Anda di halaman 1dari 3

TEKS MAKSUM

SKRIP CATATAN
PERARAKAN Dijemput semua tetamu mengambil tempat kerana majlis kita akan bermula
MASUK sebentar lagi.

Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha En Jasmi bin Md Isa, Pengetua


Sekolah Menengah Sains Alam Shah dengan diiringi barisan pentadbir
sekolah masuk ke dewan.

Diminta hadirin dan hadirat berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu


Negaraku.

(NYANYIAN LAGU NEGARAKU)

Terima kasih, semua hadirin dijemput duduk.

UCAPAN Bismillahhir Rahmannir Rahim….


PENGERUSI Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
MAJLIS
Yang Berusaha En Jasmi bin Md Isa
Pengetua SMS Alam Shah

En Zuri Afizu bin Mat Jusoh


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Pn. Hjh Rihaya bt Abu Kasim


Penolong Kanan Kokurikulum

Seterusnya Guru-Guru Kanan Mata Pelajaran, guru-guru, para AKP dan


murid-murid serta hadirin sekalian.

Selamat datang ke :
Majlis Anugerah Kecemerlangan Sukan, Kokurikulum dan HEM 2021

BACAAN DOA
Hadirin yang dimuliakan,

Sebagai pembuka tirai atur cara, majlis menjemput dan mempersilakan Al-
Fadhil Ustaz Yusri bin Yunus untuk memimpin bacaan doa sebagai
permintaan hajat dan restu agar majlis kita diberkati hendaknya.
Dipersilakan.

BACAAN DOA

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Al
Fadil Al Fadil Ustaz Yusri bin Yunus atas bacaan doa itu tadi.

UCAPAN Hadirin dan hadirat yang dirahmati sekalian,


PENGETUA
Sesungguhnya, kejayaan dan kecemerlangan seseorang individu tidak diukur
dengan hanya pencapaian luaran semata-mata tetapi adalah sejauhmana
kejayaan itu mampu memberikan sumbangan kembali kepada orang di
sekelilingnya.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput yang berusaha En Jasmi bin Md


Isa, Pengetua SMS Alam Shah untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

UCAPAN PENGETUA

Majlis mengucapkan terima kasih atas rangkaian ucapan alu-aluan yang


penuh bermakna sebentar tadi.

PENYAMPAIAN Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian


HADIAH
Sebagai pembuka acara penyampaian anugerah pada hari ini, majlis dengan
segala hormatnya menjemput En Jasmi bin Md Isa, Pengetua Sekolah
Menengah Sains Alam Shah bagi menyampaikan anugerah. Dipersilakan.

1. ANUGERAH KHIDMAT BAKTI KOKURIKULUM (PENGERUSI DAN


SETIAUSAHA UNIT KOKURIKULUM)

2. PENGLIBATAN/ PENCAPAIAN PERINGKAT KEBANGSAAN

3. ANUGERAH PENCAPAIAN/ PENGLIBATAN PERINGKAT


ANTARABANGSA

4. ANUGERAH BADAN PERKHIDMATAN SEKOLAH


- PENGAWAS SEKOLAH
- PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH
- PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
- ASiS ISLAMIC COUNCIL
- AHLI KOPERASI SEKOLAH

5. ANUGERAH KHIDMAT BAKTI ASiS


- KAPTEN RUMAH SUKAN
- QUARTER MASTER SUKAN & ASET
- AJK TUGAS KHAS KOKURIKULUM
- KETUA KELAS
6. ANUGERAH TERTINGGI
- ANUGERAH TOKOH KOKURIKULUM
- ANUGERAH TOKOH PUTERA HARAPAN
- ANUGERAH KEPIMPINAN PERDANA
- ANUGERAH PUTERA PERDANA
- ANUGERAH TOKOH PUTERA LESTARI
- ANUGERAH TOKOH PUTERA TERPUJI
- ANUGERAH TOKOH PUTERA BAKTI

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian Yang Berusaha En


Jasmi bin Md Isa menyampaikan anugerah sebentar tadi.
 

PENUTUP Hadirin yang dimuliakan,


 
Banyak keluk ke penarik,
Keluk tumbuh pohon kuini,
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini
 
Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita,
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta
 
Dengan ini saya Nurul Adila binti Mohd Roshidi dan Nabila binti Abdul Latif
mengundurkan diri dahulu.
 
Jumpa lagi dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Sukan, Kokurikulum dan
HEM pada tahun hadapan.
 
Salam Hormat dan Assalammualaikum.
 

Anda mungkin juga menyukai