Anda di halaman 1dari 4

Teks Pengacara Konvoi Kembara Ukhwah

BIL PERKARA
Mengambil Tuan-tuan, Puan-puan yang dimuliakan, sila mengambil tempat masing-
tempat masing kerana majlis akan bermula sebentar saja lagi. Kerjasama dan
perhatian dari tuan-tuan dan puan-puan saya dahulukan dengan ucapan
terima kasih.

Ucapan alu- Kompang Bergema Pusaka Bangsa


aluan Dipalu oleh Si Anak Muda
Pengacara Hadir Tuan Puan meriah suasana
Majlis Kami menyambut penuh gembira

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬


‫الحمد هلل رب العالمين والصالة والسالم على أشرف األنبياء والمرسلين‬
‫وعلى آله وأصحابه أجمعين‬

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.

Yang Berbahagia
______________________________________________________________

Yang Berusaha _________________________________________________


______________________________________________________________

Yang Berusaha _________________________________________________


______________________________________________________________

Yang Dihormati En Suhaimi Bin Seratang,


Guru Besar SK Serkat,

guru-guru penolong kanan SK Serkat, ajk-ajk PIBG, ibu bapa, guru-guru serta
hadirin hadirat sekalian.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi


kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu,
digerakkan minda dan deria rasa, dikurniakan kecerdasan fizikal dan mental
untuk sama-sama berkumpul di Dewan ini bagi meraikan KONVOI KEMBARA
UKHWAH PENDIDIKAN NEGERI PAHANG SEMPENA SAMBUTAN HARI
GURU PERINGKAT NEGERI PAHANG 2018.

Mawar di taman mekar nan indah


Harum mewangi di rumpun serai
Terukir senyuman pembuka kalimah
Selamat datang tuan dirai.
Hadirin Yang Dimuliakan,
Bacaan Doa
Kayu jati si kayu cendana
Mari di tanam kita berdua
Majlis kami tidak kan sempurna
Tanpa diiring seuntai doa

Sebelum tirai dibuka, sebelum majlis bermula, marilah sama-sama kita


menadah tangan memohon limpah rahmat dan barakah dari Yang Maha Esa.
Dengan itu, majlis dengan penuh takzim menjemput dan mempersilakan EN
AIRULHAFZAN BIN JOHARI untuk memimpin bacaan doa.
Dengan hormatnya dipersilakan…

**************BACAAN DOA*******************

Majlis merakamkan terima kasih kepada EN AIRULHAFZAN BIN


JOHARI, atas pimpinan doa itu tadi. Mudah-mudahan majlis yang
berlangsung akan terus terpancar keberkatan dari Ilahi.

Ucapan Guru Warga dewan yang dimuliakan,


Besar
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Yang Dihormati Encik Suhaimi
Bin Seratang, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Serkat. Majlis dengan segala
hormatnya, dipersilakan.

**************UCAPAN GB*************
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Encik Suhaimi Bin Seratang  atas
ucapan sebentar tadi.
Ucapan JPN Bagi melengkapkan perjalanan majlis kita pada hari ini, majlis menjemput dan
JOHOR mempersilakan _____________________________________,
_________________________________________ untuk menyampaikan
ucapan. Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.
*************ucapan YDP*************

Terima kasih diucapkan kepada ____________________________ atas 


ucapan sebentar tadi.

Ucapan JPN Bagi melengkapkan perjalanan majlis kita pada hari ini, majlis menjemput dan
PAHANG mempersilakan _____________________________________,
____________________________________________ untuk menyampaikan
ucapan. Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.
*************ucapan YDP*************

Terima kasih diucapkan kepada ____________________________ atas 


ucapan sebentar tadi.

Penyampaian Hadirin yang Dimuliakan,


Cenderahati Majlis diteruskan lagi dengan menjemput yang dihormati En Suhaimi bin
Seratang untuk menyampaikan sijil penghargaan dan cenderahati kepada
1. __________________________________________________________
2. __________________________________________________________
3.___________________________________________________________
.
Terima kasih diucapkan kepada En Suhaimi Bin Seratang atas kesudian
menyampaikan sijil penghargaan dan cenderahati sebentar tadi.

Penutup Dari mana asalnya, usah diusul


Molek budinya menambat hati
Dua tiga bicara salah tersasul
Jangan dibawa ke dalam hati.

Kami mewakili guru-guru dan staf sokongan SK Serkat, merakamkan


penghargaan terima kasih kepada Yang Berbahagia
________________________________________________ atas kesudian
meluangkan masa pada pagi ini untuk hadir ke SK Serkat ini.

Sekian, Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi


wabarakatuh…..

Anda mungkin juga menyukai