Anda di halaman 1dari 8

TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS

MESYUARAT AGUNG PIBG TAHUN 2021


SKTP (KHAMIS: 28.10.2021)

BI QUE
L

1 Pengumuman kepada peserta dalam talian:

1. Peserta yang ingin mengemukakan


cadangan/pandanganatau ingin mengajukan
soalan perlu klik button RAISE HAND semasa
sesi soal jawab berlangsung.

2. Peserta yang RAISE HAND akan diberi


kebenaran oleh host untuk UNMUTE
Microphone.

3. Sila klik ON CAMERA dan klik UNMUTE


untuk bercakap.
2 Ucapan alu-aluan Ke Pekan Kuala membeli bingka,
pengacara majlis Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Bismilahhirahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt..
Salam Sejahtera dan salam PIBG tulus mewangi.

Lenggang bertapak seni memandang


Silat sendeng menyusun jari
Salam sembah selamat datang
Kesudian tuan puan ke majlis kami.

Yang Berusaha;
Tuan Hj Syahadan bin Hj Abdullah
Pegawai Daerah Baling
Kedah Darul Aman

Yang Berusaha;
Encik Jawaid Iqbal bin Haji Qhulam Kadir
Yang Dipertua PIBG

Yang Berusaha;
Encik Mohd Yusoff bin Ishak
Guru Besar Sek Keb Tunku Putera

Yang Dihormati lagi dikasihi;


Saf kepimpinan penolong kanan sekolah yang diterajui
oleh:

Pn Sharizat binti Abdul Rahman


Penolong Kanan Pentadbiran

Encik Jasli bin Yom


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Pn Rafidah binti Karim


Penolong Kanan Kokurikulum
Tidak dilupakan juga
Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2020/2021

Para guru Sek Keb Tunku Putera

Seterusnya, para ibu bapa yang dirahmati Allah


sekalian.

Alhamdulillah dipanjatkan rasa kesyukuran, kerana


dengan izin serta limpah rahmatnya, kita diberi
kesempatan ruang dan waktu untuk bersama-sama
berhimpun secara atas talian pada petang ini bagi
menjayakan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan
Guru, Sek Keb Tunku Putera kali ke-44.

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran serta


ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak
terhingga kepada semua hadirin dan ibu bapa kerana
sudi meluangkan masa bagi menjayakan Mesyuarat
Agung PIBG yang kita rencanakan pada hari
ini. Semoga dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-
puan dapat menceriakan lagi majlis kita pada petang
ini.

Inilah peluang dan platform terbaik untuk kita mencari


kesepakatan dan titik persamaan bagi menjulang
kejayaan anak-anak dalam bidang akademik,
kokurikulum, disiplin dan sahsiah diri.

Bak kata pepatah Melayu…”Kalau tidak dipecahkan


ruyung, manakan dapat sagunya”

Hadirin sekalian;
3 Bacaan doa
Kayu jati si kayu cendana
Mari di tanam kita berdua
Majlis kita takkan sempurna
Tanpa diiring seuntai doa

Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita


menadah tangan kehambaan dengan penuh
keinsafan , semoga Allah melimpahkan rahmat dan
hidayahnya untuk kelancaran majlis kita pada
petang ini. Untuk itu, majlis mempersilakan Ustaz
Luqman bin Mohamad Nor bagi memimpin bacaa
doa.
Dipersilakan.

************************** Doa *************************

Amin…Amin….Ya Rabbal Alamin

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih


kepada Ustaz Luqman bin Mohamad Nor atas
pimpinan bacaan doa itu tadi. Mudah-mudahan
majlis kita pada pagi ini mendapat rahmat dan
berjalan lancar hingga ke penghujungnya.

4 Ucapan YDP PIBG

Hadirin yang dikasihi sekalian;

Daun semulur di pekan sari;


Batang jerami rebah ke bumi,
Ucapan YDP dinanti-nanti;
Memeriahkan majlis bertambah seri.

Seterusnya, majlis dengan sukacitanya


mempersilakan_________________________,
untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

****************** Ucapan YDP ******************

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih


kepada ______________________ atas ucapan
beliau sebentar tadi.

5 Ucapan Guru Besar Para tetamu yang dihormati,

Terbang di awan burung jentayu,


Di atas papan batang selisih,
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan pengikat kasih.
Untuk itu, majlis dengan penuh takzimnya
menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha
_____________________________________
___________________________________ untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

-Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

6 Ucapan Perasmian Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Daun semulur di pekan sari,


Batang jerami rebah ke bumi,
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan


Yang berusaha, _______________
___________________________________________
___________________________________________
_________________________________________
menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan
Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan
Tunku Putera kali ke-44 ini. Majlis mempersilakan.

7 Cabutan bertuah Hadirin sekalian,


sesi 1 (5 nama)
Seterusnya kita ke acara yang dinanti-nantikan iaitu
acara Cabutan Bertuah sesi pertama.

Untuk sesi pertama, saya akan umumkan nama 5


orang peserta yang bertuah di atas talian.

Mohon para hadirin untuk memberi tumpuan sekiranya


nama anda disebut.

Untuk makluman semua, hadiah cabutan ini boleh


dituntut di kaunter pejabat sekolah bermula hari Ahad
31 Okt 2021. Hadiah ini boleh dituntut pada waktu
pejabat dan hanya sah dalam masa 5 hari sahaja.
Selepas tarikh 4 November 2021, hadiah yang tidak
dituntut akan dipulangkan kepada pihak PIBG.

*******putaran roda cabutan bertuah *************


-baca nombor dan nama peserta

Tahniah diucapkan kepada peserta yang bertuah pada


sesi cabutan yang pertama. Jangan risau, kita masih
ada lagi 5 cabutan di penghujung majlis ini nanti.

6 Warga maya yang dihormati sekalian;

Dengan berakhirnya acara cabutan bertuah sesi 1 itu


tadi, tibalah kita ke puncak acara.

Sebelum saya menyerahkan majlis kepada YDP PIBG


untuk meneruskan mesyuarat.

Saya serahkan majlis ini kepada


____________________________________
___________________________________
untuk agenda seterusnya.
Dipersilakan.
ACARA CABUTAN BERTUAH SESI 2
****** selepas habis ucapan penangguhan mesyuarat (oleh YDP PIBG) *****

Ucapan tahniah atas Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada barisan


pelantikan baharu kepimpinan PIBG yang baharu sesi 2021/2022.
Sekalung penghargaan juga kepada AJK PIBG sesi
2020/2021 yang telah memberi sepenuh komitmen
dan jasa bakti sepanjang tahun 2020. Hanya Allah
yang mampu memberi sebaik-baik ganjaran.

1 Cabutan bertuah sesi Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah


2 sekalian,

Kini, kita beralih pula ke acara cabutan bertuah sesi


kedua. Mohon semua peserta memberi tumpuan
sekiranya nama anda ada dalam senarai yang saya
akan sebutkan nanti.

Berikut adalah 5 orang nama yang terpilih sebagai


peserta bertuah pada hari ini.

*****baca nombor dan nama peserta bertuah *******


Nama 1 hingga 5

Untuk makluman semua, hadiah cabutan ini boleh


dituntut di kaunter pejabat sekolah bermula hari Ahad
31 Okt 2021. Hadiah ini boleh dituntut pada waktu
pejabat dan hanya sah dalam masa 5 hari sahaja.
Selepas tarikh 4 November 2021, hadiah yang tidak
dituntut akan dipulangkan kepada pihak PIBG.

2 Ucapan penutup Hadirin sidang maya sekalian,


oleh pengacara
majlis Dengan berakhirnya acara cabutan bertuah itu tadi,
maka kita sudah sampai ke penghujungnya. Sebelum
majlis melabuhkan tirai, saya mewakili pihak majlis
ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak
terhingga kepada semua barisan pentadbir, barisan
kepimpinan PIBG, Ahli jawatankuasa pelaksana,
rakan-rakan guru serta para ibu bapa yang telah
memberi kerjasama dan sumbangan secara langsung
mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis kita
pada hari ini.

Akhir kata, terimalah pantun daripada saya sebagai


penutup acara.

Merdu bertingkah alunan suara


Kadang tak sedar tersilap kata
Andai terlanjur patah bicara
Serendah hati, kemaafan dipinta.

Sebarang kelemahan harap dimaafi


Segala Kerjasama amat dihargai
Terima kasih sekalung budi
Kenangan terindah pahatkan dihati.

Saya akhiri majlis kita dengan bacaan tasbih kifarah


dan surah Al-Asr.

Wabillahitaufik walhidayah
Wassalamualaikum wbt

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai