Anda di halaman 1dari 4

Teks Ucapan Pengerusi Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum dan Hal Ehwal

Murid 2018

ALU-ALUAN Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Encik Husin Bin Chek,


PENGERUSI Ketua Unit Kokurikulum JPN Melaka.
MAJLIS
Bismillahhir Rahmannir Rahim...

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia, ...

Yang Berusaha Tn. hj. Shamsul Shah bin Tarja, Ketua Sektor
Bahagian Pendidikan Islam, ncik Husin Bin Chek, Ketua Unit

Yang Berusaha, En. Amzah bin Osman, YDP PIBG SMKA Sultan
Muhammad

Yang Berusaha, Pn. Hjh. Hatina binti Yaakob, Pengetua SMKA Sultan
Muhammad, Yang dihormati Tn Hj. ibrahim bin MatNoor, GPK 1, Tn
Hj. Zakaria bin Ismail, GPK HEM, Pn Hjh Zaiton binti Ismail, GPK KOKU,
Pn. Hjh. Nur Imani binti Mat Noor, GPK Tingkatan 6, Guru-guru ketua
bidang, guru-guru serta, para pelajar serta hadirin sekalian....

Daun layu di tengah gurun,


Nampak jalur pohon cemara,
Tradisi Melayu turun temurun.
Pantun ditutur pembuka bicara.

Selamat datang ke, Majlis Anugerah Kokurikulum Asrama SMKA


Sultan Muhammad
Saya Muhamad Farhan Atan dan Hamidah Hamzah akan
mengacarakan majlis ini sehingga ke penghujungnya...

Sarung ketupat berisi inti,


Dibawa budak sambil berlari,
Kehadiran semua sangat dihargai,
Moga majlis bertambah seri.

Terlebih dahulu, kami ingin panjatkan rasa syukur, kerana dengan


limpah dan kurniaNYA, kita dapat, bersama-sama berhimpun,
untuk meraikan kejayaan, anak-anak kita, dalam bidang
kokurikulum dan hal ehwal murid.

Ribuan terima kasih, diucapkan kepada, Yang Berusaha Encik


Husin Bin Chek, Ketua Unit Kokurikulum JPN Melaka. kerana sudi
meluangkan masa ke majlis kami.

Semoga usaha kita dalam memberi sokongan kepada anak-anak


dan pihak sekolah sentiasa diberkati Allah.

BACAAN DOA Demi memberkati acara dan agenda kita pada hari ini, marilah
kita semua, selaku insan kerdil sifat dan upaya, dengan sanubari
yang bersih, minda yang jernih, menghimpunkan segala harapan
dan hasrat, dengan bait-bait doa serta munajat.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Ustaz


Dahlan bin Suramin tampil seketika untuk memimpin pembacaan
doa pembuka majlis pada pagi ini. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

UCAPAN Tidak sempurna kata tanpa bicara,


PENGETUA Tiada sempurna bicara tanpa bahasa.
Tiada Sempurna perjalanan majlis kita,
Tanpa ucapan dari Tuan Pengetua.

Majlis diteruskan dengan menjemput Yang Berusaha Tuan Haji


Muhd Hairi bin Tamam, Pengetua SMKA Sultan Muhammad untuk
menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

………………………………………………………………………………………

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Haji Muhd


Hairi bin Tamam atas ucapan itu tadi.
UCAPAN Tanpa membuang masa, majlis diteruskan dengan mempersilakan
PERASMI Yang Berusaha Encik Husin Bin Chek, Ketua Unit Kokurikulum JPN
Melaka untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan
Majlis Anugerah Kokurikulum Asrama SMKA Sultan Muhammad bagi
sesi 2014. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

………………………………………………………………………………………

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan, dan ucapan


terima kasih, kepada Yang Berusaha Encik Husin Bin Chek, Ketua
Unit Kokurikulum JPN Melaka atas ucapan dan perasmian itu tadi.

Dengan Bismillah kita mulai,


Alhamdulillah tanda mensyukuri,
Dengan takdir Ilahi Rabbi,
Selesai sudah upacara merasmi.

PENYAMPAIAN Hadirin yang dihormati sekalian,


HADIAH
Kecemerlangan yang dicipta, adalah hasil daripada, usaha gigih
yang berterusan. Usaha yang tidak mengenal erti jemu, pasti
membuahkan kejayaan dan kecemerlangan. Justeru, setiap
individu yang berjaya, sepatutnya diberi penghargaan. Dengan
adanya penghargaan, ia akan menjadi pencetus semangat
seseorang untuk terus berjaya.

Acara yang seterusnya adalah, penyampaian anugerah kepada


para penerima anugerah kecemerlangan Kokurikulum Asrama
bagi tahun 2014

Terlebih dahulu majlis menjemput Tuan Tuan Haji Muhd Hairi bin
Tamam bagi mengiringi Yang Berusaha Encik Husin Bin Chek,
Ketua Unit Kokurikulum JPN Melaka untuk menyampaikannya.

(Rujuk Senarai, Baca nama dan Pencapaian)

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Encik Husin Bin


Chek, Ketua Unit Kokurikulum JPN Melaka atas kesudian
menyempurnakan acara penyampaian hadiah sebentar tadi.

HADIAH VIP Pihak majlis berbesar hati, untuk memberikan cenderamata,


sebagai tanda penghargaan, dan ucapan terima kasih kepada,
Yang Berusaha Encik Husin Bin Chek, Ketua Unit Kokurikulum JPN
Melaka, kerana telah sudi hadir, dan menyerikan acara, Majlis
Anugerah Kokurikulum Asrama SMKA Sultan Muhammad bagi sesi
2014.

Dijemput Yang Berusaha Tuan Hj Muhd Hairi bin Tamam, Pengetua


SMKA Sultan Muhammad untuk menyempurnakan acara.

PENUTUP Hadirin sekalian,

Kata orang lama,

Kalau berkayuh dah sampai ke muara,


Kalau berenang dah sampai ke tepian,
Kalau berlari dah sampai ke garisan
Kalau berjalan dah sampai ke penghujung

Majlis Anugerah Kokurikulum Asrama SMKa Sultan Muhammad sesi


2014 hampir sampai ke penghujungnya.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada


semua warga kerja yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Bagi
pihak ahli jawatankuasa pengelola dan seluruh warga SMKA Sultan
Muhammad, saya menyusun jari sepuluh memohon kemaafan jika
terdapat sebarang kesilapan dan keterlanjuran kata sepanjang
majlis ini berlangsung.

Ucapan salam pengakhir kata


Segala yang ada dikongsi bersama
Apa yang kurang maaf dipinta
Sudilah berkunjung di lain masa.

Tuan puteri pergi ke Rasah


Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi

Anda mungkin juga menyukai