Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUP PERDAM 2021 (EMCEE: TUAN MOHD AFIQ)

Bil Agenda Teks

1 Ucapan Aluan Sirih berlipat sirih pinang


Pengerusi Majlis Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara

Yang Berbahagia Puan Nur Afiah bt Abdul Ghaffar,

Komandan Tunas Kadet Remaja Sekolah, Sekolah


Rendah Islam Al-Amin Cheras Selatan.

Yang berusaha, Tuan Wasim Akram bin Nazri,


Timbalan Komandan Tunas Kadet Remaja Sekolah,
Sekolah Rendah Islam Al-Amin Cheras Selatan.

Seterusnya, Barisan Pegawai dan kadet sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan


salam sejahtera.

Alhamdulillah, bersyukur kita pada tengah hari ini,


dengan izin serta limpah rahmat-Nya dapat kita
berkumpul dalam Majlis Penutup Perkhemahan
Dalaman Online Tunas Kadet Remaja Sekolah
Peringkat Sekolah, Sekolah Rendah Islam Al-Amin
Cheras Selatan bagi tahun 2021 yang telah
berlangsung selama 2 hari bermula 20 ogos dan
berakhir pada hari ini iaitu 21 ogos 2021.

Pihak majlis serta seluruh warga Tunas Kadet Remaja


Sekolah, Sekolah Rendah Islam Al-Amin Cheras
Selatan turut sama merakamkan ucapan terima kasih
yang tidak terhingga kepada seluruh hadirin yang
telah menjayakan program kita selama 2 hari ini.

Hadirin dan hadirat yang dirahmati sekalian,


Perkhemahan Dalaman TKRS ini dijalankan
bermatlamat membimbing dan memantapkan empat
kemahiran utama TKRS dalam kalangan murid secara
intensif bagi persediaan ujian kenaikan pangkat.

2 Lagu Negaraku dan Hadirin sekalian,


lagu KRS
Bagi memulakan majlis kita pada hari yang
berbahagia ini, marilah kita bersama-sama kita
TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUP PERDAM 2021 (EMCEE: TUAN MOHD AFIQ)

menyanyikan tiga buah lagu iaitu :


1) Lagu Negaraku
2) Lagu KRS Malaysia
3) Lagu KRS Musleh
Hadirin dimohon berdiri.
****** ( nyanyian)
Semua hadirin dipersilakan duduk.

3 Ucapan Perasmian Kalau tuan pikat kenari,


Penutup Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

Majlis diteruskan pula dengan menjemput Yang


Berbahagia Tuan Wasim Akram bin Nazri, Timbalan
Komandan Tunas Kadet Remaja Sekolah, Sekolah
Rendah Islam Al-Amin Cheras Selatan untuk memberi
sedikit ucapan dan seterusnya merasmikan majlis
penutupan Perkhemahan Dalaman Tunas Kadet
Remaja Sekolah bagi tahun 2021. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

****** (Ucapan)

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan


ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan
Wasim Akram atas ucapan dan perasmian itu tadi
4 Tayangan Montaj Hadirin dan hadirat sekalian,
Seterusnya marilah sama-sama kita menyaksikan
tayangan montaj Perkhemahan Dalaman TKRS
Sekolah Rendah Islam Al-Amin Cheras Selatan yang
disediakan oleh unit multimedia. Dipersilakan

******** (Tayangan montaj)

Terima Kasih diucapkan kepada unit multimedia atas


tayangan montaj yang cukup menarik sebentar tadi

5 Pengumuman Adat nan baharu berubah-ubah


Senarai Pemenang Adat manusia mengandung salah
TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUP PERDAM 2021 (EMCEE: TUAN MOHD AFIQ)

Keputusan pertandingan diketahui sudah


Ada yang menang ada yang kalah.

Kini, tibalah saat yang ditunggu-tunggu oleh kadet-


kadet sekalian iaitu pengumuman senarai nama
pemenang bagi acara-acara yang telah dipertandingan
sepanjang perkhemahan 2 hari ini.
Daripada 7 Platun 2 katageri 5 Pemenang

###### (Rujuk senarai Pemenang)

Tahniah dicuapkan kepada para pemenang sebentar


tadi. Yang kurang bernasib baik cuba lagi pada tahun
hadapan.

6 Bacaan Doa Hadirin dan hadirat sekalian,

Tetak buluh kajang sepuluh,


Laksana dititing kias ibarat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat.

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah


sama-sama kita menadah tangan dengan penuh
ketakwaan untuk mengaminkan doa yang akan
dibacakan oleh Koperal Aqil Amani Bin Bin
Muhammad Al-Amin. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

****** (bacaan doa)

Amin, amin ya rabbal alamin.


Majlis mengucapkan terima kasih kepada Koperal Aqil
Amani Bin Bin Muhammad Al-Amin atas pimpinan
bacaan doa itu tadi.

7 Penutup Hadirin Sekalian,

Dengan itu berakhirnya bacaan doa sebentar maka


TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUP PERDAM 2021 (EMCEE: TUAN MOHD AFIQ)

berakhirlah majlis kita pada hari ini.

Majlis juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada


semua individu yang terlibat secara langsung atau
tidak langsung dalam menjayakan program
perkhemahan dalaman pada tahun ini.
Banyak keluk ke penarik,
Keluk tumbuh pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Sekian dari saya, Saya akhiri majlis kita pada hari ini
dengan ucapan wabillahi taufiq wal hidayah
wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai