Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MAJLIS KEJOHANAN OLAHRAGA

PERINGKAT ZON IPOH 2020


EMCEE FOR SPORT CLOSING CERMONY

BIL PERKARA CATATAN


Apabila isyarat diterima Timbalan Penolong Pegawai Daerah
Tanah Merah, Sektor Perancangan tiba, bersedia dengan
pengumuman.
Perbarisan Assalamualaikum dan selamat pagi. Mohon semua peserta
Kontinjen kontinjen dan guru pengiring berada di kawasan padang untuk
taklimat perbarisan.

Setelah kontinjen bersedia, jemput cg Akmal menyampaikan


taklimat perbarisan..

Dijemput Cg Akmal menyampaikan taklimat perbarisan kepada


semua kontinjen.

Ahli Jawatankuasa Kejohanan, pegawai2 teknikal,ibubapa serta


hadirin yang dihormati sekalian.

Selamat datang Datang ke Kejohanan Olahraga Peringkat Zon


Ipoh pada tahun 2020. Kejohanan Olahragapagi ini akan
membuka tirai dengan perarakan masuk kontinjen – kontinjen
daripada sekolah – sekolah zon Ipoh.

(Tunggu sehingga kontinjen perbarisan menghampiri astaka....)

Bagi menyempurnakan acara ini, majlis menjemput dan


mempersilakan tetamu kehormat kita pada hari ini untk berdiri
bagi menerima lintas hormat daripada kontinjen – kontinjen
perbarisan yang akan mengambil bahagian pada hari ini.
Perbarisan kontinjen pasukan Kejohanan Olahraga Zon Ipoh
dimulai dengan perarakan pasukan daripada Kontinjen SK.Ulu
Kusial, diikuti dengan, SK. Ipoh, SK.Bukit Durian, SK.Kuala
Tiga dan SK.Peralla.
Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha, En.Razali bin Kasim,
Timbalan PPDTM, Sektor Perancangan, dengan diiringi oleh
Puan Guru Besar SK.Ulu Kusial, Puan Umi Zalina bt Mohd
Ibrahim, Tuan Hj. Ashri bin Ismail, Guru Besar SK.Ipoh,
En.Rosdi bin Harun, Guru Besar SK.Bukit Durian, Puan
Norasyikin bt Mohd Noor, Guru Besar SK.Kuala Tiga, En.Che
Abd.Azizi bin Awang, Guru Besar SK.Peralla. Para hadirin
dipersilakan duduk.

Solutasi Kompang Bergema Pusaka Bangsa


Dipalu oleh Si Anak Muda
Hadir Tuan Puan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬


‫الحمد هلل رب العالمين والصالة والسالم على أشرف األنبياء والمرسلين‬
‫وعلى آله وأصحابه أجمعين‬
Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.

Yang Berusaha,
En.Razali bin Kasim, Timbalan PPDTM, Sektor Perancangan
Yang Berusaha

Puan Umi Zalina bt Mohd Ibrahim, Guru Besar Sekolah


Kebangsaan Ulu Kusial.

Tuan Hj. Ashri bin Ismail, Guru Besar SK.Ipoh,

En.Rosdi bin Harun, Guru Besar SK.Bukit Durian,

Puan Norasyikin bt Mohd Noor, Guru Besar SK.Kuala Tiga,


En.Che Abd.Azizi bin Awang, Guru Besar SK.Peralla

Yang Dihormati,

Guru Penolong Kanan Pentadbiran, En.Nizam bin Musa

Guru Penolong Kanan HEM, En. Azhar bin Husin.

Ahli Jawatankuasa Kejohanan, Pegawai – pegawai Kejohanan,


para guru dan guru pengiring seterusnya murid – murid yang
dikasihi Allah.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke


hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita
diberikan luangan waktu, digerakkan minda dan deria rasa,
dikurniakan kecerdasan fizikal dan mental untuk sama-sama
berkumpul di Padang SK.Ulu Kusial bagi menjayakan Majlsi
penutup Kejohanan Olahraga Peringkat Zon Ipoh  pada tahun
2020.

Mawar di taman mekar nan indah


Harum mewangi di rumpun serai
Terukir senyuman pembuka kalimah
Selamat datang tuan dirai.

Hadirin Yang Dimuliakan,

Kayu jati si kayu cendana


Mari di tanam kita berdua
Majlis kami tidak kan sempurna
Tanpa diiring seutai doa

Sebelum tirai dibuka, sebelum majlis bermula, marilah sama-


Bacaan Doa sama kita menadah tangan memohon limpah rahmat dan barakah
dari Yang Maha Esa.
Dengan itu, majlis dengan penuh takzim menjemput dan
mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Khaironnizam bi Mad Daud
untuk memimpin bacaan doa.
Dengan hormatnya dipersilakan…
**************BACAAN DOA*******************

Majlis merakamkan terima kasih kepada Ustaz


Khaironnizam diatas pimpinan doa itu tadi. Mudah-mudahan
majlis yang berlangsung akan terus terpancar keberkatan dari
Ilahi.

Bagi melengkapkan perjalanan majlis kita pada hari ini, majlis


Ucapan GB menjemput dan mempersilakan, Puan Umi Zalina bt Mohd
Ibrahim, Guru Besar SK.Ulu Kusial selaku Pengerusi
Kejohanan Olahraga Zon Ipoh Tahun 2020 untuk
menyempurnakan bingkisan ucapan. Majlis dengan segala
hormatnya menjemput dan mempersilakan.
*************ucapan GB*************

Terima kasih diucapkan kepada Puan Guru Besar atas  ucapan


sebentar tadi.
Hadirin yang dimuliakan,

Daun semulur di pekan sari,


Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Bagi memeriahkan lagi majlis kali ini, majlis sangat berbesar hati
memberi laluan, peluang dan kesempatan kepada Yang Berusaha,
En.Razali bin Kasim, Timbalan PPDTM, Sektor Perancangan
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
MAJLIS PENUTUPAN KEJOHANAN OLAHRAGA
PERINGKAT ZON IPOH bagi tahun 2020. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

**********Ucapan  Timbalan PPDTM, Sektor


Perancangan *******************

Majlis merakamkan jutaan terima kasih diucapkan kepada   atas


ucapan perasmian  sebentar tadi.

Bagi mengiktiraf kejayaan para peserta yang telah berjaya pada


Kejohanan Olahraga Peringkat Zon Ipoh pada kali ini, majlis
dengan segala hormatnya menjemput Puan Umi Zalina bt Mohd
Ibrahim GB SKUK untuk mengiringi En.Razali bin Kasim,
Timbalan PPDTM, Sektor Perancangan yang bagi
menyempurnakan penyampaian hadiah. Majlis dengan ini
PENYAMPAIAN mempersilakan.
HADIAH AKHIR
SESI 1 Kini diumumkan pemenang – pemenang bagi acara olahraga yang
telah dipertandingkan (Rujuk keputusan pertandingan).

Tempat ketiga berjaya dirangkul oleh...


Tempat kedua menjadi milik.......
Johan berjaya disandang oleh.......

MAJLIS PEMNGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH


KEPADA YANG BERUSAHA, En.Razali bin Kasim, Timbalan
PPDTM, Sektor Perancangan DI ATAS KESUDIAN
menyempurnakan majlis sebemtar tadi.
Tahniah dan syabas kepada peserta – peserta yang berjaya.
Kepada yang gagal teruskan usaha , jangan putus asa, yakin boleh
anda pasti boleh dan sememangnya Zon Ipoh boleh!!!!....Insya
Allah...
Bagi meneruskan acara kita pada hari ini, majlis mempersilakan
PENYAMPAIAN Pengerusi Zon Ipoh, Puan Umi Zalina bt Mohd Ibrahim
CENDERAHATI GBSKUK untuk menyampaikan cenderahati sebagai tanda terima
KEPADA kasih kepada Yang Berusaha En.Razali bin Kasim, Timbalan
TIMBALAN PPDTM, Sektor Perancangan di atas kesudian hadir merasmikan
PPDTM majlis kita pada pagi ini.

Majlis merakamkan jutan terima kasih kepad Yang Berusaha


GBSKUK di atas kesudian menyempurnakan majlis sebentar tadi.
Majlis diteruskan lagi dengan acara olahraga...
ACARA AKHIR Pegawai – pegawai kejohanan yang terlibat di dalam acara ini
SESI 2 diminta untuk turun ke arena bagi melicinkan perjalanan acara.
BERMULA Perjalanan semua acara

RUJUK TENTATIF

HADIRIN DAN HADIRAT HADIRAT SEKALIAN.

Kini tibalah saat – saat yang dinanti – nantikan, kita akan


umumkan secara rasmi johan, naib johan dan tempat ketiga secara
keseluruhan bagi sekolah – sekolah Zon Ipoh yang telah
bertanding.

PENYAMPAIAN Menduduki tempat ke tiga pada tahun ini, menjadi milik pasukan
HADIAH sekolah.............. Dipersilakan ketua pasukan untuk meerima
ACARA AKHIR hadiah.
SESI 2
Seterusnya naib johan, berjaya dirangkul oleh pasukan
sekolah........................... dipersilakan ketua pasukan
rumah............................ untuk menerima hadiah.

Johan keseluruhan rumah sukan bagi kejohanan olahraga


peringkat Zon Ipoh jatuh kepada
sekolah ...............................................

Seterusnya penyampaian hadiah kepada pemenang olahragawan


dan olahragawati pada tahun ini.

Peserta yang telah berjaya merangkul gelaran OLAHRAGAWAN


adalah...................... Beliau telah meraih ....pingat..
dan Peserta yang telah berjaya merangkul gelaran
OLAHRAGAWATI pula adalah............................
Beliau telah meraih ....pingat..

Dari mana asalnya, usah diusul


Molek budinya menambat hati
Dua tiga bicara salah tersasul
Jangan dibawa ke dalam hati.
Kami mewakili warga SK Ulu Kusial, merakamkan penghargaan
PENUTUP terima kasih kepada yang atas kesudian meluangkan masa pada
pagi ini untuk merasmikan Kejohanan Olahraga Tahunan kali
inTidak dilupakan juga kepada ibu bapa, guru-guru dan Tuan-tuan
dan Puan-puan.

Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi


wabarakatuh…..

JAMUAN
RINGAN

Anda mungkin juga menyukai