Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU


PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KINTA UTARA
TAHUN 2019

TARIKH : 25 JUN 2019 (SELASA)


MASA : 10.30 PAGI
TEMPAT : SM IZZUDDIN SHAH

Cue Acara Tindakan

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Kami bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan,


dan merakamkan ucapan Selamat Datang ke MAJLIS SAMBUTAN HARI
GURU PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KINTA UTARA TAHUN 2019.

Bagi memastikan perjalanan majlis berjalan dengan sempurna, saya akan


umumkan beberapa etika yang harus dipatuhi bagi kelancaran majlis :

 Mohon kerjasama para penerima anugerah serta tetamu yang hadir


Sebelum Majlis supaya mendaftar terlebih dahulu di kaunter pandaftaran, selepas itu Rabihah /
Bermula Syafiq
tuan puan dipersilakan mengambil tempat duduk yang telah ditetapkan.
 Sila pastikan telefon bimbit tuan-tuan puan-puan berada di dalam mod
senyap.
 Dipohon juga agar tuan puan berdiri semasa ketibaan tetamu kehormat
memasuki dewan ini sebagai tanda meraikan tetamu. Tuan-tuan dan
puan-puan juga diminta berdiri sekali lagi apabila diumumkan tetamu
kehormat meninggalkan majlis.
 Tuan puan dipohon agar meminimakan pergerakan semasa majlis ini
sedang berlangsung dan tuan puan hanya boleh meninggalkan dewan
setelah juruacara mengumumkan “ majlis bersurai”.

Mengumumkan ketibaan masuk tetamu kehormat :

 Yang Berhormat, Tuan Haji Aminuddin Bin Zulkipli,


Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak

Dengan diiringi
Ketibaan
Tetamu  Yang Berusaha, Tuan Haji Hasni Bin Hasshim,
Kehormat Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Utara

 Serta tetamu kehormat.

………………. (Nyanyian Negaraku & Lagu Negeri Perak)

Terima kasih, sidang hadirin dijemput duduk.

Hadirin yang dikasihi,

Sebagai pembuka acara pada pagi ini, kami tampilkan kumpulan nasyid Soutul
Persembahan
Faizin dari Sekolah Menengah Izzuddin Shah bagi menyampaikan 2 buah lagu
Nasyid Soutul
yang bertajuk :
Faizin
1.
2.
Untuk pengetahuan hadirin juga, Soutul Faizin akan mewakili Negeri Perak
dalam Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia
Julai Ini. Dipersilakan.

………………. (Persembahan Nasyid Soutul Faizin)

Terima kasih diucapkan buat Kumpulan Nasyid Soutul Faizin. Persembahan itu
tadi telah dibimbing oleh En. _______________________________ .

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

‫ور أَ ْنفُ ِسنَا َو ِم ْن‬ ‫إن ْال َح ْمدَ ِ هّلِلِ ن َْح َمدُهُ َونَ ْستَ ِعينُهُ َونَ ْست َ ْغ ِف ُرهُ َونَعُوذ ُ بِ ه‬
ُ ‫اّلِلِ ِم ْن‬
ِ ‫ش ُر‬ ِ
َ َ
‫ِي لَهُ َوأ ْش َهدُ أ ْن ال‬ َ ‫ض ِل ْل فَال هَاد‬ْ ُ‫ض هل لَهُ َو َم ْن ي‬ ِ ‫َّللاُ فَال ُم‬‫ت أ ْع َما ِلنَا َم ْن َي ْه ِد ِه ه‬ َ ِ ‫س ِيئَا‬ َ
ُ
.ُ‫سوله‬ َ
َ ‫يك لهُ َوأ هن ُم َح همدًا‬
ُ ‫ع ْبدُهُ َو َر‬ َ َ ‫َّللاُ َو ْحدَهُ ال ش َِر‬ ‫ِإلَهَ ِإال ه‬
 Yang Berhormat, Tuan Haji Aminuddin Bin Zulkipli,
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak

 Yang Berusaha, Tuan Haji Hasni Bin Hasshim,


Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Utara

 Yang Berusaha, Encik Shamsahhimi Bin Haji Harun,


Yang Dipertua, Majis Pengetua Sekolah Menengah, Kinta Utara
Salutasi  Yang Berusaha, Tuan Haji Rustam Affandy Bin Abdul Aziz,
Yang Dipertua, Majlis Guru Besar, Kinta Utara

 Yang Berusaha, Encik Faiz Bin Muhammad Rafaai,


Pengetua Sekolah Menengah Izzuddin Shah

 Yang Berusaha, Pegawai-Pegawai,


Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara

 Yang Berusaha, Pengetua-Pengetua, Guru-Guru Besar,

serta

 Guru-guru yang dihormati sekalian.

Hadirin yang dimuliakan,

Tetak buluh kajang sepuluh,


Laksana dititing kias ibarat,
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa dipohon biar selamat

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini,
marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang
akan dibacakan oleh Al-fadhil Ustaz Mohd Faisal Bin Mohd Yusof, Penolong
Pegawai Pendidikan Islam, Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara. Majlis
Bacaan
dengan segala hormatnya mempersilakan.
Doa
………………. (Bacaan Doa)
Amin. Amin. Ya Rabbal ‘Alamin. Majlis merakamkan jutaan terima kasih
kepada Al-fadhil Ustaz Mohd Faisal Bin Mohd Yusof atas bacaan doa sebentar
tadi.

Jejaran mengkudu berbias kesuma,


Di celah angsana di Tanah Jawa,
Ucapan aluan pembuka bicara,
Dewan Tan Sri Ghazali Jawi bukti bersua

Hembusan pawana menyapa pohonan,


Biru beratap hujan gerimis,
Sembah salam kami bingkiskan,
Sudi bertandang menyerikan majlis

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan


limpah dan kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi
yang bermakna ini untuk meraikan MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KINTA UTARA bagi TAHUN 2019.

Alu – aluan Pihak majlis mengalu-alukan para hadirin serta para penerima anugerah ke
Pengerusi majlis ini. Seangkasa terima kasih buat tetamu kehormat kita Yang
Majlis Berhormat, Tuan Haji Aminuddin Bin Zulkipli, Timbalan Speaker Dewan
Undangan Negeri Perak yang sudi melapangkan masa bersama-sama
dengan warga pendidik Daerah Kinta Utara meskipun ada tugasan lain yang
memerlukan perhatian Yang Berhormat.

Hadirin sekalian,

Orang hebat bisa melahirkan beberapa karya bermutu, tetapi guru yang
bermutu dapat melahirkan ribuan orang yang hebat.

Tema yang diangkat sempena Hari Guru pada tahun ini ialah “GURU, OBOR
HEMAH MENYINARI PERTIWI” sekaligus meletakkan guru sebagai individu
penting serta berperanan sebagai pendidik yang mendorong, membimbing dan
membentuk kemenjadian murid.

Terima kasih, cikgu!

Sidang hadirin yang dihormati,

Bagi membuka tirai ucapan MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PPD KINTA
UTARA bagi TAHUN 2019, Majlis dengan hormatnya menjemput Yang
Berusaha, Tuan Haji Hasni Bin Hasshim, Pegawai Pendidikan Daerah
Ucapan KPPD Kinta Utara untuk menyampaikan ucapan aluan. Dipersilakan.
KU
………………. (Ucapan KPPD KU)

Majlis merakamkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan


kepada Yang Berusaha, Tuan Haji Hasni Bin Hasshim, Pegawai
Pendidikan Daerah Kinta Utara atas ucapan aluan sebentar tadi.

Sidang Dewan yang dikasihi,

Jangan tertawan alpa duniawi,


Ucaptama
Hanya indah serupa mimpi,
Perasmi
Duhai pahlawan kesatria pertiwi,
Hulurkan madah kata perasmi.
Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan mendengar ucapan dari tetamu
kehormat kita. Dengan itu, majlis mempersilakan Yang Berhormat, Tuan Haji
Aminuddin Bin Zulkipli, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak
untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan MAJLIS SAMBUTAN
HARI GURU PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KINTA UTARA bagi TAHUN
2019. Dengan penuh hormat dan takzim, dipersilakan.

………………. (Ucapan YB)

Semurni kata terima kasih kami ucapkan kepada Yang Berhormat, Tuan Haji
Aminuddin Bin Zulkipli. Diminta juga Yang Berhormat untuk terus kekal
berdiri di atas pentas. Terima kasih.

Majlis diteruskan lagi, dengan menjemput Yang Berusaha, Tuan Haji Hasni
Bin Hasshim, Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Utara dan dif-dif kehormat
untuk naik ke atas pentas bagi bersama-sama dengan Yang Berhormat
menyempurnakan PELANCARAN MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KINTA UTARA bagi TAHUN 2019.
Dipersilakan.

………………. (Pergerakan Dif-dif kehormat ke atas pentas)


Gimik
Tuan-tuan dan puan-puan,
Pelancaran /
Tayangan
Lanjutan ucapan perasmian sebentar tadi, marilah sama-sama kita saksikan
Montaj
gimik perasmian yang telah disediakan oleh pihak majlis untuk tatapan hadirin
semua. Ayuh kita nantikan.

………………. (Gimik Pelancaran)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat, Tuan Haji
Aminuddin Bin Zulkipli, Tuan Haji Hasni Bin Hasshim, serta dif-dif
kehormat atas PELANCARAN MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PEJABAT
PENDIDIKAN DAERAH KINTA UTARA bagi TAHUN 2019.

Hadirin sekalian,

Acara pada hari ini diteruskan lagi dengan sama-sama kita menyaksikan
upacara menaikkan bendera Hari Guru, lafaz ikrar dan nyanyian koir lagu Kami
Guru Malaysia dan Terima Kasih Cikgu.
Upacara :
Hadirin diminta berdiri.
Naik Bendera
Lafaz Ikrar
………………. (Menaikkan Bendera, Lafaz Ikrar & Nyanyian Koir)
Nyanyian Koir
Terima kasih diucapkan kepada ______________________________ yang
telah mengetuai lafaz ikrar dan persembahan koir itu tadi telah disampaikan
oleh guru-guru SK Tarsiciant Convent & SMK Tarsiciant Convent di bawah
pimpinan Puan Salmah Bt. Ahmad dan konduktor Pn. Hanisah Bt. Tumiran.

Sidang hadirin yang dihormati,

Tanjung emas sudah ternama,


Persembahan Istana Johor di Kuala Danga,
Voice Of Ustaz Persembahan nyanyian penerus acara,
sebagai halwa santapan telinga.
MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KINTA
UTARA dihentikan buat seketika bagi sama-sama kita nikmati persembahan
istimewa dari kumpulan Voice Of Ustaz. Sama-sama kita saksikan!

………………. (Persembahan Voice Of Ustaz)

Majlis mengucapkan terima kasih buat Voice Of Ustaz yang terdiri dari guru-
guru Pendidikan Islam Daerah Kinta Utara yang berbakat besar di dalam
bidang nyanyian lagu-lagu kerohanian.

Hadirin sekalian,

Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih yang


berterusan. Usaha yang tidak mengenal erti jemu pasti membuahkan kejayaan
dan kecemerlangan. Oleh itu, guru-guru yang berjasa selayaknya diberi
penghargaan. Semoga ia akan menjadi pencetus semangat untuk terus
berjaya dalam mengejar ilmu dan cita-cita.

Penyampaian anugerah pagi ini dimulakan dengan penganugerahan Pingat


Penghormatan Guru.

Bagi menyempurnakan penganugerahan Pingat Penghormatan Guru ini, majlis


dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha, Tuan Haji Hasni Bin
Hasshim, Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Utara untuk mengiringi Yang
Berhormat, Tuan Haji Aminuddin Bin Zulkipli, Timbalan Speaker Dewan
Undangan Negeri Perak menyampaikan anugerah. Dipersilakan.

………………. (Pergerakan YB & KPPDKU ke atas pentas)

Untuk makluman semua, seramai 12 orang warga pendidik bakal


Penyampaian dianugerahkan Pingat Penghormatan Guru atas sumbangan mereka di dalam
Anugerah : bidang profesion keguruan khususnya di Daerah ini. Dimulakan dengan :

Pingat (RUJUK LAMPIRAN)


Penghormatan
Guru. 1.
Tokoh 2.
Kepimpinan 3.
Guru. 4.
Tokoh Guru. 5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.

Tahniah diucapkan buat semua penerima Pingat Penghormatan Guru.

Sukacita dimaklumkan bahawa, Jawatankuasa pemilihan Hari Guru 2019


telah memilih seorang Tokoh Kepimpinan Guru dan seorang Tokoh Guru
sempena MAJLIS SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU PEJABAT
PENDIDIKAN DAERAH KINTA UTARA bagi TAHUN 2019.

Tokoh Kepimpinan Guru dan Tokoh Guru akan dianugerahkan trofi, sijil,
sepersalinan baju serta wang tunai sumbangan Bank Islam sebanyak
RM200 dalam bentuk mot cheque.
Untuk mengetahui siapakah Tokoh Kepimpinan Guru dan yang bakal
dianugerahkan sebentar lagi, sama-sama kita saksikan tayangan montaj yang
telah disediakan.

………………. (Tayangan Montaj Biodata Tokoh Kepimpinan Guru)

Maka dengan ini dinobatkan ____________________________________


sebagai Tokoh Kepimpinan Guru 2019. Dipersilakan.

………………. (Penyampaian Anugerah Tokoh Kepimpinan Guru)

Tahniah kami ucapkan buat _______________________________.

Kini tibalah kita ke kemuncak penganugerahan sempena SAMBUTAN HARI


GURU PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KINTA UTARA 2019. Bagi
mengetahui siapakah Tokoh Guru bagi tahun 2019, ayuh kita alihkan perhatian
ke layar yang disediakan.

………………. (Tayangan Montaj Biodata Tokoh Guru)

Berlandaskan kegigihan dan kecemerlangan yang ditonjolkan oleh beliau,


maka Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara dengan bangganya
menganugerahkan, _______________________________________________
sebagai Tokoh Guru bagi Tahun 2019. Dipersilakan.

………………. (Penyampaian Anugerah Tokoh Guru 2019)

Syabas dan tahniah kami ucapkan buat _______________________________

Adat orang bertandang, kehadiran dialu-alukan, kepulangan diraikan. Pihak


majlis seterusnya berbesar hati untuk menyampaikan cenderamata sebagai
penghargaan dan tanda ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat, Tuan
Haji Aminuddin Bin Zulkipli kerana telah sudi hadir dan merasmikan
SAMBUTAN HARI GURU PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KINTA UTARA
pada kali ini.
Penyampian
Cenderamata Majlis menjemput Yang Berusaha, Tuan Haji Hasni Bin Hasshim, Pegawai
Perasmi Pendidikan Daerah Kinta Utara bagi menyampaikan cenderamata.

………………. (Penyampaian Cenderamata)

Majlis dengan ini merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang
Berhormat, Tuan Haji Aminuddin Bin Zulkipli dan Yang Berusaha, Tuan
Haji Hasni Bin Hasshim.

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati,

Dengan ini, maka berakhirlah SAMBUTAN HARI GURU PEJABAT


PENDIDIKAN DAERAH KINTA UTARA bagi Tahun 2019. Tahniah dan
syabas sekali lagi diucapkan kepada semua penerima anugerah. Mudah-
mudahan dengan kejayaan ini akan menjadi sumber inspirasi kepada kita
semua dalam membentuk kemenjadian murid yang cemerlang.
Penutup
Dikesempatan bulan Syawal yang berbaki 8 hari ini lagi, belumlah terlewat bagi
kami mewakili pihak majlis mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,
MAAF ZAHIR DAN BATIN buat semua warga dewan yang hadir pada hari ini.
Pohon berangan tempat bertemu,
Girangnya rasa si anak dara;
Baliklah tuan membawa ilmu,
Binalah bangsa bangunkan negara.

Bagi pihak majlis, saya menyusun 10 jari seandainya terdapat sebarang


kekurangan sepanjang kami mengendalikan majlis ini.

Seterusnya majlis menjemput Yang Berhormat, Tuan Haji Aminuddin Bin


Zulkipli dan Yang Berusaha, Tuan Haji Hasni Bin Hasshim serta dif-dif
kehormat ke bilik santapan bagi menjamu selera. Dipersilakan.

Hadirin dipersilakan berdiri. (JIKA PERLU)

………………. (YB Meninggalkan Majlis)

Tuan-tuan dan puan-puan juga dijemput menikmati hidangan yang disediakan


pihak majlis.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu
wujudnya daripada kelemahan kami sebagai makhluk Allah bernama insan.

Sekian, Wabillahi Taufik Wal Hidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi


Wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai