Anda di halaman 1dari 6

1

TEKS PENGACARAAN : MAJLIS PERPISAHAN CG RAMLI

MASA PERKARA TINDAKAN

SALUTASI
CUE: Mempersilakan guru-guru,AKP serta murid-murid untuk berdiri bagi
menyambut yang diraikan, Tn Haji Ramli Bin Othman.
Setelah Tetamu Kehormat, barisan Yang Diraikan duduk, juruacara
memulakan majlis dengan ucapan alu-aluan.

ANN :
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.

Indah berbalam si awan petang,


Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Sayang kumbang mencari makan,


Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu Ilahi.

Yang Diraikan, JANNAH


Tuan Haji Ramli Bin Othman,

Yang Berusaha,
Encik Saharudin bin Mohd Hassim,
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Seri Utama,

Seterusnya
Yang Berusaha,
Encik Md Yusuf bin Hashim,
Penolong Kanan Pentadbiran
Sekolah Kebangsaan Seri Utama

Yang Berusaha,
Encik Azlizam bin Mohamad,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Sekolah Kebangsaan Seri Utama.

MAJLIS MENJUNJUNG APRESIASI, KASIH ABADI


TN HAJI RAMLI BIN OTHMAN
2

Yang Berusaha,
Puan Norlelawati Binti Abdul Latif
Penolong Kanan Kokurikulum,
Sekolah Kebangsaan Seri Utama,

Yang Berusaha,
Encik Mohd Azmal Bin Matshom Ngalimi,
Pengerusi Kelab Sukan dan Kebajikan Guru dan Kakitangan
Sekolah Kebangsaan Seri Utama,

Yang Dihormati
Barisan Kepimpinan guru-guru, AKP serta murid-murid.

Saya bagi pihak Jawatankuasa Pelaksana mengucapkan selamat


datang ke :

“MAJLIS MENJUNJUNG APRESIASI, KASIH ABADI.


TUAN HAJI RAMLI BIN OTHMAN’’

BACAAN DOA CUE :


Bacaan doa oleh Encik Adam Malek Bin Mohamad Ehsan
ANN :

Lebat kemiri pohonnya rendah,


Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa

Warga dewan yang dirahmati Allah sekalian,


NADIA

Atur cara majlis bakal dimulakan dengan bacaan doa bagi memohon
keberkatan IIlahi, agar majlis yang direncanakan ini dapat dijalankan
dengan selamat dan sempurna. Untuk tujuan itu, majlis mempersilakan Al
Fadhil Ustaz Adam Malek Bin Mohamad Ehsan bagi memimpin bacaan
doa. Dipersilakan.

MAJLIS MENJUNJUNG APRESIASI, KASIH ABADI


TN HAJI RAMLI BIN OTHMAN
3

Warga hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis akan diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan Yang


Berusaha Encik Saharudin Bin Mohd Hassim, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Seri Utama untuk menyampaikan ucapan dan amanat
beliau. Dipersilakan.

UCAPAN CUE:
GURU BESAR Setelah Guru Besar menyampaikan ucapan, juruacara merakamkan
DAN YANG ucapan terima kasih.
DIRAIKAN
ANN:
Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
Yang Berusaha Encik Saharudin Bin Mohd Hassim, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Seri Utama yang telah menyampaikan ucapan dan
amanat sebentar tadi.
Hanyut kayu dari bukit,
Dari gunung berkati-kati;
Segunung budi bukan sedikit, NADIA
Tidak tertanggung sampai ke mati.

Hari Ahad pergi ke panggung,


Melihat cerita Seri Andalas;
Hati rindu tidak tertanggung,
Budi tuan tidak terbalas.

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan
yang telah dilaksanakan oleh Yang Diraikan Tuan Haji Ramli Bin Othman,
sepanjang perkhidmatan mereka di dalam dunia pendidikan yang
telahpun berakhir di Sekolah Kebangsaan Seri Utama.

Terbang di awan burung jentayu,


Di atas papan batang selisih;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan pengikat kasih

MAJLIS MENJUNJUNG APRESIASI, KASIH ABADI


TN HAJI RAMLI BIN OTHMAN
4

Hadirin dan hadirat sekalian,

Majlis akan diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan Yang


Diraikan, Tuan Haji Ramli Bin Othman, untuk menyampaikan ucapan
perpisahan dan amanat beliau. Dipersilakan.

PERSEMBAHAN JANNAH
CUE:
SBUG
Setelah ucapan Yang Diraikan berakhir, juruacara meneruskan majlis.

ANN:
Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih Yang
Diraikan Tuan Haji Ramli Bin Othman yang telah menyampaikan ucapan
kasih sayang dan amanat sebentar tadi.

Sirih di tuan buat laksamana,


Pinang beracik sebagai teman,
Budi tuan amat bermakna,
Dikenang diingat sepanjang zaman.

Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan dengan persembahan yang akan


dipersembahkan oleh pasukan Seni Budaya Utama Gemilang.

Tanpa melengahkan masa, marilah sama-sama kita saksikan.

CUE:
ACARA
Setelah persembahan berakhir, juruacara meneruskan majlis.
PENYAMPAIAN
NADIA
HADIAH ANN:
DARIPADA Hadirin hadirat sekalian,

MURID Demikianlah persembahan yang sungguh menarik daripada pasukan


Seni Budaya Utama Gemilang.

CUE:
Acara Penyampaian Hadiah Daripada Murid

MAJLIS MENJUNJUNG APRESIASI, KASIH ABADI


TN HAJI RAMLI BIN OTHMAN
5

Warga dewan yang dirahmati Allah sekalian,

MAJLIS MENJUNGJUNG APRESIASI, KASIH ABADI TUAN HAJI RAMLI BIN


OTHMAN bakal diteruskan lagi dengan Acara Penyampaian Hadiah
daripada murid. Bagi menyempurnakan acara ini, majlis dengan segala
hormatnya menjemput Yang Diraikan Tuan Haji Ramli Bin Othman, diiringi
oleh Yang Berusaha Encik Saharuddin bin Mohd Hashim, Yang Berusaha,
barisan pentadbir Sekolah Kebangsaan Seri Utama dan Yang Berusaha,
Encik Mohd Azmal Bin Matshom Ngalimi selaku Pengerusi Kesuma
2022/2023.

CUE:
Selepas acara penyampaian hadiah, juruacara merakamkan jutaan
terima kasih kepada Yang Diraikan, Tuan Haji Ramli Bin Othman, Yang
Berusaha, Encik Saharuddin Bin Hassim, Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Seri Utama dan barisan pentadbir Sekolah Kebangsaan Seri Utama, Yang
Berusaha barisan pentadbir dan Yang Berusaha, Encik Mohd Azmal Bin
Matshom Ngalimi selaku Pengerusi Kesuma 2022/2023, atas
penyempurnaan acara penyampaian hadiah dari murid.

ANN:

Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang Diraikan, Tuan Haji Ramli
Bin Othman, Yang Berusaha, Encik Saharuddin Bin Hassim, barisan
pentadbir Sekolah Kebangsaan Seri Utama, Yang Berusaha, Encik Mohd
Azmal Bin Matshom Ngalimi di atas penyempurnaan acara
penyampaian hadiah daripada murid sebentar tadi.

Hadirin hadirat sekalian,

Kami warga Sekolah Kebangsaan Seri Utama mendoakan segala


kebaikan bagi Tuan Haji Ramli Bin Othman atas persaraan. Semoga Tuan
Haji Ramli Bin Othman diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik
dalam melalui liku-liku kehidupan pada masa hadapan.

MAJLIS MENJUNJUNG APRESIASI, KASIH ABADI


TN HAJI RAMLI BIN OTHMAN
6

SESI CUE:
FOTOGRAFI Acara Lambaian Kasih
/SESI
BERSALAMAN Inilah yang dikatakan,

Umpama belayar telah sampai di pelabuhan


Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi JANNAH

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Kuning emas masaknya padi


Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara nampak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah MAJLIS MENJUNJUNG APRESIASI, KASIH


ABADI, TUAN HAJI RAMLI BIN OTHMAN, pada hari ini.
Kami semua mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan buat Tuan
Haji Ramli Bin Othman untuk kehidupan selepas bersara. Terima kasih
Tuan Haji Ramli.

Hadirin hadirat sekalian,


Majlis akan diakhiri dengan sesi bergambar dan sesi bersalaman.

MAJLIS MENJUNJUNG APRESIASI, KASIH ABADI


TN HAJI RAMLI BIN OTHMAN

Anda mungkin juga menyukai