Anda di halaman 1dari 5

SKRIP PENGACARAAN

HARI ANUGERAH CEMERLANG SK KOTA MASAI 2014

PENGUMUMAN KETIBAAN

Mengumumkan ketibaan,
NANI
Tn Hj Abdullah Bin Hj Shariff Wakil rasmi Yang Berhormat Ling Tian Soon
( Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor)

KATA SALUTASI

FUJI Salam sejahtera kami ucapkan,


Para hadirin semua jemputan;
Selawat dan salam kami junjungkan,
Ke hadrat Nabi Rasul pilihan.

Ke pekan kuala membeli bingka,


Sayang pesanan terlupa sudah,
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah

Bismillahirahmanirahim

Tn Hj Abdullah Bin Hj Shariff Wakil rasmi Yang Berhormat Ling Tian Soon
( Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor)

Yang dihormati Encik Aris Fadilah Bin Zailan


Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Seri Yong Peng

Yang Berusaha Pn Wahidah Binti Ibrahim Guru Besar Sekolah Kebangsaan


Seri Yong Peng

Puan Jamilah Binti Kasmidi Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah


Kebangsaan Seri Yong Peng

Encik Rahimi Bin Abd Talib Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah
Kebangsaan Seri Yong Peng

Pn Norlaila Binti Salehen Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah


Kebangsaan Seri Yong Peng

Ahli Jawatankuasa PIBG Sekolah Kebangsaan Seri Yong Peng

Para guru, ibu bapa, seterusnya hadirin dan hadirat yang dimuliakan.

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera .


NANI UCAPAN ALU-ALUAN DAN SELAMAT DATANG

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Allah jua yang dipuji, dengan lidah dan hati, kerana dengan limpah dan izin-
Nya, membolehkan kita berkumpul pada pagi yang berbahagia ini.

Dalam suasana ceria penuh harmoni, dari Kantin SK Seri Yong Peng, majlis
berbesar hati mengucapkan ribuan terima kasih kepada tetamu-tetamu
kehormat, tuan-tuan dan puan-puan ke majlis penuh bersejarah pada hari
ini.

BACAAN DOA

Kalau pergi Tanjung Keramat,


Anak manis jangan diangkat,
Bersama kita memohon rahmat,
FUJI Moga majlis mendapat berkat.

Sebagai pembuka tirai atur cara, majlis menjemput dan mempersilakan Al-
Fadhil Ustaz Mohd Fazli Bin Kamrudiin untuk memimpin bacaan doa
sebagai permintaan hajat dan restu agar majlis kita diberkati hendaknya.
Dipersilakan.

                              (Bacaan doa)

Semoga doa pimpinan Ustaz tadi diberkati Allah hendaknya.


Majlis mengucapkan terima kasih.

NANI UCAPAN GURU BESAR

Hadirin yang dirahmati, 


Ucapan Sesungguhnya, kejayaan dan kecemerlangan seseorang individu tidak
diukur dengan hanya pencapaian luaran semata-mata tetapi adalah
GB
sejauhmana kejayaan itu mampu memberikan sumbangan kembali kepada
orang di sekelilingnya.

Tinggi burung terbang di angkasa,


Bunga mekar dipetik peraih,
Majlis bermula restu diminta,
Ucapan aluan mengambil alih.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Puan Wahidah Binti


Ibrahim( Guru Besar SKSYP) untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Majlis mempersilakan.

                               (Ucapan Guru Besar)

Majlis mengucapkan terima kasih atas rangkaian ucapan alu-aluan yang


penuh bermakna sebentar tadi.

UCAPAN YDP PIBG

Emas tempawan buatmu puteri


Busana indah buat rupawan
Sudilah tuan tampilkan diri
Bersama madah kata aluan
FUJI
Untuk itu dijemput Yang dihormati Encik Aris Fadilah Bin Zailan
Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Seri Yong Peng untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan.

Dah siap

Majlis merakankan ucapan terima kasih kepada YDP PIBG SKSYP atas
kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.

PERSEMBAHAN DAiE CILIK

Sirih pinang sirih berlipat,


Diambil sehelai dibawa pergi,
Dai Cilik mengambil tempat,
Pesanan dititip menyentuh hati.
Nani
Hadirin yang dihormati,
Kita sama-sama saksikan persembahan Daie Cilik Adik Azira Zafira Binti
Azizul dari kelas 4 Lily dengan tajuk ‘Hikmah Berpuasa’

                              PERSEMBAHAN
Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan daie cilik itu tadi.
Untuk makluman tuan puan daie Cilik ini telah mendapat tempat ke dua
dalam pertandingan peringkat daerah batu pahat.

UCAPAN PERASMIAN

Hadirin, para jemputan yang dikasihi,


Kejayaan bukanlah milik mutlak seseorang tetapi adalah himpunan doa,
harapan dan sumbangan insan-insan yang berdiri teguh, berjalan seiringan
untuk membantu dalam mencapai kecemerlangan. Ibu bapa, guru-guru dan
FUJI rakan taulan jangan dilupakan saat diri berada di puncak gemilang.

Daun semulur di pekan sari,


Batang jerami rebah ke bumi,
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Kini, majlis menjemput dengan penuh takzimnya, 


Tn Hj Abdullah Bin Hj Shariff Wakil rasmi Yang Berhormat Ling Tian Soon
( Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor)
untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis mesyuarat
Agung PIBG sksypkali ke 45 .
                                   (Ucapan Perasmian)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan


atas ucapan perasmian sebentar tadi.

nani Majlis mempersilakan Pn Wahidah Binti Ibrahim GB SKSYP untuk


menjemput dan mengiringi En Aris Fadhilah Bin Zailan Bagi
menyempurnakan penyampaian cenderahati kepada perasmi

CENDERAHATI

Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas kesudian YDP PIBG SKSYP
menyampaikan cenderahati sebentar tadi.

GIMIK PERASMIAN
fuji
Majlis menjemput En Rahimi Bin Abd Talib GPK HEM SKSYP untuk mempersembahkan
GIMIK PERASMIAN Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 45 tahun 2022

DAH SIAP

Demikianlah tadi gimik pelancaran daripada GPK HEM SKSYP, majlis merakamkan jutaan
terima kasih kepada beliau.

PERARAKAN KELUAR VIP


nani

Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan YTn Hj Abdullah Bin Hj


Shariff Wakil rasmi Yang Berhormat Ling Tian Soon ( Pengerusi
Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor)
untuk meninggalkan majlis. 

(ADA MAKAN TAK)KALAU ADA JEMPUT MAKAN

FUJI Seterusnya majlis menjemput____________________________untuk


cabutan no bertuah .

Majlis mengucapkan terima kasih_________________.

Seterusnya majlis diserahkan kepada En Aris Fadilah Bin Zailan Untuk


mempengerusikan mesyuarat Agung PIBG SKSYP kali Ke 45 tahun 2022.

NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN BERSURAI


nani
Hadirin yang dimuliakan,

Banyak keluk ke penarik,


Keluk tumbuh pohon kuini,
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini
Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita,
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta

Dengan ini kami( Rosnani Binti Hassan dan Fauzita binti Sungip) 

Mengucapkan
Salam Takzim, Salam Hormat dan Assalammualaikum.

Mohon hadirin berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku.

Anda mungkin juga menyukai