Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS KEMBARA MERDEKA 2018

SJKT Taman Melawati

PENGACARA MAJLIS: ……………..………....……….. & ………..………..………....………..

AKTIVITI TEKS UCAPAN PENGACARA


MAJLIS
Buat ketupat bersama rendang
Jadi hidangan di waktu petang
Kami mengucapkan selamat datang
Ke majlis Kembara Merdeka

Sarung ketupat berisi inti,


Dibawa budak sambil berdiri,
Kehadiran semua sangat dihargai,
Moga Majlis bertambah seri

Salam sejahtera dan Salam TS25.

Kata alu-aluan Yang berusaha Leftenan Komander Shamsudin bin Ahmad


Ketua Cawangan Persatuan Veteran ATM Setiawangsa,
Yang berusaha Brigadier Jeneral(Bersara) Dato Pahlawan
Shamsudin bin ABBAS Dan ahli-ahli dari Persatuan Veteran
ATM Setiawangsa.
Yang dihormati, Pn Ponnamah,Guru Besar SJKT Taman
Melawati, , Pn Deve ,Pn Saroja , En Gopinath ,
Pn Kalaivani, guru-guru serta murid-murid yang dikasihi
sekalian.
PADA HARI INI, KITA BERKUMPUL DI DEWAN DEMI SATU
TUJUAN IAITU UNTUK MENYEMARAKKAN SAMBUTAN
BULAN KEMERDEKAAN NEGARA KALI KE-61 YANG
BERTEMAKAN SAYANGI MALAYSIAKU.
BAGI MEMULAKAN ACARA KITA PADA HARI INI, DIMINTA
SEMUA GURU DAN MURID BERDIRI TEGAK BAGI
Lagu
MENYANYIKAN LAGU NEGARAKU DAN INILAH BARISAN
KITA DENGAN PENUH SEMANGAT
Video Dimainkan -1.NEGARAKU.mp4 / 2.0 inilah barisan kita.mp4
Majlis mempersilakan … untuk memimpin bacaan doa.
Kadavul Vazhtu Majlis dengan hormatnya memper
silakan.....
Hadirin-hadirat yang dihormati, sepanjang bulan
Pengenalan Majlis
kemerdekaan ini, pihak sekolah telah merencana variasi
program khas untuk menyemarakkan lagi sambutan Bulan
Kemerdekaan negara yang Ke-61. Salah Satu daripadanya
ialah Program Kembara Merdeka bersama Veteran ATM.
Program-program tersebut adalah bertujuan memupuk
semangat cintakan tanah air, mengasah dan menonjolkan
bakat yang melahirkan murid yang kreatif dan inovatif serta
diharap dapat mengeratkan silaturrahim dalam kalangan
murid dan juga guru-guru.
Adat berbicara menyampaikan pesan,
Adat upacara menyampaikan aluan.

Menjemput Guru Besar


Oleh yang demikian, majlis menjemput Yang dihormati, Pn
untuk berucap
Ponnamah,Guru Besar SJKT Taman Melawati, untuk
menyampaikan sepatah dua kata.
Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan.
Ucapan Guru Besar
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Puan Guru Besar
Ucapan terima kasih
kerana sudi menyampaikan ucapan
Hadirin sekalian,
Seterusnya, bagi menyemarakkan lagi semangat
Menjemput Ketua kemerdekaan ini, dijemput Yang berusaha Leftenan
Cawanagan PV ATM Komander Shamsudin bin Ahmad
untuk berucap Ketua Cawangan Persatuan Veteran ATM Setiawangsa
untuk memberi ucapan pembuka. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.
Ucapan Ketua Cawanagan PV ATM
Hadirin sekalian,
Seterusnya, bagi menyemarakkan lagi semangat
Deklamasi Pantun
kemerdekaan ini, dijemput adik Vaishnavi/Kavisha/Sharwin
Merdeka
untuk menyampaikan pantun. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan
Deklamasi Pantun Merdeka
Bergetar rasanya apabila mendengarkan pantun yang
disampaikan oleh adik-adik sebentar tadi. Malah, suara
Selepas Persembahan
lunak adik –adik ini juga menaikkan semangat
kemerdekaan ini.
Kini, tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu acara
Menjemput En Chandran
permulaan Kembara Merdeka. Untuk itu dijemput, En
PV ATM untuk berucap
Chandran bagi memulakan majlis. Dipersilakan.
Video Dimainkan -2.MERDEKA SHORT FILM-BENDERA-2017.mp4
Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada En
Chandran Dari PV ATM di atas persembahan yang
disampaikan sebentar tadi....
Bagi meneruskan acara, kita akan dipersembahkan dengan
tayangan video Pantomin dan lakonan semula peristiwa
sebenar pertempuran pahlawan –pahlawan kita...
Dipersilakan
Video Dimainkan -3/4.PANTOMIN OP IBLIS 1971.mp4 –Kapt Mohana Chandra
Video Dimainkan -5.PANTOMIN OP GUBIR 1976.mp4 –Mej Zainal
Video Dimainkan -6.Lakonan Semula Tragedi Kroh 1979.mp4
Menjemput En Mustafa Begitulah tadi tayangan video pahlawan – pahlawan kita di
Jantan dari PV ATM medan perang.
Seterusnya majlis mempersilakan En Mustafa Jantan Dari
PV ATM untuk berkongsi pengalaman beliau di
pertempuran komunis.Dipersilakan
Slideshow
Video Dimainkan -8.Komando_somalia.mp4
Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada En
Mustafa Jantan Dari PV ATM di atas persembahan yang
disampaikan sebentar tadi....
Bagi meneruskan acara, kita akan dipersembahkan dengan
tayangan video
Peluang Perjaya/pendidikan Dalam ATM.
Dipersilakan
Video Dimainkan -9.RMC.mp4
Video Dimainkan -10.UPNM.MP4
Begitulah tadi tayangan video ….
Seterusnya majlis mempersilakan Yang berusaha Brigadier
Jeneral(Bersara) Dato Pahlawan Shamsudin bin ABBAS Dari
PV ATM
Dan Pn Guru Besar untukupacara pelancaran Tabung
pahlawan di sekolah.Dipersilakan..
Video Dimainkan -11.Promo Kempen Tabung Hari Pahlawan 2018.mp4
Penutup Begitulah tadi meriahnya majlis sambutan “Merdeka
Kembara” ingatlah ini baru sahaja permulaan. Diharapkan
sambutan ini akan sentiasa bersemangat dan hangat
sepanjang sambutan bermula pada hari ini hinggalah pada
penutupnya pada 16 September.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua guru
dan murid atas kehadiran dan kerjasama anda.
Penutup SAMBUT MERDEKA SEKALI SETAHUN,
KERINGAT TERCURAH PEJUANG BERJASA,
MALAYSIAKU MERDEKA 61 TAHUN,
ITULAH SEJARAH PERJUANGAN BANGSA
SETERUSNYA, DIMINTA SEMUA MURID DAN GURU BERDIRI
TEGAK UNTUK MENYANYIKAN Lagu Jalur Gemilang
SEMUA HADIRIN DIMINTA BERDIRI TEGAK DAN
MENYANYIKAN LAGU DENGAN PENUH SEMANGAT SAMBIL
MENGIBARKAN JALUR GEMILANG
DENGAN BERAKHIRNYA NYANYIAN LAGU PATRIOTIK
SEBENTAR TADI, MAKA LENGKAPLAH MAJLIS KEMBARA
MERDEKA kita di petang ini
SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DIUCAPKAN KEPADA
Pihak Persatuan Veteran ATM Setiawangsa,
SEMUA GURU DAN MURID ATAS KEHADIRAN DAN
KERJASAMA ANDA.
SAMA-SAMALAH KITA LAUNGKAN MERDEKA SEBANYAK 7
KALI YANG AKAN DIKETUAI OLEH En Chandran. MAJLIS
MENJEMPUT En Chandran UNTUK NAIK KE ATAS PENTAS.

MERDEKA,MERDEKA,MERDEKA,MERDEKA,
MERDEKA,MERDEKA, MERDEKA

SEKIAN, TERIMA KASIH.

Anda mungkin juga menyukai