Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN


BADAN KEPIMPINAN PELAJAR SEKOLAH
SMKDHHY TAHUN 2022

Pengacara :

Puan Norini binti Masri


Puan Siti Zaharah Binti Misrom

Peristiwa Teks
1. Pelajar dan guru Perhatian… Diminta para pelajar mengambil tempat masing-
mengambil tempat
masing kerana majlis akan dimulakan sebentar lagi.

2. Ketibaan Perasmi Mengumumkan ketibaan,

Yang Dihormati
En Basir bin Ibrahim
Pengetua SMKDHHY

Diiringi

Yang Berusaha,
Tn. Hj. Iasham bin Bahri
PK HEM SMKDHHY

dan barisan pentadbir


ke Dewan Tun Abdul Razak.

Hadirin dipersilakan berdiri bagi menghormati


3. Nyanyian Lagu
Nyanyian Lagu Bangsa Johor & Lagu Sekolah.
1. Lagu Bangsa ………………………………………………
Johor Hadirin dipersilakan duduk.
2. Lagu Sekolah

1
Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
4. Kata Aluan Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Pengacara Salam manis pembuka bicara.

Yang Dihormati
En Basir bin Ibrahim
Pengetua SMKDHHY

Yang Dihormati,
Pn. Hjh Rohana binti Abdul Latiff
Penolong Kanan Pentadbiran

Yang Dihormati
Tn. Hj. Md Iasham bin Bahri
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Yang Dihormati
En. Mohd Pauzi Bin Kamaruddin
Penolong Kanan Ko-Kurikulum

Yang Dihormati
Tn Hj. Razali bin Samad
Penolong Kanan Tingkatan 6

Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran

Guru-Guru

Barisan Kepimpinan pelajar serta


Para Pelajar SMK Dato’ Haji Hassan Yunos yang dikasihi
sekalian

Alhamdulillah,
bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah
rahmatNya dapat kita berkumpul pada pagi yang mulia ini
dalam MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH
PELANTIKAN PEMIMPIN PELAJAR
SMKDHHY TAHUN 2023

5. Bacaan doa

2
Kalau pergi Tanjung Keramat,
Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Hadirin sekalian,
Agar majlis pada pagi ini dapat berjalan dengan lancar dan
mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t,
Majlis mempersilakan,
Yang Dihormati,
Ustaz Reza Idham Bin Yakni
untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

…………………………………………………………….
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

8. Ucapan Perasmi Hadirin sekalian,


Majlis seterusnya dengan berbesar hati mempersilakan
Yang Berusaha,
En Basir bin Ibrahim
Pengetua SMKDHHY

Untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan


MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN
PEMIMPIN PELAJAR
SMKDHHY BAGI TAHUN 2023
Dengan segala hormatnya, dipersilakan tuan.

…………………………………………………………….
Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas kesudian
Yang Berusaha,
En. Basir Bin Ibrahim,
Pengetua SMK Dato Haji Hassan Yunos,
atas kesudian menyampaikan ucapan dan merasmikan
MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN
PEMIMPIN PELAJAR
SMKDHHY BAGI TAHUN 2023

8. Gimik Perasmian Hadirin sekalian,


Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan sekali lagi
Yang Dihormati
En Basir bin Ibrahim

3
Pengetua SMKDHHY

Diiringi

Yang Berusaha,
Tn. Hj. Iasham bin Bahri
PK HEM SMKDHHY
&
Yang Dihormati,
Pn. Hjh Rohana binti Abdul Latiff
Penolong Kanan Pentadbiran

Serta barisan pentadbir


Untuk menyempurnakan gimik perasmian.
Dengan segala hormatnya dipersilakan tuan.

…………………………………………..
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas penyempurnaan
gimik perasmian sebentar tadi

9. Penyampaian Hadirin sekalian.,


Watikah Pelantikan
Majlis diteruskan dengan Penyampaian Watikah Pelantikan
Untuk itu,
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
Yang Dihormati
En Basir bin Ibrahim
Pengetua SMKDHHY

Diiringi

Yang Berusaha,
Tn. Hj. Iasham bin Bahri
PK HEM SMKDHHY

Untuk menyampaikan
Sijil Watikah Pelantikan

4
kepada badan kepimpinana pelajar SMKDHHY
Dipersilakan tuan
………………………………………………
(RUJUK LAMPIRAN)
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.
10. Bacaan Ikrar Majlis mempersilakan saudari

AFZA ZARIFAH BINTI RAZAK

untuk mengetuai bacaan ikrar. Dipersilakan


…………………………………………………………………….

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

11. Nyanyian Lagu


Negaraku Dengan berakhirnya bacaan ikrar sebentar tadi, maka

Sampailah kita ke hujung acara.

Bersinar mentari di alam maya,


Cantik cahaya penuh berserakan
Pengawas cemerlang teraju jaya
Gemilang sekolah menjadi kebanggaan

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak


yang terlibat dalam menjayakan majlis pada pagi ini.

Bagi mengakhiri majlis pada pagi ini, semua warga SMKDHHY


dipersilakan berdiri bagi nyanyian lagu Negaraku

12. Sesi Fotografi Perhatian…


Semua penerima WATIKAH PELANTIKAN
PEMIMPIN PELAJAR
SMKDHHY TAHUN 2023
Diharap dapat tinggal sebentar untuk sesi fotografi.
Sekian. Majlis bersurai…

Anda mungkin juga menyukai