Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARAAN MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

CUE ANN.

PEBGUMUMAN Mengumumkan ketibaan Yang dihormati, Ustaz Taufiq Afira bin ab


rashid diiringi Tuan Guru Besar dan barisan Penolong Kanan
menuju ke ruangan masjid.

SALUTASI Assalammualaikum w.b.t.

Alhamdulillahirabbil alamin wabihi nastain ala umurid dunya wad din


wa ala alihi wasohbihi ajmain,

Robbi syrahli sodri wayasirli amri wahlul uqdatan min lisani yafqohu
qouli.

Yang dihormati,
Encik Atan bin Ghani
Yang dipertua PIBG SK. Jongok Batu

Yang dihormati,
En Alias bin Ismail
Naib yg dipertua PIBG SK. Jongok Batu

Yang berusaha,
Cikgu Mohamad Azri bin Hj. Embong
Guru Besar SK. Jongok Batu

Yang dihormati,
Cikgu Muhammad Ehsan bin Embong,
Penolong Kanan Pentadbiran SK. Jongok Batu

Cikgu Muhammad Fairudin bin zakaria,


Penolong Kanan HEM SK. Jongok Batu

Cikgu Muhammad Naimuddin bin Mahadi


Penolong Kanan Kokurikulum SK. Jongok Batu

Ahli Jawatankuasa penyelaras Majlis Sambutan Maulidur Rasul


Sekolah Kebangsaan Jongok Batu

Barisan guru-guru, ibu bapa seterusnya murid-murid yang dikasihi.

Hadirin yang dirahmati,


KATA-KATA ALUAN
PENGACARA Kayu dibelah di tepi paya,
Sampai di baruh gelap gelita,
Lahirnya Rasulullah membawa cahaya,
Menerangi seluruh alam semesta.

Sampai di baruh gelap gelita,


Suram cahayanya di rumah bonda,
Menerangi seluruh alam semesta,
Dengan berkatnya kelahiran baginda.
TEKS PENGACARAAN MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Sesungguhnya, kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.


yang merupakan Khatimul Anbia’ dinanti-nantikan oleh sekalian
makhluk. Kelahiran Baginda membawa sinar cahaya yang
menerangi kegelapan jahiliah. Baginda memandu hati dan jiwa
dengan menjunjung Islam sebagai penunjuk arahnya.

Justeru, sambutan Maulidur Rasul 1444Hijrah ini merupakan satu


pembuktian cinta kita terhadap Baginda Rasulullah s.a.w. yang
tidak berbelah bahagi selain mengamalkan sunnah Baginda dan
menjadikan Rasulullah sebagai idola sepanjang zaman.

MAJLIS JUGA BERBESAR HATI MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN KESEMUA


WARGA SEJEBAT DAN JUGA KEHADIRAN TUAN PENCERAMAH JEMPUTAN
AL-FADHIL USTAZ MOHD TAUFIQ AFIRA
KERANA SUDI MELUANGKAN MASA BERKONGSI ILMU DALAM MAJLIS
YANG AMAT BESAR MAKNANYA INI.  SEMOGA DENGAN KESUDIAN AL
FADHIL USTAZ MELUANGKAN MASA PADA PAGI INI AKAN
MENYEMARAKKAN LAGI MAJLIS YANG PENUH BARAKAH INI.

BACAAN DOA Hadirin yang dihormati,

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, pihak majlis menjemput
dan mempersilakan, Al-Fadhil Cikgu Muhammad Fairuddin bin
Zakaria untuk memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakan.

- Amin, amin ya Rabba; ‘alamin. Semoga bacaan doa


sebentar tadi memberikan kelancaran majlis kita pada hari
ini.

PERSEMBAHAN Hadirin yang dihormati,


TILAWAH
Aturcara seterusnya adalah Bacaan Kalam Suci alQuranul Karim dan
terjemahannya, majlis dengan sukacitanya menjemput Adik Syakir
Iman bin Muliadi dan Adik Adam Mukhriz bin Muhamad Husma
Hisyam bagi memperdengarkan bacaan ayat suci al Quran dan
terjemahannya. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

- Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan bacaan


kalam suci al-quranul karim dan terjemahannya sebentar
tadi.

UCAPAN GURU Hadirin dan hadirat yang dikasihi,


BESAR
Majlis kita terus beranjak dengan atur cara seterusnya. Pihak majlis
berbesar hati menjemput dan mempersilakan, Yang dihormati Cikgu
TEKS PENGACARAAN MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Mohamad Azri bin Hj Embong, Guru besar Sekolah Kebangsaan


Jongok Batu untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

- Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

PERSEMBAHAN Hadirin yang dikasihi,


ANEKDOT SIRAH
Majlis kita akan dimeriahkan lagi dengan persembahan anekdot
sirah yang bertajuk kisah tahun kelahiran baginda Muhammad s.a.w

Tanpa melengahkan masa, pihak majlis menjemput dan


mempersilakan Barisan Dai’e Cilik SK Jongok Batu untuk
menyampaikan persembahan Anekdot sirah. Dipersilakan

- Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan


anekdot sirah sebentar tadi.

CERAMAH Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah,


MAULIDUR RASUL
DAN SLOT KUIZ Majlis diteruskan lagi dengan agenda utama majlis dengan
menjemput dan mempersilakan, Al-Fadhil Ustaz Mohd Taufiq Afira
bin Abd Rashid pernceramah dari pertubuhan AD- DAKWAH BIL
HIKMAH TRAINING CENTRE untuk tampil bagi menyampaikan
ceramah Maulidur Rasul disusuli slot kuiz , Majlis dengan penuh
takzimnya mempersilakan.

- Majlis mengucapkan terima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz


atas penyampaian ceramah dan slot kuiz yang sungguh
bermanfaat sebentar tadi. Semoga semua guru dan murid
dapat mengambil ibrah dan tarbiah daripada ceramah yang
disampaikan sebentar tadi.

PENYAMPAIAN Hadirin dan hadirat yang dihormati,


HADIAH DAN
CENDERAHATI Kini, tibalah kita ke acara penyampaian cenderahati dan hadiah.
KEPADA Untuk menyempurnakannya, pihak majlis berbesar hati menjemput
PENCERAMAH dan mempersilakan Yang Berusaha, Cikgu Mohamad Azri bin Hj
Embong, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jongok Batu diiringi En.
Atan bin Ghani, YDP PIBG SK. Jongok Batu untuk tampil ke
hadapan. Dipersilakan.
TEKS PENGACARAAN MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Pihak majlis menjemput dan mempersilakan Yang dihormati, Ustaz


Mohd Taufiq Afira bin Abd Rashid penceramah jemputan pada hari
untuk menerima hadiah dan cenderahati daripada pihak sekolah.
Dipersilakan.

- Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan


Guru Besar dan YDP PIBG atas kesudian menyampaikan
hadiah dan cenderahati kepada penceramah jemputan kita
sebentar tadi.

PERSEMBAHAN Para hadirin yang dikasihi,


NASYID
Alangkah molek majlis kita diserikan dengan persembahan nasyid.
Persembahan nasyid ini merupakan peserta pertandingan nasyid
peringkat parlimen dungun baru-baru ini yang telah bimbing di
bawah kelolaan Cikgu Paezah binti Abdul Halim.

Untuk itu, pihak majlis menjemput dan mempersilakan, kumpulan


nasyid Soutun Najihin untuk menyampaikan persembahan dua
buah lagu bertemakan maulidur rasul iaitu, Dia Muhammad dan
Huwannur. Majlis mempersilakan.

- Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada kumpulan


nasyid soutun najihin atas persembahan nasyid yang
menarik sebentar tadi.

PROGRAM GURU Baiklah, majlis mempersilakan cikgu Muhammad Fairudin bin


PENYAYANG. Zakaria bagi meneruskan acara iaitu Program guru penyayang.

- Majlis mengucapkan terima kasih kepada cikgu, atas


penyempurnaan program guru penyayang sebentar tadi.

MAJLIS SELAWAT, Hadirin dan hadirat yang dihormati,


AGIHAN
CENDERAHATI DAN Kini, tibalah kita ke acara Majlis Selawat seterusnya sudilah hadirin
BUNGA RAMPAI menerima cenderahati dan bunga rampai yang akan diedarkan
dalam majlis selawat ini. Untuk itu para Hadirin Mohon berdiri

- Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada para


hadirin atas kesudian Bersama-sama menjayakan majlis
selawat sebentar tadi. Hadirin dipersilakan duduk.
TEKS PENGACARAAN MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

PENUTUP DAN Hadirin dan hadirat yang dihormati,


JAMUAN MAKAN
Dengan, berakhirlah majlis selawat sebentar tadi maka berakhirnya
Sambutan Maulidur Rasul peringkat Sekolah Kebangsaan Jongok
Batu pada hari ini.

Pihak majlis menjemput dan mempersilakan hadirin untuk


menikmati juadah yang disediakan.

SAYA JUGA SELAKU PENGACARA MAJLIS MEMOHON RIBUAN KEMAAFAN


ANDAI ADA SALAH DAN SILAP SEPANJANG SAYA MENGACARAKAN MAJLIS
INI.

Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum w.b.t

Anda mungkin juga menyukai