Anda di halaman 1dari 11

1

NAHZATUL PENGUMUMAN AWAM

Hadirin Sekalian
Majlis kita akan bermula sebentar sahaja lagi
Bagi memastikan kelancaran majlis, mohon kerjasama sidang hadirin untuk
menetapkan telefon bimbit dalam mode senyap.
Hadirin diminta berdiri semasa perarakan masuk tetamu kehormat.
Hadirin diingatkan supaya kekal berada di dalam dewan serta mengurangkan
HISHAM pergerakan sepanjang majlis berlangsung.

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia


Encik Halim Perdanakesuma Bin Maarof
Timbalan PPD, Sektor Pengurusan Sekolah
Pejabat Pendidikan Daerah Kulai

Para hadirin dipersilakan duduk (UMUM)

NAHZATUL

UCAPAN ALUAN PENGACARA MAJLIS


2

Berlayar malam menuju kota,


Nakhoda berlabuh di Tanjung Puteri,
Assalamualaikum awalnya kata,
Salam sembah majlis berseri.

Indah Senibung di waktu petang,


Awan berarak di celah cemara,
Pemanis kalam selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Bismillahirahmanirahim, Asalamualaikum w.b.t dan Salam sejahtera


Yang Diraikan, Encik Halim Perdanakesuma Bin Maarof
Timbalan PPD, Sektor Pengurusan Sekolah
Pejabat Pendidikan Daerah Kulai.

Yang Berbahagia, Puan Hailin @ Hailina Binti Salekon


Penolong PPD Pendidikan Khas Pembelajaran
Pejabat Pendidikan Daerah Kulai.

Yang Berusaha, Puan Zanariah Binti Mohamad


GPK Pendidikan Khas,
HISHAM
SMK Kelapa Sawit
Yang Dihormati, Encik Hassry Bin Mustakim
Pengerusi PGPK Cawangan Kulai.
3

Guru-guru serta sidang hadirin yang dihormati sekalian.

Sidang hadirin yang dihormati sekalian

Setinggi rafak syukur kehadrat Ilahi, kerana berkat limpah kurnianya


dapat kita bersama-sama berkumpul pada petang yang berbahagia ini bagi meraikan
Majlis Jambangan Budi, Rimbunan Bakti, Jasamu di Hati bersama Encik Halim
Perdanakesuma Bin Maarof, Timbalan PPD, Sektor Pengurusan Sekolah PPD Kulai.
HISHAM
Pihak majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia Encik Halim
Perdanakesuma Bin Maarof, Timbalan PPD, Sektor Pengurusan Sekolah PPD Kulai.

BACAAN DOA

Rebah jati tertimpa berangan,


Hinggap serindit di puncak angsana,
Setulus hati menadah tangan,
Agar majlis sempurna tercerna.
4

Merafak sembah pohon keberkatan,


Agar acara berjalan lancar,
Persila tuan doa lafazkan,
Apa dihajat moga terpancar.
NAHZATUL
Hadirin hadirat yang dihormati sekalian
Dengan harapan agar majlis kita memperoleh keberkatan, marilah sama-sama kita
menadah tangan memanjatkan doa kehadratNya
Untuk itu,
majlis dengan penuh takzim menjemput Al-Fadil Ustaz Mohamad Taufik Bin Kadir,
Guru Pendidikan Khas …………………………….
bagi memimpin bacaan doa,

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Amin yarabbal alamin


Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Al- Fadhil Ustaz Mohamad Taufik
Bin Kadir atas pimpinan doa itu tadi .

UCAPAN PENGERUSI PGPK KULAI

Berarak awan meniti senja,


5

HISHAM Cahaya tersirna serata alam,


Padamu tuan kami meminta,
Kata azimat pelengkap kalam.

Hadirin yang dihormati sekalian,


Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang Dihormati,
Encik Hassry Bin Mustakim, Pengerusi PGPK Cawangan Kulai
untuk menyampaikan ucapan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan .

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Dihormati, Encik Hassry Bin
Mustakim, Pengerusi PGPK Cawangan Kulai atas ucapan itu tadi.

PERSEMBAHAN MULTIMEDIA
HISHAM Hadirin sekalian,

Ayam rintik di pinggir hutan,


Nampak dari tepi telaga,
Nama yang baik jadi ingatan,
6

Seribu tahun terkenang juga.

Kini, marilah sama-sama kita saksikan persembahan multimedia yang didedikasikan


khas buat insan yang diraikan Encik Halim Perdanakesuma Bin Maarof,
Timbalan PPD, Sektor Pengurusan Sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah Kulai.

Terimalah.

UCAPAN ENCIK HALIM PERDANAKESUMA BIN MAAROF

Berdiri melihat denai-denai kenangan,


NAHZATUL Berbunga mesra dalam jambatan ingatan,

Tuan ibarat
Nyiur gading di puncak mahligai
Jatuh ke tanah jadi banjaran
Hanyut ke laut jadi pulau,
Tercampak ke langit jadi bintang karthika,
Budimu tuan ibarat penawar bisa,
Tumpah ke lautan, setahun ikan tidak bermain,
Menitis ke tanah, setahun musim padi tidak menjadi.
7

Hadirin yang dihormati,


Untuk itu , majlis dengan penuh takzim menjemput dan mempersilakan yang
diraikan Yang Berbahagia, Encik Halim Perdanakesuma Bin Maarof, Timbalan PPD,
Sektor Pengurusan Sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah Kulai untuk
menyampaikan ucapan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia, Encik Halim
Perdanakesuma Bin Maarof, Timbalan PPD, Sektor Pengurusan Sekolah, Pejabat
HISHAM Pendidikan Daerah Kulai atas ucapan itu tadi.

ACARA POTONG PULUT KUNING

Hadirin sekalian,

Sampailah kita acara memotong pulut kuning. Dengan ini majlis menjemput Puan
Hailin @ Hailina Binti Salekon bersama tetamu jemputan untuk menjemput dan
mengiringi Encik Halim Perdanakesuma Bin Maarof, Timbalan PPD, Sektor
Pengurusan Sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah Kulai dan Puan Zanariah Binti
Mohamad, GPK Pendidikan Khas, SMK Kelapa Sawit untuk naik ke atas pentas.

JAMUAN

Kuala Danga permatang rendah,


8

Sayang senduduk tepi muara,


Penganan mulia terletak sudah,
Samalah duduk menjamu selera.

Kalau tuan panjat cemara,


NAHZATUL Buatlah bara bakar selasih,
Sudilah tuan menjamu selera,
Hidangan mesra ulaman kasih.
Untuk itu majlis berbesar hati mempersilakan Insan yang diraikan, Encik Halim
Perdanakesuma Bin Maarof, tetamu-tetamu kehormat, serta sidang hadirin untuk
menikmati sajian yang disediakan.

PENYAMPAIAN CENDERAHATI

Hadirin dan hadirat sekalian ,

Seterusnya, majlis mempersilakan Encik Halim Perdanakesuma Bin Maarof untuk


menerima cenderamata kenang-kenangan dari warga Pendidikan Khas Kulai.

Dimulakan dengan

………………….., wakil SMK Sultan Alauddin


Seterusnya, dijemput …………………………….. SK Senai Utama
Seterusnya, dijemput ………………………………. SK Indahpura 1
Seterusnya, dijemput ………………………………. SMK Bandar Tenggara
9

Seterusnya, dijemput ………………………………. SMK Kangkar Pulai

HISHAM

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Encik Halim
Perdanakesuma Bin Maarof atas kesudian menerima cenderahati itu tadi.

SESI FOTOGRAFI

Hadirin sekalian,
Seterusnya , majlis menjemput Puan Hailin @ Hailina Binti Salekon bersama tetamu
jemputan untuk menjemput dan mengiringi Encik Halim Perdanakesuma Bin
Maarof, Timbalan PPD, Sektor Pengurusan Sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah
Kulai naik ke atas pentas untuk sesi fotografi.

Dijemput tetamu jemputan, guru-guru serta sidang hadirin yang dihormati sekalian
untuk sama-sama naik ke atas pentas bagi sesi fotografi.

PENUTUP

Hadirin sekalian,
10

Dengan ini, maka berakhirlah Majlis Jambangan Budi, Rimbunan Bakti, Jasamu di
Hati bersama Encik Halim Perdanakesuma Bin Maarof, Timbalan PPD,
Sektor Pengurusan Sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah Kulai.

Pihak kami merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada Yang
Berbahagia, Encik Halim Perdanakesuma Bin Maarof, Timbalan PPD,
Sektor Pengurusan Sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah Kulai serta tetamu-tetamu
kehormat atas kesudian mengimarahkan majlis ini .

Susunan kemaafan dari kami selaku pengacara majlis sekiranya ada terdapat
sebarang kekurangan sepanjang majlis ini berlangsung .

Akar keladi melilit selasih


Selasih tumbuh di hujung taman
Kalungan budi junjungan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman

Sekian w.bt.assalamualaikum w.b.t.salam sejahtera. Terima kasih.


11

Anda mungkin juga menyukai