Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARAAN MAJLIS PENUTUPAN

KEJOHANAN OLAHRAGA PENDIDIKAN KHAS NEGERI PAHANG 2023

KETIBAAN Assalamualaikum dan salam sejahtera.


TETAMU DAN
JEMPUTAN Mengumumkan ketibaan yang dihormati IR DR ISMA NAZOM BIN
ABDUL HAMID diiringi oleh tetamu-tetamu jemputan.

Menyaksikan pertandingan akhir acara ……………………………..

Persediaan majlis Diminta semua kontijen berada dalam Kawasan perhimpunan di


penutup padang

Nyanyian lagu Bagi membuka tirai majlis petang ini semua hadirin dipersilakan
Negaraku dan Lagu berdiri bagi menyanyikan 2 buah lagu iaitu lagu Negaraku dan lagu
Negeri Pahang Negeri Pahang.

Terima kasih, Tetamu dan hadirin dipersilakan duduk.

Bacaan Doa Hadirin sekalian,

Bagi menambah keberkatan majlis pada petang yang penuh bermakna


ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan
doa yang akan dibacakan oleh USTAZ MUHAMMAD FAKHRULRAZI
BIN ABD RAHMAN . Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

**Amin, amin, ya rabbal allamin. Majlis mengucapkan terima kasih


kepada USTAZ MUHAMMAD FAKHRULRAZI BIN ABD RAHMAN
atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Assalamualaikum, salam sejahtera dan Salam Malaysia Madani.

1. Yang Berusaha, IR DR ISMA NAZOM BIN ABDUL HAMID ,


PENGERUSI PIBKS NEGERI
SALUTASI

2. Pn Hajah Haniliza binti Sulaiman

Ketua Penolong Penolong Pengarah Kanan


Sektor Pendidikan Khas JPN Pahang

3. Tn Hj Mohd Hazidan bin Omar

Timbalan Pegawai Pendidikan Sektor Pembelajaran PPD Temerloh

4. En Ahmad Alami bin Berahim

GPK Kokurikulum SSN SMK Seberang Temerloh

5. Puan Rosnani binti Abdullah

Pengurus Cawangan COOP BANK PERTAMA Temerloh

-Pegawai-pegawai Pendidikan Daerah Negeri Pahang atau wakil

-Penolong-penolong Pengarah di JPN Pahang, Timbalan-timbalan


PPD negeri Pahang, Penolong-penolong pegawai Pendidikan
negeri Pahang,

-Pengerusi dan Jawatankuasa kejohanan olahraga Pendidikan


khas negeri pahang

-Barisan Pengetua dan Guru Besar, guru-guru penolong kanan,


guru-guru, ppm dan para peserta yang dikasihi sekalian.

Salam pertemuan buat semua dalam Majlis Penutupan dan


Penyampaian Hadiah bagi Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas
Majlis Sukan Sekolah-sekolah Pahang bagi tahun 2023.

Hadirin sekalian, dengan penuh semangat kesukanan 11 daerah


berkumpul dalam kejohanan olahraga bagi tahun ini.
ALUAN
PENGACARA Sesungguhnya, Kejohanan Olahraga ini membuka peluang yang
MAJLIS luas kepada murid-murid berkeperluan Pendidikan khas (MBPK)
untuk menunjukkan bakat, memperkembangkan potensi diri dan
bersosialisasi dalam kalangan peserta-peserta yang hadir pada kali
ini.

UCAPAN ALUAN Hadirin yang dihormati sekalian,


Majlis diteruskan dengan mempersilakan Tn Hj Mohd Hazidan Bin
Omar @ Timbalan Ppd Sektor Pembelajaran Ppd Temerloh
Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Kejohanan
Olahraga Pendidikan Khas Peringkat Negeri Pahang bagi tahun
2023 untuk menyampaikan ucapan aluan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

++

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tn Hj Mohd


Hazidan bin Omar atas ucapan sebentar tadi.

UCAPAN PERASMI Hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis diteruskan dengan mempersilakan IR DR ISMA NAZOM


BIN ABDUL HAMID untuk menyampaikan ucapan,seterusnya
merasmikan Majlis Penutupan Kejohanan Olahraga Pendidikan
Khas Peringkat Negeri Pahang bagi tahun 2023.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

++

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada IR DR ISMA


NAZOM BIN ABDUL HAMID atas ucapan perasmian itu tadi.

PENYAMPAIAN Hadirin sekalian,


HADIAH
Tanpa melengahkan masa, majlis diteruskan dengan
(Sebutkan acara mempersilakan tetamu-tetamu jemputan untuk mengiringi, Yang
dan pemenang) Berbahagia IR DR ISMA NAZOM BIN ABDUL HAMID bagi
menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Dipersilakan.

Hadirin sekalian,

Seperti yang kita semua sedia maklum, Kejohanan Olahraga


Pendidikan Daerah Jerantut telah memperkenalkan satu bakat
yang membuka mata kita semua. Semangat kesukanan yang tinggi
telah ditunjukkan oleh MBPK untuk meneruskan larian sehingga ke
garisan penamat. Maka, Sektor Pendidikan Khas berbesar hati
menjemput adik Muhammad Aqil Naufal Zahiran dan guru
pengiring Cikgu Intan Zulaikha Jusoh dari SK Felda Lepar Utara 1
untuk menerima hadiah dan cenderamata. Dipersilakan.

Hadirin sekalian ,atas penularan video adik Aqil baru- baru ini,
Kementerian Belia dan Sukan melalui Institut Sukan Negara akan
menyelia pemasangan prostetik yang memerlukan kaki palsu paras
pinggul. Tahniah Adik Aqil, semoga peluang ini digunakan sebaik
mungkin untuk memaksimumkan keupayaan diri.
(KEPUTUSAN AKHIR…..)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada IR DR ISMA


NAZOM BIN ABDUL HAMID atas kesudian menyampaikan hadiah
kepada para pemenang. Tahniah dan syabas kepada semua
pemenang!

PENYERAHAN Sebagai tanda kenang-kenangan sempena kejohanan, dipersilakan


CENDERAMATA
Puan Rosnani binti Abdullah Pengurus cawangan COOP BANK
PERTAMA menyampaikan cenderamata kepada IR DR ISMA
NAZOM BIN ABDUL HAMID
Untuk makluman COOP BANK PERTAMA adalah penyumbang
hamper dan cenderamata. Terima kasih Coop Bank Pertama
kerana sudi berkolaborasi dengan Sektor Pendidikan Khas.

Seterusnya dipersilakan Pn Hjh haniliza binti Sulaiman KPPK


Sektor Pendidikan Khas JPN Pahang menyampaikan cenderamata
kepada IR DR ISMA NAZOM BIN ABDUL HAMID
Terima kasih kepada Pn Rosnani dan Pn Hjh haniliza juga setinggi-
tinggi penghargaan kepada perasmi yang sudi Bersama-sama kita
pada petang ini.

TERIMA KASIH Maka, dengan ini berakhir sudah Kejohanan Olahraga


DAN AKHIR Pendidikan Khas MSSP Negeri Pahang bagi Tahun 2023.
BICARA Tahniah kepada semua atlet yang telah menunjukkan
semangat tinggi sepanjang kejohanan ini berlangsung. Bagi
yang kurang berjaya, cuba lagi untuk bangkit lebih membara
pada masa akan datang.

Bagi pihak jawatankuasa kejohanan kami memohon maaf atas


sebarang kekurangan.

InsyaAllah jumpa lagi pada tahun hadapan serta semuga


semuanya selamat sampai ke destinasi masing-masing.

Terima kasih semua..assalamualaikum wbt.


SALUTASI

1. Yang Dihormati, Ir Dr Isma Nazom Bin Abdul Hamid ,


Pengerusi PIBKS Negeri

2. Pn Hajah Haniliza binti Sulaiman


Ketua Penolong Penolong Pengarah Kanan
Sektor Pendidikan Khas JPN Pahang
3. En Ahmad Alami bin Berahim
GPK Kokurikulum SSN SMK Seberang Temerloh

4. Tn Hj Mohd Hazidan bin Omar


Timbalan Pegawai Pendidikan Sektor Pembelajaran PPD
Temerloh

5. Puan Rosnani binti Abdullah


Pengurus Cawangan COOP BANK PERTAMA Temerloh

-Pegawai-pegawai Pendidikan Daerah Negeri Pahang atau wakil


-Penolong-penolong Pengarah di JPN Pahang, Timbalan-timbalan
PPD negeri Pahang, Penolong-penolong pegawai Pendidikan negeri
Pahang,
-Pengerusi dan Jawatankuasa kejohanan olahraga Pendidikan khas
negeri pahang
-Barisan Pengetua dan Guru Besar, guru-guru penolong kanan,
guru-guru, ppm dan para peserta yang dikasihi sekalian.

Anda mungkin juga menyukai