Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARA

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN


PENGAWAS SMK SERI TUALANG TAHUN 2013

HOUSEKEEPING- BAGITAHU AUDIEN BILA UMUM KETIBAAN..HADIRIN


BERDIRI & BERSEDIA NYANYI LAGU NEGARAKU, LAGU NEGERI
PAHANG DAN LAGU SEKOLAH

1. PENGUMUMAN

MENGUMUMKAN KETIBAAN

 YANG BERBAHAGIA ENCIK WAN ABDUL HAMID BIN WAN MOHAMAD,

KETUA SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH, JABATAN PELAJARAN NEGERI


PAHANG

SEBAGAI TANDA CINTA KEPADA NEGARA, MAJLIS DIMULAKAN


DENGAN NYANYIAN NEGARAKU, LAGU NEGERI PAHANG DAN LAGU
SEKOLAH.

==============================================
============================

2. KATA ALUAN PENGERUSI

DAUN LAYU DI TENGAH GURUN

NAMPAK JALUR POHON

CEMARA

 TRADISI MELAYU TURUN TEMURUN

PANTUN DITUTUR PEMBUKA BICARA

MELAYANG SERINDIT DI ATAS PERMATANG

MERBAH BERKICAU DIHUJUNG MUARA

PEMANIS KATA SELAMAT DATANG

AWAL BISMILAH PEMBUKA BICARA


Bissmillah........................

Assalamualaikum Wrt. Wbt. & Salam Sejahtera

 Yang Berbahagia Encik Wan Abdul Hamid bin Wan Mohamad


Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri Pahang.

 Yang Berusaha Tuan Haji Hussin bin Hamid


Pengetua, SMK Seri Tualang

 Yang Dihormati ,
Cik Hajah Maizarina bt Awang Zakaria, Guru Penolong Kanan
Pentadbiran
 Tn. Hj. Mohd Ridzuan bin Mokhti, Guru Penolong Kanan HEM,
 Tn. Hj. Arselan Hakim bin Salleh, Guru Penolong Kanan KoKurikulum,
Encik Kamaruzaman bin Zainal Abidin, Guru Penolong Kanan Rendah,
Guru-guru cemerlang,
Guru-guru,
Barisan Pemimpin Pelajar
Seterusnya para pelajar putera puteri
warga SMK Seri Tualang yang dikasihi sekalian

Awal Bismillah pembuka bicara,. selawat dan salam ke atas junjungan


besar Nabi Muhammad s.a.w dan kaum kerabat baginda serta para
sahabat dan anbiya... Sesungguhnya rahmat Allah begitu besar
nikmatnya......Justeru,. setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke
hadrat Ilahi atas limpahan taufik dan perlindungan-Nya.... dapat kita
berkumpul pada pagi yang penuh indah ini Tanggal 1 Februari 2013
bersamaan 20 Rabiul Awal 1434 Hijriah untuk menjayakan Majlis
Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas SMK Seri Tualang bagi
 Tahun 2013.

Hadirin hadirat sekalian,

 Tidak sempurna majlis kalau tidak dengan doanya, tidak sempurna


iman kalau tidak dengan rasa kehambaannya. Untuk itu, bagi
memohon restu dan keberkatan Illahi,..marilah kita bersama2
menadah tangan mengaminkan doa yang akan dipimpin oleh Al-Fadhil
 Tn Hj. Noor Azlan bin Mohamad ...majlis dengan sukacitanya
mempersilakan...
BACAAN DOA

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas pimpinan bacaan doa itu
tadi.

Hadirin dan hadirat,

Pengawas adalah NADI sekolah, mereka merupakan pelajar2 yang


dipilih kerana akhlak dan ketrampilan yang baik dan cemerlang.
Secara amnya, pengawas sekolah berperanan sebagai pembantu guru.
Organisasi Pengawas tidak akan berjaya merealisai visi & misi tanpa
sokongan dan paduan tenaga ahli-ahlinya yang dedikasi dan
berwibawa...

 Justeru, Majlis Penyerahan watikah Pelantikan Pengawas2 ini


merupakan agenda tahunan sekolah diadakan dengan tujuan :
i. Menaikkan semangat para pengawas untuk bertugas dengan
bersungguh- sungguh bagi membantu pihak sekolah mengawal
disiplin pelajar.
ii. Memaklumkan kepada pelajar bahawa pengawas turut
memainkan peranan membantu guru mengawal disiplin sekolah.
iii. Menimbulkan rasa hormat dalam kalangan pelajar terhadap
tugas para pengawas.

Serumpun bak serai


Seliang bak tebu,
Bulat air kerana pembetung,
Bulat kata kerana mufakat.
Adat berpuak dengan kepala,
Adat berkampung dengan ketua,
Adat bersekolah dengan pengetuanya.
Untuk itu majlis ingin menjemput Yang Berusaha Tn. Hj.Hussin bin
Hamid ,
Pengetua SMK Seri Tualang untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

UCAPAN PENGETUA.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

Warga Dewan yang dikasihi sekalian,


Pengawas yang berdaya saing adalah menjadi harapan sekolah
sekaligus menjadi role model yang mampu merealisasikan matlamat
ke arah melahirkan disiplin unggul...generasi syumul.

 Takkan sama air hujan dengan air telaga,


 Takkan sama akik dengan batu.
 Janganlah sampai kita kehabisan arang, besi ditempa pula binasa,
tukang hembus penat sahaja.
Bagaimana biduk bagaimana pengayuh,
Kalau belayar biarlah bernakhoda, berjalan dengan yang tua, berkata
dengan yang pandai.
Barulah beroleh badar tertimbakan

Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang


Berbahagia, Encik Wan Abdul Hamid bin Wan Mohamad, Ketua Sektor
Pengurusan Sekolah , Jabatan Pelajaran Negeri Pahang untuk tampil
menyampaikan ucapan, majlis mempersilakan.

UCAPAN KS.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

Pada pagi ini, seramai 101 orang pengawas yang akan menerima
Watikah Pelantikan Pengawas. 39 orang lelaki dan 62 orang
perempuan. Majlis hari ini diharap dapat menyuntik semangat dan
menjadi pendorong kepada pelajar2 lain...

Acara diteruskan lagi dengan penyerahan watikah pelantikan kepada


Pengawas .

Bagi menyempurnakan Majlis, dipersilakan Tn. Pengetua mengiringi


 Yang Berbahagia Encik Wan Abdul Hamid bin Wan Mohamad untuk
menyampaikan watikah pelantikan tersebut.
Kalam Tulisan Indah Seninya
Halus Buatan Sutera Andalus
Pengawas Melangkah Penuh Bergaya
Dedikasi Di Jiwa Tersemat Tulus

Mendahului senarai penerima watikah pelantikan Pengawas pada hari


ini ialah :
Ketua Pengawas Lelaki :

Hadirin yang dihormati,

Demikianlah berlangsungnya acara penyerahan watikah pelantikan


kepada Pengawas.
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Encik Wan Abdu
Hamid bin Wan Mohamad...

Seterusnya Mari kita dengarkan Bacaan Ikrar Oleh barisan Pengawas


yang akan diketuai oleh Mohd Nur Hakim bin Tajudin, Ketua Pelajar
SMK Seri Tualang.

Majlis mengucapkan tahniah kepada para pengawas yang telah


dilantik, harapan kami agar semua pengawas dapat melaksanakan
 jawatan yang disandang dan amanah yang dipikul dengan sebaik
mungkin......

Guru2 dan para pelajar sekalian,


Orang Berbudi Kita Berbahasa
Orang Memberi Kita Merasa
Sebagai tanda penghargaan majlis dengan sukacitanya mempersilakan
 Tn. Pengetua, Tn Hj Hussin bin Hamid untuk menyampaikan
cenderamata kepada Yang Berbahagia En Wan Abdul Hamid bin Wan
Mohamad
Kalau ada pangkin di ladang
Bolehlah hamba menumpang diri
Kalau ada peluang mendatang
Sudilah tuan menjenguk lagi

Majlis melabuhkan tirai di sini , sebelum bicara ini terhenti ….saya


mewakili majlis menyusun sepuluh jari memohon maaf andai ada
keterlanjuran kata yang menghiris hati,…mencuit jiwa,….meluka rasa,
….

 Jutaan terima kasih diucapkan kepada Encik Wan Abdul Hamid bin Wan
Mohamad, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah JPNP… barisan pentadbir
dan seluruh warga SMK Seri Tualang atas komitmen dan sokongan
menjayakan majlis penyerahan watikah pelantikan pengawas pada
kali ini...
Sekian, Dengan lafaz yang mulia.............................Wabillahi Taufik Wal
Hidayah

Anda mungkin juga menyukai