Anda di halaman 1dari 7

1

BIL AGENDA TEKS


1 MULA ACARA Hadirin yang dimuliakan, sila mengambil tempat masing-masing
kerana majlis akan bermula sebentar saja lagi. Kerjasama dan
perhatian dari tuan -tuan dan puan-puan saya dahulukan dengan
ucapan terima kasih.
-----------------------------IRINGAN DIKIR BARAT------------------------------------
2 KETIBAAN Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Datuk Haji Ahmad Jazlan Bin Hj
VIP Yaakub ,Pengerusi Felcra Berhad.
Dengan diiringi para pentadbir dan dif jemputan.
Hadirin diminta berdiri.

Majlis mempersilakan Yang Berbahagia Datuk Haji Ahmad Jazlan Bin Hj


Yaakub ,Pengerusi Felcra Berhad.
untuk mengambil tempat diatas pentas bersama para pentadbir dan dif
jemputan. Dipersilakan….

3 NYANYIAN Ulik mayang nyanyian asli


LAGU Dilagu sigadis merdu sekali
Terima kasih sekalung budi
Sudi datang kemajlis kami

Seterusnya…. Hadirin diminta terus berdiri bagi sama-sama menyanyikan


Lagu Negaraku, Lagu Selamat Sultan.
---------------------------LAGU-----------------------------------
Majlis mengucapkan terima kasih diatas nyanyian lagu sebentar tadi.Hadirin
dipersilakan duduk..

4 KATA ALU Kompang Bergema Pusaka Bangsa


ALUAN Dipalu oleh Si Anak Muda
PENGACARA Hadir Tuan Puan meriahkan suasana
MAJLIS Kami menyambut penuh gembira

Sirih berlipat sirih pinang


Sirih dari pulau mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara

Bismillahirrahmanirrahim…………
Assalamualaikum wbt ,salam sejahtera dan salam nulli secundus

Selamat datang ke Majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke 46 SMK Hamzah


Tahun 2023
Yang Berbahagia Datuk Haji Ahmad Jazlan Bin Hj Yaakub ,Pengerusi Felcra
Berhad.
Yang Berusaha_______________________________________________
Pegawai Pendidikan Daerah Machang
Yang Berusaha Tn Hj Ahmad Sukiman Bin Mohamed Pengetua SMK Hamzah
Yang Berusaha Tn Hj Mohd Yusoff bin Safien Pen Kanan Pentadbiran SMK
Hamzah
Yang Berusaha En Zulkapli bin Mat Sin Pen Kanan Hal Ehwal Murid SMK
Hamzah
2

Yang Berusaha En Cheng Kim Tiang Pen Kanan Ko Kurikulum SMK Hamzah
Yang Berusaha Cik Hjh Zalina Binti Ghazali Pen Kanan Ting 6 SMK Hamzah
Yang Berusaha Pn Hasnin Binti Mohd Yunus, Pemangku Penolong Kanan
Petang SMK Hamzah
Yang Berbahagia Tn Hj Harun bin Mail Yang Dipertua PIBG SMK Hamzah
Yang Berbahagia Tn Hj Abu Bakar bin Hassan Timb Yang Dipertua PIBG SMK
Hamzah
Yang dihormati ahli2 jawatankuasa PIBG SMK Hamzah
Barisan guru-guru, serta ibubapa atau penjaga para pelajar yg dikasihi
sekalian…

Mencari timba si anak dara


Dibawah sarang burung tempua
Salam sembah pembuka bicara
Terima kasih kepada semua

Alhamdulillah setinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Illahi kerana


dengan limpah izin dan rahmatNya kita dapat berkumpul di dewan terbuka
SMK Hamzah untuk menjayakan majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke 46
SMK Hamzah Tahun 2023 ini.
Pihak majlis terlebih dahulu merakamkan ucapan terima kasih yg tidak
terhingga kepada semua yang hadir dalam majlis ini , khususnya kepada
Yang Berbahagia Datuk Haji Ahmad Jazlan Bin Hj Yaakub ,Pengerusi Felcra
Berhad kerna sudi meluangkan masa bagi Bersama sama menjayakan
mesyuarat agung pibg smk Hamzah kali ke 46 ini.
Mesyuarat Pibg Ini tidak lain adalah menjadi medan pertemuan dan
percambahan idea, maklumbalas serta matlamat bagi meningkatkan segala
bentuk kemajuan utk sekolah menjadi lebih cemerlang pada masa akan
datang.
5 BACAAN DOA Terbang merpati membawa berita
Hinggap berteduh dipohon melati
Jari diangkat doa dipinta
Moga majlis lebih diberkati

Tuan-tuan dan puan-puan,


Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini marilah sama-sama kita menadah
tangan dengan penuh ketakwaan untuk mengaminkan doa dan memohon
keberkatan.
Oleh itu majlis dengan segala hormatnya menjemput Ustaz Mohd Zawawi
Bin Fauzi untuk memimpin bacaan doa.dipersilakan..

-----------------DOA------------------------------------------------------------------

Amin amin amin Ya Rabbal Alamin…


Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Mohd Zawawi diatas
bacaan doa itu tadi…

Hadirin yang dihormati sekalian,

Kecemerlangan dan kemenjadian anak anak adalah aset yang amat bernilai
dalam sesebuah keluarga. Lantaran itu, permuafakatan antara ibubapa dan
3

guru adalah tunjang pemangkin kepada kejayaan dan kecemerlangan


kepada sesebuah institusi Pendidikan dalam usaha menjana modal insan
yang berdaya saing dalam melayari bahtera kehidupan yg semakin
mencabar ini.
Justeru, Kerjasama dan komitmen yg dicurahkan oleh guru dan ibubapa
amat penting dalam usaha melahirkan pelajar yg berketrampilan bukan
sahaja dlm bidang akademik, ko kurikulum bahkan sahsiah diri yg
cemerlang.
6 UCAPAN ALU Para Hadirin sekalian….
ALUAN Tersenyum nak dara tanpa bicara
PENGETUA Duduk bersimpuh sambil bersila
Sebagai tanda bermula acara
Ucapan aluan dipersila

Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Berusaha Tn Hj


Ahmad Sukiman Bin Mohamed Pengetua SMK Hamzah
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan…..

-----------------------------UCAPAN PENGETUA--------------------------------------------

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Tn Hj


Ahmad Sukiman Bin Mohamed Pengetua SMK Hamzah
di atas ucapan alu aluan sebentar tadi.
7 UCAPAN YDP Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
PIBG Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika YDP PIBG tidak berbicara

Hadirin Sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan oleh Tn Hj Harun bin Mail Yang
Dipertua PIBG SMK Hamzah
Untuk itu majlis menjemput dan mempersilakan Tn Hj Harun bin Mail
untuk menyampaikan ucapan . Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan…..

------------------------------UCAPAN YDP PIBG--------------------------------------------

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kpd Tn Hj Harun bin Mail Yang
Dipertua PIBG SMK Hamzah di atas ucapan sebentar tadi.
8 UCAPAN Hadirin yang dimuliakan,
PERASMIAN
Makan nasi di tepi bendang,
bersambal tumis ikan bilis,
datanglah tuan kami mengundang,
tampil ke depan merasmi majlis

Kini tibalah masanya untuk kita mendengar amanat dan ucapan yang akan
disampaikan oleh Yang Berbahagia Datuk Haji Ahmad Jazlan Bin Hj
Yaakub ,Pengerusi Felcra Berhad. dan seterusnya merasmikan Mesyuarat
Agung PIBG kali ke 46 SMK Hamzah Tahun 2023 ini
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan…..
4

------------------------UCAPAN PERASMIAN--------------------------------------------

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih


kepada Yang Berbahagia Datuk Haji Ahmad Jazlan Bin Hj Yaakub ,Pengerusi
Felcra Berhad. di atas ucapan dan perasmian Mesyuarat Agung PIBG kali ke
46 SMK Hamzah tahun 2023.

9 ANUGERAH Berkebaya batik berwarna merah


KECEMERLAN Diserikan pula permata berlian
GAN SPM Tibalah masa penyampaian anugerah
2022 Penerima sabar menunggu giliran

Hadirin hadirat yg dihormati sekalian


Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Anugerah Kecemerlangan SPM
2022
Untuk itu, Majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berbahagia Datuk
Haji Ahmad Jazlan Bin Hj Yaakub ,Pengerusi Felcra Berhad.
Diiringi oleh
Yang Berbahagia Tn Hj Harun bin Mail Yang Dipertua PIBG SMK Hamzah
Untuk menyampaikan hadiah.Dipersilakan…
------------------------------------------------------------------------------------
Berikut adalah pelajar cemerlang yang mendapat keputusan 5A DLM SPM
2022.Dipersilakan
*RUJUK SENARAI PENERIMA

Seterusnya majlis diteruskan dgn penyampaian anugerah cemerlang spm


20222 yang mendapat keputusan 6A
Dipersilakan
*RUJUK SENARAI PENERIMA

Seterusnya majlis diteruskan dgn penyampaian anugerah cemerlang spm


2022 yang mendapat keputusan 7A
Dipersilakan
*RUJUK SENARAI PENERIMA

Seterusnya majlis diteruskan dgn penyampaian anugerah cemerlang spm


2022 yang mendapat keputusan 8A
Dipersilakan
*RUJUK SENARAI PENERIMA

Terima kasih diucapkan kpd Yang Berbahagia Datuk Haji Ahmad Jazlan Bin
Hj Yaakub ,Pengerusi Felcra Berhad kerana sudi menyampaikan hadiah
kecemerlangan kepada semua pelajar cemerlang SPM 2022 SMK Hamzah
sebentar tadi.

Tahniah juga kepada semua pelajar cemerlang SPM 2022 diatas penerimaan
anugerah itu tadi.

10 CABUTAN Hadirin sekalian,


BERTUAH Majlis diteruskan lagi dengan acara Cabutan Bertuah
5

Dipersilakan

Yang Berusaha Tn Hj Ahmad Sukiman Bin Mohamed Pengetua SMK Hamzah


Utk membuat 3 cabutan bertuah yg pertama
-----------------------------cabutan bertuah------------------------------------------
Terima kasih diucapkan kpd Yang Berusaha Tn Hj Ahmad Sukiman Bin
Mohamed Pengetua SMK Hamzah Diatas penyampaian cabutan bertuah itu
tadi

Seterusnya Dipersilakan

Yang Berbahagia Tn Hj Harun bin Mail Yang Dipertua PIBG SMK Hamzah
Utk membuat 3 cabutan bertuah yg seterusnya
----------------------------cabutan bertuah--------------------------------------------
Terima kasih diucapkan kpd Yang Berbahagia Tn Hj Harun bin Mail Yang
Dipertua PIBG SMK Hamzah Diatas penyampaian cabutan bertuah itu tadi

Seterusnya Dipersilakan
Yang Berusaha _________________________________________________
Pegawai Pendidikan Daerah Machang

Utk membuat 3 cabutan bertuah yg seterusnya


------------------------------------cabutan bertuah-----------------------------------
Terima kasih diucapkan kpd
Yang Berusaha ____________________________________________
Pegawai Pendidikan Daerah Machang Diatas penyampaian cabutan bertuah
itu tadi

Seterusnya majlis dengan hormatnya mempersilakan


Yang Berbahagia Datuk Haji Ahmad Jazlan Bin Hj Yaakub ,Pengerusi Felcra
Berhad Utk membuat 3 cabutan bertuah
----------------------------------cabutan bertuah----------------------------------------
Terima kasih diucapkan kpd Yang Berbahagia Datuk Haji Ahmad Jazlan Bin
Hj Yaakub ,Pengerusi Felcra Berhad Diatas penyampaian cabutan bertuah
itu tadi.
11 Penyampaian Hadirin sekalian,
Cenderahati Seterusnya, sebagai tanda terima kasih atas kesudian Yang Berbahagia
dan Hadiah Datuk Haji Ahmad Jazlan Bin Hj Yaakub ,Pengerusi Felcra Berhad
kenangan menyempurnakan majlis perasmian sebentar tadi maka majlis dgn
YDP sukacitanya dan berbesar hati mempersilakan Yang Berbahagia Tn Hj Harun
bin Mail Yang Dipertua PIBG SMK Hamzah
Untuk menyampaikan cenderahati tanda kenang kenangan junjungan kasih
kami kpd Yang Berbahagia Datuk Haji Ahmad Jazlan Bin Hj
Yaakub ,Pengerusi Felcra Berhad. Dipersilakan……

---------------------Penyampaian cenderahati----------------------------------------

Burung nuri burung merpati


Hinggap diberanda hinggap ditangan
Cenderahati diberi seikhlas hati
Sebagai tanda buat kenangan
6

Terima kasih diucapkan kpd Yang Berbahagia Datuk Haji Ahmad Jazlan Bin
Hj Yaakub ,Pengerusi Felcra Berhad atas kesudian menerima cenderahati
kenang-kenangan itu tadi.

Buat pengetahuan semua hadirin, Yang Dipertua PIBG kita, Tn Hj Harun Bin
Mail akan melepaskan jawatannya dan mengundurkan diri. Untuk itu, majlis
menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha
_____________________________ Pegawai Pendidikan Daerah Machang /
Yang Berusaha Tn Hj Ahmad Sukiman Bin Mohammed, Pengetua SMK
Hamzah untuk menyampaikan cenderahati dan hadiah kenangan sebagai
penghargaan di atas segala sumbangan Tn Hj Harun Bin Mail sepanjang
beliau menyandang jawatan Yang Dipertua PIBG SMK Hamzah.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih Tuan Pengetua.

13 MAJLIS Ikan berenang di dalam lubuk


PENUTUP Ikan belida dadanya Panjang
Adat pinang pulang ke tampuk
Adat sireh pulang ke gagang

Hadirin sekalian,
Dengan berakhirnya penyampaian cenderahati itu tadi maka tibalah
masanya utk kami selaku pengacara majlis mengundurkan diri. Pihak majlis
juga Menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada
terlanjur kata , terlampau cara sepanjang kami mengendalikan majlis ini.
Sesungguhnya yg baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu
wujudnya dari kelemahan kami sendiri.
Pihak majlis memohon kesempatan waktu untuk menyampaikan sejuta
kalungan terima kasih kepada:

Yang Berbahagia Datuk Haji Ahmad Jazlan Bin Hj Yaakub ,Pengerusi Felcra
Berhad
Serta tetamu jemputan atas kesudian bertandang di SMK Hamzah pada
hari ini.
Sebelum mesyuarat Agung diteruskan, dijemput dgn segala hormatnya
Yang Berusaha Tn Hj Ahmad Sukiman Bin Mohamed Pengetua SMK Hamzah
Mempersilakan dan mengiringi
Yang Berbahagia Datuk Haji Ahmad Jazlan Bin Hj Yaakub ,Pengerusi Felcra
Berhad dan
Yang Berusaha _______________________________________________
Pegawai Pendidikan Daerah Machang.
Serta tetamu jemputan untuk meninggalkan majlis ke Bilik Wawasan.

Para ibubapa diminta terus berada di dewan Bersama sama


Yang Berbahagia Tn Hj Harun bin Mail Yang Dipertua PIBG SMK Hamzah
Dan Yang Berbahagia Tn Hj Abu Bakar bin Hassan Timb Yang Dipertua PIBG
Serta ahli jawatankuasa PIBG SMK Hamzah utk meneruskan agenda
seterusnya iaitu Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 46.
7

14 MESYUARAT Hadirin yg dihormati sekalian,


AGUNG PIBG
Dengan ini majlis diserahkan kpd Yang Berbahagia En Che Rasid bin Ismail
ahli Jawatankuasa PIBG SMK Hamzah untuk meneruskan Mesyuarat Agung
PIBG SMK Hamzah Kali ke 46. Semoga kita berjumpa lagi di majlis yg sama
pada masa akan datang. Sekian terima kasih.
Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum wbt.

15 PENUTUP Hadirin sekalian,


Dengan berakhirnya Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 46 itu tadi maka kami
pihak majlis merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kpd semua
dif jemputan yg hadir terutamanya kpd ibubapa atas kesudian hadir
memeriahkan majlis mesyuarat agung pibg pd hari ini dan semua guru yg tlh
menjayakan mesyuarat agung pibg kali ke 46 pada hari ini.Kebersamaan yg
ditunjukkan adalah membuktikan kita sejiwa.

Pihak majlis memohon kemaafan seandainya berlaku sebarang kepincangan


sepanjang perjalanan majlis pd hari ini.

Sekian terima kasih.


Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum wbt

Anda mungkin juga menyukai