Anda di halaman 1dari 2

TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH

Ulik Mayang nyanyian asli


Nyanyian Si gadis yang merdu sekali;
Terima Kasih sekalung budi, Kerana hadir ke majlis ini.

Bismillahirrahmanirrahim..

Yang Berusaha Encik Shaharudin bin Bitah


Guru Besar SK Pasir Gudang 2

Yang Dihormati Puan Normah binti Abdul Rahman


Penolong Kanan Pentadbiran

Pn Jamilah binti Ayob


Penolong Kanan HEM

Puan Maizatul Azean binti Zainal Abidin


Penolong Kanan Kokurikulum

Guru-guru,

Seterusnya, anak-anak murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam Sehati Sejiwa

Alhamdulillah setinggi ucapan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat-Nya jua
pada pagi yang penuh barakah ini, kita sama-sama dapat berkumpul bagi Program Sambutan Maal Hijrah
dan Hari Asyura

BACAAN DOA

Anugerah dikecap si anak watan,


Mengangkat senjata bidalan suara;
Menadah tangan memohon keberkatan,
Mendapat restu hidup sejahtera.

Oleh itu, bagi memberkati majlis pada pagi ini, dipersilakan al-fadzil Ustaz Salihudin bin Yusuf untuk
memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi. Semoga
majlis yang berlangsung ini diberkati Allah SWT.

Hadirin sekalian, untuk makluman semua Secara ringkasnya hijrah bermaksud berubah dari sesuatu perkara
yang mungkar kepada yang maaruf, berubah sikap kepada yang baik,berubah kepada ketaatan, kesetiaan,
kepatuhan, bertanggungjawab,bertolak ansur, bertimbangrasa, berubah dari sifat mazmumah kepada sifat
mahmudah. Sempena majlis sambutan maal hijrah tahun 1444 hijriyyah ini,marilah sama-sama kita
menanamkan azam dan iltizam agar kita dapat menjadi insan yang kamil sebagai seorang muslim.

Dengan itu, tanpa melengahkan majlis, majlis diteruskan dengan ucapan daripada Puan Normah binti Abdul
Rahman Penolong Kanan Pentadbiran . Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
UCAPAN PENGETUA / GPK

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Puan Normah di atas ucapan itu tadi. Di harapkan segala
yang disampaikan dapat kita ambil pengajarannya.

PERSEMBAHAN NASYID

Aturcara akan diteruskan dengan alunan nasyid daripada murid tahun 6 dengan lagunya yang bertajuk 1
Muharram Detik Permulaan. Dengan itu, majlis mempersilakan.

Terima kasih di atas persembahan yang sangat bersemangat itu tadi. Kini majlis akan diteruskan pula dengan
ceramah berkenaan sambutan kita pada hari ini BULAN MUHARRAM DAN HARI ASYURAA yang akan
disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Aliff bin Ahmad Sobri.

PENCERAMAH

Sedikit latar belakang mengenai Al-Fadhil Ustaz.

Nama diberi Muhammad Aliff Bin Ahmad Sobri atau dalam media dikenali sebagai Aliff Zayyan. Anak jati
kelahiran Kedah ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Taman Sri Pulai dan SMK Taman
Universiti. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran di Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) dan seterusnya
peringkat sarjana di Universiti Mu’tah, Jordan pada tahun 2016 dalam bidang pengajian islam.

Penglaman beliau dalam dunia seni, beliau pernah bernaung di bawah pengurusan UNIC RECORDS pada
tahun 2014 hingga tahun 2018. Ketika di Jordan, Beliau juga merupakan Ikon The Menang Project (TMP)
dalam menguruskan pembangunan pendidikan anak-anak Syria & Palestin di Jordan.

Beliau juga murupakan penasihat Pendidikan sebuah syarikat thinker camp yang bertapak di singapura
bermula 2021 hingga kini. Di samping dengan kerjaya hakiki sebagai seorang pengetua salah sebuah
sekolah swasta yang terletak di Bandar Seri Alam, Johor.

Majlis dengan sukacitanya menjemput Al-Fadhil ustaz Mohd Aliff bagi menyampaikan ceramah beliau .
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Al-Fadhil Ustaz di atas ceramah yang disampaikan sebentar tadi.

PENUTUP

Moga kita semua akan beroleh keberkatan daripada-Nya. Dan tiada untaian kata yang mampu dilafazkan
selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas buat semua, atas kesudian hadir
memeriahkan Sambutan program pada hari ini.

Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan
Majlis ini.

Dijemput Puan Jamilah bagi mengiringi Puan Normah untuk pemberian sedikit cenderamata buat
penceramah kita pada hari ini. Dipersilakan.

Bagi mengakhiri majlis ini, marilah sama-sama kita dengan membaca tasbih kaffarah dan surah al ‘Asr.

Anda mungkin juga menyukai