiah

1. En. Wan Muhammad Hanis Syukri bin Wan Ibrahim


2. Pn. Nurul Ashikin binti Abd Rahim

HADIAH BAGI CAHAYA MATA PERTAMA


Dijemput ____________________untuk menerima hadiah
1. Pn. Julia binti Othman
2. Pn. Nurul Syifa binti Hassan

PENYAMPAIAN ANUGERAH PENGHARGAAN UNIT KURIKULUM


Seterusnya En.Yusanizan bin Shafie akan menyampaikan pula hadiah penghargaan dari unit kurikulum.
Dijemput ____________________untuk menerima hadiah

1. SU KURIKULUM
2. BARISAN GKMP
3. PENGHARGAAN CEMERLANG SUBJEK-SUBJEK SPM 2020
4. PENGHARGAAN PANITIA SAINS
5. PENGHARGAAN PANITIA RBT
6. PENGHARGAAN PANITIA ASK
7. PENGHARGAAN BAHASA ANTARABANGSA

Mohon untuk En. Yusanizan terus berada di atas pentas bagi sesi yang seterusnya. Majlis menjemput Cikgu Nazim dan
Ustaz Syukri bagi meneruskan sesi permainan ringkas.

PENYAMPAIAN ANUGERAH PENGHARGAAN PENGURUSAN


Seterusnya Majlis menjemput En.Rijaludin bin Che Mat untuk menyampaikan hadiah bagi Anugerah Penghargaan
dari unit Pengurusan.
Majlis mengumumkan penerima-penerima Anugerah Penghargaan Pengurusan.
1. Anugerah Guru Inovasi
2. Anugerah SPH Terbaik
3. Anugerah Penghargaan Kebajikan Khas Pengetua
4. Anugerah Pencapaian Cemerlang SPM 2020 (tempat kedua GP terbaik)
5. Anugerah Pencapaian Terbaik SPM 2020
6. Anugerah Khidmat Kaunselor Cemerlang
7. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

ANUGERAH BEST DRESS (LELAKI & PEREMPUAN)


Dipersilakan Yang Berusaha En. Rijaludin bin Che Mat untuk menyampaikan hadiah
Best dress bagi lelaki.

5
Dipersilakan 1.
Best dress bagi perempuan
Dipersilakan 2.

Tibalah saat Kemuncak dan Klimaks acara yang penuh dengan debaran dan emosi. Masing-masing mula meletakkan
harapan yang tinggi untuk membawa pulang hadiah lumayan. Baiklah untuk makluman semua terdapat 5 cabutan
bertuah bagi grand prize lucky draw.
Terima kasih diucapkan kepada penyumbang-penyumbang yang sudi berkongsi rezeki bersama kami. Dunia kita
memberi akhirat kita merasa.

Nama sudah penerima bertuah sudah berada di tangan kami.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha En. Rijaludin bin Che Mat atas penyampaian cabutan bertuah
sebentar tadi. Tahniah buat mereka yang bertuah.

PENUTUP Setelah jamuan selesai


Hadirin dan hadirat sekalian,
(PENGACARA MAJLIS) Nampaknya, majlis kita pada hari ini sudah sampai ke penghujungnya.

Semoga majlis ini dapat mengeratkan ukhuwah sesama kita untuk


terus mengapai kejayaan dalam pelbagai bidang pada tahun hadapan.

Sebelum majlis melabuhkan tirainya ,kami mengambil kesempatan ini


untuk memohon ampun dan maaf seandainya terdapat tutur dan
ungkap bicara yang menyinggung hati dan jiwa.

Penghargaan terima kasih yang tak terhingga juga diucapkan kepada


semua sama ada yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

Pohon saga juntainya berayun,


Dibuat galah mengait timba,
Timba berada di dalam paya,
BAGUS ingin memohon ampun,
Silap dan salah jangan dicela,

Selepas ini diharap kita sama-sama dapat berkumpul


di ...................bagi sesi fotografi .

sekian,terima kasih. Saya sudahi majlis dengan wabillahi taufik


wahidayah.wassalamualaikum wbt…

Anda mungkin juga menyukai