Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARA MAJLIS

PROGRAM : WATIKAH PELANTIKAN KEPIMPINAN PEMIMPIN SEKOLAH


PELANCARAN PELAKSANAAN KrMJ 2018

TARIKH : 11 MAC 2018

PERKARA PENGUMUMAN CATATAN


KATA SALUTASI Assalammualaikum w.b.t. Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Muafakat
Johor.

Yang dihormati,
Sarjan Mohd Zam bin Mohd Zin,
Pegawai Perhubungan Sekolah dari IPD Seri Alam

Yang berusaha,
Tuan Haji Zainuddin bin Hj. Mohd Alie,
Guru Besar SK Kota Masai.

Yang dihormati,
Puan Norhaliza binti taha,
Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
SK Kota Masai

Yang dihormati,
Puan NorAiani binti Ghazali,
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
SK Kota Masai

Yang dihormati,
Encik Zaharel bin Atan,
Guru Penolong Kanan Kokurikulum
SK Kota Masai
Barisan kepimpinan pemimpin sekolah,
Guru-guru SK Kota Masai,
Seterusnya murid-murid SK Kota Masai yang dikasihi.

KATA ALUAN PENGACARA Hadirin,

Pucuk lakum bunga terpilin


Jalinnya indah jurai terjurai
Elok kaum karena pemimpin
Pemimpin bertuah bijak dan pandai

Tempat mandi segenap lapisan,


Pengunjung ceria aneka bangsa;
Sahsiah terpuji membentuk insan,
Insan mulia pendidik perkasa.

Pagi yang indah dan berbahagia bertambah ceria dengan berkumpulnya kita di
Dewan Terbuka Persada Perpaduan yang tersergam indah ini untuk menjayakan
program watikah pelantikan kepimpinan pemimpin sekolah dan pelancaran
pelaksanaan karakter Murid Johor (KrMJ) 2018 SK Kota Masai.

Majlis yang saban tahun diadakan sebagai medium untuk menyampaikan watikah
pelantikan kepada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, pembimbing rakan
sebaya dan pengawas surau ini diadakan secara rasmi untuk mengiktiraf jawatan
pemimpin sekolah ini dalam menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Karakter Murid Johor (KrMJ) dilaksanakan dengan matlamat untuk memperkasakan


jatidiri dan mewujudkan identiti Johor dalam kalangan murid-murid sekolah. KrMJ
dengan berasaskan tiga fasa iaitu Fasa 1: Keseragaman pemakaian T-shirt KrMJ,
Budaya salam, Amalan Doa & Lagu Patriotik Johor Fasa 2 pula, Budaya kesantunan,
Memupuk budaya Johor dan Gaya rambut kemas dan Fasa 3 ialah Program kendalian
murid dan Program kepimpinan.
NYANYIAN LAGU Para guru dan murid,

Mohon hadirin berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu bangsa Johor, Lagu
Negaraku dan Lagu Sekolah.

IKRAR RUKUN NEGARA DAN Seterusnya, majlis mempersilakan …………………………………….. untuk memimpin ikrar
IKRAR MURID Rukun Negara.

Majlis seterusnya menjemput …………………………………………….. untuk mengetuai bacaan


ikrar murid. Dipersilakan.

- Terima kasih diucapkan. Hadirin dipersilakan duduk.

UCAPAN GURU BESAR Hadirin yang dihormati,

Sudilah tuan jalan berlapan,


Jalan berlapan di malam kelam;
Sudilah tuan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam

Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan Yang berusaha, Tuan Haji Zainuddin
bin Hj. Mohd Alie, Guru Besar SK Kota Masai untuk tampil menyampaikan ucapan alu-
aluan. Majlis mempersilakan.

- Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

UCAPAN PERASMIAN Para guru dan murid,

Kalau tuan pikat kenari,


Jangan patahkan batang jerami,
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.
Majlis kita beranjak ke atur cara seterusnya dengan menjemput dan mempersilakan,
Sarjan Mohd Zam bin Mohd Zin, Pegawai Perhubungan Sekolah dari IPD Seri Alam
untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan majlis penyampaian watikah
kepimpinan dan pelancaran KrMJ 2018. Majlis dengan penuh takzimnya
mempersilakan.

- Majlis merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas kesudian tuan
menyampaikan ucapan dan merasmikan majlis pada hari ini.

PENYAMPAIAN WATIKAH Hadirin,


KEPIMPINAN`
Majlis kita diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan, Sarjan Mohd Zam
bin Mohd Zin diiringi Tuan Haji Zainuddin bin Hj Mohd Alie untuk menyempurnakan
acara penyampaian sijil watikah pelantikan.

Majlis mempersilakan,

………………………………………………………Ketua Pengawas Sekolah Kebangsaan Kota Masai.


…………………………………………………………….Ketua Pengawas Pusat Sumber SK Kota Masai.
…………………………………………………………Ketua Pembimbing Rakan Sebaya SK Kota Masai
…………………………………………………………………Ketua Pengawas Surau SK Kota Masai

- Majlis mengucapkan terima kasih

IKRAR PEMIMPIN Seterusnya, majlis menjemput semua pemimpin sekolah untuk berdiri bagi
melafazkan ikrar pemimpin.

Majlis menjemput dan mempersilakan, …………………………………………………………


untuk mengetuai lafaz ikrar pemimpin. Dipersilakan.

- Terima kasih diucapkan. Semua pemimpin sekolah dipersilakan duduk.


SIMBOLIK KrMJ (Persembahan fesyen)

Begitulah tadi persembahan sebagai simbolik pelancaran karakter murid johor (KrMJ)
2018 yang menggambarkan tiga fasa dalam KrMJ iaitu pakaian karakter murid Johor,
potongan rambut, adab senyum, salam dan sapa serta adab membaca doa.

PENYAMPAIAN CENDERAMATA Hadirin yang dihormati,

Dari Kedah ke pekan sari,


Beli suasa di Kota Tinggi;
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.

Pihak majlis berbesar hati menjemput dan mempersilakan Yang berusaha, Tuan Hj
Zainuddin bin Hj Mohd Alie, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kota Masai untuk tampil
menyampaikan cenderamata.

Dipersilakan Yang dihormati, Mohd Zam bin Mohd Zin, Pegawai Perhubungan Sekolah
dari IPD Seri Alam untuk menerima cenderamata sebagai tanda penghargaan
daripada pihak SK Kota Masai.

- Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

DOA PENUTUP DAN NYANYIAN Para guru dan murid,


LAGU AKU NEGARAKU
Sebelum mengakhiri majlis kita pada hari ini, majlis mejemput dan mempersilakan
para hadirin untuk berdiri bagi menyanyikan lagu Aku Negaraku.
Seterusnya, majlis mempersilakan……………………………………………… untuk memimpin
bacaan tasbih kafarah dan surah Al-Asr.

Dengan ini berakhirlah majlis kita pada hari ini. Majlis menjemput Yang Dihormati
Sarjan Mohd Zam bin Mohd Zin, Tuan Guru Besar, para pentadbir dan guru-guru
untuk meninggalkan majlis. Saya serahkan kepada ketua guru yang bertugas.
Assalamualaikum w.b.t.

Anda mungkin juga menyukai